Cara Solat Tarawih Bersendirian Dan Berjemaah (8 atau 20 rakaat) JAKIM. Panduan solat sunat tarawih/ solat terawih bersendirian di rumah, niat & bacaan surah.

Solat Tarawih Bersendirian Dan Berjemaah (8 atau 20 rakaat) JAKIM

Berikut dikongsikan cara untuk menunaikan solat tarawih bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga yang dikongsikan dari JAKIM dan Jabatan Mufti Johor. Umum sedia maklum yang salah satu keistimewaan bulan ramadhan adalah adanya amalan Solat Sunat Tarawih. Justeru itu, marilah kita sama-sama menghidupkan dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini termasuk membaca Al-Quran dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr”.

Kelazimannya Solat Terawih iaitu solat malam dikerjakan secara berjemaah di masjid dan surau oleh umat Islam di Malaysia. Namun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020 dan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda, umat Islam perlu akur untuk menunaikan Solat Sunat Tarawikh di rumah secara berjemaah bersama ahli keluarga. Panduan cara Solat Tarawih yang dikongsikan ini boleh dijadikan rujukan buat ketua keluarga semasa mengimami Solat Sunat Tarawikh di rumah.

Solat-Sunat-Tarawih-Bersendirian-Berjemaah

Solat Sunat Tarawih Bersendirian & Berjemaah : Pengenalan, Hukum Dan Waktu Solat

Solat Terawih bermaksud beristirehat yang dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika. Ianya merupakan ibadah tambahan sembahyang sunat di bulan Ramadan yang dilakukan dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Allah SWT.

Hukum mengerjakan solat terawih adalah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara sendirian/ berseorangan atau berjemaah. Ianya sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam warga emas/ warga muda dll dan ditunaikan selepas solat Isyak empat rakaat dan melaksanakan solat sunat ba’diah dua rakaat.

Bilangan Rakaat Solat Sunat Tarawih

Bilangan rakaat tarawih yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah 11 rakaat. Iaitu terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah bilangan rakaat ini dipilih oleh kebanyakan masyarakat Islam di  Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.

Oleh itu, sekiranya tidak mampu dilaksanakan 20 rakaat maka memadai untuk solat lapan (8) rakaat dengan 4 salam serta dibenarkan secara duduk.

Setiap 2 rakaat 1 salam dan diakhiri dengan Solat Sunat Witir sebanyak 3 rakaat iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam (jumlah 2 salam).

Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih

Niat solat untuk sembanyang bersendirian, menjadi imam atau makmum.

niat-solat-sunat-terawih

Rukun Solat Terawih

Rukun solat adalah dengan rukun solat yang lain juga.

Cara Solat Tarawih 8 Rakaat & Bacaan Surah

Di bawah ini diterangkan panduan cara-cara solat Tarawih berjemaah sebanyak lapan rakaat sepertimana yang diamalkan oleh setengah-setengah tempat di Malaysia :-

  1. Memulakan solat dua rakaat (rakaat pertama dan kedua).
  2. Bacaan surah selepas al-Fatihah.
    1. Rakaat pertama : Surah al-Takathur
    2. Rakaat kedua : Surah al-Asr
  3. Menyambung solat dua rakaat lagi (rakaat ketiga dan keempat).
  4. Bacaan surah selepas al-Fatihah
    1. Rakaat pertama : Surah al-Humazah
    2. Rakaat kedua : Surah al-Fil
  5. Selesai solat, Imam membaca doa
  6. Menyambung solat dua rakaat lagi (rakaat kelima dan keenam).
  7. Bacaan surah selepas al-Fatihah.
    1. Rakaat pertama : Surah Quraisy
    2. Rakaat kedua : Surah al-Ma’un
  8. Menyambung solat dua rakaat lagi (rakaat ketujuh dan kelapan)
  9. Bacaan surah selepas al-Fatihah.
    1. Rakaat pertama : Surah al-Kafirun
    2. Rakaat kedua : Surah al-Nasr
  10. Selesai solat, Imam membaca doa

Untuk panduan solat 8 rakaat yang jelas, rujuk langkah-langkah dalam imej berikut :-

tarawih 8 rakaat 1 tarawih 8 rakaat 2 tarawih 8 rakaat 3 tarawih 8 rakaat 4 tarawih 8 rakaat 5 tarawih 8 rakaat 6 tarawih 8 rakaat 7 tarawih 8 rakaat 8 tarawih 8 rakaat 9 tarawih 8 rakaat 10

tarawih 8 rakaat 11

Nota : Penentuan bacaan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakaat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatinya.

Setelah selesai mengerjakan solat terawih sebanyak 8 rakaat, diikuti pula dengan solat witir sebanyak 3 rakaat.

Cara Solat Witir 3 Rakaat

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja dengan dua salam. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah/ bersendirian.

Lafaz Niat Solat Sunat Witir

  • a. Bagi dua rakaat yang pertama
    • Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat imam/ makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala
  • b. Bagi satu rakaat yang akhir
    • Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat imam/ makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala

Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah dengan lafaz qunut solat fardhu Subuh.

