Senarai Penjodoh Bilangan (Penggunaan & Contoh). Digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau kuantiti.

Senarai Penjodoh Bilangan (Penggunaan & Contoh)

senarai penjodoh bilangan cara penggunaan dan contoh

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib lulus bagi semua pelajar. Hal ini kerana sebagai warganegara, para pelajar seharusnya menguasai bahasa kebangsaan yang digunakan dalam protokol rasmi dan juga kehidupan seharian. Antara topik yang perlu dipelajari adalah penjodoh bilangan. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan meliputi cara penggunaan & contoh sebagai rujukan semua.

Untuk pengetahuan anda, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Ianya juga digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz dan sebagainya. Penggunaannya akan membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman terhadap Bahasa Melayu ke tahap yang lebih baik.

Senarai Penjodoh Bilangan : Cara Penggunaan Dan Contoh

Berikut disertakan penjodoh bilangan yang merangkumi maksud tersebut dan contoh penggunaannya serta soalan berkaitan.

Penjodoh Bilangan, Maksud dan Contoh

1. angkatan : kumpulan seragam

  • kapal, tentera, pelukis, penulis,
  • seangkatan tentera

2. baris : kumpulan benda dalam bentuk garis lurus

  • orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
  • sebaris ayat

3. batang : untuk menunjukkan benda – benda panjang atau tinggi

  • sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
  • sebatang sungai, sebatang pokok

4. bentuk : benda – benda yang melengkung

  • mata kail, subang, cincin
  • sebentuk cincin

5. bidang : benda yang luas

  • tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
  • sebidang tanah

6. biji : 1) buah-buahan 2) benda yang bulat 3) benda yang kecil

  • labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
  • sebiji mangga
  • Contoh benda benda yang bulat, sebiji bola
  • sebiji benih

7. bilah :  benda yang tajam

  • parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
  • sebilah pedang

8. buah : 1) benda yang besar 2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan

  • kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio
  • Contoh benda besar dan padu, sebuah kapal
  • sepuluh buah kerusi

9. buku : benda yang berbongkah

  • sebuku sabun

10. bungkus : benda dalam bungkusan

  • sebungkus nasi

11. butir : benda yang kecil

  • telur, batu, manik, beras, peluru
  • sebutir peluru

12. carik : kepingan yang dicarik

  • secarik kain

13. cebis : potongan, serpihan

  • secebis kaca

14. cekak : benda bersaiz

  • secekak jari, secekak sirih

15. cubit : sedikit

  • secubit garam

16. cucuk : benda yang ditusuk dengan lidi

  • secucuk sate

17. das : tembakan

  • 21 das tembakan meriam

18. deret : benda-benda dalam sebarisan

  • sederet kedai

19. ekor : haiwan

  • seekor ayam

20. gugus :  benda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan

  • segugus anggur

21. gelung : benda yang berlingkar

  • segelung tali

22. gemal : sama dengan “cekak”

  • segemal padi

23. genggam : benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan

  • segenggam beras

24. gulung : benda yang digulung

  • segulung kain

25. gumpal 1) bongkah 2) ketul 3) kepul segumpal tanah

  • segumpal darah
  • segumpal asap

26. helai : benda yang nipis dan lebar

  • sehelai baju

27. hidangan :  kumpulan makanan dan minuman yang disajikan

  • sehidangan kuih-muih

28. hiris : potongan nipis

  • sehiris daging

29. ikat : benda-benda yang diikat rapat

  • seikat kayu api

30. jambak : karangan (bunga dll.)

  • sejambak bunga

31. jambangan : benda dalam pasu atau belanga

  • sejambangan bunga

32. jemput : benda-benda yang diambil dengan hujung jari

  • sejemput pasir

33. kaki :

  • sekaki payung
  • sekaki cendawan

34. kalung : rantai, rangkai

  • sekalung rantai leher
  • sekalung bunga

35. kandang : haiwan dalam kandang

  • sekandang kambing

36. kapur : sirih

  • sekapur sirih

37. kawan : kumpulan haiwan

  • lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
  • sekawan lembu

38. kelompok : kumpulan, gugusan

  • sekelompok pulau

39. kepal : gumpalan

  • nasi, pulut, tanah
  • beberapa kepal nasi

40. keping : kepingan, potongan

  • sekeping kertas

41. kepul : gumpalan asap atau awan yang tebal

  • sekepul asap

42. kerat : bahagian, potongan

  • sekerat tulang

43. ketul : gumpalan, ketulan

  • seketul daging

44. kotak : benda dalam kotak

  • sekotak bijirin sarapan

45. kuntum : bunga

  • sekuntum bunga merah

46. laras : senjata

  • selaras senapang

47. lembar : benda yang panjang dan luas bidangnya

  • sebidang kain

48. lingkar : sama dengan “gelung”

