THIJARI : Pendaftaran & Permohonan Rayuan Haji 2024/ 1445H . Cara membuat rayuan mengerjakan haji musim tahun ini tak perlu tulis surat.

THIJARI : Pendaftaran & Permohonan Rayuan Haji 2024/ 1445H

Bakal haji kini boleh membuat permohonan rayuan haji bagi musim haji 1445H tahun semasa secara online melalui aplikasi THiJARI. Rayuan haji dibuka bermula Jumaat, 26 Januari 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebelum ini, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bakal haji tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH).

“Aplikasi ini memudahkan bakal haji untuk membuat rayuan secara dalam talian. Rayuan ini terbuka kepada mereka yang layak. Tak semua sesuai membuat rayuan. Pihak Tabung Haji (TH) akan perincikan siapa yang layak bergantung kepada syarat dikemukakan,

thijari cara daftar akaun tabung haji

Panduan Permohonan Rayuan Haji 2024/ 1445H

Makluman kepada pengguna-pengguna institusi kewangan yang dikenali sebagai Tabung Haji (TH). Kini, anda tidak perlu lagi menghadirkan diri ke kaunter pejabat atau cawangan TH yang berdekatan untuk melakukan urusan rayuan mengerjakan haji, transaksi simpanan atau semakan akaun Tabung Haji anda.

Lembaga Tabung Haji, telah melancarkan THiJARI sebagai rangkaian perkhidmatan digital TH bagi memudahkan urusan pelanggannya. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan semua.

THiJARI : Daftar Akaun Dan Semakan Tabung Haji

Aplikasi yang diperkenalkan kepada umum pada 5 Februari 2020 menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan kelab TaHa. Selain itu, urusan perkhidmatan berkaitan Haji turut disediakan bagi anda menyemak status pendaftaran haji, memuat turun slip pendaftaran Haji serta urusan-urusan lain yang berkaitan seperti permohonan rayuan haji.

Untuk makluman anda, di bawah dikongsikan maklumat terperinci berkaitan aplikasi ini seperti cara daftar akaun dan semakan Tabung Haji. Terdapat juga pautan untuk memuat turun aplikasi mudah alih serta senarai perkhidmatan yang ditawarkan di rangkaian digital tersebut untuk panduan semua.

Cara Daftar Akaun THiJARI

Bagi pengguna kali pertama, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah untuk mendaftar masuk ke akaun Tabung Haji anda melalui aplikasi ini:

  1. Sila layari Portal Rasmi
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH anda.
  3. Seterusnya masukkan nombor telefon anda yang berdaftar dengan Tabung Haji.
    • Pastikan anda telah mengemaskini nombor telefon bimbit anda di kaunter pejabat atau cawangan TH terlebih dahulu
  4. Semak dan sahkan nombor kad pengenalan, nombor akaun TH dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
  5. Kemudian isi nombor TAC yang diterima
  6. Isikan maklumat seperti Kata Nama, Kata Laluan, Nama Pengguna serta Negeri terkini yang anda menetap.
  7. Klik terima terma & syarat
  8. Urusan pendaftaran selesai

Pengguna boleh log masuk pada halaman utama portal rasmi tersebut menggunakan Kata Nama dan Kata Laluan yang telah dicipta oleh anda semasa mendaftar.

Muat Turun Aplikasi

Pihak Lembaga Tabung Haji juga telah membangunkan aplikasi ini bagi memudahkan pelanggan yang menggunakan telefon atau tablet untuk menjalankan urusan yang berkaitan.

Berikut adalah pautan untuk memuat turun aplikasi mengikut spesifikasi gajet anda:

  1. Google Playstore
  2. Apple AppStore

Senarai Perkhidmatan

Berikut pula adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji melalui rangkaian digital mereka untuk kemudahan pelanggan:

Akaun Tabung Haji

  1. Melakukan transaksi pemindahan wang antara akaun TH
  2. Menyemak baki simpanan
  3. Mencetak Penyata Akaun TH
  4. Mengemaskini profil akaun

Urusan Haji 

  1. Mendaftar haji
  2. Melakukan semakan status pendaftaran haji
  3. Menyemak tawaran haji
  4. Melihat jadual penerbangan haji
  5. Membuat semakan jadual kursus haji serta memuat turun modul kursus haji
  6. Membuat permohonan rayuan haji

Kelab TaHa

  1. Mendaftar sebagai ahli kelab TaHa
  2. Menyemak status sebagai ahli Kelab TaHa
  3. Menyemak senarai rakan kelab TaHa/ TaHa@U

Soalan Lazim (FAQ)

1) Apakah syarat-syarat mendaftar?

