Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 (Lengkap Semua Bab). Muat turun download nota padat islamic form 5 untuk mudahkan ulangkaji.

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 (Lengkap Semua Bab)

nota pendidikan islam pai tingkatan lengkap

Sebelum menduduki ujian atau peperiksaan, para pelajar pasti akan membuat ulangkaji atas mata pelajaran sebagai persediaan. Pelajar Tingkatan Lima yang akan menghadapi peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh membuat rujukan Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 (Lengkap) di bawah. Ia merangkumi nota ringkasan setiap bab dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Untuk makluman semua, mata pelajaran pendidikan Islam diperkenalkan untuk mendidik, membentuk serta melatih individu dalam pelbagai aspek jasmani, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial. Secara tidak langsung, jati diri murid dapat dibentuk serta melahirkan modal insan yang cemerlang demi kemajuan negara masa kini dan hadapan

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 Semua Bab

Rujuk nota-nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 (Lengkap) di bawah mengikut bidang Al Quran, Hadis, Akidah, Fiqah Sirah dan Tamadun Islam serta bidang Akhlak Islamiyah.

Bidang Al Quran

PELAJARAN 1 SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129

Intisari ayat

  • Allah SWT telah mengutuskan rasul daripada kalangan manusia.
  • Rasulullah SAW sangat menginginkan kebaikan di dunia dan di akhirat buat umatnya.
  • Allah SWT sangat mengasihi hambanya.
  • Umat Islam perlu bertawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT.
  • Seluruh makhluk di langit dan di bumi berada di bawah kekuasaan Allah SWT.

PELAJARAN 2 SURAH AL-HASYR AYAT 21-24

Intisari Ayat

  • Al-Quran merupakan mukjizat yang teragung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Kita hendaklah menerima al-Quran secara keseluruhan dengan penuh keyakinan.
  • Hanya Allah SWT yang berhak disembah dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala isi hati manusia.
  • Allah SWT memiliki segala sifat kesempurnaan dan keagungan sebagai Pencipta alam.
  • Seluruh makhluk bertasbih kepada Allah SWT sebagai tanda pengabdian kepada penciptanya tanpa mempersekutukanNya.

PELAJARAN 3 HUKUM TAJWID : BACAAN ‘RA’, WAKAF DAN IBTIDA’

Cara Bacaan Ra’

  1. Tafkhim – Dibaca dengan menebalkan bunyi sebutan RA’
  2. Tarqiq – dengan menipiskan bunyi sebutan RA’

bacaan ra bacaan ra

Tanda dan jenis wakaf

Maksud Wakaf : memberhentikan bacaan di akhir kalimah untuk bernafas dengan tujuan menyambung bacaan semula

tanda wakaf

Pembahagian Ibtida’

  • Ibtida’ Hasan : memulakan bacaan pada kalimah yang dapat difahami maknanya serta tidak bersalahan dengan maksud yang dikehendaki Allah SWT. Hukumnya harus.
  • Ibtida’ Qabih : memulakan bacaan pada kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah makna yang dikehendaki. Hukumnya tidak harus

PELAJARAN 4 CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA (AL-MUKMUNUN : 1-11)

unit hafazan surah al mukminun

Ciri-ciri Mukmin Berjaya

  • 1. Beriman kepada Allah SWT – Orang yang sentiasa meyakini bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
  • 2. Khusyuk dalam solat – Menumpukan sepenuh hati dan penghayatan dengan cara menetapkan anggota, memahami bacaan dan perbuatan ketika mendirikan solat.
  • 3. Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia. – Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak mendatangkan faedah atau perkara yang merosakkan akhlak.
  • 4. Menunaikan zakat.
    • Mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
    • Zakat yang diwajibkan oleh syarak ialah zakat fitrah dan zakat harta.
  • 5. Menjaga kehormatan diri. – Menjaga dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak seperti zina, sumbang mahram dan hubungan seks luar tabi’i.
  • 6. Menjaga amanah dan janji. – Menjaga tanggungjawab dalam setiap urusan. Contohnya dalam urusan pekerjaan, harta benda dan kerahsiaan.
  • 7. Sentiasa memelihara solat – Menunaikan solat pada waktunya dengan menyempurnakan segala syarat dan rukunnya.

Maksud salah laku seksual

  • Zina – Melakukakan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antar lelaki dengan perempuan
  • Sumbang Mahram – Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan yang diharamkan berkahwin kerana faktor keturunan, penyusuan dan persemendaan
  • Hubungan Seks Luar Tabi’i – Melakukan persetubuhan haram dengan cara yang bertentangan dengan tabiat semula jadi manusia.

Akibat salah laku seksual

  • 1. Menggugat keharmonian hidup bermasyarakat.
  • 2. Hilang kelayakan dalam mewarisi harta pusaka bagi anak tidak sah taraf.
  • 3. Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga.
  • 4. Menyebabkan gangguan emosi dan mental.
  • 5. Terdedah kepada penyakit fizikal seperti aids dan sifilis.
  • 6. Mencetuskan pelbagai perbuatan jenayah.

Kesan Khusyuk Dalam Solat

  • Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT
  • Mendapat pahala daripada Allah SWT
  • Dapat merasakan keseronokan beribadat kepada Allah SWT
  • Mendapat ketenangan jiwa

Kepentingan Zakat

  • Membangunkan ekonomi umat Islam
  • Membasmi kemiskinan
  • Membentuk sifat mahmudah seperti pemurah dan bersyukur

Faktor manusia melakukan perbuatan dan perkataan yang sia-sia

  • Iman yang kurang kerana kurang beribadat kepada Allah SWT
  • Kurang pengetahuan agama kerana tidak dididik sejak dari kecil
  • Terpengaruh denagn hasutan syaitan dan rakan yang cenderung kepada dosa
  • Inginkan kemewahan denagn cara mudah dan mementingkan keduniaan

Pengajaran ayat

  • 1. Kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
  • 2. Kita hendaklah menunaikan solat dengan khusyuknya agar menjadi hamba yang bertaqwa.
  • 3. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia agar dapat meningkatkan kualiti kerja.
  • 4. Kita hendaklah berusaha menunaikan zakat agar dapat membantu perkembangan ekonomi umat Islam.
  • 5. Kita hendaklah menjaga kehormatan diri supaya diri dan keluarga terpelihara daripada penyakit berbahaya

PELAJARAN 5 MEMAHAMI KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN (AT-TAUBAH : 19-20)

Sebab Turun Ayat

  • Menurut Nukman bin Bashir, terdapat beberapa orang sahabat berbincang tentang amalan yang mereka utamakan selepas pembukaan Makkah. Terdapat sahabat yang akan menumpukan kepada memberikan minuman kepada orang yang menunaikan haji. Terdapat juga sahabat yang akan menumpukan usaha kepada memakmurkan Masjidil Haram. Selain itu, terdapat sahabat yang akan berjihad di jalan Allah. Percakapan mereka ditegur oleh Saidina Umar ra kerana tidak sopan meninggikan suara di sebelah mimbar Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Umar ra mengadu hal ini kepada Rasulullah SAW dan turunlah ayat tersebut

