Semakan BKM 2022 Secara Online MyBKM & Aplikasi Mobile

semakan permohonan bkm

Semakan BKM 2022 Secara Online & Aplikasi Mobile. Adakah anda sudah membuat application Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)? Ia merupakan bantuan kewangan yang diusahakan oleh kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi krisis ekonomi disebabkan pandemik COVID-19. Dengan penambahbaikan kategori penerima, lebih ramai rakyat yang dapat memohon inisiatif di bawah Bajet 2022 seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul.

Untuk makluman anda, pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas Covid (BKC) serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat application baharu. Manakala, penerima BPR atau BKC perlu mengemaskini maklumat anda di portal BKM sebagai langkah untuk mengesahkan kelayakan menerima BKM.

Semakan BKM 2022 Secara Online Melalui MyBKM & Aplikasi Mobile

Di bawah dikongsikan informasi berkaitan cara daftar dan cara semak status BKM Secara Online & Aplikasi Mobile untuk panduan semua.

Cara Semak Pemakluman Keputusan BKM

Berdasarkan brochure yang terdapat di laman web rasmi BKM, terdapat dua kaedah semakan yang boleh digunakan oleh pemohon iaitu dengan cara pertama iaitu:

    1. Layari Portal Bantuan Keluarga Malaysia (Portal Rasmi BKM @ https://bkm.hasil.gov.my/)
    2. Log masuk ke MyBKM : https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
    3. Klik Semakan Status
    4. Sistem akan memaparkan application telah berjaya dihantar (Sekiranya application anda berjaya)

Berikut adalah FAQ berkaitan MyBKM untuk rujukan melalui sumber :-

MyBKM

1. S: Apakah fungsi MyBKM?

J: Ianya adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod application untuk tujuan:

  • i. Semakan Status application; atau
  • ii. Kemas Kini application; atau
  • iii. Cetakan application; atau
  • iv. Peti Mel; atau
  • v. Maklum Balas

2. S: Adakah semua pemohon BPR perlu mendaftar semula MyBKM?

J: Pendaftaran perlu dibuat sekiranya anda membuat application baru BKM 2022 dan tidak pernah mendaftar sebelum ini. Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 atau BPN 2.0 dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk.

3. S: Saya telah memasukkan Nombor MyKad, tetapi paparan adalah “Tiada Rekod. Sila buat application / kemas kini application BKM 2022”, apakah yang perlu saya buat?

J: Mesej berkenaan dipaparkan kerana application anda:

  • i. Belum membuat application Baharu BKM 2022; atau
  • ii. Application Baharu BKM 2022 yang dikemukakan kepada Cawangan LHDNM tetapi belum diambil tindakan oleh LHDNM.

Anda perlu membuat application Baharu BKM 2022 sekiranya masih belum kemukakan Borang

B. Pendaftaran MyBKM

4. S: Bagaimana cara untuk log masuk?

J: Untuk log masuk kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu seperti berikut:

  • i. Klik Menu MyBKM
  • ii. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • iii. Maklumat Keselamatan
    • Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
      • a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan application BPR 2021
      • b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
      • c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar
  • iv. Pendaftaran MyBKM (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
    • a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
      • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
      • Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk
    • b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
      • Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
      • Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
    • c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
    • d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
      • Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
      • Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
      • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk
    • e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBKM”. Anda boleh Log Masuk

5. S: Saya telah berjaya membuat pendaftaran. Apa tindakan selanjutnya yang saya perlu buat?

J: Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran, anda telah boleh membuat capaian Menu MyBKM bagi tujuan seperti Jawapan bagi Soalan 1.

6. S: Bagaimana cara untuk log masuk setelah saya berjaya membuat pendaftaran?

J: Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran, Log Masuk MyBKM adalah seperti berikut:

  • i. Klik MyBKM
  • ii. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • iii. Klik Butang Semak
  • iv. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • v. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • vi. Klik Log Masuk

C. Lain-lain

7. S: Saya telah berjaya daftar, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?

J: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  • i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
    • a) Mempunyai e-mel yang berdaftar pada application BKM 2022
      • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
      • Masukkan e-mel yang berdaftar pada application BKM 2022 dan klik seterusnya
      • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
      • Semak e-mel dan log masuk semula
      • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
      • Masukkan Kata laluan yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
    • b) Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
      • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
      • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

8. S: Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 10 minit”. Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

J: Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BKM. Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan

Selain itu, pemohon boleh membuat semakan status dengan kaedah di bawah:

Muat Turun Aplikasi

Aplikasi rasmi Bantuan Keluarga Malaysia boleh dimuat turun pada pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah berkaitan, sila rujuk:

  • LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Related : rakyat malaysia, bantuan keluarga malaysia bkm 2022, 31 januari 2022, warga emas, ibu bapa tunggal, sistem bkm, semakan status bkm, bantuan keluarga malaysia 2022, warga emas bujang, kemaskini maklumat, menepati syarat,