Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu kaedah untuk permohonan kemasukan ke sekolah terpilih seperti dinyatakan berikut. Justeru, pelajar lepasan Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon penempatan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) atau Maktab Tentera Diraja (MTD) hendaklah menggunakan kaedah baharu sistem permohonan single entry point ini. Di bawah dikongsikan maklumat terperinci berkenaan Permohonan Sekolah Khusus 2021 Online (PKSK) sebagai rujukan semua.
Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), satu kaedah pentaksiran standard akan dilaksanakan oleh KPM sebagai proses pemilihan pelajar ke Sekolah Terpilih yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Pentaksiran ini sebahagiannya akan dilakukan secara atas talian dan sebahagian lagi akan dilaksanakan secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan oleh KPM.
Isi Kandungan
Permohonan PKSK Online Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2021
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh, cara permohonan, keputusan tawaran dan rayuan ke SK 2021 Online (PKSK). Untuk makluman, setiap pemohon yang layak perlu menduduki PKSK sebagai proses penapisan pelajar sebelum menempatkan diri di salah satu sekolah yang di mohon.
Di bawah merupakan format PKSK yang disediakan oleh KPM untuk rujukan semua:
- Pemohon akan menjalani pentaksiran yang merangkumi 3 bahagian
- Bahagian A (Kecerdasan Insaniah): akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan objektif aneka pilihan jawapan dan wajaran skor pada 20 peratus.
- Bahagian B (Kecerdasan Intelek): dilaksanakan secara dalam talian menggunakan objektif aneka pilihan jawapan dan wajara skor pada 70 peratus.
- Bahagian C (Artikulasi Penulisan): Peperiksaan secara bertulis dan tajuk akan ditetapkan oleh KPM serta wajaran skor pada 10 peratus.
Semasa menghadiri pentaksiran pemohon diingatkan untuk mematuhi tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan. Semak dan cetak slip PKSK serta sila bawa bersama kad pengenalan dan alat tulis ke pusat pentaksiran yang ditetapkan. Pemohon dikehendaki berpakaian seragam sekolah lengkap semasa menghadiri PKSK serta pastikan diri anda sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
Di bawah adalah contoh jadual sesi pentaksiran yang disediakan oleh KPM untuk rujukan pemohon:
Tarikh Penting PKSK 2021
Berikut adalah tarikh-tarikh penting PKSK ambilan tahun 2021 untuk rujukan pemohon:-
PERKARA | TINGKATAN 1 | TINGKATAN 4 |
Permohonan dalam talian | 7 Sept – 2 Okt 2020 | 7 Sept – 2 Okt 2020 |
Semakan Pusat PKSK | ||
Pelaksanaan PKSK | ||
Keputusan Tawaran | ||
Pendaftaran pelajar | ||
Membuat Rayuan |
Pautan Borang Permohonan Sekolah Khusus 2021 Online (PKSK)
Berdasarkan kenyataan daripada KPM, pemohon yang berminat untuk menempatkan diri di SBP dan SMKA bagi kemasukan Tingkatan 1 perlu memohon:
|
Manakala bagi mereka yang berminat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 4 di SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD boleh memohon:
|
Pemohon diingatkan supaya memuatkan nombor kad pengenalan diri dan nombor kad pengenalan penjaga utama yang didaftar dalam APDM ke dalam sistem permohonan di atas. Hal ini kerana, sistem akan membuat padanan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
Melalui sistem permohonan di atas, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah, kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa perkara lain yang diperlukan.
Semakan Pusat PKSK Dan Keputusan Tawaran Sekolah Khusus 2021 Online
Sekiranya permohonan anda berjaya, keputusan tawaran kemasukan ke sekolah yang dimohon (semakan status) boleh disemak melalui:
|
Semakan Pusat PKSK1 & 4
Semakan Menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (Pksk) Akan Dibuka Pada 8 Januari 2021
Untuk Tingkatan 4 pula, semakan PKSK boleh dibuat pada 8 Januari 2021.
Rayuan PKSK
Jika pemohon tidak mendapat tawaran, rayuan permohonan boleh dilakukan pada tempoh yang telah dinyatakan di atas. Rayuan boleh dilakukan pada laman permohonan dan semakan keputusan tawaran PKSK. Maklumat yang berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Maklumat Lanjut
Bagi pemohon mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan PKSK boleh rujuk:
CARA HUBUNGI | ||
1 | Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh |
|
2 | Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional |
|
3 | Bahagian Pendidikan Islam |
|
4 | Maktab Tentera Diraja |
|
5 | FAQ |
Related : membuat permohonan, pautan https, januari 2021, februari 2021, september 2, 7 september, kaedah pentaksiran standard secara 2 oktober 2020 secara berpusat bagi kemasukan pentaksiran standard secara berpusat, pelajar layak memohon tarikh berikut 12 oktober keputusan permohonan