Maksud Fiqh AL-Aulawiyyat – mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak

Tiga bidang pelaksanaan:

1) Ilmu dan pemikiran

  • Mengutamakan usaha untuk menuntut ilmu dan memahaminya berbanding dengan melaksanakan sesuatu amalan.
  • Mengutamakan ilmu fardu ain berbanding dengan ilmu fardu kifayah. Contohnya mengutamakan ilmu menunaikan solat yang betul berbanding dengan ilmu lain.
  • Mengutamakan ilmu fardu kifayah yang menjadi keperluan semasa dan pelengkap bagi umat Islam. Contohnya mengutamakan mempelajari ilmu dalam bidang perubatan dan kejuruteraan

2) Amalan

  • Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding dengan amalan yang kurang bermanfaat.
  • Mengutamakan amalan yang banyak manfaat kepada masyarakat berbanding dengan amalan yang kurang bermanfaat mengikut keperluan dan situasi. Contohnya mengutamakan bersedekah berbanding dengan gotong-royong.
  • Mengutamakan aktiviti kemasyarakatan berbanding dengan ibadat sunat yang berbentuk peribadi. Contohnya mengutamakan program berbentuk kebajikan masyarakat berbanding dengan memperbanyak amalan sunat untuk peribadi.

3) Tuntutan syarak

  • Mengutamakan perkara pokok berbanding dengan perkara cabang.
  • Mengutamakan amalan fardu ain berbanding dengan fardu kifayah. Contohnya mengutamakan pelaksanaan zakat yang wajib sebelum bersedekah.
  • Mengutamakan amalan fardu berbanding dengan amalan sunat. Contohnya mengutamakan membantu ibu bapa berbanding iktikaf.
  • Menguasai aqidah berbanding dengan perkara syariat. Contohnya mempelajari asas-asas aqidah Islam terlebih dahulu sebelum memperhalus isu-isu fiqah

Kepentingan Fiqh Al-Aulawiyat Terhadap Individu dan Masyarakat

  • 1. Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik.
  • 2. Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif.
  • 3. Mengamalkan semua tuntutan Islam mengikut susunan yang tepat.
  • 4. Mewujudkan kesejahteraan sosial dalam melestarikan pengurusan kehidupan.
  • 5. Menyeimbangkan kehidupan masyarakat dalam pelaksanaan tuntutan syariat

Pengajaran ayat

  • 1. Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat kerana keimanan ialah kunci penerimaan segala ibadat.
  • 2. Kita hendaklah sentiasa berazam untuk berjihad dengan tenaga dan harta supaya kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
  • 3. Kita hendaklah sentiasa berhijrah kepada yang lebih baik supaya menjadi insan yang produktif

PELAJARAN 6 KEPELBAGAIAN BANGSA DALAM ISLAM (AL-HUJURAT : 13)

Sebab Turun Ayat

  • Menurut Ibnu Abbas radhiallahuanhu, Rasulullah SAW telah meminta Saidina Bilal bin Rabah radhiallahuanhu melaungkan azan semasa pembukaan kota Makkah. Terdapat sahabat yang telah memandang rendah kepada Saidina Bilal radhiallahuanhu. Jibril as telah memberitahu Rasulullah SAW perbuatan para sahabat tersebut lalu Rasulullah SAW memanggil mereka dan bertanyakan tentang tindakan mereka. Lalu turunlah ayat ini.

Tuntutan saling mengenali dalam kalangan pelbagai bangsa

  • 1. Menjalin perpaduan dan perhubungan yang harmoni.
  • 2. Mengiktiraf kemuliaan dan harga diri manusia tanpa mengira rupa paras dan etnik.
  • 3. Menjalin hubungan dengan orang bukan Islam selagi mereka tidak memusuhi islam.
  • 4. Menggalakkan interaksi dan kerjasama yang akan saling melengkapi antara satu sama lain.

Keutamaan taqwa

  • 1. Manusia adalah sama di sisi Allah SWT.
  • 2. Allah SWT tidak melihat jantina atau bangsa tetapi Allah SWT memandang hati dan amalan hambaNya.
  • 3. Meyakini kekuasaan Allah SWT melalui makhluk ciptaanNya sebagai asas keimanan kepada Allah SWT.
  • 4. Menunaikan hak sesama manusia walaupun berbeza kaum dan budaya kerana perkara itu merupakan sebahagian daripada perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.

Pengajaran ayat

  • 1. Kita hendaklah saling bekerjasama untuk membina kehidupan yang harmoni.
  • 2. Kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya supaya wujud persefahaman dalam kalangan masyarakat.
  • 3. Kita hendaklah berusaha untuk membaiki akhlak supaya menjadi insan bertaqwa.

Bidang Hadis

PELAJARAN 7 SETIAP ORANG IALAH PEMIMPIN

Tanggungjawab Setiap Individu

Tanggungjawab pemimpin

  • Berlaku adil dan menghapuskan kezaliman
  • Menegakkan syariat Islam
  • Menyusun sistem pentadbiran yang cekap dan amanah
  • Menyediakan infrastruktur yang lengkap
  • Bersikap toleransi terhadap orang bawahan

Tanggungjawab Suami

  • Memberikan nafkah kepada anggota keluarga
  • Memberi didikan agama kepada isteri dan anak-anak
  • Memberikan perlindungan dan menjaga keselamatan anggota keluarga
  • Melayan dan bergaul dengan isteri dan anak-anak

Tanggungjawab Isteri

  • Mentaati suami dan menunaikan haknya
  • Menjaga maruah diri, suami dan keluarga
  • Memelihara dan mendidik anak-anak
  • Menguruskan rumahtangga

Tanggungjawab Pekerja

  • Mengikut arahan ketua
  • Bekerja dengan penuh integriti
  • Bekerja mengikut prosedur yang ditetapkan
  • Melaksanakan tugas dengan sempurna

Tanggungjawab Anak

  • Berbakti kepada ibu baoa sewaktu mereka masih hidup atau telah meninggal dunia
  • Sentiasa mendoakan mereka
  • Sentiasa membantu mereka dengan sebaik-baiknya
  • Sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa dan menyambung silaturrahim dengan rakan-rakan mereka

Pengajaran Hadis

  1. Kita hendaklah menyedari bahawa setiap individu berperanan sebagai pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
  2. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin dengan adil dan amanah.
  3. Kita hendaklah memelihara dan melindungi anggota keluarga agar selamat di dunia dan di akhirat.
  4. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan keluarga dan rumahtangga agar kekal harmoni.
  5. Kita hendaklah sentiasa bersikap amanah dalam pekerjaan supaya rezeki diberkati.
  6. Kita hendaklah berbakti kepada kedua ibu bapa semasa mereka hidup atau setelah meninggal dunia kerana jasa mereka tidak terbalas.
  7. Kita hendaklah mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kepimpinan kerana baginda ialah contoh ikutan terbaik.

