Semakan CTOS Online (Cara Dapatkan Laporan Kredit Dengan Mudah). Cara semak credit report untuk institusi kewangan secara atas talian.

Semakan CTOS Online (Cara Dapatkan Laporan Kredit Dengan Mudah)

Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat untuk mengetahui adakah pinjaman kewangan mereka akan diluluskan atau tidak. Tahukah anda bahawa kebarangkalian untuk pinjaman diluluskan dapat diketahui dengan memeriksa laporan kredit terlebih dahulu? Dengan cara ini, anda boleh mengenalpasti kekurangan yang ada pada kredit serta cara untuk memulihkannya untuk mengelakkan daripada permohonan pinjaman ditolak. Buat yang berminat, berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan CTOS Secara Online iaitu cara mendapatkan Laporan Kredit dengan mudah.

Untuk makluman, ianya merupakan sebuah Agensi Pelaporan Kredit (Swasta – syarikat persendirian) yang didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Ianya berbeza dengan CCRIS, atau Central Credit Reference Information yang diurus oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Antara paparan laporan kredit yang dikeluarkan untuk individu dan syarikat termasuklah rekod kredit mereka (untuk tempoh 24 bulan lalu), pemilikan syarikat dan pengarah, maklumat tindakan undang-undang, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Semakan CTOS Online Cara Dapatkan Laporan Kredit Dengan Mudah

Peranan CTOS

Menurut Laman web rasmi, ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS peneraju Agensi Pelaporan Kredit (CRA) di Malaysia di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

Di CTOS, mereka memudahkan pemberian kredit dengan memperkasakan individu dan perniagaan dengan akses kepada maklumat penting dengan cepat dan selamat.

Menurut Laporan World Bank’s Doing Business Report 2014, Malaysia dianggap negara paling mudah untuk mendapatkan kredit di dunia (daripada 189 negara).

Dengan membekalkan maklumat kepada pemberi kredit dan mewujudkan ketelusan, ianya memberi mereka lebih keyakinan untuk berurusan dengan pihak-pihak dimana mereka tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai mereka.

Walau bagaimanapun, CTOS tidak menilai atau membuat cadangan mengenai permohonan kredit. Pinjaman melibatkan banyak faktor. Akhirnya, pemohon hendaklah memenuhi selera pembekal kredit dari segi risiko, polisi dan strategi perniagaan.

Kredit bukanlah satu hak. Semua orang tahu, kita perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam urusan kewangan yang mana ia akan memberi kesan dalam permohonan pinjaman kita. Oleh yang demikian, individu dan syarikat disaran untuk menyemak laporan kredit CTOS mereka secara kerap. Ini adalah untuk memastikan ketepatan dan kemas kini untuk pemprosesan permohonan yang cepat dan cekap.

CRA bersedia untuk terus berkembang di bawah Akta CRA 2010 untuk memberi manfaat kepada rakyat, perniagaan dan akhirnya negara.

Check CTOS Secara Online (Cara Mendapatkan Laporan Kredit – CTOS Score)

Dengan ada laporan ini, anda boleh menyemak laporan peribadi sendiri bagi memastikan kredit berada dalam keadaan sihat dan baik. Pada masa yang sama syarikat-syarikat (termasuk institusi kewangan) boleh menyemak laporan kredit anda untuk memastikan adakah anda layak untuk membuat sebarang permohonan pinjaman atau kad kredit. Bank-bank akan menilai permohonan pinjaman dengan merujuk pada sejarah kredit anda sebelum membuat keputusan samada anda layak untuk diberikan pinjaman atau tidak.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan laporan secara online, berikut dikongsikan langkah-langkah membuat semakan buat panduan semua. Terdapat 3 laporan yang disediakan iaitu :-

  1. Laporan Basic : Laporan Kredit Asas (Tanpa CCRIS & Skor) – PERCUMA
  2. Score : Laporan Kredit & Skor – RM25 / repot (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)
  3. SecureID : Perlindungan Kecurian Identiti – RM99 / setahun (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)

Layari Laman Web Rasmi

Sebelum membuat semakan, anda perlu mendaftar akaun baharu dahulu. Klik pautan di bawah untuk melengkapkan pendaftaran:

