Permohonan Rumah PPR, MyHOME & Rumah Transit (Portal TEDUH). Cara mohon rumah mampu milik projek perumahan rakyat, isi borang online.

Permohonan Rumah PPR, MyHOME & Rumah Transit (Portal TEDUH)

Permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit Secara Online Melalui Portal TEDUH. Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat khususnya golongan yang memerlukan seperti B40. Perumahan merupakan antara keperluan utama bagi penduduk setiap negara dan Malaysia telah menyediakan pelbagai inisiatif perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (Projek PPR), MyHOME dan Rumah Transit. Apa yang lagi memudahkan rakyat, semua ini boleh diakses di sebuah portal online yang diberi nama Portal TEDUH.

Portal TEDUH adalah saluran portal utama yang mana memaparkan informasi mengenai projek dan program perumahan awam dan swasta yang ada di Malaysia. Ini termasuklah menyediakan maklumat peratusan pembinaan projek yang dikemaskini oleh pemaju. Salah satu modul dalam TEDUH adalah Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) yang berfungsi sebagai ‘One-Stop Centre’ iaitu menyediakan kemudahan bagi rakyat mengemukakan permohonan perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Portal Teduh

Apa Itu Projek Perumahan Rakyat (PPR), MyHOME dan Rumah Transit?

Projek Perumahan Rakyat – Program kerajaan bagi penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat tinggal bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Ianya terdiri daripada dua kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

MyHOME – Skim MyHOME adalah salah satu langkah kerajaan bagi menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik dan memanfaatkan 10 ribu bakal pembeli rumah pertama.. Skim MyHome menawarkan insentif atau subsidi kerajaan persekutuan sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah pertama dan pemaju-pemaju swasta.

Rumah Transit – Program ini diwujudkan dengan tujuan memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berusia 30 tahun dan ke bawah. Program ini tertumpu di bandar-bandar besar bagi mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah dan berkelayakan.

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kriteria pemilihan pemohon/pembeli :-

i) Projek Perumahan Rakyat

  1. Merupakan Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

ii) MyHOME

  1. Merupakan Warganegara Malaysia
  2. Berusia 21 tahun ke atas
  3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah adalah kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  4. Mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

iii) Rumah Transit

  1. Pemohon telah berkahwin
  2. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  3. Pemohon berusia antara 18 hingga 30 tahun
  4. Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan atau negeri rumah transit yang dimohon
  5. Pemohon bekerja di kawasan atau negeri rumah transit yang dimohon
  6. Mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  7. Tiada rekod jenayah

Permohonan Rumah PPR, MyHOME & Rumah Transit Online melalui Portal TEDUH 

Permohonan memiliki rumah ini boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal TEDUH yang disediakan oleh KPKT.

Di dalam portal tersebut terdapat modul Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) dan pengguna perlu mendaftar sebelum mengaksesnya

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)

  • Pautan Permohonan : SPRN
  1. Klik pada pilihan daftar akaun
  2. Sila masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Lalu klik butang Daftar
  3. Seterusnya semak emel yang didaftarkan dan klik pautan yang diberi bagi pengaktfan akaun pengguna
  4. Sila masukkan tetapan kata laluan. Pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Lalu klik butang simpan.
  5. Sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan
  6. Klik pada butang Log Masuk

Setelah selesai mendaftar, permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke sistem SPRN
  2. Klik pautan Pilih Skim
  3. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon bagi setiap skim sebelum membuat permohonan
  4. Klik pada butang Ya bagi meneruskan proses dan butang Tidak bagi membatalkan proses pengesahan
  5. Klik pada pautan maklumat pemohon dan isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik pada butang ‘Simpan’
  6. Klik pada pautan maklumat pendapatan dan isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik butang ‘Simpan’
  7. Klik pada pautan maklumat pasangan dan isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik butang ‘Simpan’
  8. Klik pada pautan maklumat tanggungan dan isikan maklumat sehingga ikon berwarna hijau. Lalu klik butang ‘Simpan’
  9. Klik pautan Projek bagi memohon projek. Klik ikon projek yang dipaparkan atau gunakan carian projek melalui nama projek dan negeri
  10. Klik pada butang ‘Mohon Unit Ini’ bagi memohon unit di dalam projek tersebut
  11. Klik pada butang Ya bagi meneruskan proses dan butang Tidak bagi membatalkan proses pengesahan
  12. Klik pautan Dokumen Sokongan bagi memuat naik dokumen sokongan permohonan.
    *Muat naik dokumen di dalam format PDF sahaja dan saiz tidak lebih 3MB
  13. Klik pautan pengesahan untuk hantar permohonan
  14. Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang ‘Sah & Hantar Permohonan’
  15. Klik pada butang Ya bagi meneruskan proses dan butang Tidak bagi membatalkan proses pengesahan
  16. Paparan permohonan yang telah dihantar akan ditunjukkan. anda boleh mengemaskini dengan klik butang ‘Kemaskini Permohonan’

PANDUAN PENGGUNA

Borang Rumah PPR Online Mengikut Negeri

Untuk memohon mengikut negeri, sila klik pada pautan portal rasmi pihak berkuasa tempatan untuk setiap negeri seperti di bawah. Bagi negeri yang tidak menawarkan permohonan secara online, pemohon perlu membuat permohonan secara manual iaitu dengan hadir ke Pejabat Bahagian Perumahan Negeri tersebut.

Kerajaan Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan / Lembaga Perumahan Negeri adalah penyelaras yang akan menguruskan proses permohonan. Prosedur permohonan, syarat kelayakan serta kaedah pemilihan adalah berdasarkan negeri masing-masing.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi :-

  1. Alamat : Pengarah, Bahagian Pembangunan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 30, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
  2. Portal Rasmi : Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  3. 03-88914356

Related : rumah teres, proses permohonan dan pengisian, lembaga perumahan negeri pihak, satu program kerajaan untuk, 700 kaki persegi, membuat permohonan rumah ppr online, jenis rumah, program kerajaan untuk penempatan, kerajaan negeri lembaga perumahan, berpeluang untuk memiliki rumah, rendah berpeluang untuk memiliki, berpendapatan rendah berpeluang untuk, perumahan kos rendah rumah untuk membuat permohonan kos rendah rumah pangsa rekabentuk perumahan kos rendah, memenuhi keperluan tempat kediaman untuk penempatan semula setinggan, ciri ciri rumah ppr, skim ppr disewa, rumah negara, kawasan bandar, keluasan tidak kurang, cara mohon, program perumahan rakyat, senarai projek, https teduh.kpkt.gov.my, keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi, standard perumahan kebangsaan, kawasan pinggir bandar, jenis rumah teres, kedua dua program ppr, kebangsaan bagi perumahan kos, harga rumah, standard perumahan negara kementerian perumahan dan kerajaan tempatan aras 30 no 51 persiaran perdana presint 4 pusat pentadbiran kerajaan persekutuan 62100 putrajaya, sistem pengurusan perumahan kos rendah rumah pangsa, kawasan bandar bandar besar, standard perumahan kos rendah rumah pangsa, binaan 3 bilik tidur 1 ruang tamu 1 ruang dapur 2 bilik air, jabatan perumahan kos rendah rumah pangsa cis2, bandar besar jenis rumah
golongan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
salah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah
5 hingga 18 tingkat
2 kategori iaitu ppr disewa dan ppr dimiliki
sistem pengurusan perumahan kos rendah rumah pangsa cis2
agensi pelaksana utama bagi projek projek ppr di seluruh malaysia
penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah, program ppr disewa dan ppr dimiliki
standard perumahan kos rendah rumah pangsa cis2