Contoh Surat Pengesahan Majikan Dan Jawatan. Format Surat confirmation daripada majikan untuk tujuan pinjaman, beli rumah, sambung belajar dan sebagainya.

Contoh Surat Pengesahan Majikan Dan Jawatan (Mudah & Ringkas)

Koleksi Contoh Surat Pengesahan Majikan & Jawatan. Perhatian kepada pekerja-pekerja yang ingin membuat pinjaman peribadi, permohonan kerja baharu, sambung belajar dan sebagainya. Tahukah anda bahawa anda perlu memohon surat pengesahan (confirmation) daripada pihak majikan sebagai bukti atau butiran yang mengesahkan jawatan anda di sesebuah syarikat atau organisasi? Berikut adalah koleksi contoh surat pengesahan majikan dan jawatan untuk rujukan semua.

Untuk makluman semua, surat pengesahan daripada majikan adalah menggunakan format yang hampir sama kerana intipati dan tujuannya adalah sama. Lazimnya, surat ini menyatakan perihal seseorang pekerja di dalam syarikat tersebut termasuk jawatan pekerja, tempoh perkhidmatan dan sebagainya. Selain itu, surat pengesahan juga perlu ditulis mengikut format rasmi yang sesuai dengan organisasi atau syarikat majikan anda seperti yang dikongsikan di bawah.

contoh surat pengesahan majikan atau jawatan

Koleksi Contoh Surat Pengesahan Majikan (Pelbagai Tujuan)

Di bawah adalah koleksi contoh-contoh surat pengesahan daripada majikan/ pengesahan jawatan untuk rujukan semua.

Proses pengesahan lantikan atau jawatan lazimnya dilakukan sebagai persetujuan menerima tawaran kerja yang tetap setelah anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan masing-masing.

Contoh 1

Pengurus
(nama syarikat)
(alamat syarikat)
Tuan, PER: Pengesahan Jabatan
Nama: (nama anda)
No. K/P: (nombor kad pengenalan anda)
adalah diperakui dan disahkan bahawa penama di atas adalah kakitangan kami yang berjawatan sebagai Eksekutif (Pentadbiran). Kami dengan ini mengesahkan perkara-perkara berikut: I. Telah berkhidmat selama 10 tahun.
II. Taraf jawatan TETAP dan disahkan dalam jawatan pada tahun 2010.
III. Gaji : RM…
IV. Elaun Tetap : RM…
V. Beliau bukan seorang bankrap dan tiada terdapat sebarang hukuman/ dakwaan terhadap beliau. Beliau juga bebas dari sebarang tindakan disiplin atau menunggu sebarang tindakan Jabatan atau perbicaraan di mana-mana mahkamah.
(Nama Syarikat)Nama:
Jawatan:
Tarikh:

Contoh 2

Ruj. Tuan:
Ruj.Kami:
Tarikh:

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Perkhidmatan,
Aras 8, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520, PUTRAJAYA.

Tuan, 

SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN

Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat

……………………………………………………

Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:

1.Nama:
2.No. Kad Pengenalan:
3.No. Pekerja/No. Gaji:
4.Tarikh Mula Berkhidmat:(hh/bb/tt)
5.Tarikh Meletak Jawatan:(hh/bb/tt)
6.Jawatan:
7.Bahagian:
8.Status Jawatan: (Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan)
9.Gaji Pokok:
10.Gaji Pokok(termasuk elaun):

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

…………………………………………………..
(Nama Pegawai Yang Mengesahkan)
Nama dan cop syarikat.

Contoh 3

Tarikh:
Kepada yang berkenaan,
Tuan/Puan, Per: PENGESAHAN PEKERJA (NAMA)
Adalah disahkan bahawa pekerja di atas, (Nama), No. Kad Pengenalan:(No. Kad Pengenalan) adalah pekerja di syarikat kami dan telah bertugas sejak dari tahun 2010 sebagai pekerja am dengan purata pendapatan sebanyak RM1236.02Sekian, terima kasih.Yang benar,Pengurus (Nama Syarikat)

Contoh 4

SURAT PENGESAHAN PEKERJA

(Nama)
(Nama Syarikat)
(Alamat Syarikat)
(No. Tel Syarikat)

Pekerja yang bernama (nama), (no. kad pengenalan), telah bekerja sebagai JURUTEKNIK selama 4 tahun dari tarikh 2/2/2016 hingga 5/3/2020 di (nama syarikat) 

(Nama Pengurus)
(Jawatan)
(Nama Syarikat)

Contoh 5

GUNAKAN “LETTER HEAD” MAJIKAN

Tarikh:
Pengurus Cawangan
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Tuan/Puan,

SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN KAKITANGAN

Dengan ini disahkan bahawa penama ini adalah kakitangan kami di syarikat/jabatan

1.Nama:
2. No. Kad Pengenalan:
3.No. Pekerja:
4.Tarikh Mula Berkhidmat:
5. Tarikh Sah Jawatan:
6. Jawatan Sekarang:
7. Unit/Bahagian/Seksyen:
8. Taraf Jawatan:
9. Gaji Pokok:
10. Elaun tetap:

Pihak kami BERSETUJU untuk membenarkan potongan gaji bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan pinjaman yang diberikan oleh pihak bank kepada kakitangan di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………….

(Pengurus Sumber Manusia/Ketua Jabatan)

Semoga perkongsian berkenaan koleksi Contoh Surat Pengesahan Majikan serta Jawatan memberikan manfaat kepada anda. Diharapkan ia membantu memudahkan urusan anda.