Poslaju Tracking Cara Semak Status Penghantaran Barang Pos Laju. Track & Trace Parcel secara online & sms mudah dan pantas.

Poslaju Tracking Cara Semak Status Penghantaran Barang Pos Laju

Semak Pos Laju Tracking (Track And Trace) Online & SMS. Jika dahulu kiriman pos hanya digunakan bagi surat, kini tidak lagi. Sudah menjadi kelaziman orang ramai untuk membeli barangan secara atas talian atau online. Justeru penghantaran barangan yang dibeli tersebut akan dilakukan oleh kurier penghantaran seperti Poslaju. Bagaimana cara untuk menyemak atau tracking kedudukan barangan tersebut? Berikut adalah cara semak poslaju tracking number menerusi Track and Trace Pos Malaysia secara Online & SMS dan melalui aplikasi telefon mudah alih.

Selaras dengan kecanggihan teknologi, para pelanggan kini boleh mengetahui kedudukan barangan yang dibeli dengan mudah. Tanpa perlu hadir ke pejabat pos, semakan status penghantaran barangan PosLaju boleh dibuat menerusi SMS, aplikasi Pos Malaysia ataupun secara atas talian. Ini amat sesuai bagi peniaga dan juga pelanggan barangan atas talian untuk mengetahui sama ada barang yang dijual atau dibeli telah selamat sampai atau tidak.

Semak Tracking Poslaju

Poslaju Express

Pos Laju is the leading courier company in Malaysia, connecting over 80% of populated areas across the country with its Next Day Delivery and other services. Pos Laju has the widest network coverage and the largest courier fleet in Malaysia (international courier).

Pos Laju’s suite of products and services are available at more than 1,000 outlets comprising of 704 Pos Malaysia outlets, 264 Pos Mini outlets, 68 Pos Laju branches, 151 authorised agents, 24 Pos-On-Wheels, 6 Pos Laju kiosks, 13 Pos Laju service centres and 4 Pos Laju Go2U mobile units.

With the widest delivery network coverage that reaches practically every geographic area in Malaysia, as well as its presence in over 1,000 strategic locations across the country, Pos Laju provides better convenience and accessibility to connect all of Malaysia and beyond.

Pos Laju has also appointed over 100 authorised agents which enables customers to get access to Pos Laju’s services at IKOBANA (44 outlets), Mail Boxes Etc. (MBE) (50 outlets), MPH Bookstore (15 outlets), PROTON Edar branches and dealers (21 outlets) and individual agents (66 outlets). This not only extends the coverage of courier service to areas where Pos Laju outlets are inaccessible, but also enables customers to reach these services beyond normal working hours and during weekends.

Semak Tracking Poslaju Online, SMS & Aplikasi Telefon – Pos Malaysia

Sistem tracking Poslaju ini telah lama dibangunkan oleh Pos Malaysia Berhad bagi memudahkan urusan menyemak status barangan yang dipos. Terkini terdapat empat cara atau kaedah untuk membuat semakan status penghantaran barangan melalui Pos Laju Malaysia.

Nombor Tracking

Sebelum membuat semakan, pastikan anda mempunyai Nombor Tracking yang akan diberikan oleh pengirim atau penjual barangan yang anda beli.

Nombor Tracking boleh didapati di borang yang diisi oleh pengirim dan slip salinan juga akan diberikan sebagai rujukan. Rujuk gambar berikut untuk keterangan lanjut.

Nombor Tracking Poslaju

Setelah mempunyai nombor tracking, ikuti salah satu daripada kaedah di bawah untuk semak status penghantaran barangan anda

i) Track & Trace dan Track My Parcel

Sila Layari Pautan Pos Laju Track & Trace :-

atau Track My Parcel

1. Sila masukkan nombor tracking kurier / consignment note – tracking numbers pada ruangan yang disediakan.
*NOTA: Jangan jarakkan nombor

2. Klik butang Track / Track Your Item

3. Lihat status penghantaran (poslaju parcels) dan klik pada tracking number bagi mendapatkan maklumat lanjut penghantaran (delivery status)

ii) Aplikasi Pos Malaysia

Google Play : Android

App Store : Apple iOS

Muat turun aplikasi Pos Malaysia di telefon pintar anda.

i) Masukkan nombor tracking kurier / consignment note – tracking numbers pada ruangan yang disediakan (Track & Trace)

ii) Klik butang carian untuk mendapatkan status barangan anda

iii) Semak Pos Laju Tracking No Melalui SMS

1. Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas atau SMS juga disediakan khusus bagi pelanggan telco Celcom, Digi dan Maxis.

2. Taip PL<jarak>Nombor Tracking dan hantarkan ke 33333
Contoh:  PL EG7181817182MY

3. *Caj sebanyak RM0.50 sen akan dikenakan bagi setiap SMS

iv) Online Support (AskPos) 

Sila layari Pautan AskPos

i) Setelah melayari pautan di atas, sila mesej di ruangan chat dan pilih Track and Trace

ii) Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Pos Laju Malaysia akan membantu anda dalam mengesan status penghantaran barangan anda

iii) Waktu operasi adalah dari Hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 830 pagi hingga 530 petang.

Maklumat Lanjut

Jika pelanggan menghadapi sebarang masalah seperti barang pos yang telah diterima rosak, hilang atau tidak sampai mahupun lewat sampai, anda boleh membuat aduan dengan menghubungi talian bantuan seperti berikut:

Pos Laju Hotline Customer Service

Tel: 03-22672267 / 1 300 300 300 / 03-76261900 (Luar negara)

*Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (8.30am-8.00pm), Sabtu (8.30am – 5.00pm)-kecuali sabtu pertama setiap bulan

tracking api, parcel tracking, track pos laju, poslaju tracking numbers, official website, delivery time poslaju parcel delivery statuses service in malaysia, postal services, delivers parcels,