Semakan Keputusan SPM 2022 Online Dan SMS (Tarikh Rasmi). Cara Semak result SPM sijil pelajaran malaysia tingkatan 5..

Semakan Keputusan SPM 2022 Secara Online Dan SMS

Maklumat di bawah adalah mengenai cara semak result Sijil Pelajaran Malaysia bagi calon-calon pelajar Tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2022. Keputusan SPM merupakan pencapaian akademik yang penting bagi pelajar yang mengikuti kurikulum persekolahan di Malaysia. Dengan pencapaian yang cemerlang dalam SPM, pelajar-pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di peringkat pengajian tinggi. Berikut adalah maklumat mengenai Semakan Keputusan SPM 2022 secara Online Dan SMS.

Bagi calon-calon yang gagal, anda berpeluang untuk menduduki semula peperiksaan SPM dalam peperiksaan SPM Ulangan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM. Calon-calon akan mengambil keputusan di sekolah masing-masing tetapi anda juga boleh menggunakan akses Online dan SMS untuk mendapatkan ringkasan slip keputusan sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut. Berdasarkan tarikh pada tahun lepas dan sebelumnya, keputusan SPM pada kelazimannya keluar pada bulan Mac setiap tahun. Namun disebabkan pandemik COVID-19, keputusan tahun ini dijangka diumumkan pada tarikh yang lain.

keputusan spm

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Tarikh Rasmi Result Diumumkan Dan Kaedah Semakan

Result SPM boleh disemak oleh calon SPM pada tarikh dan melalui kaedah semakan berikut :-

Tarikh Penting

Tarikh rasmi semakan keputusan SPM bagi tahun 2022 adalah seperti berikut :-

KEPUTUSAN SPM BOLEH DISEMAK PADA
8 Jun 20231000 PAGI

*Tarikh RASMI keputusan SPM 2022 diumumkan adalah berdasarkan kenyataan media KPM bertarikh 29 Mei 2023

Cara Semak Result SPM 2022

Calon boleh menyemak secara online mulai jam 1000 pagi pada tarikh keputusan diumumkan untuk mendapatkan keputusan penuh SPM (Slip keputusan). Namun begitu, jika calon menghadapi kekangan masa dan sebagainya, anda boleh menggunakan alternatif yang disediakan untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM masing-masing.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan

Terdapat tiga cara alternatif untuk melakukan semakan keputusan iaitu melalui semakan Online, SMS dan aplikasi telefon pintar.

i) Kaedah Semakan Secara Online

Keputusan penuh secara online boleh diakses selepas tarikh keputusan dikeluarkan. Berikut adalah pautan untuk melakukan semakan secara Online:-

APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN SPM ONLINE
> Klik myresultspm.moe.gov.my (akan dikemaskini)

ii) Semak Melalui Perkhidmatan SMS

Ringkasan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia secara SMS boleh diakses melalui perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM yang disediakan oleh KPM iaitu melalui khidmat 68886.

Berikut adalah langkah ringkas dalam melakukan semakan secara SMS

CARA SEMAK MELALUI SMS
Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
> Contoh: SPM 992010144554 JK245134 dan hantar SMS ke 15888

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS mengikut kadar perkhidmatan oleh rangkaian telekomunikasi pada tahun sebelum ini.

iii) Semakan Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Ringkasan Keputusan SPM juga boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar. Berikut adalah pautan untuk melakukan semakan melalui aplikasi telefon pintar:-

APLIKASI SEMAKAN TELEFON BIMBIT
> Muat Turun e-Lembaga Peperiksaan

Kenyataan Media KPM

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM sebagai kenyataan rasmi tarikh yang telah ditetapkan untuk keputusan SPM tahun 2022.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

  • i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh,
  • ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai tarikh yang telah diumumkan.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

-TAMAT –
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
29 Mei 2023

Selamat membuat semakan. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi membolehkan membuat permohonan UPU kemasukan ke UA – Universiti Awam/ IPTA secara online. Bagi mereka yang kurang berjaya, usaha lagi dengan lebih keras sehingga berjaya.

Related : menduduki peperiksaan sijil pelajaran panduan pelajar, mendapatkan keputusan peperiksaan katanya, laman web, keputusan peperiksaan spm 2021, mata pelajaran, pihak sekolah, semak semula keputusan spm, berikut dikongsikan cara membuat semakan, kokotkan wang pos kiriman wang bank draf pada borang, cara semakan keputusan spm, pengguna akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis, menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mysms, ditulis atas nama akauntan negara malaysia, slip keputusan peperiksaan spm, sms untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan sms,