Ucapan Selamat Berpuasa Ramadhan Dan Pantun. Koleksi ucapan dan pantun whatsapp Selamat menyambut bulan Ramadan di Malaysia Marhaban Ya Ramadhan.

Ucapan Dan Pantun Selamat Berpuasa Ramadhan

Bulan Ramadhan yang penuh berkah bakal tiba lagi. Umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa Ramadhan pada hari Ahad, 3 April 2022. Menjelang tibanya Ramadan, pasti ramai yang tercari-cari ucapan atau pantun Selamat Berpuasa Ramadhan yang ingin dihantar ke rakan taulan atau sedara mara.

Antara tujuan penghantaran ucapan atau mesej ini adalah sebagai satu medium untuk merapatkan tali persaudaraan dan mewujudkan semangat “kekeluargaan” di kalangan sahabat dan keluarga. Dengan perkembangan teknologi, penghantaran ucapan yang dahulunya menggunakan kad ucapan kini menjadi lebih mudah menggunakan peranti mudah alih (telefon atau tablet).

ucapan-selamat-berpuasa-bulan-ramadhan

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Berikut dikongsikan koleksi ucapan selamat berpuasa Ramadhan tahun 2024 ataupun ucapan Salam Ramadhan untuk umat Muslim (Islam) yang bakal menyambut bulan puasa Ramadhan/ Marhaban Yaa Ramadhan tahun ini.

Ucapan Dan Pantun Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Marhaban Ya Ramadhan,
Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,
Dahannya Patah Tolong Betulkan,
Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 2024/ 1445H

Negeri Melayu adat terpandang
Syariat Islam jadi pegangan
Kini Ramadhan mulai menjelang
Salah dan khilaf mohon di maafkan

Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan,
hiasi dengan senyuman…
marhaban yaa Ramadhan

Jika Semua HARTA Adalah RACUN Maka ZAKAT lah Penawarnya,
Jika Seluruh UMUR Adalah DOSA Maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya,
Jika Seluruh BULAN Adalah NODA maka RAMADHAN lah Pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1445H

Perkataan Yang Indah Adalah ALLAH,
Lagu Yang Merdu Adalah AZAN,
Media Yang Terbaik Adalah AL-QURAN
Senam Yang Sihat Adalah SOLAT,
Diet Yang Sempurna Adalah PUASA,
Kebersihan Yang Menyegarkan Adalah WUDHU,
Perjalanan Yang Indah Adalah HAJI,
Khayalan Yang Baik Adalah Ingat akan DOSA dan TAUBAT,
Mudah-Mudahan Di Bulan Ramadhan Yang Suci Ini Hadir Membawa Iman Dan Takwa. AMIN

Bulan Ramadhan Bulan Yang Suci,
Seperti Embun Pagi Yang Membasahi Dedaunan Di Kala Pagi,
Embun Sejuk Yang Akan Membasuh Dan Membersihkan Jiwa Kita Dari Segala Dosa,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1445H

Apabila Dalam Kata Dan Perbuatan Terukir Salah Dan Khilaf,
Yakni Dengan Segala Kerendahan Hati Kecil Ini Ingin Terucap Mohon Maaf Setulus-Tulusnya.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1445H

Mengharap Padi Dalam Lesung,
Yang Ada Cuma Rumpun Jerami,
Harapan Hati Bertatap Langsung,
Cuma Terlayang Ucapan ini.
Sebelum Cahaya Padam,
Sebelum Hidup Berakhir,
Sebelum Pintu Taubat Tertutup,
Sebelum Ramadhan Datang,
Saya Mohon Maaf Zahir & Batin

Manis-Manis Si buah Kurma,
Sangat Enak Buat Berbuka,
Bulan Ramadhan Segera Tiba,
Sayang, Maafkan Salah Saya ya..

Gersang bumi tanpa hujan, gersang akal tanpa ilmu
Gersang hati tanpa iman, gersang jiwa tanpa amal
Marhaban Ya Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa
mohon maaf zahir dan batin

Setitis Embun Di Pagi Hari,
Jatuh Di Atas Bunga Melati,
Inilah Waktunya Untuk Perbaiki Diri,
Di Bulan Ramadan Yang Suci Ini,
Selamat Menjalani Ibadah Puasa

“Tiada kebahagiaan tanpa syukur,
tiada rasa syukur tanpa sabar,
tiada sabar tanpa maaf. Marhaban ya Ramadan,
mohon maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa

Lebih Baik Baca Al-Qur’an,
Daripada Gosip Orang,
Selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan,
Untuk Engkau Yang Kusayang

Rumah Limas di kota lama,
terhias indah lampu pelita;
Bulan Ramadan bakal menjelma,
detik suci ampun dipinta.

Ikhlas daripada

Kalau Siang Ada Matahari,
Kalau Malam Ada Bintang Dan Bulan,
Mari Kita Mensucikan Hati,
Untuk Menyambut Bulan Suci Ramadhan

Matahari Berzikir,
Angin Bertasbih Dan Pepohonan Memuji keagunganNYA.
Semua Menyambut Datangnya Malam Seribu Bulan.
Selamat Datang Ramadhan, Selamat Beribadah Puasa.
Mohon Maaf Zahir Dan Batin

Ya Allah, Muliakan Dan Sayangilah Saudaraku Ini,
Bahagiakan Keluarganya Limpahkan Rezekinya,
Kuatkan Imannya,
Berikanlah Kenikmatan Ibadahnya,
Jauhkan Dari Segala Fitnah,
Amin, “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”

Manusia Tak Pernah Lari Dari Salah dan Khilaf,
Kerana Manusia Bukan Makhluk Yang Sempurna,
Di Bulan Yang Suci Ini Mari Kita Bermaafan,
Agar Tiada Dendam dan Hasad Dengki,
Marhaban ya Ramadhan, Mohon Maaf Zahir Batin

Dahulunya Ingin Sekali Ku Memohon Maaf Padamu,
Oleh Kerana Diriku Terlalu Malu Ku Pendamkan Hasrat Itu,
Hari Ini Ku Beranikan Diri Pinta Sesuatu Darimu,
Menjelang Puasa Ramadhan Ini, Ku Harap Kau Berikan Maafmu.

Setitik Tinta Jadi Noda,
Setitik Salah Jadi Dosa,
Bulan Penuh Berkat Segera Tiba,
Mari Tekun Ibadah Di Bulan Puasa,
Marhaban ya Ramadan, Sambutlah Dengan Senyuman.

CINTA Datang dan Pergi Tanpa di Duga,
KASIH SAYANG Datangnya Tanpa Terasa,
HATI Berkata Tanpa Dusta,
Datangnya Bulan RAMADHAN adalah RAHMAT,
Marilah Kita Menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG

Indah Malam Kerana Bintang,
Indah Taman Kerana Bunga,
Indah Cinta Kerana Kasih Sayang,
Indah Hidup Kerana Silaturahim,
Oleh Itu Mari Indahkan Bulan Ramadhan Dengan Ibadah.

Selamat berpuasa buat semua. Kami mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan diri untuk menjalani ibadah berpuasa sehingga ke penghujungnya.

Related : orang orang, Allah swt, memberi ucapan, idul fitri. menyambut ramadhan