Semakan BSH 2020 Status Bayaran Fasa 1 2 3 Bantuan Sara Hidup

Last Updated on

Cara Semak Status Bayaran BSH 2020 Fasa 1, 2 & 3 Semakan BSH Online Bantuan Sara Hidup. Menerusi petikan siaran media Menteri Kewangan, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat. Ianya bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dalam meringankan kos sara hidup mereka. Bagaimanakah cara membuat semakan status bayaran BSH Isi Rumah dan BSH Bujang secara online samada anda layak atau tidak?

Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan ini dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima BSH yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019.

semakan status bsh

Semakan BSH 2020 Keputusan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Online

Untuk menyemak samada anda layak menerima bayaran BSH tahun 2020 (menepati syarat kelayakan BSH 2020), sila rujuk kepada langkah-langkah semakan seperti berikut :-

KELAYAKAN TERIMA BAYARAN BSH 2020

Mereka yang layak menerima pembayaran BSH fasa 1 pada 20 Januari 2020 adalah :-
> Kategori Isi Rumah berdasarkan kepada pengkalan data BSH tahun 2019

  1. Pendapatan Isi Rumah RM2,000 dan ke bawah
  2. Pendapatan Isi Rumah antara RM2,001 hingga RM3,000
  3. Pendapatan Isi Rumah antara RM3,001 hingga RM4,000

Menerusi makluman Portal Rasmi BSH, pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 (RM200) kepada pemohon yang layak telah dibuat mulai 16 Mac 2020. Ini susulan dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada 27 Februari 2020 semasa ucapan mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, bayaran fasa 2 yang dijadualkan pada bulan Mei 2020 akan diawalkan sebanyak RM200 pada bulan Mac 2020.

Semakan Status pembayaran boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020). Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil oleh penerima BSH 2020:-

  1. Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  2. Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status

Untuk mendapatkan maklumat lanjut pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 melibatkan tarikh bayaran dan siapa yang layak, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Bayaran Fasa Kedua BSH 2020

Lain-lain maklumat penting adalah seperti berikut :-

  1. Tarikh Akhir Pendaftaran/ Permohonan BSH 2020 (mengisi borang permohonan untuk mereka yang perlu membuat permohonan baharu) adalah pada 15 Mac 2020 (Ahad)
  2. Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Rujuk panduan pengguna daftar MyBSH

Kaunter BSH di semua Cawangan LHDNM ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020. Pemohon BSH digalakkan untuk membuat Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 secara dalam talian melalui Portal BSH..

Berikut adalah langkah ringkas dalam membuat semakan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 secara online :-

SEMAK STATUS BAYARAN BSH 2020

Layari Portal Rasmi BSH di pautan berikut :-
> Klik Nama Layak Terima Bayaran BSH 2020
> Masukkan No MyKad di ruangan yang disediakan
semakan status bayaran bsh

Nota Pembayaran BSH

Pembayaran Fasa 1 2020 untuk kategori isi rumah mengikut pengkalan data BSH 2019 akan mula dibuat pada 20 Januari 2020. Penerima BSH di kawasan pedalaman (kategori isi rumah) yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula, bayaran akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

Setelah pangkalan data BSH 2020 dikemaskini, baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.

Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian daripada kalangan yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.

SUMBER : Siaran Media Kementerian Kewangan

Nota : Pembayaran tambahan RM100 akan dibayar bersama-sama dengan bayaran Fasa Tiga (3) BSH yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020.

   SEMAKAN DAN PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Semakan Status Penerimaan BPN
Klik  BPN Online
  • 1. Masukkan No. Kad Pengenalan (NO I/C) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja
  • 2. Masukkan Kod CAPTCHA yang diberikan, dan
  • 3. Keputusan akan dipaparkan
  • 4. Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020
  • 5. Semua penerima Bantuan Prihatin Nasional akan menerima SMS atau e-mel secara berperingkat mulai 1 April 2020 berkenaan pemakluman kelayakan menerima BPN. Sekiranya menerima SMS atau e-mel tersebut, semakan lanjut tidak perlu dibuat dengan LHDNM
  • 6. Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik “Permohonan Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, penerima BSH boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my.