  • selingkar tali

49. longgok : himpunan, timbunan

  • selonggok sampah

50. naskhah : salinan bahan bacaan bersiri

  • senaskhah majalah

51. orang : manusia

  • dua orang anak

52. papan : kepingan

  • sepapan petai

53. pasang : benda yang berduaan

  • sepasang kasut

54. pasukan :  kumpulan seragam

  • sepasukan pemain bola sepak

55. patah : perkataan

  • sepatah kata

56. pintu : bangunan

  • sepuluh pintu kedai

57. potong : kepingan yang dipotong

  • sepotong kek

58. pucuk : 1) surat 2) senjata api

  • sepucuk surat
  • sepucuk pistol

59. puntung : keratan kayu yang pendek-pendek

  • sepuntung kayu api

60. rangkap : baris-baris karangan

  • serangkap pantun

61. rawan : menyatakan selengkap benda itu

  • serawan jala

62. ruas : bahagian di antara dua benda

  • beberapa ruas tebu

63. rumpun : kelompok, ikatan

  • serumpun serai

64. sikat : tangkai pisang

  • sesikat pisang

65. sisir :  sama dengan “sikat”

  • sesisir pisang

66. suap : sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut

  • sesuap nasi

67. tandan : buah-buahan yang bergugus

  • setandan pisang

68. tangkai : bunga

  • setangkai bunga

69. teguk : sebanyak yang ditelan sekali

  • seteguk air

70. timbun : himpunan sesuatu yang bertindih-tindih

  • setimbun sampah

71. titik : titisan

  • setitik air mata

72. tongkol : 1) kepingan yang besar dan berbongkah 2) buah jagung

  • Contoh untuk benda benda kepingan yang besar, setongkol kayu
  • lima tongkol jagung

73. ulas : bahagian buah yang berbiji dll.

  • seulas buah durian

74. untai : rangkaian benda yang dicucuk

  • seuntai manik

75. urat : gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang

  • dua urat gelang

76. utas : benda yang berurai

  • seutas jam tangan

Soalan Latihan

Jawab soalan dibawah berdasarkan pengetahuan anda berkenaan penjodoh bilangan:

1) Encik Ahmad berjaya membeli se… rumah untuk ibu dan bapanya.

  • A) biji
  • B) buah
  • C) baris

2) Datuk menyuruh Ali untuk membungkus se… rambutan dan berikan kepada jiran sebelah.

  • A) biji
  • B) tangkai
  • C) tandan

3) Ketika baring di bawah pokok itu, se… daun jatuh tepat ke muka Syarifah.

  • A) helai
  • B) keping
  • C) tangkai

4) Ibu menyuruh Samad untuk membeli se… roti di kedai serbaneka itu.

  • A) keping
  • B) buku
  • C) buah

5) Kelihatan se… burung terbang diatas pohon tersebut

  • A) ekor
  • B) kawan
  • C) pasang

6) Di tepi jalan terdapat lima … batu halus untuk dibuat jalan raya

  • A) tongkol
  • B) tangkai
  • C) timbun
  • D) rumpun

7) Malik sedang memanggang dua puluh … sate untuk pelangganya

  • A) batang
  • B) cucuk
  • C) biji
  • D) gugus

8) Puan Miasarah mengambil beberapa … benang emas untuk membuat tekat pada cadar baldu

  • A) butir
  • B) buku
  • C) biji
  • D) cekak

9) Pihak polis telah menjumpai beberapa … pistol di pondok usang itu

  • A) rangkai
  • B) tingkat
  • C) timbun
  • D) pucuk

10) Mak Limah telah memasukkan se… garam ke dalam masakkannya

  • A) biji
  • B) cucuk
  • C) cubit
  • D) cekak

Semoga perkongsian senarai penjodoh bilangan di atas dapat membantu pelajar dalam membuat ulangkaji menjelang peperiksaan.

Related : untuk benda benda besar, benda yang keadaannya berketul, penjodoh bilangan digunakan untuk, benda benda yang keadaannya, padu yang tidak mempunyai, untuk kedudukan benda, mempunyai bentuk, untuk sekumpulan manusia atau benda,