Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja PKP & PKPB. Klik sini untuk surat daripada majikan dan download Borang Permit Pergerakan dari Polis.

Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja PKP, PKPB & Download Borang Permit Pergerakan

contoh surat pelepasan bekerja pkpb

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020 telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan berkuatkuasa kepada seluruh negeri di semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang. Hal ini kerana jumlah peningkatan jangkitan COVID-19 semakin meningkat khususnya kes-kes tempatan. Bagi memastikan kegiatan ekonomi berlangsung, sektor perniagaan, ekonomi dan industri dibenarkan untuk beroperasi mengikut S.O.P yang ditetapkan. Oleh itu, berikut dikongsikan Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja PKPB sebagai rujukan untuk semua. Juga dikongsikan pautan muat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dari pihak Polis.

Surat ini merupakan pengesahan yang disediakan oleh majikan untuk pekerja-pekerja yang perlu merentas daerah atau negeri di bawah PKPB untuk ke tempat kerja. Selain itu, ia juga memudahkan urusan pekerja anda sekiranya melalui sekatan jalan raya oleh PDRM yang mengawal ketat pergerakan merentas daerah dan juga negeri. Dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan pastinya setiap urusan dapat dilaksanakan dengan baik serta penularan COVID-19 dapat diatasi.

Contoh Surat Kebenaran Bekerja Daripada Majikan Semasa PKP & PKPB

Di bawah dikongsikan contoh-contoh surat kebenaran pelepasan bekerja sepanjang tempoh PKP & PKPB untuk panduan semua. Anda juga boleh memuat turun permit pergerakan merentas daerah atau negeri yang dihebahkan oleh PDRM.

Terkini: Kerajaan telah mengumumkan PKP akan dilaksanakan dari 13 Januari hingga 26 Januari 2021 di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Sabah. PKPB pula bakal dilaksana di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Manakala PKPP akan diteruskan di Perlis dan Sarawak.

Sebagai peringatan, pihak Polis boleh mengeluarkan kompaun secara terus sekiranya mendapati urusan perjalanan anda tidak munasabah untuk dibenarkan bergerak merentas daerah ataupun negeri.

i) Surat Pelepasan Bekerja PKP & PKPB 1

Kepala Surat Syarikat (Company Letterhead)

Tarikh:

Kepada pihak yang berkenaan

Tuan/Puan

PERKARA: SURAT KEBENARAN PERGERAKAN KEPADA PEKERJA DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan pihak majikan mengesahkan bahawa [nama pekerja anda] merupakan pekerja syarikat kami yang bertugas di alamat:

[nama syarikat]

[alamat syarikat]

[nama/ no. id pekerja]

[no. kad pengenalan pekerja]

Kami memohon kerjasama pihak berkenaan yang bertugas untuk memberi kebenaran pergerakan kepada pekerja syarikat kami sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan dari (tarikh PKPB dilaksanakan). Hal ini kerana syarikat kami dikategorikan sebagai ‘Perkhidmatan Perlu’ yang dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi kami di talian:

[nama pegawai sumber manusia syarikat & no. telefon]

Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan/puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

[nama syarikat]

 

(Cop Syarikat/ Tandatangan Majikan)

(Pengarah/ Pegawai Sumber Manusia)

ii) Contoh 2

Tarikh: 1 Disember 2020

Kepada pihak yang berkenaan,

Tuan/Puan,

SURAT KEBENARAN MERENTAS DAERAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) UNTUK BEKERJA

Dengan segala hormat saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan surat ini dikeluarkan kepada pekerja penghantaran barang bagi Syarikat Air Mineral Bagus Sdn Bhd yang bernombor pendaftaran (110088-M). Pemegang surat ini ditugaskan untuk menghantar keperluan air mineral di sekitar Negeri Sembilan.

3. Untuk makluman, syarikat kami bertanggungjawab mengedar bekalan air mineral kepada peruncit-peruncit dan juga pasaraya sekitar Negeri Sembilan khusunya daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

4. Berikut adalah maklumat pemegang surat:

  • Nama: Abdul bin Ishak
  • No. Kad Pengenalan: 860101055534
  • Alamat Rumah: No. 20, Jalan Bahagia, Taman Bahagia, 70000, Seremban, Negeri Sembilan.

Segala kerjasama dan pertimbangan pihak Tuan/Puan untuk membenarkan pemegang surat ini mengedar bekalan air mineral sepanjang tempoh PKPB adalah sangat dihargai.

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

 

……………………..

Mohd Rafee Bin Suwardi

Pengurus Syarikat Air Mineral Bagus Sdn Bhd

No. Tel: 012 345 6789

Perkara-Perkara Penting 

Surat kebenaran adalah berbeza mengikut syarikat dan majikan. Namun begitu, bagi memastikan surat tersebut mempunyai isi kandungan yang lengkap, sila:

  1. Pastikan surat ditaip menggunakan komputer dalam format surat rasmi dan bukan ditulis menggunakan tangan
  2. Nyatakan tujuan bekerja dengan jelas
  3. Masukkan maklumat lokasi syarikat dan alamat pekerja
  4. Nyatakan masa pekerjaan
  5. Lampiran rujukan syarikat atau majikan untuk dihubungi

Download Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat hebahan untuk memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Anda boleh memuat turun borang tersebut pada pautan di bawah:

PDRM juga memberi peringatan bahawa hanya dua (2) orang sahaja dibenarkan dalam setiap pergerakan. Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.

Semoga perkongsian di atas ini membantu anda. Bersama-samalah kita mempraktikkan norma baharu bagi melawan penularan COVID-19 daripada terus mengancam keselamatan diri, masyarakat dan juga negara.

Related : menteri kanan keselamatan datuk seri ismail sabri yaakob polis untuk sidang media beliau berkata kuala lumpur mendapatkan surat pelepasan perjalanan, untuk melaporkan diri bekerja negeri untuk balai polis sehubungan dengan itu pihak bertugas di syarikat beralamat borang permit rentas negeri atas adalah pekerja syarikat negeri pkpb covid-19 untuk memberikan kebenaran