  • Pendeposit perlu mempunyai akaun TH yang aktif serta telah dikemaskini.
  • Kemaskini maklumat boleh dilakukan di mana-mana kaunter TH yang terdekat.
  • Hanya akaun TH dewasa sahaja yang boleh mendaftar.

2) Adakah penjaga boleh menyemak akaun TH anak di bawah jagaannya?

  • Boleh, penjaga hanya perlu menyemak pada menu ‘Ringkasan Akaun’

3) Berapakah had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan?

  • Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) – RM15,000.00 sehari
  • Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di “favourite” kan) – RM5,000.00 sehari

4) Berapakah jumlah simpanan yang perlu ada dalam akaun untuk mendaftar haji?

  • Jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1,300.00 sahaja.

5) Sekiranya saya mendaftar haji, adakah saya boleh tahu bilakah giliran saya mengerjakan haji?

  • Ya. Giliran tunai haji adalah berdasarkan tahun peruntukan haji yang diberi semasa bakal haji mendaftar haji.

Sumber: Soalan Lazim

Info Tahun 2024

Bermula musim haji 2021, Tabung Haji telah memperkenalkan Perkhidmatan permohonan Rayuan Haji secara Online bagi mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji 1445H / 2024M.

Antara lain menurut Portal Rasmi TH (Laman Web), pengisian borang rayuan ini memberi ruang kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan dan sekiranya terpilih, mereka boleh membuat pilihan sama ada ingin membayar penuh kos iaitu RM33,300 atau mendapatkan bantuan subsidi dengan hanya bayaran RM12,356 untuk kumpulan B40 atau RM19,152 untuk kumpulan M40 bagi menunaikan haji secara muassasah.

Untuk tahun-tahun yang sebelum ini, Tabung Haji sudah pun memberi pilihan kepada jemaah haji Muassasah untuk membayar penuh. Jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh bayaran haji adalah mengikut kumpulan sama ada B40 atau M40

Cara Mohon Rayuan Haji Terkini

Pendeposit TH yang ingin membuat rayuan haji boleh log masuk ke akaun THiJARI masing-masing di pautan yang dikongsikan di bawah

1. Log masuk dan klik pada pilihan menu Perkhidmatan Haji

2. Kemudian Klik Rayuan Haji

3. Seterusnya klik pada Permohonan Rayuan Haji dan berikutnya

4. Baca dan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji dan klik Saya Faham

5. Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan bakal haji

6. Fahami soalan yang diberikan dan pilih Ya atau Tidak kemudian klik Akad (Perakuan Istito’ah)

7. Klik Hantar untuk kemukakan rayuan

8. Muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji sebagai rujukan

Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses.

Keutamaan Pemilihan Rayuan Haji

Kekosongan kouta haji akibat penolakkan oleh mereka yang ditawarkan haji tahun ini akan diisi oleh pendeposit TH yang telah mendaftar haji dan membuat rayuan untuk menunaikan Rukun Islam kelima. Pemilihan dibuat berpandukan kepada merit-merit tertentu seperti berikut :-

i) Merit Rayuan Mahram

  • > Sebagai contoh, isteri terpilih tetapi suami tidak terpilih maka suami boleh membuat rayuan untuk pergi bersama isteri dan sebaliknya

ii) Rayuan Lanjut Usia

  • > Mereka yang sudah lanjut usia boleh membuat rayuan dan akan diberi keutamaan jika terdapat kekosongan kouta haji

iii) Sudah Mendaftar Lama

  • > Rayuan juga terbuka kepada mereka yang sudah berdaftar lama. Contohnya, sebelum ni mendapat tawaran tetapi terpaksa menangguh pemergian haji/ menolak atas sebab tertentu seperti kekangan kewangan, kesihatan dan sebagainya. Keutamaan diberi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah haji buat kali pertama.

iv) Giliran Haji Tahun Ini

  • > Keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikut 2022, 2023 dan kemudian 2024.

