Permohonan Rumah Mesra Rakyat RMR 2020 Online (SPNB)

permohonan rumah mesra rakyat rmr online spnb

Syarikat Perumahan Negara Berhad telah membuka Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Online (SPNB) untuk mereka yang berminat. Bagi sesiapa yang memiliki tanah dan melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh memohon RMR untuk membina rumah pada kos mampu milik. Keutamaan akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negara.

Di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), SPNB bertanggungjawab untuk menyediakan rumah mampu milik bagi setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara. Tambahan pula, objektif program ini adalah bagi membantu nelayan, petani dan keluarga miskin yang menetap di rumah yang usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah yang selesa dan berkualiti.

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat RMR Online (SPNB)

Berikut dikongsikan maklumat mengenai permohonan seperti syarat kelayakan, kaedah permohonan dan reka bentuk untuk rujukan semua.

Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang ini untuk memliliki rumah idaman sendiri.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan RMR

Di bawah merupakan syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPNB bagi melayakkan seseorang membuat permohonan:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah yang usang dan tidak sempurna
  5. Tanah atau tapak rumah dibina hendaklah bersesuaian serta bebas daripada gadaian atau sebarang bebanan ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah tersebut, kebenaran daripada pemilik asal diperlukan untuk memohon
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps mengikut reka bentuk
  7. Kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan kewangan oleh kerajaan
  8. Jika pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  9. Manakala pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Kaedah Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan, berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan secara atas talian :

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Klik ‘Pendaftaran Baru’ dan isi borang pendaftaran dengan lengkap
  3. Kata laluan akan dihantar kepada anda
  4. Log masuk semula melalui halaman utama menggunakan ID iaitu emel pemohon dan kata laluan yang diberikan.
  5. Lengkapkan borang di dalam sistem tersebut dan kemudian klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan cetak borang tersebut
  6. Hantarkan borang tersebut berserta dokumen sokongan ke mana-mana pejabat cawangan SPNB yang berdekatan dengan anda

Untuk mendapatkan panduan lengkap kepada cara membuat permohonan, sila buka pautan berikut:

Senarai Dokumen Sokongan

Pastikan anda membawa semua senarai dokumen sokongan di bawah semasa menghantar borang permohonan:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) atau surat akuan sumpah pendapatan/ surat pengesahan pendapatan pemohon/ pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah atau surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan daripada tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Nota: Surat Pengesahan pendapatan atau tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. SPNB juga berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Nota

Pihak SPNB hanya bertanggungjawab membina rumah pemohon dan pemohon dikehendaki:

  • Menyediakan jalan masuk ke tapak serta tapak pembinaan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan
  • Menyediakan sumber bekalan elektrik dan air
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuka akaun serta membuat pembayaran bulanan di mana bayaran pendahuluan sebanyak tiga bulan adalah diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan

Reka Bentuk Rumah

Berikut merupakan gambaran reka bentuk RMR yang disediakan oleh SPNB mengikut kategori iaitu:

1) Semenanjung Malaysia

RMR semenanjung malaysia

2) Pulau di semenanjung Malaysia 

RMR pulau di malaysia

3) Sabah dan Sarawak

RMR sabah dan sarawak

Maklumat Lanjut

Semoga Permohonan anda diterima dan jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila rujuk:

Related : pemohon mestilah mendapat kebenaran, rendah seperti nelayan petani, berpendapatan rendah seperti nelayan, pemohon bukan tuan punya, tuan punya tanah pemohon, punya tanah pemohon mestilah, diwujudkan bagi membantu golongan, perumahan negara berhad spnb, membantu golongan berpendapatan rendah, pembinaan rumah, tanah pemohon mestilah mendapat