Permohonan Rumah Selangorku & Semakan Status Kelulusan. Klik Portal eHartanah untuk memohon rumah mampu milik selangor secara online.

Permohonan Rumah Selangorku Online & Cara Semak Status Kelulusan

permohonan rumah selangorku semakan status

Bermula 1 Januari 2014, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan program yang bernama Rumah Selangorku. Program Rumah Mampu Milik ini dilaksanakan bagi memastikan setiap keluarga yang berkelayakan mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Lebih-lebih lagi di negeri Selangor yang dikelilingi hartanah dan kos sara hidup yang tinggi. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Rumah Selangorku dan cara Semakan Status Kelulusan untuk rujukan semua.

Untuk makluman, di bawah Inisiatif Peduli Rakyat Negeri Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dipertanggungjawab untuk mengelola inisiatif Rumah Selangorku. LPHS merupakan agensi di bawah kerajaan negeri Selangor berperanan merancang dan mengurus pembangunan hartanah di Negeri Selangor. Oleh itu, bagi mereka yang berminat, pastikan permohonan di buat melalui kaedah yang betul kerana LPHS tidak melantik ejen, persatuan, pertubuhan atau syarikat untuk membuat permohonan atau penawaran Rumah skim ini.

Rumah Selangorku : Borang Permohonan Dan Semakan Status Kelulusan

Di bawah merupakan maklumat terperinci berkaitan permohonan & semakan status kelulusan, syarat kelayakan serta senarai dokumen yang diperlukan untuk panduan semua.

Syarat Kelayakan Memohon

Sebelum membuat permohonan, anda perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan dibawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran
  3. Pendapatan minimum pemohon bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan
  4. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A, manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D
  5. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan
  6. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan
  7. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor
  8. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
  9. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa
  10. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

Cara Mohon Rumah Selangorku

Setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Pemohon dikehendaki melayari Portal ehartanah
  2. Klik Daftar Pengguna Baru
  3. Baca dan fahami syarat yang ditetapkan
  4. Isikan maklumat seperti nombor kad pengenalan anda, nama penuh, alamat emel dan nombor telefon.
  5. Laksanakan pengiraan kalkulator pengiraan pinjaman anda
  6. Klik semua pilihan syarat yang diberikan dan klik Saya Layak
  7. Selesai mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal
  8. Klik Mohon dan pilih jenis hartanah atau pilih daerah dan mukim yang disenaraikan
  9. Isikan maklumat serta muat naik dokumen yang diperlukan
  10. Pada bahagian pengakuan, baca terma dan syarat dengan teliti dan klik butang hantar untuk menghantar permohonan anda.

Bagi mendapatkan langkah yang lengkap, sila buka pautan berikut:

Sebagai proses kelulusan, pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.

Sekiranya permohonan anda berjaya, tawaran akan diberikan kepada anda dan pemohon perlu muat naik dokumen-dokumen terpilih. Surat tawaran akan diterima pemohon dan boleh melaksanakan proses pinjaman.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Di bawah merupakan senarai dokumen terpilih yang perlu dimuat naik oleh pemohon:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  6. Penyata KWSP (jika ada)
  7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Semakan Status Rumah Selangorku

Setelah membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke Portal ehartanah
  2. Halaman pengguna akan dipaparkan
  3. Pada bahagian dashboard, status permohonan anda akan dipaparkan.

Soalan Lazim (FAQ)

1) Berapakah harga Rumah ini?

  • Harga rumah tidak akan melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan lain

2) Berapakah keluasan Rumah?

  • Pemaju dikehendaki membina rumah dengan keluasan di antara 700 kaki per segi (kp) hingga 1000 kaki per segi (kp) bergantung kepada jenis rumah

3) Kenapa Permohonan saya dikategorikan sebagai ‘Draf’ di dalam sistem?

  • Pemohon perlu menyemak semula permohonan dengan melengkapkan maklumat yang wajib diisi dan dokumen dimuat turun yang diperlukan. Sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 14 hari, maka pendaftaran ini akan terpadam

4) Adakah permohonan saya disenarai hitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah ini?

  • Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenarai hitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah skim ini selama 2 tahun

5) Bagaimana proses pemilihan Rumah skim ini diadakan?

  • Proses pemilihan Rumah adalah berdasarkan sistem merit. Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.

Bagi mendapatkan soalan-soalan lain yang berkaitan, anda boleh membuka pautan berikut: FAQ

Maklumat Lanjut

Diharapkan perkongsian di atas membantu anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk atau hubungi:

  • No. Telefon: +603-5510 2177/ +603-5510 2122
  • Emel: aduan@lphs.gov.my/ e.aduanupkb@gmail.com

Related : dasar perumahan negeri selangor