FAQ Rayuan Haji (Soalan Lazim)

Berikut adalah sebahagian daripada soalan yang kerap ditanya beserta jawapannya berkaitan rayuan mengerjakan haji seperti dikongsikan dari Portal Rasmi TH.

1. Apakah pendeposit TH boleh membuat rayuan haji?

  • Ya, pendeposit TH yang sudah mendaftar haji dan masih menunggu giliran mereka sampai, boleh membuat rayuan haji.

2. Adakah semua rayuan akan diproses/ dinilai?

  • Semua rayuan yang diterima akan diberi pertimbangan sewajarnya sebelum sebarang keputusan dibuat.

3. Apakah kriteria penilaian bagi rayuan haji?

  • Keutamaan pemilihan akan diberi kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini namun terpaksa menangguh pemergian haji.
  • Pertimbangan juga diberi kepada mereka yang giliran menunaikan haji adalah pada tahun berikutnya (Contoh: Tahun semasa ialah 1444H/2023M, manakala tahun giliran tunai haji ialah tahun berikutnya 1445H/2024M).

4. Adakah semua yang membuat rayuan perlu mengisi borang rayuan haji melalui THiJARI?

  • Semua mereka yang membuat rayuan haji dinasihatkan mengisi borang rayuan haji yang boleh diperoleh menerusi laman web Thijari di link https://www.thijari.com.my/

5. Apakah TH akan menaikkan jumlah bayaran haji bagi mereka yang membuat rayuan haji?

  • Bayaran haji bagi Jemaah haji kali pertama menunaikan haji dan mereka yang berjaya dalam rayuan haji masih kekal pada RM12,356 untuk B40, RM19,152 untuk M40 dan RM33,000 untuk T20
  • Namun demikian, seperti mana bakal haji yang Terpilih tahun semasa, bagi kes rayuan yang berjaya mereka juga boleh secara sukarela memilih untuk membayar kos haji penuh sebanyak RM33,300 untuk tunai haji secara Muassasah dengan menyatakan pilihan tersebut dalam borang rayuan haji masing-masing.

6. Bagaimana jika saya memilih untuk membayar RM12,365/RM19,152? Adakah rayuan haji saya dibatalkan?

  • Tidak. Rayuan haji yang telah diluluskan tidak akan dibatalkan jika perayu memilih untuk membayar RM12,365/RM19,152
  • Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, TH telah pun memberi pilihan kepada Jemaah Haji Muassasah untuk membayar kos haji penuh. Dan jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh, bayaran haji kekal pada RM12,365/RM19,152.

7. Berapakah bayaran haji bagi Jemaah haji kali kedua yang terpilih untuk pergi menunaikan haji?

  • Tahun ini tiada maklumat tentang bayaran haji bagi jemaah kali kedua. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Jemaah haji kali kedua yang terpilih menunaikan haji akan membayar kos haji penuh sebanyak RM33,300.

8. Bilakah tarikh akhir permohonan Rayuan Haji musim 1445H/ 2024M?

  • Tarikh akhir permohonan rayuan Haji secara online adalah pada tarikh yang akan dikemaskini

9. Jika saya bercadang untuk menunaikan haji secara pakej, adakah saya perlu isi borang rayuan ini?

  • Ya, perlu mengisi borang rayuan haji juga.

10. Adakah peluang untuk rayuan saya bergantung kepada kesudian saya untuk membayar kos haji penuh atau sebaliknya?

  • Tidak. Keutamaan pemilihan akan diberi kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini namun terpaksa menangguh pemergian haji.
  • Pertimbangan juga diberi kepada mereka yang giliran menunaikan haji adalah pada tahun berikutnya (Contoh: Tahun semasa ialah 1445H/2024M, manakala tahun giliran tunai haji ialah tahun berikutnya 1444H/2023M).

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) di +603-6207 1919 atau merujuk kepada.

Related : anak anak, baki akaun tabung haji online, ibadat haji, merasmikan muzakarah haji peringkat kebangsaan, bakal jemaah, maklumat peribadi,