Cara Mendaftar Akaun

  1. Setelah mengakses pautan pendaftaran, lengkapkan maklumat-maklumat termasuk nama penuh seperti dalam MyKad, nombor kad pengenalan, alamat emel, bahasa dan nombor telefonmyctos1
  2. Klik Get Verification Code untuk mendapatkan kod TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.
  3. Isikan kod-kod pengesahan tac, yang diterima menerusi SMS di telefon bimbit tadi dalam ruangan Verification Code. Memberikan nombor telefon bimbit yang tepat penting kerana kod pengesahan tac akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran. Klik Continue.
  4. Seterusnya reka kata laluan sendiri, muat naik gambar kad pengenalan anda serta isikan alamat lengkap seperti dalam MyKad. Klik Continue.myctos2
  5. Jawab soalan yang tertera di halaman seterusnya. Klik tanda hijau jika jawapan anda adalah ‘Ya’ dan merah jika jawapan anda ‘Tidak’. Klik Complete setelah selesai.myctos3
  6. Sebuah emel pengesahan pendaftaran akan diberikan kepada emel yang anda berikan. Ia mengandungi maklumat yang boleh digunakan untuk log masuk ke dalam akaun (User ID dan Password) bagi mendapatkan laporan kredit yang lebih terperinci. Selain itu, emel tersebut mengandungi laporan kredit ringkas yang boleh dirujuk oleh pengguna secara percuma

Log Masuk CTOS

Untuk membuat semakan, klik pautan di bawah untuk log masuk:

CTOS memerlukan 3 jam waktu bekerja untuk mengesahkan butiran id pengguna dan menyediakan id pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS. Pengguna akan menerima e mel melalui alamat emel yang anda berikan tentang butiran id pengguna anda. Pilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun selamat daripada diakses oleh orang lain.

Cara Akses Laporan

  1. Untuk Log Masuk, isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang direka ketika proses pendaftaran. Klik Login myctos5
  2. Anda akan dibawa ke Dashboard yang memaparkan maklumat asas berkaitan laporan kredit andamyctos7
  3. Untuk mendapatkan laporan yang lebih terperinci, klik Get your CTOS Score Now
  4. Isikan kata laluan dalam ruangan Password dan klik Get Report
  5. Anda akan dibawa ke halaman untuk membuat pembayaran. Laporan yang lengkap berharga RM25 (tidak termasuk GST).

Laporan MyCTOS pertama diemelkan kepada anda secara percuma tetapi anda juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS.

Soalan Lazim Mengenai CTOS

1) Institusi Kewangan seperti bank boleh mengakses laporan MyCTOS dan melihat maklumat apa?

Laporan CTOS terutamanya daripada maklumat pengesahan identiti, informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan. Selain itu, laporan juga mengandungi butiran tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan dan komen anda (jika berkenaan).

Bahagian yang penting dalam setiap laporan adalah kepada peminjam yang berpotensi adalah bahagian ketiga, Sejarah kewangan. Bahagian ini akan memaparkan sejarah kewangan anda dalam 3 bahagian – permohonan kredit semasa, butiran CCRIS dan komen anda. Butiran CCRIS pula dibahagikan kepada 3:

1. Tunggakan kredit

Ruangan pinjaman tertentu akan diisi dengan ‘0’ jika anda membayar tepat pada masanya. Jika anda mempunyai beberapa nombor ‘1’ dalam pembayaran balik anda, ia menunjukkan bahawa anda adalah sebulan lewat dalam pembayaran balik anda. Status undang-undang pula menunjukkan sekiranya anda telah disaman oleh peminjam sedia ada untuk membayar hutang anda.

2. Akaun Perhatian Khusus

Ruangan ini menunjukkan semua kemudahan kredit yang belum dijelaskan yang berada di bawah pengawasan ketat institusi kewangan

3. Permohonan Kredit

Seksyen ini pula memaparkan sekiranya anda telah memohon sebarang kemudahan kredit dalam tempoh 12 bulan yang lalu, sama ada telah diluluskan atau ditolak.

2) Bagaimana jika terdapat percanggahan dalam rekod pembayaran atau rekod lain yang anda tidak tahu?

Memeriksa laporan kredit secara berkala adalah salah satu cara yang proaktif dalam memastikan kesihatan kredit anda berada dalam keadaan baik serta melayakkan untuk menerima kredit yang dipohon. Penolakan pinjaman boleh menjejaskan kredit anda.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai Semakan untuk melihat laporan CTOS,, rujuk maklumat-maklumat di bawah:

No. Telefon

  • 03-27228833/03-27228882

Diharap agar perkongsian di atas ini dapat memberi manfaat buat semua. Semoga laporan kredit anda tiada masalah dan mudah untuk membuat permohonan pinjaman.

Related : pilih soalan keselamatan untuk, kata laluan, kerana soalan keselamatan untuk memastikan akaun, perniagaan pengarah tac akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran,