Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Online (Navy). Pengambilan siri 230/25 lepasan spm dan diploma kejuruteraan lelaki & wanita.

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Online

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang anggota yang berkhidmat di bawah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)? Sekiranya anda merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 25 tahun, anda boleh memohon untuk menyertai TLDM dengan syarat-syarat lain yang ditetapkan. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Online untuk rujukan semua.

Bagi pengambilan perajurit muda TLDM siri 230/25 tahun 2025, ia dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan juga Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Selain gaji dan elaun yang menarik, anggota TLDM juga mendapat keistimewaan seperti rawatan perubatan dan pergigian yang ditanggung serta sajian makanan dan tempat tinggal bagi mereka yang belum berkahwin.

permohonan online perajurit muda tldm

Permohonan Perajurit Muda Tentera Laut DiRaja Malaysia Siri 230/ 25 Tahun 2025

Di bawah adalah maklumat berkaitan Permohonan TLDM meliputi tarikh permohonan, syarat-syarat dan cara untuk memohon.

Anda boleh rujuk dan kongsikan kepada sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di bawah TLDM.

Tarikh Permohonan

Berdasarkan kepada makluman oleh TLDM, berikut adalah tarikh rasmi pemilihan perajurit muda Tentera Laut DiRaja Malaysia bagi siri 230/25:

  • Buka : 1 Mei 2025
  • Tutup : 31 Mei 2025

Syarat-Syarat Kelayakan

Kepada anda yang berminat untuk menyertai Tentera Laut DiRaja Malaysia, anda dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:

Syarat Am

1.Calon merupakan warganegara Malaysia

2. Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 1 Disember 2025

3. Calon lepasan SPM dan SVM untuk lelaki dan wanita

4. Calon lepasan Diploma Kejuruteraan daripada Politeknik/ Universiti Awam/ Swasta untuk lelaki sahaja

5. Bujang (tidak pernah berkahwin)

6. Calon bebas daripada sebarang kes jenayah, dadah atau juvana

Syarat Akademik (Lepasan SPM dan SVM)

1.Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah

2. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

3. Bagi lepasan SVM, mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu

Syarat Akademik (Lepasan Diploma Kejuruteraan)

  1. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu (SPM)
  2. Perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akredetasi
  3. Senarai diploma yang diiktiraf oleh MQA adalah seperti berikut:
    • Diploma in engineering
    • Diploma in electrical engineering
    • Diploma in electronics engineering
    • Diploma in electrical and electronics engineering
    • Diploma in marine engineering
    • Diploma in software engineering
    • Diploma in microelectronic engineering
    • Diploma in information engineering
    • Diploma in telecommunication engineering
    • Diploma in mechanical engineering
    • Diploma in mechatronic engineering
    • Diploma in manufacturing engineering
    • Diploma engineering in aircraft maintanence
    • Advanced Diploma in engineering

Selain itu, anda juga perlu mencapai taraf kesihatan dan kokurikulum seperti berikut:

Taraf Kesihatan

1.Pemohon sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan

2. Penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna

3. Syarat minimum ukuran fizikal adalah seperti berikut:

syarat fizikal tldm

Taraf Kokurikulum

Pemohon yang berkebolehan berenang dan memliki sijil kokurikulum serta kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan

Atlit yang sedang aktif mewakili negeri atau negara dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu juga akan diberi keutamaan

Proses Permohonan Perajurit Muda TLDM

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan menjadi anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia:

1. Layari Borang Permohonan TLDM (Pengambilan Perajurit Muda Siri 230/25).

2. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dengan tepat.

3. Butiran permohonan akan disemak dan diproses oleh Sel Pengambilan TLDM

4. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui Emel selepas tapisan pada Jun 2025

5. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih

6. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja

Iklan Permohonan 

tldm 2025

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi pertanyaan atau masalah berkenaan permohonan, sila rujuk:

  • Markas Tentera Laut
    Cawangan Strategi Dan Perkhidmatan Sumber Manusia – Khidmat Bantuan
    Wisma Pertahanan
    Jalan Padang Tembak,
    50634 KUALA LUMPUR
    (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
  • Telefon: 019-2104163
  • Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
  • Laman Web: www.navy.mil.my

Related : Pemilihan awal, pusat pemilihan, pakaian sukan dan berkasut, kd sri kota kinabalu sabah, pakaian temuduga pakaian sukan, caruman lembaga tabung angkatan tentera, sajian dan bapa beserta 1 salinan fotostat
taraf perkahwinan bujang tidak pernah berkahwin, termasuk elaun khidmat rm115 dan bayaran insentif khas atm rm200, tuntutan perjalanan dari rumah ke tempat bertugas, 2 sebarang kes jenayah dadah juvana, sijil kelahiran ibu, calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima borang permohonan memasuki perkhidmatan tldm melalui emel, tertakluk kepada pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang, salinan kad pengenalan mykad beserta 1 salinan fotostat, sijil kelahiran pemohon beserta, kolej tentera laut diraja malaysia tldm, latihan perajurit muda 6 bulan, 1 pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang, krew kapal selam bayaran insentif sabah sarawak semenanjung tuntutan perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan tuntutan cuti tahunan, kolej tentera laut diraja malaysia tldm telah membuka, syarat kelayakan, lepasan spm svm lelaki, sijil diploma kejuruteraan dari politeknik universiti awam swasta lelaki, muda ptm tldm siri,