Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan : Lucu & Menghiburkan. Himpunan koleksi teka-teki popular yang boleh buat anda gelak pecah perut.

Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan : Lucu & Menghiburkan

teka teki lawak serta jawapan

Teka-teki bukan sahaja cara yang bagus untuk mengisi masa lapang, tetapi juga merupakan alat pembelajaran yang hebat. Aktiviti ini mempromosi pemikiran kreatif dan kritis, memperbaiki memori serta meningkatkan perhatian kita. Lebih-lebih lagi, menyelesaikan teka-teki boleh membawa kepuasan yang memuaskan kepada seseorang individu. Di bawah dikongsikan koleksi Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan : Lucu & Menghiburkan.

Untuk pengetahuan semua, teka-teki yang mengandungi unsur lawak bukan sahaja untuk mengejutkan minda anda dan menguji pemikiran logik sahaja. Ia juga membantu menaikkan dan menambah semangat serta mencipta suasana yang lebih gembira. Tidak hairanlah mereka begitu popular dalam semua peringkat umur. Oleh itu, jom kita teroka beberapa himpunan koleksi yang paling lucu dan menghiburkan!

Himpunan Kolekasi Teka-Teki Lawak Beserta Jawapan : Lucu & Menghiburkan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teka-teki bermaksud soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit jawapannya. Sesuatu perkara yang susah atau sulit untuk diselesaikan. Dewan Bahasa dan Pustaka ada berkongsi beberapa teka-teki seperti berikut:

Bersorak-sorak junjung piala,
Rasa gembira kerana berjaya;
Panjang mata dari kepala,
Dihentam ditukul baru bekerja

Yatim Mustafa sebatang kara,
Saudara-mara tidak berpunya;
Bermata banyak tidak terkira,
Disorong ditarik itu kerjanya

Sumber: Permainan Kata, Mohamed Naim Daipi, DBP, 2018

Contoh jawapan: 

Rumah tersergam seni melayu,
Di Batu Pahat ramai mencari;
Buat tanggam padanya kayu,
Di panggil pahat nama di beri.

Candat sotong dapatnya lapan,
Sotong tersebut masak di saji;
Kayu dipotong dan juga papan,
Alatnya di sebut itulah gergaji

Koleksi Teka-Teki Moden & Bersahaja

Berikut dikongsikan koleksi yang lebih moden dan bersahaja berbanding teka-teki zaman dahulu untuk bacaan semua.

1) Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

2) Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang).

3) Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan).

4) Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?
Jawapan: SALAH.

5) Bom apakah yang tidak boleh meletup?
Jawapan: Bomba.

6) Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang begitu saja. Apakah benda tersebut?
Jawapan: Tahi hidung.

7) Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?
Jawapan: Kopi jadi tumpah

8) Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
Jawapan: Milo ais.

9) Dalam banyak-banyak api, ada sejenis api yang tidak panas. Api apakah itu?
Jawapan: Bil api

10) Bila pergi dia terbang, bila balik dia berenang, apakah dia?
Jawapan: Mata kail

11) Kenapa dinasour tak boleh tepuk tangan
Jawapan: Sebab dia dah pupus

12) Kenapa kambing biri-biri jalan perlahan
Jawapan: kalau dia jalan laju, nama dia buru-buru

13) Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa tiada kepala, tiada ekor, tiada mulut
Jawapan: bebola ikan

14) Ikan apakah yang boleh diberhentikan sementara?
Jawapan: Ikan paus (ikan pause)

15) Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
Jawapan: Anak kucing.

16) Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
jawapan: Kerusi dan meja.

17) Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

18) Dia lembu, tapi bukan lembu…
Jawapan : Gambar lembu

19) Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?
Jawapan: Hang Tuah

20) Macammana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?
Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.

21) Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia lelaki?
Jawapan: Ikan bakar.

22) Ada sungai tak ada air, ada pokok tak ada buah, ada rumah tak ada orang. Apa dia?
Jawapan: Peta.

23) 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

24) Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, kena naik pokok kelapa tu dulu baru jatuh. Kalau jatuh perigi, jatuh dulu baru naik.

25) Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.

26) Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

27) Apakah yang bila masuk segitiga, bila keluar dia bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam.

28) Dia ada banyak kaki bukan binatang, dia lalu ikut landasan bukan keretapi. Apakah bendanya?
Jawapan: Zip.

29) Ada seekor lembu sedang mengamuk, macam mana nak lembutkan lembu itu?
Jawapan: Tambah huruf t pada lembu, jadi lembut

30) Kenapa perumahan mesti buat banyak-banyak?
Jawapan: Sebab kalau buat sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit.

Semoga perkongsian ini membuatkan hari anda lebih gembira dan bahagia.

Related : kaki tapi tengahnya orang tak makan, perkataan apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan, haiwan apakah yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan, kuih apa yang orang, benda bila masuk segitiga bila keluar bergulung gulung, jatuh dulu baru naik, memerlukan kepintaran dan pemikiran yang teliti untuk, binatang apa paling kaya, badannya keras tapi tengahnya orang tak makan,