Semakan MYTV Online Semak Nama Layak Terima Dekoder Percuma. Cara semak kelayakan Dekoder MYTV Percuma Untuk Penerima BSH.

Semakan MYTV Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online

Cara Semak Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV Secara Online. Satu lagi bantuan dari kerajaan untuk Golongan B40 yang berkelayakan. Kerajaan akan memberikan set dekoder siaran televisyen digital MyFreeView secara percuma kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 .Sudahkah anda membuat semakan MYTV secara online untuk mengetahui samada nama anda layak atau tidak untuk menerima Dekoder MYTV secara PERCUMA?

RTM kini beralih daripada siaran analog kepada digital. Penduduk Malaysia yang tidak menggunakan siaran DTT atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen selepas siaran analog ini ditutup. Perkhidmatan MyFreeView adalah penyelesaian ke atas masalah ini.

dekoder tv percuma myfreeview

Semakan MYTV Online Semak Status Nama Layak Terima Unit Dekoder Percuma MYTV

Syarikat MYTV adalah syarikat yang bertanggungjawab mengagihkan dekoder bagi perkhidmatan MyFreeView.

Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan golongan B40, dekoder adalah diberikan secara percuma. Sebanyak 2 juta penerima dekoder percuma akan diagihkan kepada semua yang layak didalam golongan ini. Sebelum ini penghantaran oleh Pos Malaysia telah dibuat sebelum akhir Mac 2019.

Melalui dekoder ini, pengguna boleh menonton siaran digital myFreeview yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan

Cara Semak Kelayakan Dekoder MYTV Percuma Terpilih Untuk Penerima BSH 2020

Untuk mengetahui samada anda layak menerima dekoder percuma MYTV atau tidak, sila buat semakan nama layak secara online di link yang dikongsikan di bawah ini. Untuk makluman, penerima tidak perlu memohon.online.

  • > Layari Laman Web MYTV Broadcating
    • > Klik MYTV (Unit Dekoder Percuma)
    • > Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang semak
      • > Penerima Set Dekoder Percuma adalah dari senarai B40 yang layak dan beralamat dalam kawasan liputan myFreeview
      • > Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set Dekoder Percuma tersebut
  • > Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di  1300 80 6988 atau 1800 18 1088

Permohonan MyTV Untuk Isi Rumah B40 Dan OKU

Bagi Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima set dekoder myFreeview percuma secara berperingkat, sila daftar minat dengan mengemaskini maklumat anda selewat-lewatnya 31 Mei 2020.

  • Isi Rumah B40
  • OKU yang berdaftar dengan JKMM

Rujuk siaran akhbar SKMM untuk maklumat lanjut pendaftaran MyTV.

Bagi pengguna-pengguna yang lain iaitu yang tidak menerima set dekoder MYTV percuma, mereka boleh menonton siaran TV digital MyFreeView dengan mendapatkan dekoder (membeli) di ejen berdaftar (syarikat elektrik terpilih) dengan harga RM99 hingga RM187.

Secara alternatifnya, pengguna juga boleh menonton melalui set televisyen iDTV yang mempunyai T2 tuner. Setakat ini, terdapat 3.5 juta iDTV di Malaysia.

Cara Pemasangan Dekoder MYTV Pada TV

Tak tahu cara nak pasang dekoder? Jangan risau, senang sahaja! Yang penting, anda perlu ada dekoder MYTV original, aerial UHF dan kabel AV atau HDMI. Kalau sudah complete semua, bolehlah tonton siaran digital #myFreeview dengan audio yang lebih jelas!

Saluran MYTV Yang Ditawarkan

Berikut adalah Saluran TV dan Radion yang boleh didapati di MYTV :-

Soalan Lazim MYTV

Menurut Laman Web MYTV Broadcasting, berikut adalah sebahagian daripada soalan yang kerap ditanya beserta jawapan berkaitan MYTV :-

i) Siaran Digital myFreeview

  • > myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

ii) Bagaimanakah untuk mengakses?

  • > Saluran myFreeview boleh dinikmati menggunakan TV baru dan lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF. Untuk menyemak jika TV anda tersedia digital, mohon rujuk spesifikasi model TV berkenaan daripada manual pengguna atau laman web jenama TV tersebut.

iii) Bagaimana untuk bertukar ke myFreeview?

  • > Pertama sekali, semak jenis peralatan yang diperlukan dengan memastikan sama ada TV anda tersedia dengan penala digital.
  • > Jika TV anda mempunyai penala digital, anda perlukan aerial UHF. Jika tidak, anda perlukan aerial UHF dan alat penerima (dekoder) DVB-T2.
  • > Anda boleh membeli dekoder DVB-T2 atau IDTV yang sah menerusi Wakil Penjual rasmi MYTV yang berdekatan dengan tempat anda.

iv) Di mana boleh saya membeli alat penerima yang sesuai?

  • > Anda boleh membeli dan memasang peralatan yang sesuai daripada Wakil Penjual kami. Sila pastikan alat penerima tersebut disahkan oleh SIRIM, mempunyai label DTT/ DTTV atau untuk set TV, ia harus dilengkapi penala digital (DVB-T2).

v) Bolehkah Set Dekoder Percuma ini dipindah milik?

  • > Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set Dekoder Percuma tersebut.

vi) Adakah pemasangan alat dekoder ini dikenakan bayaran?

  • > Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 atau menghubungi salah satu Pemasang Berdaftar MYTV. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

vii) Bolehkah saya menukar alamat pemasangan?

  • > Penerima tidak dibenarkan menukar pemasangan alamat kerana ia telah didaftarkan di dalam sistem. Sekiranya perlu, penerima dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan untuk sebarang perubahan. Pihak MYTV tidak bertanggungjawab di atas setiap bayaran tambahan yang dikenakan oleh pemasang berdaftar untuk sebarang perubahan oleh penerima.

Selamat membuat Semakan MYTV Nama Layak Menerima Dekoder Percuma MYTV secara Online. Moga perkongsian panduan cara di atas bermanfaat buat semua.