Cara Semak Saman Polis Trafik, JPJ Dan AES Secara Online Dan SMS. Kemajuan teknologi kini memudahkan para pengguna jalan raya di Malaysia yang mempunyai saman tertunggak untuk menyemak saman atau membayar saman secara online dengan lebih pantas dan mudah. Berikut dikongsikan panduan untuk menyemak dan membayar saman atau kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Automated Enforcement System (AES).
Sebelum ini, pengguna perlu membayar secara manual (beratur) di kaunter JPJ atau balai polis tetapi dengan kemudahan internet, pengguna jalan raya boleh menyelesaikan tunggakan saman secara atas talian/ online. Mudah bukan. Tambahan pula, ia memudahkan orang awam supaya tidak bersesak di kaunter pembayaran dan dapat menjimatkan masa untuk menguruskan hal-hal lain.
Isi Kandungan
Cara Check Saman Online : Semakan Saman Polis Trafik, JPJ Dan AES (Check Summons Online)
Untuk makluman semua, saman trafik dikeluarkan oleh agensi penguatkuasa yang berkaitan seperti JPJ dan PDRM akibat kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Sebagai contoh memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar.
Diskaun Saman
[TERKINI]: Tawaran pengurangan kadar saman polis trafik sehingga 60%. Ianya akan berlangsung selama 12 hari iaitu 20 Mac sehingga 31 Mac 2023. Boleh dibayar secara online di apliokasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara. Info penuh: JSPT PDRM
[KEMASKINI]: PDRM tawar pengurangan kadar saman trafik sehingga 50%. Ianya akan berlangsung selama 3 hari iaitu 10 Januari sehingga 12 Januari 2023 bertempat di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur. Untuk keterangan lanjut sila rujuk paduan di Facebook JSPT KL.
Bersempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia ada menawarkan diskaun hingga 80% (peratus) bagi bayaran saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan PDRM, selama satu bulan mulai 9 hingga 31 Disember 2021.
Pembayaran saman boleh dilakukan di semua pejabat JPJ negeri, cawangan atau UTC serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile. Untuk bayaran secara atas talian, sila buka pautan berikut:
Di bawah adalah maklumat berkaitan cara untuk menyemak saman secara online dan SMS daripada Polis Trafik, JPJ Dan AES (semakan status saman). Turut disertakan adalah kadar kompaun saman mengikut agensi penguatkuasa untuk rujukan semua.
a) Semak Saman Polis Trafik
Semakan melalui MyBayar Saman
1) Pengguna boleh membuat semakan dan bayaran PDRM melalui aplikasi MyBayar Saman seperti berikut :
Semakan melalui Sistem MyEG Services:
2) Sila Layari MyEG
- Pengguna pertama kali perlu mendaftar terlebih dahulu
- Selepas mendaftar, log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda.
- Kemudian, pada paparan halaman utama, buka ruangan menu dan klik eService
- Seterusnya, pilih jabatan yang berkaitan dengan saman anda sama ada PDRM (Pengguna akan dibawa ke laman web MyBayar Saman) atau JPJ. Untuk saman AES, sila pilih JPJ.
- Pengguna juga boleh membayar saman melalui laman web ini. Terdapat juga perkhidmatan emel peringatan sekiranya pengguna mendapat saman yang baru.
Semakan Saman Polis Melalui SMS
Sebagai alternatif, semakan saman boleh dibuat melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara check saman trafik melalui SMS adalah seperti berikut:
- Taip POLIS (Jarak) SAMAN (Jarak) No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728
- Taip POLIS (Jarak) SAMAN (Jarak) No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan (Jarak) Alamat Emel dan hantar ke 32728 (Maklumat terperinci saman akan dihantar ke alamat emel)
- Caj penghantaran adalah RM 0.15 manakala caj penerimaan sebanyak RM 0.20
b) Semak Saman JPJ & AES
JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Semakan melalui laman web rasmi JPJ (mySIKAP):
1) Untuk menyemak atau membayar saman JPJ secara online sila layari Portal Rasmi JPJ (mySIKAP)
- Anda perlu mendaftar dengan menekan butang ‘Daftar/Log Masuk Kali Pertama’
- Lengkapkan butiran maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat yang diisi tepat
- Jika pendaftaran anda berjaya, satu paparan pendaftaran berjaya akan dipaparkan
- Log masuk di halaman utama menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara untuk membuat semakan saman dan membuat pembayaran secara online.
Semakan Saman JPJ Secara SMS
Untuk melakukan semakan saman JPJ menggunakan perkhidmatan SMS, sila ikuti langkah mudah seperti di bawah:
- Taip JPJ (Jarak) SAMAN (Jarak) No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan hantar ke 15888
Kadar Kompaun Saman
Di bawah adalah perincian kadar kompaun kesalahan yang lazim dilakukan oleh pengguna jalan raya mengikut agensi penguatkuasa seperti berikut:
PDRM
- Tiada Lesen Kenderaan Motor: RM150
- Pandu Guna Alat Komunikasi: RM150
- Tidak Pamer “P” Depan/ Belakang: RM70
- Potong Secara Bahaya-Potong Q: RM150
- Memandu Di Lorong Kecemasan: RM300
- Kesalahan Lampu Merah: RM150
- Halangan Lalulintas: RM150
- Tak Boleh Buat Pusing U: RM150
- Lampu Isyarat Kenderaan: RM100
- Larang Letak Kenderaan: RM150
- Larang Memotong: RM150
- Tidak Pakai Topi Keledar: RM100
- Melebihi Had Laju: RM150
Sumber rujukan: Laman Interaktif Trafik PDRM
JPJ
Semoga perkongsian berkaitan cara untuk membuat semakan memberikan manfaat kepada semua. Diharapkan pengguna jalan raya lebih berhemah dan mengelakkan daripada melakukan kesalahan jalan raya.
Related : e services untuk memberi, id dan nombor pendaftaran, id pengguna dan kata, no plat, mybayar saman, orang ramai, saman yang dikeluarkan, caj perkhidmatan, nombor kad pengenalan, sambutan 100 hari aspirasi keluarga malaysia, taip polis jarak saman jarak no kad pengenalan atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, rangkaian interaktif laman elektronik kerajaan, tertakluk pada menu search by kemudian pilih semak saman, klik pada menu search by kemudian pilih semak saman, secara online melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas, orang awam malaysia mykad, butiran maklumat yang diperlukan dan klik butang semak, 9 hingga 12 disember 2021, daftar log masuk menggunakan id pengguna dan kata laluan sementara untuk
taip polis trafik jalan tun h s lee
saman trafik secara online