PELAJARAN 8 :TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT.

Tujuh Golongan Yang Mendapat Naungan Allah SWT

1) Pemimpin yang adil

  • Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang di bawah pimpinannya berpandukan alQuran dan al-Hadis.
  • Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.
  • Mencegah kemungkaran daripada berleluasa

2) Pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah SWT.

  • Pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT sama ada ibadah wajib atau sunat.
  • Melaksanakan tuntutan solat lima waktu dan ibadat puasa dengan sempurna.
  • Melazimi qiamullail, membaca al-Quran dan berzikir

3) Seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid.

  • Seseorang yang hatinya sentiasa berasa seronok memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan.
  • Menunaikan solat fardu secara berjemaah.
  • Menyertai aktiviti di masjid seperti majlis ilmu, program sukan dan riadah.

4) Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.

  • Dua orang yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  • Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke Madinah.
  • Persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga dan tempat tinggal

5) Seseorang yang membenci perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah SWT

  • Seseorang yang membenci dan menjauhi perbuatan yang melanggar suruhan Allah SWT atau meninggalkan laranganNya sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan atau hati.
  • Menjauhi perbuatan mencuri.
  • Menghindari pergaulan bebas tanpa batasan.

6) Seseorang yang menyembunyikan sedekahnya.

  • Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia.
  • Memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian (online banking).
  • Mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid.

7) Seseorang yang mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata

  • Seseorang yang mengingati Allah SWT sama ada melalui hati atau lisan dengan penuh ikhlas dan rasa takut kepadaNya.
  • Beristighfar dengan mengharapkan keampunan allah SWT sehingga mengalir air mata mengenangkan dosa yang dilakukan.

Pengajaran Hadis

  1. Kita hendaklah berlaku adil dalam setiap tindakan kerana sikap tersebut merupakan suruhan Allah SWT.
  2. Kita hendaklah memanfaatkan usia muda dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  3. Kita hendaklah berusaha untuk mengimarahkan masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan.
  4. Kita hendaklah saling mengasihi supaya masyarakat hidup aman damai.
  5. Kita hendaklah menjauhi perbuatan maksiat agar selamat daripada kemurkaan Allah SWT.
  6. Kita hendaklah memperbanyak sedekah kerana amalan tersebut dapat menyucikan harta dan jiwa.
  7. Kita hendaklah melazimi amalan zikrullah agar jiwa kita tenang.

Bahagian Akidah

PELAJARAN 9 ALLAH SWT MAHA MENGAWASI DAN MAHA MENYAKSIKAN

UNIT 1 : AR-RAQIB

Maksud Ar- Raqib

  • Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.

Dalil naqli nama Allah SWT Ar Raqib

  • Surah Al-Maidah, ayat 117 : Maksud : …kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka dan Engkau jualah yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.

Bukti Allah bersifat Ar-Raqib

  • Allah Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan laranganNya
  • Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam sapek hubungan sesama manusia

UNIT 2 : AS-SYAHID

Maksud As-Syahid

  • Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan Mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya.

Dalil naqli nama Allah SWT AS-Syahid

  • Surah Al-An’am, ayat 19 : Maksud : bertanyalah ‘Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya? Katakanlah, Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu,..

Bukti Allah SWT bersifat As-Syahid

  1. Allah menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW ke atas umatnya
  2. Allah Maha Menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan manusia

PELAJARAN 10 AKIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Ahli Sunnah Waljamaah adalah kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip aqidah, syariat dan akhlak.

Prinsip Akidah Ahli Sunnah Waljmaah

  1. IMAN ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.
  2. Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT, namun manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukannya ataupun tidak serta dihitung baginya dosa dan pahala.
  3. Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam al Quran dan as-Sunnah antaranya termasuklah persoalan kubur, hari akhirat, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya.
  4. Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan syurga dan neraka adalah kekal selama-lamanya.
  5. Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Tuhannya termasuklah syafaat baginda untuk pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira beriman.
  6. Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan merupakan rahmat Allah kepada manusia

Aliran yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah

1) Syiah

  • Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib ra dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlulbait yang lebih layak memegang jawatan khalifah.
  • 1. Meyakini bahawa AL-IMAMAH merupakan rukun agama dan telah ditentukan oleh Allah SWT melalui lisan rasulnya secara nas.
  • 2. Meyakini bahawa imam-imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa kecil dan dosa besar).
  • 3. Menyanjung Saidina Ali ra secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah SAW.
  • 4. Mengamalkan AL-TAQIYYAH (menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan menampakkan sesuatu yang berbeza dengan hakikat sebenarnya).
  • 5. Menambah nama Saidina Ali ra dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW

2) Khawarij

  • Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib ra yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim
  • 1. Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihan kepada rakyat untuk memilih sesiapa sahaja daripada kaum muslimin yang layak.
  • 2. Mereka menyatakan bahawa Saidina Ali ra melakukan dosa besar serta kufur kerana bersetuju mengadakan Majlis Tahkim.
  • 3. Wajib keluar menentang pemimpin atau khalifah yang tidak adil.
  • 4. Beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat, berdosa besar dan kafir.

3) Muktazilah

  • Kumpulan yang diasaskan oleh WASIL BIN ATA’ setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan guru beliau Hasan alBasri tentang kedudukan pelaku dosa besar.
  • AL-TAUHID : Menafikan sifat maani pada zat Allah SWT.
  • AL-ADLU : meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah.
  • AL-WA’DU WAL WA’ID : Meyakini bahawa Allah SWT wajib memberikan balasan baik kepada orang yang taat dan ancaman azab kepada orang yang melakukan maksiat.
  • AL-MANZILAH BAINAL MANZILATAIN : Meyakini bahawa pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal di dalam neraka.
  • AL-AMRU BILMAKRUF WANNAHYU ANIL MUNGKAR : Meyakini bahawa menyeru kebaikan dan mencegah keburukan adalah WAJIB ditegakkan dalam apa keadaan sekalipun

Cara Memelihara Aqidah

  • Mempelajari asas aqidah berdasarkan kitab Ahli as-Sunnah Waljamaah.
  • Mendalami ilmu agama daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang aqidah.
  • Membina ketahanan akidah dengan memperbanyakkan doa.
  • Menjauhi pengamal ajaran sesat

Bidang Fiqah

PELAJARAN 11 SOLAT SUNAT ISTIKHARAH DAN SOLAT SUNAT TASBIH

UNIT 1 : SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Maksud Solat Sunat Istikharah : Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara. Hukumnya Sunat

Dalil Naqli :

  • Jabir bin Abdullah al-Ansari ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : Maksud : Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang sesuatu perkara maka dirikanlah solat sunat dua rakaat selain daripada yang difardukan

Kaifiat:

  1. Niat
  2. Bilangan rakaat: 2
  3. Cara pelaksanaan: sendiri

Hikmah menunaikan solat sunat istikharah

  1. Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT kerana menjadikan Allah SWT sebagai tempat pergantungan.
  2. Mendidik umat Islam agar sentiasa memohon sesuatu kepada Allah SWT terutama dalam membuat keputusan.
  3. Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dengan memohon bantuan selain Allah SWT seperti meminta bantuan kepada bomoh.

UNIT 2 : SOLAT SUNAT TASBIH

Maksud Solat Sunat Tasbih : Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat. Hukumnya Sunat

kaifiat solat tasbih satu salam kaifiat solat tasbih dua salam

Hikmah menunaikan solat sunat tasbih

  1. Mendapat keampunan kerana mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
  2. Meraih ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana banyak bertasbih.
  3. Memberi ketenangan jiwa kerana banyak berzikir kepada Allah SWT

PELAJARAN 12 PERKAHWINAN

UNIT 1 : PERKAHWINAN

Maksud Perkahwinan : Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan menurut hukum syarak.

Dalil galakan berkahwin

  • Surah An Nur ayat 32 : Dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan.

Hukum Berkahwin adalah

  • HARUS : Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin.
  • SUNAT : Mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahir dan batin.
  • WAJIB : Bimbang akan terjerumus ke dalam kemaksiatan sekiranya tidak berkahwin dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin.
  • MAKRUH : Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah untuk pasangannya seperti menghidap mati pucuk atau berpenyakit.
  • HARAM : Bertujuan untuk menzalimi atau memudaratkan pasangannya

Hikmah Berkahwin

  1. Memenuhi tuntutan batin yang merupakan fitrah manusia.
  2. Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak dan pelbagai gejala sosial yang boleh mencemarkan maruah.
  3. Memelihara keturunan yang baik untuk generasi akan datang.
  4. Mewujudkan ketenangan jiwa melalui hubungan cinta yang halal.
  5. Menghindari perbuatan seks secara bebas yang boleh membawa jangkitan

Golongan wanita yang haram dikahwini

1) Haram selamanya :

  • Keturunan : Ibu, nenek dan ke atas, cucu perempuan, adik-beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu, anak perempuan daripada adik beradik, ibu saudara, nenek saudara
  • Penyusuan : Ibu susuan, ibu bagi ibu susuan dan ke atas, ibu bagi suami ibu susuan dan ke atas, anak ibu susuan, adik beradik susuan, anak saudara daripada adik beradik susuan, aik beradik ibu susuan, adik beradik bagi suami ibu susuan
  • Persemendaan : Ibu tiri dan ke atas, ibu mentua (nasab atau susuan), anak tiri apabila ibunya telah disetubuhi, menantu perempuan dan ke bawah

2) Haram sementara

  • Mengahwini perempuan yang ada hubungan nasab dengan isteri dalam satu masa
  • Perempuan yang masih isteri orang
  • Perempuan musyrik sehingga dia masuk Islam
  • Isteri yang telah ditalak 3 sebelum dia berkahwin kemudian bercerai dan habis tempoh idah dengan suami baharu

Rukun Nikah

  1. Bakal Suami
    • Islam.
    • Lelaki yang telah dikenal pasti.
    • Bukan mahram kepada bakal isteri seperti mahram nasab, penyusuan atau persemendaan.
    • Tidak dalam keadaan ihram haji atau umrah.
    • Tidak mempunyai empat orang isteri pada satu masa
  2. Bakal Isteri
    • Islam
    • Perempuan yang telah dikenal pasti
    • Bukan mahram kepada bakal isteri seperti mahram nasab, penyusuan atau persemendaan
    • Tidak dalam keadaan ihram haji atau umrah
    • Bukan isteri orang atau dalam idah talak raj’ie
  3. Saksi
    • Islam
    • Lelaki
    • Baligh
    • Berakal
    • Adil
    • Pendengaran yang baik
    • Penglihatan yang baik
    • Merdeka
  4. Wali
    • Islam
    • Lelaki
    • Baligh
    • Berakal
    • Merdeka
    • Adil (Tidak melakukan dosa besar atau dosa kecil berterusan)
    • Tidak dalam keadaan ihram haji atau umrah
    • Tidak dipaksa mewalikan
    • Tiada penyakit yang mencacatkan fikiran seperti nyanyuk dan gila
    • Mampu memelihara dan menguruskan hartanya

Susunan Wali

Wali Mujbir :

  1. Bapa
  2. Datuk sebelah bapa dan ke atas

Wali bukan Mujbir :

  1. Adik beradik lelaki seibu sebapa
  2. Adik beradik lelaki sebapa
  3. Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
  4. Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebapa
  5. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa.
  6. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa.
  7. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.
  8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa.
  9. Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.
  10. Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa sebapa

Sebab perpindahan wali nasab kepada wali hakim

  1. Tidak mempunyai wali nasab.
  2. Wali nasab berada jauh melebihi dua marhalah.
  3. Wali hilang dan tidak dapat dikesan.
  4. Saudara baharu (muallaf) yang tiada wali nasab yang layak.
  5. Anak tidak sah taraf.
  6. Wali dalam ihram haji atau umrah.
  7. Wali enggan mewalikan pernikahan.
  8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan tersebut dan tiada wali lain yang setaraf (sepupu lelaki yang akan mengahwini sepupu perempuan)

Akad Nikah (Sighah)

  • IJAB : Lafaz yang diucapkan oleh wali atau wakilnya.
  • Contoh IJAB : Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku…
  • QABUL : Lafaz yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya.
  • Contoh QABUL : Aku terima nikahnya anak perempuanmu…

Syarat-syarat akad nikah

  1. Menggunakan lafaz KAHWIN atau NIKAH atau terjemahan yang tepat daripada kedua-duanya.
  2. Lafaz ijab dan qabul hendaklah JELAS dan bukan secara kiasan.
  3. Ijab dan qabul hendaklah BERTURUTAN dan TIDAK DISELANGI dengan perkataan lain.
  4. Lafaz akad nikah hendaklah berkuat kuasa serta merta kesannya.
  5. Kelayakan wali dan bakal suami berkekalan sehingga selesai akad.
  6. Tidak dibataskan dengan tempoh masa.

Perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dalam Islam

Ciri-ciri Pemilihan Calon Suami Isteri

  1. Penghayatan agama yang baik.
  2. Akhlak yang mulia.
  3. Keturunan yang baik.
  4. Sekufu.
  5. Pasangan yang sihat.
  6. Rupa paras yang baik

Merisik : Proses sebelum meminang untuk mengenal pasti bakal isteri

Meminang : Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri menurut uruf setempat

Mahar

  • Maksud Mahar: Pemberian yang bernilai atau berfaedah WAJIB diberikan oleh SUAMI KEPADA ISTERINYA dengan sebab AKAD NIKAH.
  • Hukum Mahar: Wajib.
  • Hukum Menyebut Mahar: Sunat.
  • Kadar Mahar: Mahar tidak mempunyai kadar yang tertentu dan tidak semestinya dalam bentuk tunai.
  • Bentuk Mahar: Sesuatu yang bernilai atau berfaedah, sah dijadikan mahar seperti duit dan emas.

Walimatul Urus

  • Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan
  • Hukum : Sunat Muakkad
  • Hukum memenuhi undangan : Fardu Ain
  • Tujuan Pensyariatan :
    • Mensyukuri nikmat Allah SWT atas perkahwinan yang didirikan.
    • Merapatkan hubungan silaturrahim.
    • Menghebahkan perkahwinan kepada masyarakat untuk menghindarkan sebarang fitnah
  • Dalil Galakan Walimatul Urus
    • Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Nabi SAW terlihat kesan sejenis bauan pada Abdul Rahman bin Auf. Maka baginda bertanya : Apakah ini? Jawab Abdul Rahman : Wahai Rasulullah, aku telah berkahwin dengan seorang perempuan maharnya dengan emas seberat sebiji tamar. Sabda baginda : Semoga Allah memberkatimu! Buatlah kenduri walaupun dengan menyembelih seekor kambing.

UNIT 2 : KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

Tanggungjawab Suami

  1. Menyediakan segala keperluan asas untuk isteri dan anak-anak mengikut kemampuan suami.
  2. Memberikan kasih sayang, belas kasihan serta nafkah batin bagi memenuhi keperluan isteri.
  3. Memberikan layanan yang baik kepada isteri seperti tutur kata yang baik dan perlakuan yang sopan.
  4. Memberikan ilmu pengetahuan dan didikan agama secukupnya kepada isteri dan anak-anak.
  5. Menyelesaikan mahar yang belum dijelaskan.

Tanggungjawab Isteri

  1. Mentaati perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  2. Menjaga kehormatan diri dengan berpakaian menutup aurat, memelihara pandangan dan menjaga batas pergaulan ketika berada di luar rumah.
  3. Menjaga kemuliaan, maruah dan harta suami.
  4. Melakukan perkara yang menyenangkan hati suami.
  5. Mendapat keizinan suami sebelum keluar rumah.

Tanggungjawab Suami Isteri Dari Segi Aqidah

  1. Menerapkan didikan akidah Islam yang betul kepada anak-anak sejak dari kecil.
  2. Membentuk aqidah keluarga berdasarkan pegangan aqidah Ahli as-Sunnah Waljamaah.
  3. Memupuk asas ketaqwaan yang mantap kepada anggota keluarga.
  4. Memelihara aqidah keluarga daripada sebarang fahaman yang sesat.

Tanggungjawab Suami Isteri Dari Segi Ibadah

  1. Mendidik keluarga dengan memberi pengetahuan berkaitan dengan ibadat yang betul.
  2. Memastikan anggota keluarga menunaikan tanggungjawab ibadat.
  3. Mempraktikkan cara hidup bersyariat dalam keluarga seperti solat berjemaah dan membaca al-Quran.
  4. Memelihara anggota keluarga daripada amalan yang menyeleweng.

Suami Isteri Dari Segi Akhlak

  1. Menunjukkan akhlak yang mulia agar menjadi contoh dalam keluarga.
  2. Menyemai sikap berkasih sayang sesama anggota keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
  3. Bekerjasama melakukan urusan rumahtangga agar kebahagiaan dirasai setiap anggota keluarga.
  4. Menegur anggota keluarga yang melakukan kemungkaran

PELAJARAN 13 ISU-ISU DALAM PERKAHWINAN

Pembubaran Perkahwinan

1) Talak

  • Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan
  • Hukum : Harus

2) Fasakh

  • Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu
  • Harus isteri memohon fasakh
  • Isteri memohon fasakh kerana suami sering memukul hingga menyebabkan kecederaan fizikal.

3) Khuluk

  • Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami
  • Hukum : Harus
  • Mahkamah meluluskan permohonan khuluk atas permintaan isteri dengan memulangkan bayaran mahar kepada suami
  • Hikmah disyariatkan khuluk :
    • 1. Penghormatan kepada isteri agar dapat melepaskan diri dari perkahwinan yang tidak disukai dengan cara yang betul.
    • 2. Dapat mengelakkan isteri daripada menjadi nusyuz kerana tidak mampu taat kepada suaminya.
    • 3. dapat membuktikan Islam mempunyai pelbagai cara dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat
  • Kesan khuluk :
    • 1. Rumahtangga yang dibina akan runtuh.
    • 2. Suami tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah.
    • 3. Suami boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya dengan akad dan mahar yang baharu.
    • 4. Isteri tidak layak mendapat nafkah semasa idah kecuali tempat tinggal.
    • 5. Anak-anak akan terjejas kasih sayang .

4) Li’an

Lafaz SUMPAH SUAMI apabila MENUDUH ISTERINYA BERZINA tanpa ada empat orang saksi atau MENAFIKAN NASAB.

  • Hukum: WAJIB untuk mengelakkan suami daripada HUKUMAN QAZAF

Cara Suami Melakukan Li’an

  • Suami melafazkan di hadapan hakim : ‘Aku bersaksi bahawa tuduhan ke atas isteriku adalah benar. Tuduhan zina yang aku lemparkan kepada isteriku yang bernama………….dan anak ini (jika isteri mempunyai anak zina ataupun sedang mengandung) ialah anak zina bukan daripada zuriatku’.
  • Lafaz ini diulang sebanyak EMPAT KALI. Sekiranya isteri ada bersama-sama maka suami hendaklah menunjuk dengan tangannya ke arah isteri.
  • Pada kali yang KELIMA, hakim akan memberikan peringatan kepadanya tentang bahaya berdusta. Suami hendaklah berkata : ‘Sesungguhnya LAKNAT ALLAH SWT akan menimpaku sekiranya aku terdiri daripada orang-orang yang berdusta’.

Cara isteri melakukan Lian

  • Isteri melafazkan di hadapan hakim : ‘Aku bersaksi dengan nama Allah SWT bahawa …(nama suami)… orang yang berdusta tentang tuduhan zinanya terhadapku’.
  • Lafaz ini diulang sebanyak EMPAT KALI.
  • Pada kali yang KELIMA, isteri hendaklah berkata : ‘KEMURKAAN ALLAH SWT akan menimpaku jika tuduhan suamiku benar’.

