Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2024 Online. Cara check nama pelajar yang layak memasuki sports school di seluruh negara.

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2024 Online

Pasti ramai pelajar yang berbakat dalam sukan dan berminat untuk memasuki Sekolah Sukan Malaysia. Bagaimana cara membuat semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2024? Keputusan SSM boleh dibuat secara online di Applikasi Pengurusan Atlet Murid. Berikut dikongsikan maklumat penting semakan tawaran Sekolah Sukan Malaysia ambilan Januari 2024 (1/2024) dan Julai 2023 (2/2023).

Kaedah semakan Sekolah Sukan Malaysia adalah dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan tawaran adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan. Hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia. Semakan keputusan bagi MSSM 2024 akan dibuat secara dalam talian.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia 2024 Online

Berikut adalah panduan dalam membuat semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ambilan 1/2024 yang boleh dibuat secara online/ atas talian.

A. Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia Ambilan 1/2024

Keputusan boleh dibuat melalui Laman Web KPM https://spassm.moe.gov.my dan melalui Sekolah Sukan Malaysia yang berhampiran bermula 21 Februari jam 3 petang.

1. Sila layari Applikasi Pengurusan Atlet

2. Isi No KP

3. Klik SEMAK

Nota : Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu kedua bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi Ambilan Julai. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.

B. Panduan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

Untuk ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak ke Sekolah Sukan Malaysia, berikut adalah prosedur untuk permohonan kemasukan murid ke SSM :-

Mengisi dan melengkapkan borang pencalonan secara dalam talian di web KPM SPASSM.

Tarikh pencalonan dibuka seperti ketetapan berikut :

i) Pengambilan Januari (1/2024) : 1 Oktober 2023 hingga 06 November 2023

ii) Pengambilan Julai (2/2022) : 15 April 2022 hingga 15 Mei 2022

C. Syarat Kemasukan Atlet Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia

Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu pada :-

1. Ambilan Januari

2. Ambilan Julai

Hanya pencalonan yang terdiri daripada badan berikut adalah layak memohon :-

1. Majlis Sukan Negara (MSN)

2. Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK)

3. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

4. Sekolah Sukan Malaysia (SSM

5. Sekolah Sukan Negeri (SSN)

Permohonan adalah dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://spassm.moe.gov.my/.

Syarat Umum Kemasukan SSM

Berikut adalah syarat umum kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia :-

1. Warganegara Malaysia.

2. Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).

3. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.

4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.

5. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.

6. Keutamaan akan diberikan kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf)

Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)

1. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang tahun

2. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.

D. Senarai Sekolah Sukan Malaysia Terkini

Berikut adalah senarai Sekolah Sukan Malaysia SSM terkini beserta maklumat alamat dan no telefon:-

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-90587335
Faks: 03-90587153

2. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Bandar Penawar
81930 Bandar Penawar
Johor Darul Takzim
Tel: 07-8223027
Faks: 07-8223028

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang

Jalan Bandar Gambang 10
Bandar Gambang
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5497000
Faks: 09-5497001

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Peti Surat 18472
88875 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-402140, 088-402141
Faks: 088-402142

5. Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)

Lot 50393
Jalan Lapangan Terbang
21300 Mukim Kuala Nerus
Kuala Terengganu
Terengganu

Maklumat Lanjut

Rujuk Portal Rasmi KPM untuk info terkini Sekolah Sukan Malaysia.

Sila rujuk juga Manual Pengguna untuk panduan buat Pencalon, Calon Altet, Pentadbir Bahagian dan Pegawai TID.

Calon yang berdaftar harus menunjukkan kesihatan yang baik, bebas dari sebarang penyakit kronik seperti lelah, asma, atau penyakit berjangkit. Pendaftaran secara dalam talian untuk kejohanan sukan kebangsaan, sekolah yang mewakili bersetuju untuk menerima calon dari Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan. Bergantung kepada atlet pelajar yang mewakili negeri dalam sukan yang diambil berat, termasuk Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Selamat membuat Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia secara online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SSM.