Bacaan surah Solat Witir

Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat solat sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut :-

  1. Rakaat pertama : Surah al-‘Ala
  2. Rakaat kedua : Surah al-Kafirun
  3. Rakaat ketiga : Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas

Maklumat lengkap cara solat witir boleh dirujuk di imej berikut :-

bacaan niat

solat witir 2 solat witir 3

solat witir 4 solat witir 5 solat witir 6 solat witir 7 solat witir 8

Cara Solat Tarawih 20 Rakaat

Cara menunaikan solat sunat tarawih 20 adalah seperti ringkasan berikut :-

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat, dibaca pula surah-surah yang tertentu:-

1. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan

  • a. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takathur hingga surah alMasad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:
    • 1. Surah Al-Takathur
    • 2. Surah Al-Asr
    • 3. Surah Al-Humazah
    • 4. Surah Al-Fil
    • 5. Surah Quraisy
    • 6. Surah Al-Ma’un
    • 7. Surah Al-Kautsar
    • 8. Surah Al-Kafirun
    • 9. Surah An-Nasr
    • 10. Surah Al-Masad
  • b. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas

2. Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan

  • a. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
  • b. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.

3. Imam Membaca Doa

Doa dibaca oleh imam selepas habis rakaat berikut :-

  1. Rakaat 3 & 4
  2. Rakaat 7 & 8
  3. Rakaat 11 & 12
  4. Rakaat 15 & 16
  5. Rakaat 19 & 20

Amalan Sunat di Bulan Ramadan

1. Qiamullail

Allah SWT menggalakkan hambaNya untuk bangun di tengah malam bagi menunaikan ibadah sebagai tanda kesyukuran dan platform terbaik bermunajat memohon keampunan serta rahmat Allah khususnya dalam bulan ramadhan.

Antara solat-solat sunat ringkas yang boleh dilaksanakan ketika aktiviti Qiamullail adalah :-

Solat Sunat Tahajjud

Sulat Sunat Tahajjud merupakan solat sunat yang utama selepas solat fardu. Hal ini kerana kelebihan solat ini adalah mendapat ketenangan hati dan fikiran, diluaskan pintu rezeki dan dilindungi Allah SWT. Solat sunat ini dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 rakaat 1 salam dan ditunaikan sebaik-baiknya selepas tidur dan waktunya ketika dua pertiga malam.

Solat Sunat Taubat

Solat sunat ini disunatkan dilakukan apabila seseorang manusia melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah SWT. Seorang yang bertaubat di sini bermaksud ikhlas menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan bertekad di dalam hati untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta memohon keampunan daripada Allah.

Solat sunat ini dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 rakaat 1 salam dan boleh ditunaikan sebaik-baiknya mengiringi solat sunat tahajjud dan ditunaikan bila-bila waktu kecuali selepas solat fardu Subuh dan Asar.

Solat Sunat Hajat

Solat Hajat merupakan solat sunat dua rakaat khusus untuk memohon hajat kepada Allah SWT. Hajat untuk diberikan kesihatan, keafiatan yang sempurna, dipohon perlindungan dan pemeliharaan oleh Allah SWT untuk diri, keluarga negeri serta seluruh umat Islam.

2. Membaca Al Quran

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran dalam bulan ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk sentiasa membaca Al  Quran kerana Al Quran yang dibaca akan memberi syafaat kepada mereka yang membacanya.

3. Berzikir mengingati Allah

Allah SWT menyeru umat Islam untuk mengingati Allah setiap masa dan ketika bagi memperkukuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Dengan berzikir hati dan jiwa manusia akan menjadi tenang.

4. Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan, tidak kira besar atau kecil dan merdeka atau hamba. Kewajipan ini dilaksanakan di bulan ramadhan bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan membantu golongan yang memerlukan.

5. Sedekah

Sedekah adalah amalan mulia dan sangat digalakkan umat Islam mengamalkannya. Sedekah dapat memupuk ukhuwah dan persaudaraan pada masa yang sama sedekah juga dapat memberi keinsafan kepada diri manusia. Lebih – lebih lagi di saat kita masih mampu makan dan minum, pastinya di luar sana ada orang lain yang berada dalam keadaan serba kekurangan dan lebih memerlukannya

6. Memberi makan kepada orang yang berpuasa

Budaya memberi makan kepada mereka yang berpuasa seperti di masjid dan surau adalah salah satu sunnah Nabi SAW dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

7. Berselawat dan Berdoa

Berselawat dan berdoa merupakan amalan yang baik khususnya di bulan ramadhan. Menyebut nama-nama Allah dan berselawat banyak kelebihan dan mendapat ganjaran bahkan menjadi sebab turunnya rahmat Allah SWT

SUMBER RUJUKAN : JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Related : solat tarawih di rumah, solat sunat terawih, keimanan dan mengharapkan, baca al, bacaan doa, dosa dosanya, kerana solat, tiga rakaat witir, amal ibadat, riwayat al bukhari, berdasarkan hadis, dua rakaat satu salam, imam al, ص ل, orang islam lelaki, cara solat sunat tarawih, perempuan pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan, mendirikan solat, perempuan pada zaman khalifah umar bin al khattab,