Isu-Isu Berkaitan Dengan Perkahwinan

1) Iddah

  • Maksud : tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami
  • Hukum wajib
  • Tempoh
    • belum putus haid (bercerai hidup : 3 kali suci)/ (bercerai mati : 4 bulan 10 hari)
    • telah putus haid (bercerai hidup : 3 bulan hijrah)/ (bercerai mati : 4 bulan 10 hari)
    • belum pernah disetubuhi (tiada idah)
    • sedang hamil (sehingga melahirkan anak)

2) Rujuk

  • Maksud : hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikannya dalam tempoh iddah
  • Hukum harus
  • Syarat rujuk
    • 1. Dengan kerelaan sendiri.
      2. Bukan perceraian kerana fasakh atau khuluk.
      3. Bukan diceraikan dengan talak tiga.
      4. Isteri yang diceraikan masih dalam tempoh iddah.
      5. Ada lafaz yang menunjukkan rujuk.

3) Nusyuz

  • Maksud : keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah
  • Hukum Haram
  • Contoh, Isteri enggan mematuhi perintah suaminya supaya menunaikan solat dan berpuasa

4) Poligami

  • Amalan beristeri lebih daripada seorang pada satu masa
  • Hukum harus
  • Kelayakan berpoligami
    • Tidak melebihi empat orang isteri
    • Boleh berlaku adil terhadap isteri-isterinya dari aspek lahiriah seperti pakaian dan tempat tinggal
    • Mampu memberi nafkah zahir dan batin

5) Hadhanah

  • Penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri
  • Hukum wajib

6) Anak Angkat

  • Anak orang lain yang dipelihara seperti anggota keluarga sendiri tetapi tidka mempunyai hak seperti anak kandung yang ditetapkan oleh syarak
  • Hukum harus
  • Anak kandung mempunyai hak atas nafkah dan kebajikan, harta hibah, harta wasiat, pewarisan harta pusaka (faraid), wali dalam perkahwinan, nasab. Manakala anak angkat hanya mempunyai hak ke atas nafkah dan kebajikan, harta hibah serta harta wasiat.

PELAJARAN 14 PENGURUSAN HARTA SELEPAS KEMATIAN

UNIT 1 : WASIAT DALAM ISLAM

Maksud Wasiat : Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup untuk membahagikan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak. Hukumnya Sunat

Dalil Naqli :

  • Surah Al-Baqarah ayat 180 : Maksud : Diwajibkan ke atas kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa.

Cara Pengurusan Wasiat

  1. Harta yang diwasiat hendaklah dikira sebaik sahaja kematian pewasiat.
  2. Harta yang diwasiatkankan tidak melebihi 1/3 dari keseluruhan harta.
  3. Dilaksanakan setelah dilangsaikan segala perbelanjaan pengurusan jenazah dan hutang si mati.

Rukun dan Syarat Wasiat

  1. Pewasiat
    • 1. Berakal. Tidak sah wasiat bagi orang yang gila.
      2. Baligh. Tidak sah wasiat bagi kanak-kanak.
      3. Sukarela. Tidak sah wasiat bagi orang yang dipaksa.
      4. Merdeka. Tdak sah wasiat bagi hamba.
  2. Penerima Wasiat
    • 1. Diketahui dengan jelas sama ada individu tertentu atau organisasi. Tidak sah wasiat yang umum.
      2. Masih hidup. Tidak sah wasiat kepada orang yang telah mati.
      3. Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta. Tidak sah wasiat kepada janin dalam kandungan yang belum dilahirkan.
  3. Harta yang diwasiatkan
    • 1. Harta yang bernilai.
      2. Harta yang boleh berpindah milik.
      3. Harta yang harus dan bukan sesuatu yang haram
  4. Sighah (Ijab dan Qabul)
    • 1. Lafaz wasiat boleh digunakan sama ada jelas atau kiasan.
      2. Penerimaan wasiat berlaku selepas kematian pewasiat.

Hikmah pensyariatan wasiat

  1. Mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan walaupun selepas meninggal dunia.
  2. Memanfaatkan harta bagi tujuan kebajikan masyarakat melalui wasiat.
  3. Menjamin kelangsungan operasi sesebuah organisasi melalui suntikan dana daripada wasiat.
  4. Menjaga kebajikan orang yang hampir dengan si mati seperti anak angkat atau anggota waris yang tidak layak menerima harta pusaka

UNIT 2 : FARAID DALAM ISLAM

Maksud Faraid : Pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia kepad anggota warisnya menurut hukum syarak. Hukumnya Wajib.

Dalil Naqli :

  • Surah an-Nisa ayat 7 : Maksud : Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, dan orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan saudara mara mereka, sama ada sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan

Rukun Faraid

  1. Orang yang mewariskan harta. Kematian telah disahkan.
  2. Waris. Waris masih hidup, mengetahui status hubungan dengan si mati
  3. Harta Pusaka. Harta yang dimiliki oleh si mati

Jenis Waris

  1. Ashabul Furudh : Waris yang menerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak
  2. ‘Asobah : Waris yang menerima baki harta pusaka selepas dibahagikan kepada Ashabul Furudh
    • Asobah Binnafsi : anggota waris yang terdiri daripada lelaki
    • Asobah Bilghair : waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris lelaki
    • Asobah Maalghair : waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris perempuan

Pembahagian Harta Pusaka

  • Bapa
    • 1/6, sekiranya mempunyai anak lelaki
    • Asobah sekiranya tiada anak
    • 1/6 dan Asobah sekiranya mempunyai anak perempuan sahaja
  • Ibu
    • 1/3 sekiranya tiada anak atau terdapat hanya seorang saudara lelaki atau perempuan
    • 1/6 sekiranya mempunyai anak atau terdapat lebih daripada 2 orang saudara lelaki atau perempuan
    • 1/3 daripada baki sekiranya hanya mempunyai ibu, ayah, suami atau isteri
  • Suami
    • 1/2 sekiranya tiada anak
    • 1/4 sekiranya mempunyai anak
  • Isteri
    • 1/4 sekiranya tiada anak
    • 1/8 sekiranya mempunyai anak
  • Anak lelaki
    • Seluruh harta sekiranya tiada anak perempuan
    • asobah binnafsi
  • Anak perempuan
    • 1/2 sekiranya anak tunggal perempuan
    • 2/3 sekiranya terdapat dua atau lebih anak perempuan
    • asobah bilghair sekiranya mempunyai anak lelaki

Hikmah Pensyariatan Faraid

  1. Mengelakkan berlaku pertelingkahan dalam pembahagian harta yang menjejaskan kebahagiaan dalam keluarga.
  2. Menjamin kelangsungan hidup waris selepas kematian orang yang mewarisi harta.
  3. Menegakkan keadilan bagi pihak waris supaya waris tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  4. Mengekalkan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga.

