Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Oktober 2020 & Januari 2021

Bila tarikh bayaran BPN? Tahniah kepada isi rumah dan individu bujang yang berjaya mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Mereka yang telah check status penerimaan BPN dan mendapati status mereka adalah LULUS sudah pasti ingin mengetahui bilakah tarikh pembayaran BPN Fasa 1 dan Fasa 2 dibuat. Bagi mereka yang tidak berjaya boleh membuat permohonan baharu atau rayuan.

BSH telah digantikan bermula tahun 2021 dengan penambahbaikan lebih baik. Maklumat lanjut klik Jumlah & Kategori Bantuan Baharu

Maklumat terkini pembayaran BPN boleh dirujuk menerusi Kenyataan Media Perdana Menteri Malaysia bertarikh 23 September 2020 yang dikongsikan di bawah. Untuk makluman, mereka yang layak menerima BPN boleh di semak di Portal Rasmi BPN bermula 15 Januari 2021

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) Fasa Pertama Secara Berperingkat Mulai Hujung Oktober 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan melalui Kerangka Inisiatif Tambahan (KITA) PRIHATIN, Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Permohonan baru dan rayuan akan dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini.

Jumlah Bantuan BPN 2.0

JUMLAHFASA 1FASA 2
1) ISI RUMAH B40
Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah
RM1,000RM700/ Bermula 26 Oktober 2020RM300/ Bermula 21 Januari 2021
2) BUJANG B40
Bujang yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah
RM500RM350/ 26 Oktober 2020RM150/ Bermula 21 Januari 2021
3) ISI RUMAH M40
Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,001 ke RM8,000
RM600RM400/ 26 Oktober 2020RM200/ Bermula 25 Januari 2021
4) BUJANG M40
Bujang yang berpendapatan bulanan RM4,001 ke RM8,000
RM300RM200/ 26 Oktober 2020RM100/ Bermula 25 Januari 2021

BPN 1.0

Berikut adalah ringkasan petikan kenyataan media Kementerian Kewangan oleh YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan) berkaitan pembayaran BPN Fasa 1 :-

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 Mac 2020.

Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April 2020. Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.

  • Sukacita dimaklumkan, bagi fasa pertama BPN pakej PRIHATIN, 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan. Pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin).

Makluman Bayaran BPN Fasa 2

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa pembayaran Fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan pada bulan Mei 2020 bermula dari 4 Mei.

Bayaran untuk golongan B40 dan M40 melibatkan isi rumah dan individu bujang adalah seperti jadual berikut.

Makluman Bayaran BPN (Permohonan Rayuan)

Terkini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi kumpulan ketiga iaitu permohonan rayuan akan dibuat secara sekaligus mulai pada 24 Jun 2020

Jadual Tarikh Pembayaran BPN Fasa 1 & Fasa 2

JUMLAHFASA 1FASA 2
1) ISI RUMAH 1
4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah
RM1,600RM1,000/ 6 – 12 APRIL 2020 SECARA BERPERINGKATRM600/ 4 – 13 MEI 2020 22 MEI 2020
2) ISI RUMAH 2
Hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000
RM1,000RM500/ 13 – 15 APRIL 2020 SECARA BERPERINGKATRM500/ 13 – 15 MEI 2020 22 MEI 2020
3) INDIVIDU BUJANG 1
3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
RM800RM500/ 6 – 12 APRIL 2020 SECARA BERPERINGKATRM300/ 4 – 13 MEI 2020 22 MEI 2020
4) INDIVIDU BUJANG 2
400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000
RM500RM250/ 13 – 15 APRIL 2020 SECARA BERPERINGKATRM250/ 13 – 13 MEI 2020 22 MEI 2020
  • Untuk permohonan baharu dan rayuan BPN yang diluluskan, pembayaran akan dibuat pada 15 hingga 20 Mei 2020.

NOTA: Bagi bayaran BPN Fasa 2, sasaran sebelum sebelum ini adalah untuk menyelesarkan bayaran pada hujung minggu lalu, namun atas beberapa kekangan teknikal, usaha menyalurkan pembayaran akan berterusan sehingga 22 Mei 2020 berdasarkan Laporan Laksana Ke-6 pada 19 Mei 2020.

Sementera itu, Kerajaan telah menerima sebanyak 2.96 juta permohonan baharu dan 305,000 rayuan BPN yang ditutup pada 30 April yang lalu.

Kaedah Pembayaran

Bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020 fasa ketiga.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi :-

CARA HUBUNGI
1Kementerian Kewangan03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 4565/ 03-8882 9191/ 03-8882 4566
(Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m bermula 20 Mac 2020)
e-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
2LHDNM1-800 882 747 atau 03-8911 1000
(jam 9 pagi – 5 petang Ahad hingga Jumaat bermula 30 Mac 2020)

Related : syarat kelayakan bayaran bpn 2.0 10.6 juta penerima bpn 2.0 akan dibuat dibuat dalam dua ansuran ansuran pertama bantuan tambahan meringankan beban bulan januari 2021, bayaran bpn 2.0 bpn 2.0 akan dibuat dibuat dalam dua ansuran ansuran pertama bantuan tambahan bulan januari 2021, bayaran fasa pertama https bpn.hasil.gov.my, pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat prihatin sila rujuk geran khas prihatin