UPU Online : Permohonan UPU 2026-2027 & Semakan Keputusan. Informasi kemasukan ke UA, Politeknik Kolej Komuniti & ILKA serta rayuan.

UPU Online : Permohonan UPU 2026-2027 & Semakan Keputusan

UPU Online Sesi 2026/ 2027 Online. Maklumat permohonan UPU bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dirujuk di bawah ini. Untuk Semakan keputusan UPU  termasuk keputusan rayuan, ianya boleh disemak melalui kaedah atas talian/ online dan melalui Aplikasi UPUPocket 2.0. Maklumat permohonan sesi 2026/2027 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan tawaran kemasukan adalah untuk program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di mana calon telah mengemukakan permohonan melalui UPUonline yang di buka pada bulan Januari 2026.

UPU Online 2026-2027 : Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA Dan Semakan Tawaran

Berikut adalah perincian maklumat berkaitan UPU Online sesi 2026-2027 (permohonan & keputusan tawaran)  melibatkan dua kategori pemohon iaitu lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.

Ianya untuk kemasukan ke UA Politeknik Premier Konvensional Metro Kolej Komuniti ILKA TVET

Permohonan UPU & Pembelian Pin UPU

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA bagi sesi akademik 2026/2027. Berikut adalah perincian maklumat berkaitan:

Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli No. Unik ID BSN seperti maklumat berikut:

  • Tarikh: 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026
  • Harga: RM10.60
  • Kaedah Pembelian:
    i. Kaunter BSN di seluruh negara
    ii. Mesin ATM (dengan akaun GIRO BSN)
    iii. Internet Banking MyBSN (dengan akaun GIRO BSN)

Tarikh permohonan UPU di buka dan di tutup adalah seperti berikut :-

  • Lepasan SPM
    29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang).
  • Lepasan STPM
    Fasa 1: 29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang).
    Fasa 2: 13 April 2026 (12 Tengah Hari) hingga 5 Mei 2026 (5 Petang).

Permohonan boleh dibuat di Portal Rasmi UPU (upu.mohe.gov.my)

Kategori Permohonan

Terdapat 2 kategori permohonan meliputi Lepasan SPM/ setaraf dan Lepasan STPM/ setaraf seperti perincian di bawah:-

Syarat Am Lepasan SPM

Sebelum memohon, sila pastikan anda mememenuhi syarat am permohonan seperti berikut :-

Syarat Am Lepasan STPM

Fasa Pengemaskinian Bagi Lepasan STPM/ Setaraf

Kepada calon lepasan STPM/ Setaraf yang memohon UPU bagi sesi akademik 2026/2027, fasa pengemaskinian akan dibuka seperti berikut:

Akan dikemaskini

👉 KATEGORI STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM :

✅ Kemaskini pilihan program pengajian KECUALI yang telah dipanggil temu duga dan/atau ujian.

✅ Hanya program pengajian yang memenuhi syarat khas akademik SAHAJA akan disenaraikan dalam pilihan.

👉 KATEGORI DIPLOMA / SETARAF :

✅ Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik SAHAJA.

Pengemaskinian boleh dibuat melalui portal rasmi: 🌐 https://upu.mohe.gov.my

Keperluan Saringan Ke Program Bertemuduga Dan Ujian

Maklumat yang dikongsikan meliputi tarikh semakan dan kaedah semakan UPU :-

i) Lepasan SPM/ Setaraf

Permohonan bagi Lepasan SPM yang layak diterima adalah terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian.

a) Semakan Panggilan Temuduga UPU

Calon yang terlibat dengan semakan temuduga UPU adalah pemohon yang memilih program pengajian yang bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa membuat permohonan.

  • Tarikh : Akan dikemaskini
  • Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga UA / Politeknik/ ILKA adalah seperti berikut :-
  1. Uni Pendidikan Sultan Idris
  2. UUM
  3. UiTM
  4. Politeknik
  5. UPNM
  6. Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia
  7. UNISZA
  8. UMK
  9. UTHM
  10. MARA

b) Keputusan Permohonan

  • Tarikh akan dikemaskini : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/ Politeknik Premier/ Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Calon boleh membuat semakan tawaran kemasukan menerusi saluran hebahan berikut :-

  1. http://jpt.ums.edu.my/
  2. https://jpt.unimas.my/
  3. http://jpt.utm.my/
  4. http://jpt.uum.edu.my/
  5. http://jpt.umt.edu.my/upu/

Ataupun melalui Aplikasi telefon mudah alih UPUPocket 2.0 yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store

Peringatan : Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.

Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan.

c) Permohonan Rayuan UPU

  • Tarikh : Tarikh akan dikemaskini

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.

Untuk permohonan ke UA, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.mohe.gov.my manakala untuk rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan.

d) Keputusan Rayuan UPU

Hebahan Pertama : Tarikh akan dikemaskini

Tarikh tutup : Tarikh akan dikemaskini

Tempoh setuju terima tawaran : Tarikh akan dikemaskini

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.

e) Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu

Pendaftaran kemasukan ke semua UA akan bermula pada tarikh yang akan dikemaskini

ii) Lepasan STPM/ Setaraf

Maklumat semakan UPU untuk kategori lepasan STPM/ setaraf :-

a) Semakan Panggilan Temuduga UPU

Semakan Ujian MEdSI Program Sarjana Muda Pendidikan dan Temuduga Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf

  • Tarikh : Tarikh akan dikemaskini

Semakan panggilan Temuduga Bukan Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf

  • Tarikh : Tarikh akan dikemaskini

Semakan panggilan Temuduga Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf

  • Tarikh : Tarikh akan dikemaskini

Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga Ijazah Sarjana Muda – STPM / Setaraf Mengikut UA :-

  1. Semakan Ujian Medsi
  2. Uni Pendidikan Sultan Idris : Temuduga Pendidikan
  3. UTHM
  4. UNISZA
  5. UiTM
  6. UMT
  7. UMS
  8. UKM
  9. UMK
  10. UM
  11. UPM
  12. USIM
  13. USM
  14. UTM
  15. UUM
  16. UNIMAS
  17. UIAM
  18. UPNM

b) Keputusan Permohonan

Tarikh Semakan adalah pada *Tarikh akan dikemaskini.

Nota * : Pengesahan setuju terima tawaran bermula *Tarikh akan dikemaskini

Pemohon yang tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran selepas tempoh yang ditetapkan akan dikategorikan sebagai menolak tawaran

c) Permohonan Rayuan UPU

Hanya pemohon yang TIDAK BERJAYA mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan rayuan secara atas talian

    • Rayuan dari : Tarikh akan dikemaskini
    • Rayuan DITUTUP  : Tarikh akan dikemaskini

d) Keputusan Rayuan UPU (Lepasan STPM)

  • Tarikh akan dikemaskini

e) Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu

  • Akan dikemaskini

Muat Turun UPUPocket 2.0

Pengguna telefon pintar boleh memuat turun/ download aplikasi UPUPocket 2.0 di :-

  1. Android (Google Play) atau
  2. Apple (AppStore)
  3. Huawei AppGallery

Di antara maklumat dan panduan yang terdapat di aplikasi UPU Pocket termasuklah :-

i) Semakan Status UPU

Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.

ii) e-Panduan

e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

iii) Kalendar Akademik

Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline.

iv) Aduan

Maklumbalas berkaitan permohonan. Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.

v) Alamat UA

Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan

Semakan SMS

taipkan upu jarak result jarak no kad pengenalan dan sms ke 15888

Sebab-Sebab Gagal Permohonan UPU

Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-

  1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  3. Memohon program luar bidang aliran
  4. Tidak melepasi temuduga
  5. Markah merit rendah
  6. Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi

Proses Pemilihan Pelajar Ke UPU

Proses pemilihan kemasukan lepasan SPM & STPM/ setaraf adalah seperti grafik berikut. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial UPU :~

🔴 TikTok : @bkpaupu
🔴 Facebook : kemasukan bkpa jpt
🔴 Telegram : UPUONLINE CHANNEL
🔴 Instagram : @kemasukanbkpa
🔴 YouTube : bkpaUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-
Hotline UPU: 03-86842363
E-mel: upu@mohe.gov.my
Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

Selamat membuat permohonan dan semakan keputusan UPU 2026 online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang dihajakani.

Rel : institusi latihan kemahiran awam, pengurusan kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi, 10 februari 2025 hingga 14 mac 2025, tarikh penting permohonan upu, 14 april 2025 hingga 18 mei 2025, minggu pertama september 2025,