PELAJARAN 15 JENAYAH DALAM ISLAM

Maksud jenayah dalam Islam: kesalahan-kesalahan yang dinyatakan hukumannnya dalam al-Quran, al-Sunnah dan sebahagiannya daripada mahkamah. Hukum melaksanakan hukuman jenayah dalam Islam adalah wajib

Dalil Naqli Jenayah Dalam Salim

  • surah al-Baqarah ayat 178, Maksud : Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman QISAS (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu : orang merdeka dengan orang merdeka dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan

Kesalahan jenayah dan hukumannya dalam Islam

1) Hukum hudud, hukuman kesiksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuknya dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jenis kesalahan di bawah hukuman hudud :-

  1. Minum arak : hukuman sebat 40 kali
  2. Mencuri : hukuman potong tangan, memulangkan barang yang dicuri
  3. Qazaf : Sebat 80 kali, tidak diterima sebagai saksi
  4. Zina : Sebat 100 kali, buang daerah selama setahun, rejam dengan batu sampai mati (penzina muhsan, sudah berkahwin)
  5. Merompak : Dibunuh, potong tangan, buang daerah

2) Hukum Qisas, hukuman kesiksaan yang ditetapkan jenis dan bentuk hukumannya secara balasan yang sama dalam al-Quran dan as-Sunnah. Hukum melaksanakan qisas wajib dilaksanakn jika mangsa atau waris mahukan balasan yang sama. Namun mangsa atau waris mangsa boleh menggantikan balasan dengan DIAT atau memafkannya. Jenis kesalahan di bawah qisas:

  1. Pembunuhan : hukuman masti
  2. Perbuatan yang membawa kecederaan : balasan yang sama

3) Hukum Takzir, hukuman kesiksaan yang tidak ditetapkan jenis dan bentuk dalam al-Quran dan as-Sunnah sebaliknya diputuskan oleh mahkamah. Hukumnya harus.

Hikmah Hukuman Jenayah Dalam Islam  

  1. Menegakkan keadilan dalam kalangan manusia agar dapat hidup dengan sejahtera.
  2. Mendidik dan menghukum bagi sebarang kesalahan dan maksiat yang dilakukan supaya mendapat keampunan daripada Allah SWT.
  3. Menjamin keselamatan, kestabilan dan kedamaian bagi masyarakat dan negara.
  4. Merancakkan pertumbuhan ekonomi tanpa bimbang kepada sebarang rampasan dan kecurian

Bidang Sirah dan Tamadun Islam

PELAJARAN 16 KERAJAAN UTHMANIYAH

Sejarah Kerajaan Uthmaniyah

  1. Asal nama kerajaan : Sempena nama Uthman bin Ertughrul pengasas kerajaan ini
  2. Tempoh pemerintahan : 1299 – 1924 M
  3. Kawasan pemerintahan : Meliputi sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika
  4. Bilangan Pemerintah : 37 Orang
  5. Pemerintah yang terkenal : Sultan Uthman Bin Ertughrul, Sultan Murad 1, Sultan Muhammad al-Fatih, Sultan Sulaiman Al-Qanuni
  6. Pusat Pemerintahan :
    • Sogut (1299-1355M)
    • Bursa (1355-1363M)
    • Edirne (1363-1453M)
    • Istanbul (1453-1924M)

Faktor Kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah 

1) Pentadbiran

  • Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai KETUA TENTERA, KETUA AGAMA dan HAKIM TERTINGGI.
  • Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh pegawai pentadbiran.
  • Penguasaan laluan di antara benua Eropah dengan benua Asia apabila menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus.

2) Keilmuan

  • Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah, kesenian seni bina dan teknikal.
  • Menaiktaraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan aktiviti keagamaan.

3) Sosial

  • Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
  • Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
  • Sistem wakaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan dan kesihatan.

4) Ketenteraan

  • Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara.
  • Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan dan kelengkapan senjata.

PELAJARAN 17: KEUNGGULAN TOKOH ISLAM 

1) SALAHUDDIN AL-AYYUBI

  • Nama penuh : YUSUF BIN AYYUB BIN SYAZI
  • Tarikh lahir : 532 Hijrah
  • Tarikh Meninggal Dunia : 589 Hijrah
  • Jawatan : Pemerintah bagi Kerajaan al-Ayyubiyyah
  • Ketinggian akhlak :
    • Menghormati para ulama.
    • Berani mempertahankan agama.
    • Prihatin terhadap kebajikan rakyat.
  • Guru yang tersohor : Ali bin al-Hasan bin Hibatullah bin Asakir al-Damasyqi.
  • Sumbangan Ketenteraan : Membebaskan Batul Maqdis daripada penguasaan tentera Salib.
  • Sumbangan Keilmuan : Mengembalikan semula pegangan akidah Ahli as-Sunnah
    Waljamaah dalam sistem pendidikan.
  • Sumbangan Pentadbiran :
    • Mengubah sebuah dewan di istana dengan menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan al-Bimaristan al-Atiq.
    • Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada pesakit.

2) HASAN AL-BANNA

  • Nama penuh : HASAN BIN AHMAD BIN ABDUL RAHMAN MUHAMMAD AL-BANNA
  • Tarikh Lahir : 25 Syaaban 1323 Hijrah / 14 Oktober 1906 Masihi.
  • Tarikh Meninggal Dunia : 1368 Hijrah / 12 Februari 1949 Masihi.
  • Jawatan : Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin
  • Ketinggian Akhlak :
    • Memuliakan orang-orang yang warak dan soleh.
    • Gigih menggerakkan usaha dakwah.
    • Berlapang dada apabila terdapat perbezaan pandangan.
  • Guru yang tersohor :
    • Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna
    • Syeikh Muhammad Zahran
  • Hasil karya :
    • Muzakaratu ad-Dakwah Wadda’iyah.
    • Risalah at-Ta’alim
    • Al-Ma’thurat
  • Organisasi : Mengasaskan Pertubuhan IKHWANUL MUSLIMIN.
  • Antara Murid Yang Masyhur :
    • Sayyid Qutb
    • Hasan al-Hadhaibi
    • Yusuf al-Qaradhawi
    • Mustafa bin Husni as-Siba’i

3) AHMAD BIN IBRAHIM

  • Nama penuh : AHMAD BIN MUHAMMAD IBRAHIM
  • Tarikh lahir : 15 MEI 1916
  • Tarikh Meninggal Dunia : 17 APRIL 1999
  • Gelaran : PROFESOR EMERITUS TAN SRI DOKTOR
  • Pekerjaan :
    • Pensyarah Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
    • Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Syariah
  • Ketinggian Akhlak :
    • Suka menyebarkan ilmu.
    • Menjaga etika keadilan ketika mengendalikan kes perbicaraan.
  • Tahap Pendidikan :
    • Victoria Bridge School, Singapura.
    • Raffles College, Singapura.
    • Universiti of Cambridge
  • Hasil Karya :
    • Menulis Buku Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia dan Family Law in Malaysia.
    • Pelopor Jurnal Hukum.
    • Menghasilkan buku berkaitan dengan undang-undang di Malaysia seperti :
    i. Sistem Undang-undang di Malaysia.
    ii. Islamic Law in Malaysia
  • Sumbangan Kehakiman : Antaranya Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Syariah.
  • Sumbangan Perundangan
    • Anggota Panel Pengasas Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    • Pengasas dan penggubal enakmen undang-undang Islam (Hudud dan Qisas) Kelantan pada Tahun 1991.

