Syair Burung Nuri : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai. Nota komsas puisi tradisional meliputi Pengajaran, Bentuk, Gaya Bahasa

Syair Burung Nuri : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai

syair burung nuri maksud tema persoalan nilai pengajaran

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 3, adakah anda mengkaji komponen sastera ? Selain prosa tradisional, puisi dan sajak, terdapat juga syair yang dirangkumkan dalam antologi tersebut. Di bawah dikongsikan nota-nota berkenaan Syair Burung Nuri : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai sebagai rujukan kepada pelajar.

Komponen sastera ini berbentuk syair yang merupakan sejenis puisi berlagu. Syair berasal daripada Parsi dan telah dibawa ke kawasan Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Syair telah diubahsuai mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.

Nota Puisi Tradisional – Syair Burung Nuri : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai

Untuk membantu pelajar membuat lathian dan ulangkaji pelajaran, berikut dikongsikan nota-nota berkaitan Syair Burung Nuri : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai untuk rujukan semua.

Maksud Syair

Rangkap 1

Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

  • Sebuah warkah telah ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna

Rangkap 2

Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.

  • Seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, mempunyai sikap kurang sopan, berakhlak rendah dan hidup dalam keadaan miskin.

Rangkap 3

Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.

  • Penyair memohon maaf jika tulisan daripada perasaan kecewanya menghasilkan kata-kata yang tidak menarik dalam warkah tersebut

Rangkap 4

Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

  • Sebuah lembaran ditulis dengan jelas tentang adab kepada pasangan yang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran untuk meluahkan perasaan

Rangkap 5

Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

  • Penyair Nasib malang yang ditempuh berulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan diri sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa

Rangkap 6

Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

  • Kehidupan yang terumbang-ambing tanpa arah tujuan dan tidak terurus hingga melupakan makan dan minum

Rangkap 7

Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.

  • Tersedar daripada keadaan bahawa tiada gunanya hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya musnah

Rangkap 8

Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.

  • Berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikiran tidak waras. JIka diikutkan perasaan kecewa itu, lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan begitu

Tema

Syair ini menceritakan tema tentang adab dalam kehidupan seseorang. Penyair menceritakan tentang adab dalam menjalani kehidupan dimana kita akan dikecewakan dalam perhubungan, kehidupan yang terumbang-ambing dan gagal berfikir secara rasional sehingga kehidupan individu tersebut boleh musnah

Persoalan

1) Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup

2) Persoalan keperitan hidup orang yang serba kekurangan

3) Persoalan kebijaksanaan menyusun perancangan bagi memiliki orang yang kita cintai

4) Persoalan kesederhanaan dalam percintaan

5) Persoalan rasional dalam berfikir dan membuat tindakan

Bentuk Syair

  1. Syair ini berbentuk terikat
  2. Syair ini terdiri daripada lapan rangkap
  3. Mengandungi empat baris bagi setiap rangkap
  4. Semua baris merupakan maksud
  5. Mengandungi 3 hingga 6 patah perkataan dalam setiap baris
  6. Jumlah suku kata dalam syair ini antara sepuluh hingga tiga belas suku kata
  7. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama
  8. Rima akhir terikat (a,a,a,a)

Gaya Bahasa

  1. Simile : Laksana cermin jatuh ke batu
  2. Repitisi : Hanyutlah badan ke sana ke mari
  3. Sinkope : Sajak dan nazam banyak tak kena
  4. Paradoks : Daripada hidup sebaiknya mati
  5. Inversi : sahifah dituliskan supaya nyata
  6. Asonansi : bermula warkah surat rencana (perulangan vokal a)
  7. Aliterasi : Gundahlah fikir tidka tertentu (perulangan konsonan t)
  8. Anafora : Remuk dan redam hancur di situ, Remuk dan redam rasanya hati
  9. Kata arkaik : Masyghul
  10. Kata ganda : Gelap gelita, terfikir-fikir, berulang-ulang

Nilai

1) Nilai kesedaran diri : Penyair sedar akan kesilapan yang dilakukan kerana terlalu menurut perasaan

2) Nilai rasional dalam membuat keputusan : Penyair menyarankan kita bertindak secara rasional dalam kehidupan

3) Nilai kesederhaan dalam percintaan : Penyair menasihati agar pasangan yang bercinta bersederhana kerana bimbang dikecewakan

4) Nilai merendah diri : Penyair meminta maaf jika kata-katanya kurang menarik dalam lebarannya

5) Nilai hemah tinggi : Penyair menyarankan agar setiap pasangan menjaga adab masing-masing

Pengajaran

1) Kita hendaklah sedar dan bermuhasabah diri apabila melakukan kesilapan dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik

2) Kita seharusnya tabah meneruskan kehidupan walaupun menghadapi pelbagai kekecewaan dan dugaan

3) Kita perlu sentiasa berfikir secaara rasional sebelum membuat sebarang keputusan

Contoh Soalan

1) “Hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi.” Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk memastikan diri kita tidak dipandang hina oleh orang lain?

Pada pendapat saya, berdasarkan syair di atas, cara untuk kita tidak dipandang hina adalah dengan  sentiasa merendah diri, menjalankan tugas dengan amanah dan bertindak rasional dalam setiap tindakan.

2) Nyatakan dua kelemahan yang terdapat pada paenyair berdasarkan syair di atas?

Salah satu kelemahan penyair adalah buah fikirannya kurang sempurna dan beliau menempuhi nasib yang tidak baik berulang kali sehingga membawa kemudaratan.

3) Apakah keadaan yang dibayangkan oleh penyair pada rangkap keenam syair?

Pada rangkap keenam Syair Burung Nuri, penyair membayangkan kehidupannya yang terumbang-ambing tanpa arah tuju serta tidak terurus hingga lupa untuk makan dan minum.

Semoga perkongsian berkenaan Syair Burung Nuri : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai dan pengajaran membantu pelajar untuk mengulangkaji topik yang berkaitan.

Related : penyair menurut, dugaan dalam kehidupan, mengamalkan sikap,