Semakan Keputusan UiTM 2025-2026 Online (Hebahan Tawaran). Cara semak samada permohonan ke universiti teknologi mara berjaya atau tidak.

Semakan Keputusan UiTM 2025 – 2026 Online (Hebahan Tawaran)

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan keputusan tawaran atau panggilan temuduga ke Universiti Teknologi MARA (UiTM)? Jawapannya adalah melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM. Portal akan memaparkan banyak makluman penting seperti semakan keputusan UiTM meliputi tarikh semakan dan masa. Intake ke UiTM juga boleh dibuat melalui portal ini termasuk informasi berkaitan syarat kelayakan dan soalan lazim.

Semakan terkini di Portal UiTM adalah semakan keputusan tawaran untuk  Program Diploma, Asasi dan Ijazah Sarjana Muda untuk ke UiTM ambilan sesi 2025/ 2026. Menerusi makluman, semakan keputusan boleh disemak bermula tarikh yang dinyatakan di bawah

Semakan Keputusan UiTM Online Hebahan Tawaran

Cara Semak Semakan Keputusan UiTM Dan Panggilan Temuduga 2025-2026 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara semak tawaran kemasukan ke UiTM termasuk panggilan temuduga untuk sesi 2025/ 2026.

Semakan Keputusan UiTM Sesi 2025-2026 Online

Berikut adalah maklumat tarikh semakan keputusan tawaran/ panggilan temuduga ke UiTM yang boleh disemak secara online seperti berikut :-

Applikasi Semakan UiTM

Tarikh Penting Semakan

Berikut adalah tarikh-tarikh penting application dan semakan UiTM secara online buat rujukan pemohon:-

Ambilan 1 2025-2026

i) HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM PROFESIONAL UiTM SESI 1 2025/2026 (KEMASUKAN OKT 2025)

📣 Hebahan keputusan dan semakan surat tawaran ke program Profesional UiTM

.⭐ACCA FOUNDATION IN ACCOUNTANCY (ACCA FIA) (UK) (AC151)
.⭐THE ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA) (UK) (AC551)
.⭐THE INSTITUTE OF CHARTERED SECRETARIES AND ADMINISTRATION (UK) (ICSA) (AM550)

📣 Hebahan keputusan dan semakan surat tawaran ke program Profesional UiTM boleh disemak mulai :

Tarikh: 17 Jun 2025
Hari: Selasa
Masa: 5.00 petang

Tempoh Klik Setuju Terima & Pendaftaran secara dalam talian (online) sebagai Pelajar :

17 – 25 Jun 2025 (ACCA & FIA) & 17 Jun -13 Julai 2025 (ICSA)

ii) HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM ASASI/ DIPLOMA LEPASAN SPM SESI 1 2025/2026 (MOHON MELALUI UPU)

Semakan Surat Tawaran Lepasan SPM bagi calon yang ditawarkan ke program UiTM Sesi 1 2025/2026 bagi kemasukan Julai 2025 (Asasi) & September 2025 (Diploma) boleh dibuat mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Jun 2025
Hari: Selasa
Masa: 2.00 petang

iii) HEBAHAN PANGGILAN DAN SEMAKAN SURAT TEMU DUGA PROGRAM PROFESIONAL PERAKAUNAN UiTM BAGI SESI 1 2025/2026 (SEMESTER OKTOBER 2025)

• THE ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA) (UK) – AC551
• ACCA FOUNDATION IN ACCOUNTANCY (ACCA FIA) (UK) – AC151

Hebahan panggilan dan semakan surat temu duga Program Profesional Perakaunan UiTM bagi sesi 1 2025/2026 (kemasukan Okt. 2025) untuk program AC551 & AC151 adalah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 05 Jun 2025
Hari : Khamis
Masa : Selepas 2.00 petang

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan berkiatan (proses pengambilan/ syarat program/ keputusan), sila hubungi

  1. Pengambilan Pelajar
  2. Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM

Diucapkan selamat membuat Semakan secara Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke UiTM Sesi 2025/ 2026. Moga hasrat anda mendapat Diploma/ Ijazah yang dihajati tercapai.