Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi memaklumkan bahawa orang ramai boleh membuat semakan BPN secara online iaitu semak status kelayakan Bantuan Prihatin Nasional bermula 1 April 2020. Pemberian bantuan kewangan secara one off secara tunai dengan jumlah bantuan RM500 hingga RM1,600 mengikut kategori isi rumah/ bujang golongan B40 dan M40 adalah sebahagian daripada inisiatif PRIHATIN Pakej Rangsangan Ekonomi.
Maklumat terkini BSH digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat yang ditambahbaik dengan jumlah bantuan
Disebabkan aliran trafik yang amat tinggi di Portal Rasmi BPN menyebabkan orang ramai menghadapi kesukaran dalam membuat application BPN dan semakan. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak perlu berpusu-pusu membuat semakan kelayakan BPN kerana ianya boleh disemak pada bila-bila masa sehingga 30 April 2020.
Tarikh pembayaran BPN Fasa 2 untuk isi rumah dan individu bujang (B40 & M40) akan dibuat mulai 4 Mei 2020 – Menteri Kewangan Malaysia. Untuk makluman, semakan kelulusan BPN bagi application baru dan “appeal” adalah mulai 9 Mei 2020 di https://bpn.hasil.gov.my/.
Isi Kandungan
BPN 2.0 Dan Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Terkini 23 September 2020 : Kerajaan mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Kadar bantuan yang diumumkan adalah RM1,000 untuk pemohon B40 Isi Rumah, RM500 untuk pemohon B40 Bujang, RM600 untuk M40 Isi Rumah dan RM300 untuk M40 Bujang.
Perdana Menteri menyatakan bahawa BPN sebelum ini berjaya diberikan kepada lebih 10.6 juta penerima. New application perlu dibuat bagi mereka yang berkelayakan akan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020. Status permohonan juga boleh disemak mulai 15 Oktober. Jika status semakan memaparkan gagal kredit bermakna akaun bank anda tidak aktif atau tutup, maka tuntutan tunai perlu dibuat di cawangan BSN.
Bayaran BPN 2.0 akan dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama bermula 26 Oktober 2020 secara berperingkat dan fasa kedua bermula 21 Januari 2021. New application BPN 2.0 akan menerima bayaran secara sekaligus pada fasa kedua dan semakan status boleh disemak mulai 15 Januari 2021.
Anda boleh memuat turun borang new application BPN 2.0 dan borang pembatalan application BPN pada pautan di bawah. Turut disertakan adalah soalan lazim dan manual pengguna yang disediakan oleh LHDN:
- New Application BPN 2.0
- Borang Pembatalan BPN
- Soalan Lazim BPN 2.0
- Soalan Lazim New Application BPN 2.0
- Soalan Lazim Penunaian BPN di kaunter BSN
- Manual Pengguna BPN 2.0
Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Menerusi pemberian BPN, kerajaan menggariskan empat kategori penerima bantuan iaitu :-
- Kategori pertama adalah isi rumah dengan pendapatan sebulan sebanyak RM4,000 & ke bawah yang akan menerima bantuan RM1,600 dengan bayaran RM1,000
- Bagi kategori kedua, isi rumah dengan pendapatan sebulan lebih RM4,000 sehingga RM8,000 akan menerima bayaran RM1,000
- Kategori ketiga adalah individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan sebulan RM2,000 & ke bawah yang akan menerima RM800
- Kategori keempat adalah individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan lebih dari RM2,000 sehingga RM4,000 yang menerima RM500
Kategori isi rumah bermaksud :-
- a) B40 : Kahwin; atau IbuTunggal/ Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang telah melapor maklumat berkaitan Anak pada application Bantuan Sara Hidup BSH 2020. Pendapatan bulanan Isi Rumah adalah sebanyak RM4,000 & ke bawah
- b) M40 : Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian. Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
Kategori Bujang pula bermaksud :-
- a) B40 : Bujang atau Ibu tunggal atau Bapa Tunggal / Balu / Duda/ Janda yang tiada melaporkan info/ maklumat Anak semasa application BSH 2020. Had umur adalah 21 tahun & ke atas termasuk dari kategori warga emas (iaitu 60 tahun & ke atas). Pendapatan bulanan Bujang iaitu RM2,000 & ke bawah
- b) Individu dengan status bujang pada data percukaian. Had umur iaitu 21 tahun & ke atas. Pendapatan sebulan iaitu berjumlah RM2,001 sehingga RM4,000 mengikut BNCP Borang Nyata Cukai Pendapatan.
