Login SPLKPM Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan)

Perhatian kepada guru-guru di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tahukah anda KPM telah menyediakan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG KPM) secara atas talian? Sekiranya tidak, berikut adalah panduan SPLKPM Login rasmi Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan) secara online bagi guru-guru seluruh Malaysia.

SPLG merupakan antara sistem penting yang di akses melalui portal Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Berbeza dengan Sistem Pengurusan Sekolah dibawah Modul Pengurusan Guru (eOperasi), SPLG adalah lebih berfokus kepada latihan yang diterima oleh guru seperti kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, portal e-guru, perkongsian ilmu serta penulisan dan penerbitan.

Cara Login SPLKPM 2021 Modul Individu (Sistem Pengurusan Latihan)

Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005: Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, Kementerian perlu merancang program pembangunan sumber manusia berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan bagi melengkapkan pegawai dengan sikap,kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian dengan keperluan tugas dan jawatan masing-masing.

Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1 Tahun 2020 : Penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan garis panduan penggunaan modul boleh dicapai di laman sesawang utama sebagai rujukan
pelaksanaan manakala Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 3 Tahun 2020, Dasar Latihan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan urusan perekodan dan pemantauan berkursus pegawai KPM dibuat sepenuhnya dalam modul.

Di bawah adalah perkongsian maklumat berkaitan sebagai rujukan kepada guru-guru.

Baca juga: Tutorial Cara Pakai Tie

Akses Masuk Ke Sistem

Langkah-langkah mudah dan senang untuk guru-guru log masuk ke SPLG secara online adalah seperti berikut :-

  1. Sila layari laman web RASMI untuk akses ke menu utama (https splkpm.moe.gov.my i splg)
  2. Kemudian pilih modul individu
  3. Masukkan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) dan Kata Laluan. Kemudian klik hantar.
  4. Jika berjaya, paparan akan menunjukkan menu-menu berikut:
    • Pengenalan
      1. Pengurusan
      2. Senarai Kursus Tawar
      3. Kemaskini Permohonan Kursus
    • Latihan dan Sesi Pembelajaran
      1. Senarai LDP Dihadiri/daftar KKL
      2. Senarai Bimbingan & Pementoran
      3. Senarai PLC
    • Pembelajaran Kendiri/Aktiviti lain PPB
    • Perekodan Latihan Lain
    • Analisis dan Pelaporan
    • Utiliti Pengguna
    • E-profil

Pelaksanaan SPL KPM

Pelaksanaan sistem dalam KPM merangkumi tanggungjawab dan peranan mengikut peringkat pengguna seperti berikut:

a) Tanggungjawab dan peranan Pentadbir Sistem

Pentadbir sistem bertanggungjawab ke atas ketersediaan sistem kepada pengguna.

b) Tanggungjawab dan peranan Penyelaras Sistem

i) Peringkat Bahagian KPM

Penyelaras bertanggungjawab untuk mengurus pelaksanaan sistemdi peringkat Bahagian masing-masing termasuk memantau pelaksanaan di institusi (Kolej/ Sekolah/ Cawangan/ Kampus) di bawah seliaan. Ini merangkumi:

  • a. memastikan semua maklumat asas pegawai dalam sistem sentiasa dikemaskini;
  • b. memastikan semua maklumat latihan direkodkan, senarai kehadiran peserta dan status pelaksanaan dikemaskini menerusi Modul Penyelaras
  • c. mencalonkan pegawai bagi latihan yang ditawarkan (tawaran latihan terhad) dengan kebenaran Ketua Jabatan;
  • d. menyebarluas maklumat penggunaan sistem kepada pegawai dalam organisasi;
  • e. menyemak dan menyokong latihan anjuran luar KPM, sesi pembelajaran serta pembelajaran kendiri yang didaftarkan menerusi Modul Individu pegawai masing-masing;
  • f. menyemak dan menyokong rekod aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) pegawai;
  • g. memastikan pegawai mengisi instrumen Analisis Keperluan Latihan (TNA)/ Matrik Kompetensi melalui Modul Individu;
  • h. menganalisis keperluan latihan melalui instrumen TNA/ Matrik Kompetensi;
  • i. menyediakan laporan prestasi kehadiran latihan warga kerja organisasi masing-masing;
  • j. mengambil tindakan susulan bagi memastikan sasaran prestasi kehadiran latihan yang ditetapkan dapat dipenuhi; dan
  • k. memantau prestasi kehadiran latihan bagi organisasi di bawah seliaan.

ii) Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Penyelaras sistem bertanggungjawab untuk mengurus pelaksanaan sistem di peringkat JPN dan memantau pelaksanaan di peringkat PPD dan sekolah. Ini merangkumi:

