TM Speed Test Unifi Online/ Streamyx. Klik sini untuk Check kelajuan internet anda dalam mbps & gbps yang disediakan oleh Telekom Malaysia.

TM Speed Test : Check Speed Internet Unifi Online/ Streamyx

speed test unifi streamyx ujian kelajuan internet

Cara semak kelajuan internet anda mudah dan pantas. Perhatian kepada pelanggan Unifi dan Streamyx dari Telekom Malaysia (TM) di seluruh Malaysia. Tahukah anda bahawa kelajuan Internet anda boleh diuji dengan hanya menggunakan peranti anda sama ada komputer atau pun telefon bimbit? Ikuti perkongsian di bawah berkenaan cara-cara untuk membuat ujian kelajuan Internet di kawasan anda (TM Speed Test).

Ujian kelajuan Internet adalah penting supaya kita mendapat perkhidmatan yang dijanjikan oleh pembekal Internet. Misalnya, jika anda melanggan pakej yang menawarkan 300 mbps pada harga tertentu tetapi anda hanya mendapat liputan kurang daripada 300 mbps. Sebagai pengguna, anda mempunyai hak untuk mendapatkan apa yang telah dilanggan dan aduan boleh dibuat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM) sekiranya pihak pembekal Internet tidak memperbaiki masalah tersebut.

TM Speed Test : Cara Semak Kelajuan Internet Unifi & Streamyx Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat dan langkah-langkah untuk semak kelajuan internet Unifi atau Streamyx anda sebagai panduan untuk semua.

Sebelum membuat ujian kelajuan Internet, anda seharusnya tahu istilah atau maksud perkataan yang digunakan dalam aplikasi tersebut. Antaranya:

1) Download

  • Menunjukkan kelajuan internet anda untuk memuat turun sesuatu.
  • Sebagai contoh kelajuan untuk menstrim video.
  • Kelajuan ini biasanya diukur dalam nilai (megabyte per second) mbps. Ianya bergantung kepada pembekal perkhidmatan internet anda serta pakej yang anda langgan.

2) Upload

  • Menunjukkan kelajuan internet untuk memuat naik sesuatu daripada komputer atau telefon bimbit anda ke dalam internet.
  • Contohnya, kelajuan memuat naik gambar di laman Instagram atau Facebook.
  • Nilai ukuran juga selalunya dalam bentuk mbps dan bergantung kepada pakej langganan internet anda

3) Ping

  • Adalah tempoh masa yang diperlukan oleh komputer atau peranti anda untuk berhubung dengan menara telekomunikasi yang berdekatan.
  • Semakin rendah nilai ping, semakin pantas tempoh masa untuk anda menerima data.

4) Jitter

  • Bermaksud variasi dalam kelewatan untuk menerima data.
  • Perkara ini berlaku kerana terdapat lambakan frekuensi dan signal yang menganggu kelancaran Internet anda.
  • Semakin rendah nilai jitter, semakin lancar Internet anda kerana kurang halangan.

Cara Membuat Ujian kelajuan Unifi/ Streamyx

Bagi pelanggan Unifi Fibre Home Internet atau Streamyx, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat ujian kelajuan Internet anda:

  1. Sila layari Laman Speedtest TM (speedtest.tm.com.my)
  2. Klik ‘Go’
  3. Keputusan kelajuan Internet anda akan dipaparkan berdasarkan kelajuan muat turun (download), kelajuan muat naik (upload), ping dan juga jitter

Ujian ini tidak menunjukkan ketepatan yang maksimum, maka anda boleh melakukan ujian secara berkala bagi menentukan kelajuan Internet yang akan anda terima pada masa-masa tertentu.

Aplikasi Lain Untuk Mengukur Kelajuan Internet

Jika anda menggunakan perkhidmatan pembekal internet selain daripada Telekom Malaysia iaitu Celcom, Time, Maxis atau lain-lain, anda juga boleh menguji kelajuan internet anda menggunakan aplikasi speedtest umum seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk:

Laman Web Rasmi

Pusat Khidmat Pelanggan

  • Dail Nombor: 100

Related : downloading speed internet speed, factors that affect
pings jitter
internet service
tm unifi speed test
download and upload speeds
accurate results
online gaming
unifi internet speed
ethernet cable
internet speed including
tm speed test tool
amounts of data
connection speed
internet speed test
internet connection