Jadual pembayaran BPN Fasa Pertama (Fasa 1) adalah secara berperingkat bermula dari bulan April (6 April) dan baki pembayaran Fasa kedua adalah RM600 mulai bulan Mei 2020 (4 Mei). Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (tiada akaun) boleh menerima bayaran BPN secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
Berikut adalah cara mudah untuk check status BPN secara online di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional :-
Langkah-Langkah Membuat Semakan
Klik BPN ONLINE
- Masukkan No. Kad Pengenalan (NO I/C) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.
- Klik Butang Semak untuk membuat semakan
STATUS SEMAKAN
- Masukkan Kod CAPTCHA yang dipaparkan dengan betul
- > Keputusan akan dipaparkan. Terdapat (4) Empat Status application yang akan dipaparkan :-
- i. Lulus
- ii. Tidak Lulus
- iii. Tiada Rekod
- iv. Tidak Layak
- > Keputusan akan dipaparkan. Terdapat (4) Empat Status application yang akan dipaparkan :-
i) Lulus
ii) Tiada Rekod
Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, orang ramai boleh membuat application baru dengan klik “Baharu” bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020
- Isikan Maklumat Pemohon dengan tepat dan lengkap berserta Maklumat pasangan (jika berkahwin) dan maklumat waris diruangan yang disediakan
- Klik pada butang Teruskan untuk ke laman pengesahan
- Akuan Pengesahan pemilik pemohon hendaklah di Tick, menandakan pemohon adalah setuju dengan Syarat-syarat yang telah ditetapkan
- Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan
- Memilih 5 (Lima) pilihan soalan keselamatan
- *Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan unik adalah berwarna Hijau
- Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang yang didaftarkan
iii) Tidak Lulus
Sekiranya status semakan adalah “TIDAK LULUS”, anda boleh merayu bermula 3 April 2020
- Jika Pemohon belum mendaftar ID, Pemohon perlu mendaftar ID terlebih dahulu untuk merayu. Klik butang Daftar Akaun untuk memdaftar ID
- Pemohon dikehendaki menjawap Soalan Keselematan berdasarkan Maklumat yang telah didaftarkan pada borang. Terdapat 2 (dua) soalan yang perlu dijawab
- Setelah Berjaya menjawab 2 soalan keselamatan. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan Memilih 5 (Lima) pilihan soalan FRASA KESELAMATAN
- *Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan Unik adalah berwarna Hijau.
- Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat merayu
- Log Masuk ke Borang “Appeal” menggunakan ID dan kata Laluan yang telah didaftarkan
- Paparan Borang akan dipapar setelah Log Masuk Berjaya. Kemaskini Maklumat dengan tepat dan lengkap. Dan klik butang hantar di ruangan pengesahan setelah selesai kemaskini maklumat
iv) Tidak Layak
Muat Turun Panduan Pengguna
NOTA : i) Semua penerima Bantuan Prihatin Nasional akan menerima SMS atau e-mel secara berperingkat mulai 1 April 2020.
- > NO SMS yang betul : 62000 atau 63833
- > e-Mel yang betul : Pastikan e-mel yang diterima adalah dari no_reply@hasil.gov.my
ii) Adalah dimaklumkan bahawa penerima BPN akan menerima e-mel dari no_reply@hasil.gov.my mulai 7 April 2020 untuk mengemaskini data akaun bank menerusi aplikasi e-kemaskini.
Penerima e-mel tidak perlu menjawab e-mel tersebut.
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak memberikan maklumat peribadi dan jangan dedah maklumat peribadi kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengelakkan penipuan.
Maklumat Lanjut
Soalan Lazim berkaitan BPN Fasa Pertama dan Fasa 2 beserta application baru serta rayuan boleh dirujuk di FAQ BPN
Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, pemohon boleh menghubungi :-
CARA HUBUNGI
- Kementerian Kewangan 03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 4565/ 03-8882 9191/ 03-8882 4566
(Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m bermula 20 Mac 2020) atau e-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my - LHDNM1-800 882 747 atau 03-8911 1000
(jam 9 pagi – 5 petang Ahad hingga Jumaat bermula 30 Mac 2020)
Related : 15 oktober 2020, mulai 15 oktober 2020 kaedah pembayaran dibuka mulai 15 oktober, bermula 15 oktober 2020 hingga 15 november 2020 memperkenalkan bantuan prihatin nasional permohonan baru bpn 2.0 menerima bpn, permohonan baharu, mula dibuat, tengku zafrul, gkp 2.0 dibuat secara, prihatin rakyat, 25 januari pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat, permohonan diterima