  • a. memastikan semua maklumat asas pegawai dalam sistem sentiasa dikemaskini;
  • b. memastikan semua maklumat latihan direkodkan, senarai kehadiran peserta dan status pelaksanaan dikemaskini menerusi Modul Penyelaras;
  • c. mencalonkan pegawai bagi latihan yang ditawarkan (tawaran latihan terhad) dengan kebenaran Ketua Jabatan;
  • d. menyebarluas maklumat penggunaan sistem kepada pegawai dalam organisasi;
  • e. menyemak dan menyokong latihan anjuran luar KPM, sesi pembelajaran serta pembelajaran kendiri yang didaftarkan menerusi Modul Individu pegawai masing-masing;
  • f. menyemak dan menyokong rekod aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) pegawai;
  • g. memastikan pegawai mengisi instrumen Analisis Keperluan Latihan (TNA) melalui Modul Individu;
  • h. menganalisis keperluan latihan melalui instrumen TNA;
  • i. menyediakan laporan prestasi kehadiran latihan warga kerja organisasi masing-masing;
  • j. mengambil tindakan susulan bagi memastikan sasaran prestasi kehadiran latihan yang ditetapkan dapat dipenuhi; dan
  • k. memantau prestasi kehadiran latihan bagi organisasi di peringkat PPD dan sekolah.

iii) Peringkat Sekolah/ Kolej Vokasional

Penyelaras sekolah/ Kolej Vokasional bertanggungjawab mengurus pelaksanaan sistem di sekolah/ Kolej Vokasional. Ini merangkumi;

  • a. memastikan semua maklumat asas pegawai yang dipaparkan dalam sistem sentiasa terkini (pengemaskinian dalam sistem e-Operasi);
  • b. memastikan semua maklumat latihan direkodkan, senarai kehadiran peserta dan status pelaksanaan dikemaskini menerusi Modul Penyelaras sistem;
  • c. mencalonkan pegawai bagi latihan yang ditawarkan (tawaran latihan terhad) dengan kebenaran Ketua Jabatan;
  • d. menyebarluas maklumat penggunaan sistem kepada pegawai dalam organisasi;
  • e. menyemak dan menyokong latihan anjuran luar KPM, sesi pembelajaran serta pembelajaran kendiri yang didaftarkan menerusi Modul Individu pegawai masing-masing;
  • f. menyemak dan menyokong rekod aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) pegawai;
  • g. memastikan pegawai mengisi instrumen Analisis Keperluan Latihan (TNA) melalui Modul Individu;
  • h. menganalisis keperluan latihan melalui instrumen TNA; dan
  • i. menyediakan laporan prestasi kehadiran latihan warga kerja organisasi masing-masing; dan
  • j. mengambil tindakan susulan bagi memastikan sasaran prestasi kehadiran latihan yang ditetapkan dapat dipenuhi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Peringkat lain seperti Kolej Matrikulasi (KM)/ Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), sila rujuk garis panduan sistem dalam PDF.

Lupa Kata Laluan

Jika anda terlupa kata laluan untuk log masuk, terdapat dua kaedah yang boleh dibuat dan pengguna boleh memilih salah satu daripada langkah berikut:

  1. Pengguna boleh log masuk menggunakan Single Sign On (SSO) KPM
  2. Pengguna boleh klik ‘Lupa Kata Laluan’ dan seterusnya maklumkan kepada SULDP sekolah masing-masing bagi tindakan selanjutnya

Modul Individu

Untuk makluman, modul individu dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana KPM untuk merekod aktiviti LDP/Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.

Selain itu, LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.

Senarai LDP yang ditawarkan dalam talian adalah seperti berikut :-

  1. AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja (Sasaran adalah warga KPM)
  2. Latihan Pementoran Guru Mentor Bagi Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) – (Guru Mentor PPGB)
  3. STEM Pendekatan Mudah Untuk Guru (Guru yang menggunakan pendekatan STEM)
  4. Program Transformasi Sekolah 2025 : Modul 8 – Redesigning Student’s Learning Experiences (Pensyarah IAB dan IPG & Pentadbir dan Guru Sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025)
  5. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) – (Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
  6. IMPROVE – CPD for ELT Practitioners (Guru, Pensyarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Bahasa Inggeris)

Pegawai yang disenaraikan di bawah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data dalam modul:

  • 1) Bahagian
  • 2) JPN
  • 3) Kolej Matrikulasi
  • 4) Institut Pendidikan Guru
  • 5) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
  • 6) PPD

Bagi Pegawai & Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi. Setiap individu juga diminta untuk menjawab TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan, sila hubungi:

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan manfaat kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Diharapkan urusan yang perlu diselesaikan berjalan dengan lancar dan baik.

Related : no kad pengenalan, sistem pengurusan latihan kpm, e pembelajaran, mengesahkan kursus, dibangunkan untuk, training needs analysis tna, mata kredit, diminta menjawab training needs, menjawab training needs analysis, no kad pengenalan latihan kementerian pendidikan malaysia, kursus online, klik close, cara daftar, membolehkan pihak pengurusan latihan kementerian pendidikan malaysia, diminta menjawab training needs analysis tna atau matrik kompitensi yang disediakan, cara login splkpm modul individu, perlu login, 6 jam latihan 1 hari berkursus, agensi kaunseling pengurusan kredit,