Permohonan Skim Air Darul Ehsan & Semakan Air Percuma Selangor. Panduan cara mohon bantuan air percuma selangor dan semak status permohonan SADE online.

Permohonan Air Percuma Selangor Dan Semakan SADE Skim Air Darul Ehsan

Skim Air Darul Ehsan atau dikenali sebagai SADE adalah program pemberian air percuma daripada kerajaan negeri Selangor. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat negeri Selangor terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. Berikut adalah perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Air Percuma Selangor dan cara semak status permohonan SADE untuk rujukan semua.

Menerusi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan pelbagai dasar/ inisiatif yang membantu meringankan beban rakyat yang menetap di negeri Selangor. Program pemberian air percuma juga melibatkan penstrukturan semula industri air di Selangor supaya perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif serta dapat mengurangkan lagi taraf air semasa bagi kemudahan rakyat negeri Selangor.

Skim-Air-Darul-Ehsan-SADE-Permohonan-Air-Percuma-Selangor

Skim Air Darul Ehsan (SADE) : Permohonan Air Percuma Selangor Dan Semakan Status

Info Terkini : Skim Air Darul Ehsan (SADE) 2024

Selepas pengumuman kenaikan tarif baharu air, Kerajaan Selangor juga mengumumkan untuk menyerap sebahagian tarif baharu air dianggar RM40 juta setahun untuk penerima Skim Air Darul Ehsan selain rumah ibadah dan kebajikan. Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa lebih sejuta rakyat atau 285673 akaun penerima air percuma akan menerima tanggungan kos yang meningkat RM1.60 kepada RM13 bagi setiap isi rumah. Oleh itu, beliau menyeru rakyat di Selangor yang berpendapatan RM5,000 ke bawah untuk memohon Skim Air Darul Ehsan.

Skim Air Darul Ehsan (SADE) 2022

Pengurusan Air Selangor telah menyatakan pengguna akaun meter pukal dalam ketegori pangsapuri kos rendah akan menerima secara terus 20 meter padu air percuma di bawah SADE sehingga 31 Disember 2024.

Untuk makluman, SADE telah mula dilaksanakan pada 1 Mac 2020 dimana pemberian 20 meter padu air percuma secara bersasar kepada rakyat negeri Selangor sebagai fasa pertama.

Sebanyak 211 344 permohonan telah diterima pada tarikh tutup permohonan iaitu 31 Disember 2019. Setelah proses semakan telah dilakukan hanya 184 020 pemohon yang layak menerima SADE.

Kini, permohonan SADE bagi fasa kedua dibuka semula mengikut syarat-syarat yang ditetapkan bermula 1 April 2020. Terkini, seramai 250, 000 pemohon layak menikmati SADE berdasarkan EXCO Infrastruktur Selangor pada 15 Julai 2020. Berikut dikongsikan syarat-syarat, tarikh permohonan, cara membuat permohonan dan semakan SADE untuk rujukan semua.

Syarat Mohon Skim Air Darul Ehsan

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
  2. Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5000 ke bawah (suami dan isteri, termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang)
  3. Premis kediaman adalah meter individu
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja

NOTA: Bagi pengguna akaun meter pukal dalam ketegori pangsapuri kos rendah, anda akan menerima secara terus 20 meter padu air percuma di bawah SADE sehingga 31 Disember 2024.

Tempoh Permohonan SADE

Berdasarkan kenyataan Air Selangor, berikut adalah tarikh rasmi untuk membuat permohonan secara online dan manual Skim Air Darul Ehsan bagi fasa kedua:

TARIKH BUKA : 18 Januari 2024

TARIKH TUTUP : 31 Disember 2024

Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan (Online & Manual)

Jika anda melepasi syarat-syarat di atas, permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu :-

Borang permohonan yang lengkap juga boleh dihantar melalui emel : iprair@airselangor.com

Semakan Status Permohonan Skim Air Darul Ehsan

Berikut adalah tarikh yang dinyatakan oleh Air Selangor untuk melakukan semakan permohonan SADE :-

TARIKH MULA : 18 Januari 2024

TARIKH TAMAT : Akan dikemas kini

Menurut Air Selangor, permohonan yang berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan melalui emel atau perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Pemohon  boleh melakukan semakan di:-

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun Air Selangor untuk mendapatkan status permohonan.

Maklumat Lanjut Skim Air Darul Ehsan

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya berkaitan Skim Air Darul Ehsan, sila rujuk video berikut dan maklumat cara hubungi :-

Related : rm4,000 dan ke bawah, bulanan isi rumah rm4,000,