Jadual Siaran Langsung Keputusan Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric. Live AFF Mitsubishi Cup 2022 di astro arena HD dan sukan RTM.

Jadual Siaran Langsung Keputusan Piala AFF 2022 Mitsubishi

Siaran Langsung AFF Mitsubishi cup jadual perlawanan terkini malaysia

Jadual Siaran Langsung Keputusan Perlawanan Piala AFF Mitsubihi 2022. Kejohanan bola sepak yang ditunggu-tunggu peminat di rantau Asia Tenggara kini kembali. Setelah ditangguhkan penganjurannya pada tahun 2020 akibat penularan COVID-19, Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) mengumumkan penganjuran Piala AFF Suzuki 2022 akan diadakan pada 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Sepuluh (10) pasukan yang layak akan bertanding untuk merebut piala berprestij ini dan merebut tempat ke peringkat separuh akhir jika berjaya memenangi tempat pertama atau kedua dalam dua kumpulan yang dibahagikan. Pada 30 Ogos 2022, cabutan undian peringkat kumpulan telah diadakan di Thailand dan menyaksikan pasukan Harimau Malaya diundi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos

Jadual Siaran Langsung Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric & Keputusan AFF Mitsubishi Cup (Astro Arena & RTM)

Setiap pasukan akan bermain dua perlawanan home dan dua perlawanan away di peringkat kumpulan.Manakala peringkat separuh akhir dan akhir akan dilakukan secara timbal balik.

Pasukan Malaysia dilihat bakal menghadapi cabaran kerana terdapat kekangan masa untuk mengumpulkan pemain dan berlatih di pusat latihan. Hal ini kerana jadual perlawanan Liga Malaysia yang padat. Namun, pengendali pasukan kebangsaan Kim Pan Gon positif dan yakin dengan pemilihan pemain yang dibuat serta mampu membawa Malaysia ke Final Piala AFF Mitsubishi 2022.

Siaran Langsung Perlawanan AFF Mitsubishi Cup 2022

Berikut dikongsikan Jadual Siaran Langsung Keputusan Piala AFF Mitsubishi 2022 untuk makluman peminat bola sepak tanah air. Turut dikongsikan adalah tarikh dan masa perlawanan serta senarai penyiar rasmi :-

Peringkat Kumpulan

Penonton juga boleh menonton perlawanan secara online percuma jika perlawanan tersebut mendapat liputan RTM melalui RTMKlik

Kumpulan A

  • 20 Dec 6pm Kemboja vs Filipina – Astro : 3 – 2
  • 20 Dec 830pm Brunei vs Thailand – ” : 0 – 5
  • 23 Dec 6pm Filipina vs Brunei – ” : 5 – 1
  • 23 Dec 530pm Indonesia vs Kemboja – ” : 2 – 1
  • 26 Dec 6pm Brunei vs Indonesia – ” : 0 – 7
  • 26 Dec 830pm Thailand vs Filipina – ” : 4 – 0
  • 29 Dec 530pm Indonesia vs Thailand – ” : 1 – 1
  • 29 Dec 6pm Kemboja vs Brunei – ” : 5 – 1
  • 2 Jan 830pm Thailand vs Kemboja – ” : 3 – 1
  • 2 Jan 830pm Filipina vs Indonesia – ” : 1 – 2

Carta Kumpulan A

PasukanBPMSKJGGBPGMt
Thailand 4 3 1 0 13 2 +1110
Indonesia 4 3 1 0 12 3 +910
Kemboja 4 2 0 2 10 8 +26
Filipina 4 1 0 3 8 10 -23
Brunei 4 0 0 4 2 22 -200

Kumpulan B

  • 21 Dec 6pm Malaysia vs Myanmar – Astro Arena 2 : 1 – 0 (Faisal Halim min 52′)
  • 21 Dec 830pm Laos vs Vietnam – Astro : 0 – 6
  • 24 Dec 830pm Malaysia vs Laos – Astro Arena 2 : 5 – 0 (Aguero min 29′, Faisal Halim min 65′, 68′, Haqimi Azim min 77′, Stuart Wilkin min 87′)
  • 24 Dec 6pm Singapura vs Myanmar – Astro : 3 – 2
  • 27 Dec 6pm Laos vs Singapura – ” : 0 – 2
  • 27 Dec 830pm Vietnam vs Malaysia – Astro Arena 2 : 3 – 0
  • 30 Dec 830pm Singapura vs Vietnam – Astro : 0 – 0
  • 30 Dec 6pm Myanmar vs Laos – ” : 2 – 2
  • 3 Jan 830pm Vietnam vs Myanmar – ” : 3 – 0
  • 3 Jan 830pm Malaysia vs Singapura – Astro Arena 2 : 4 – 1

Carta Kumpulan B

PasukanBPMSKJGGBPGMt
Vietnam 4 3 1 0 12 0 +1210
Malaysia 4 3 0 1 10 4 +69
Singapura 4 2 1 1 6 6 07
Myanmar 4 0 1 3 4 9 -51
Laos 4 0 1 3 2 15 -131

Peringkat Separuh Akhir

SF1 : 6 Jan 2023 – 830pm

  • Indonesia vs Vietnam : 0 – 0

SF1 : 7 Jan 2023 – 830pm

  • Malaysia vs Thailand : 1 – 0 (Faisal Halim min 11′)

SF2 : 9 Jan 2023 – 830pm

  • Vietnam vs Indonesia : 2 – 0 (Agg 2 – 0)

SF1 : 10 Jan 2023 – 830pm

  • Thailand vs Malaysia : 3 – 0 (Agg 3 – 1)

Final Piala AFF Mitsubishi 2022

F1 : 13 Jan 2023 – 830pm

  • Vietnam vs Thailand : 2 – 2

F2 : 16 Jan 2023 – 830pm

  • Thailand vs Vietnam : 1 – 0 (Agg 3 – 2)
  • Thailand juara AFF Mitsubishi Electric Cup 2022

Diharapkan perkongsian mengenai Live Piala AFF Mitsubishi 2022 dapat membantu anda mendapatkan maklumat yang berkaitan.

Related : desember 2021, jadwal piala aff, skuad garuda, shin tae yong, live streaming, timnas indonesia, tv okey, secara langsung, siaran langsung malaysia, piala aff suzuki 2021,