Permohonan Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat

Permohonan Moratorium Automatik. Berita baik buat mereka yang terkesan akibat pandemik COVID19. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik selama enam bulan di bawah Pakej Pemulihan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin, 28 Jun 2021. Dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Apakah Moratorium Automatik (PEMULIH)

Ianya bermaksud tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Mereka yang terlibat cuma perlu membuat permohonan moratorium dan kelulusan akan diberikan secara automatik, malah kemudahan ini ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.

Inisiatif moratorium ini sedikit sebanyak dapat membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar PKP 3.0.

Kerajaan sebelum ini menerusi pengumuman PEMERKASA Tambahan, dengan kerjasama Bank Negara dan pihak bank melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman secara bersasar.

Terdapat, lebih 250,000 peminjam yang layak mendapat kelulusan secara automatik, namun hanya perlu memilih sama ada untuk mendapatkan permohonan penangguhan bayaran pinjaman selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Tarikh Dan Syarat Permohonan

Kelulusan adalah tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Tindakan Yang Perlu Dibuat Oleh Peminjam : Untuk membuat permohonan, mereka hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan.

Cara Mendapatkan Moratorium Selama 6 Bulan

Tidak pasti cara memohon moratorium selama 6 bulan?

Ketahui 3 saluran untuk mendapatkannya dengan mudah dan cepat. Permohonan dibuka bermula 7 Julai 2021.

i) Borang web

Mula dengan melayari laman web bank anda seperti dikongsikan di bawah.

  • Klik pada borang web
  • Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  • Klik Hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan
  • Bagi PKS, pengisytiharan kendiri secara dalam talian diperlukan
  1. Affin Bank & Affin Islamic
  2. Al Rajhi Bank
  3. Alliance Bank & Alliance Islamic
  4. Ambank & Ambank Islamic
  5. BNP Paribas Malaysia
  6. Bank Islam
  7. Bank Muamalat
  8. CIMB Bank & CIMB Islamic
  9. Citibank
  10. HSBC Bank & HSBC Amanah
  11. Hong Leong Bank & Hong Leong Islamic
  12. Kuwait Finance House
  13. MUFC Bank
  14. Maybamk & Maybank Islamic
  15. MBSB Bank
  16. OCBC Bank & OCBC Al-Amin
  17. Public Bank & Public Islamic Bank
  18. RHB Bank & RHB Islamicc
  19. Standard Chartered Bank & Standard Chartered Saadiq
  20. Sumitomo MItsui Banking
  21. United Overseas Bank

Institusi Kewangan Pembangunan

  1. Bank Rakyat
  2. Bank Pembangunan Malaysia
  3. Bank Pertanian (Agrobank)
  4. SME Bank
  5. Bank Simpanan Nasional
  6. EXIM Bank

ii) E-mel

  • Pergi ke laman web bank anda
  • Klik pada pautan e-mel yang disediakan
  • Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  • Klik Hantar dan bank akan mengesahkan penerimaan
  • Bagi PKS, pengisytiharan kendiri secara dalam talian diperlukan

iii) Panggilan Telefon

Hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda

Panggilan anda akan dilayan dan operator akan memimbing anda sepanjang proses permohonan

Kelulusan Moratorium Secara Automatik

Peminjam yang layak * akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS

*Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama lebih 90 hari dan tidak menghadapi proses kebankrapan atau penggulungan (winding up)

SUMBER : BNM

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

Untuk nasihat kredit & kaunseling:

Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)

www.akpk.org.my
services.akpk.org.my
03 2616 7766

Untuk sebarang pertanyaan:

Pusat Perhubungan BNM TELELINK

1-800-88-5465
Isnin – Jumaat 9am – 5pm
bnmtelelink@bnm.gov.my

Related : bank negara malaysia bnm, faedah keuntungan