Semakan Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM Online, Cara semak status permohonan dana inspirasiku yayasan pembangunan ekonomi islam RM500 sekolah rendah & RM1k IPT.

Semakan Status Permohonan Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM Online

Cara semakan Dana Inspirasiku Malaysia YaPEIM. Pada saat kegawatan ekonomi dan tekanan sara hidup masa kini, bantuan khususnya dari segi kewangan amatlah diperlukan oleh golongan yang memerlukan. Golongan B40 atau kumpulan isi rumah berpendapatan RM4,360 ke bawah termasuk isi rumah miskin adalah mereka yang sangat memerlukan bantuan. Kini, pelbagai pihak tidak kira kerajaan mahupun swasta amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia atau ringkasnya YaPEIM merupakan salah satu yayasan yang menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar dari keluarga B40 yang dikenali sebagai Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku). Untuk makluman, ianya merupakan bantuan dari segi kewangan yang ditawarkan khusus buat pelajar di sekolah dan juga Institut Pengajian Tinggi (IPT). Namun bantuan tersebut dikhususkan buat pelajar daripada keluarga golongan B40 dalam membantu dan meringankan beban keluarga untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan ke sekolah rendah dan menengah. Menurut YaPEIM juga, keutamaan diberikan kepada pelajar baru darjah 1, tingkatan 1, serta pelajar yang menyambung pelajaran ke IPTA mahupun IPTS yang melepasi syarat kelayakan.

semakan dana inspirasiku

Dana Inspirasi Malaysia YaPEIM (Inspirasiku)

Melalui program Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah, Dana Inspirasi Malaysia telah dilancarkan dengan sasaran jumlah terkumpul berjumlah RM40 juta. Dana ini seterusnya diharapkan dapat memberikan manfaat kepada hampir 40 ribu pelajar seluruh Malaysia. Sebagai dana awal bagi bantuan ini, peruntukkan RM1 juta telah disediakan oleh YaPEIM. YaPEIM masih membuka sebarang sumbangan dan tajaan dari masyarakat mahupun syarikat buat dana ini.

Matlamat dana adalah :-

  1. Untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  2. Melengkapkan usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
  3. Ianya selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif
  4. Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40

Bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar dalam setiap peringkat pengajian bermula daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat ijazah. Kadar bantuan yang diberikan pula adalah sehingga RM500 bagi pelajar sekolah rendah dan sehingga RM1,000 bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) dan juga secara manual melalui pengisian borang pada tarikh yang telah ditetapkan. Makluman semakan permohonan pula akan diumumkan oleh pihak YaPEIM sebaik sahaja dikeluarkan.

Semakan Dana Inspirasi Malaysia YaPEIM Online

Berikut dikongsikan maklumat penting seperti tarikh dan cara membuat semakan status permohonan dana inspirasi malaysia 2020 YaPEIM secara online.

Tarikh Semakan Dan Pautan

TARIKH BUKATARIKH TUTUP
16 MAC 2020
Klik : Pautan Semakan
  1. Semakan Status Permohonan bagi Fasa 1 Dana Inspirasi Malaysia boleh dibuat bermula tarikh di atas dan pembayaran akan tertakluk seperti yang dimaklumkan
  2. Menurut YaPEIM, Fasa 1 adalah untuk Bantuan Pendidikan Sekolah (Bantuan Awal Persekolahan)
  3. Makluman mengenai fasa seterusnya dan tarikh tutup Bantuan Pendidikan IPT (Institusi Pengajian Tinggi) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web dan media sosial YaPEIM

Carta Alir Proses Permohonan Dana Inspirasiku

Berikut dikongsikan carta alir tentang proses permohonan Dana inspirasi Malaysia :-

proses-permohonan-dana-inspirasiku-yapeim

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia

Untuk memohon, sila pastikan anda membaca syarat permohonan berikut sebelum memohon :-

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Mendapat surat tawaran pengajian IPT dalam atau luar negara atau surat pengesahan sekolah seperti contoh yang dilampirkan dalam senarai semak
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40
  4. Slip gaji/ pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah
  5. Permohonan hendaklah atas nama ibu, bapa atau penjaga

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang permasalahan, orang ramai boleh merujuk kepada maklumat berikut :-

1Soalan LazimFAQ
2Laman Facebook Rasmi YaPEIMYaPEIM Official