Cara Renew Lesen Memandu Online (LKM & CDL)

Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) Dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Secara Online. Pasti ramai di antara kita yang memiliki kenderaan persendirian sama ada kereta atau motorsikal. Oleh itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah meregulasikan penggunaan driving licence kepada pemilik kenderaan dan sesiapa yang memandu di atas jalanraya di seluruh Malaysia. Lesen yang dikeluarkan mempunyai tempoh luput iaitu 1,2,3,4 atau 5 tahun sahaja. Maka, adakah lesen kereta atau motor anda telah tamat tempoh? Sekiranya ya, sila rujuk perkongsian cara renew lesen memandu online kenderaan motor lkm motosikal dii bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Sebelum ini, pemilik lesen perlu hadir ke Pejabat JPJ Negeri, UTC atau Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui lesen masing-masing. Dengan objektif mendigitalkan operasi serta perkhidmatan, JPJ telah bekerjasama dengan MyEG untuk menawarkan perkhidmatan secara online. Tambahan pula, inisiatif ini selaras dengan pengesyoran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendepani pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara. Kontak fizikal dapat dikurangkan dan urusan JPJ dapat diselesaikan secara online dengan mudah dan pantas.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG & Pejabat Pos

Terkini : Urusniaga pembaharuan LMM dan LKM boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal MySikap, atau di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ iaitu Myeg dan Pos Malaysia (bermula 9 Ogos 2021).

Pemandu dan pemilik kenderan diingatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.

Aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2021.

Sebelum ini, menurut kenyataan JPJ, orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) motorsikal bermula 9 Oktober 2020 manakala Lesen CDL mulai 16 Oktober 2020. Pembaharuan ini boleh dibuat melalui sistem MyEG. Bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Percubaan (PDL) tidak ditawarkan secara online.

Berikut dikongsikan maklumat mengenai syarat-syarat, dokumen yang diperlukan serta cara memperbaharui lesen secara online untuk rujukan semua. Pastikan anda memperbaharui lesen bagi mengelakkan dikenakan saman dalam operasi sekatan jalan raya atau pemeriksaan yang dijalankan oleh JPJ.

Syarat-Syarat Untuk Memperbaharui Lesen Melalui MyEG

Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPJ:

  • Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklist)

Dokumen Yang Diperlukan

Di bawah adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk perbaharui lesen secara manual di Pejabat JPJ, UTC dan Pejabat Pos.

  • 1. MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  • 2. Pengenalan diri asal wakil
  • 3. Lesen asal/salinan
  • 4. Dokumen pengenalan diri wakil yang asal
  • 5. Satu gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  • 6. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing)

Pembaharuan Lesen Melalui MyEG

Untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Driving Licence Kompeten (CDL) secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web MyEG
  2. Klik bahagian ‘Renew Now‘ atau login masuk
    • Anda perlu log masuk ke akaun jika belum ada akaun klik ‘Create Account’
    • Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda untuk log masuk
  3. Setelah berjaya log masuk, klik ‘Jabatan Pengangkutan Jalan’
    • Klik butang ‘Baharui Lesen Memandu (CDL)’
    • Isikan maklumat seperti tempoh perbaharuan dan kaedah pengambilan

cara perbaharui driving licence

Caj Penghantaran

  • RM6 – Lembah Klang (2 hari bekerja)
  • RM8 – Semenanjung Malaysia – Kawasan Bandar (2-3 hari bekerja)
  • Kawasan Luar Bandar (5 hari bekerja)
  • RM10 – Sabah & Sarawak (5 hari bekerja)

Kadar Bayaran Memperbaharui Lesen 

Berdasarkan laman web rasmi JPJ, berikut adalah kadar yang perlu dibayar untuk memperbaharui lesen mengikut kelas dan tahun:

  • Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00).
  • Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas. (Warganegara)
  • Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara)

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau menghadapi masalah berkaitan, sila hubungi atau rujuk pautan di bawah:

Portal Rasmi (Laman web)

Nombor Telefon

  1. 03 8000 8000 (JPJ)
  2. 03 7801 8888 (MyEG)

Related : serahkan lesen memandu kenderaan memperbaharui lesen memandu untuk pergi ke pejabat lesen memandu di jpj kad pengenalan ambil nombor giliran perbaharui lesen memandu di pejabat pos, dilakukan secara untuk mendapatkan lesen memandu dilaksanakan secara atas talian jabatan pengangkutan jalan malaysia, pemegang lesen cawangan utc kaunter 1jpj kaunter jpj pos malaysia berhad pmb negeri cawangan utc kaunter jpj negeri cawangan utc pejabat pos malaysia berhad rangkaian pejabat pos malaysia, tarikh luput, untuk renew lesen,