Iktibar Daripada Keunggulan Tokoh

  1. Kita hendaklah mencontohi kegigihan tokoh dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu.
  2. Kita hendaklah bersifat cekal menyebarkan dakwah Islamiyah agar masyarakat dapat memahami Islam yang sebenar.
  3. Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
  4. Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang lebih berkualiti supaya dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.
  5. Kita hendaklah bekerjasama dalam pembangunan negara supaya negara dihormati di peringkat antarabangsa.

Bidang Akhlak Islamiyah

PELAJARAN 18: TAWADHUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA

Maksud Tawaduk adalah sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia

Dalil Naqli Sifat Tawadhuk

  • Dari Abu Hurairah RA. meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda, Maksud : Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya

Contoh-contoh sifat tawadhuk :

1) TAWADHUK DALAM PERGAULAN

  • Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika bergaul terutama dengan kanak-kanak. Walaupun mempunyai kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong dengan kedudukannya. Sebaliknya baginda menghormati dan menyayangi kanak-kanak.Baginda sentiasa bersikap lemah lembut dan menunjukkan kasih terhadap mereka.Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu menyantuni kanak-kanak dengan mendahulukan ucapan salam ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan perasaan kasih sayang. (Riwayat al-Bukhari)

2) TAWADHUK DALAM KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

  • Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika bersama-sama dengan keluarga. Baginda bersama-sama membantu isteri melayani keluarga dan menguruskan rumah tangga. Urwah bin Zubair ra berkata, seseorang bertanya kepada Saidatina Aisyah radhiallahuanha : Adakah Rasulullah SAW bekerja di dalam rumah Baginda? Lalu Saidatina Aisyah menjawab : Rasulullah SAW menampal selipar, menjahit pakaian dan melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga sepertimana yang dilakukan oleh orang lain. (Riwayat Ahmad)

3) TAWADHUK KETIKA MAKAN DAN MINUM

  • Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika makan dan minum. Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk Baginda. Jika baginda menyukai makanan tersebut, Baginda akan memakannya. Apabila Baginda tidak menyukainya, Baginda meninggalkannya. Baginda tidak menzahirkan perasaannya sebaliknya hanya berdiam.

PELAJARAN 19 : ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH 

Istiqamah bermaksud ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya

Dalil Naqli sifat istiqamah

  • Surah Hud ayat 112, Maksud : Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu..

Cara Memiliki Sifat Istiqamah

  1. Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah.
  2. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya secara berterusan.
  3. Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan.
  4. Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan.
  5. Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan.
  6. Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan

Hikmak Mengamalkan Sifat Istiqamah Dalam Kehidupan

  1. Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan secara berterusan.
  2. Membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran.
  3. Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya.
  4. Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan Islam.
  5. Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara.
  6. Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama

PELAJARAN 20 ALAM SEKITAR PENENANG MINDA

Dalil Naqli tuntutan adab menjaga alam sekitar

  • Surah Al Haj ayat 64, Maksud : Segala yang ada di langit dan di bumi ialah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Adab Menjaga Alam Sekitar

  1. Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna agar tidak terancam dan pupus.
  2. Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang kerosakan seperti penanaman semula pokok bakau.
  3. Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar seperti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan asrama.
  4. Sentiasa menjaga kelestarian alam seperti menjaga kebersihan sungai.
  5. Sentiasa mengamalkan cara hidup yang mesra alam seperti amalan kitar semula.
  6. Sentiasa berhemat dan tidak membazir menggunakan sumber air.

Hikmah Adab Menjaga Alam Sekitar

  1. Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar kerana menyedari tanggungjawab yang diamanahkan.
  2. Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa kerana melihat keindahan alam.
  3. Menikmati persekitaran yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit kerana pembudayaan cinta akan alam sekitar.
  4. Melestarikan alam sekitar yang indah untuk dimanfaatkan kepada generasi akan datang.
  5. Meningkatkan pendapatan kerana melaksanakan aktiviti eko-pelancongan.

Punca Pencemaran Alam

  • Sifat manusia yang tamak dalam mengejar kekayaan
  • Sikap suka mengambil mudah terhadap sesuatu
  • Menganggap menjaga alam sekitar tanggungjawab pihak berkuasa sahaja
  • Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri.
  • Kurang kesedaran tentang kepentingan alam sekitar

Kesan Kerosakan Alam Sekitar

  1. Wabak penyakit mudah merebak.
  2. Hidup tidak selesa kerana bau busuk.
  3. Sumber makanan akan berkurang.
  4. Masyarakat tidak aman.
  5. Maruah negara akan tercemar.
  6. Industri pelancongan akan merosot.
  7. Ekonomi negara akan terjejas.

Cara Memelihara Alam Sekitar / Atasi Pencemaran 

  • Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar
  • Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan.
  • Melaporkan kegiatan mencemarkan alam kepada pihak berkuasa.
  • Menguatkuasakan undang-undang agar rakyat berdisiplin.
  • Menyediakan tong sampah yang mencukupi.
  • Mewujudkan lebih banyak pusat kitar semula.

PELAJARAN 21 SIFAT MAZMUMAH MERACUNI HATI 

Maksud Sifat Mazmumah:

  • Sifat dan tingkah laku keji yang berlawanan dengan syarak

Contoh Sifat Mazmumah

1) Riyak : Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain

  • Contoh, bersedekah hanya untuk mendapatkan pujian manusia lain
  • Dalil larangan sifat riyak, Surah al-Ma’un ayat 4 – 6 : Maksud : Maka kecelakaan yang besar bagi orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. Juga bagi orang yang riyak (dalam ibadah dan bawaannya)

2) Ujub : Berasa bangga dengana malan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri

  • Contoh, merasakan diri lebih soleh berbanding orang lain
  • Dalil larangan sifat ujub, Surah al-Taubah ayat 25 : Maksud : ….iaitu semasa kamu berasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun….

3) Hasad : Perasaan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya kelebihan tersebut hilang daripadanya

  • Contoh, Berasa cemburu dengan seseorang yang memiliki rupa paras yang cantik dan berharap agar dia menjadi cacat atau hodoh
  • Dalil larangan sifat ujub, surah al Falaq ayat 5 : Maksud : dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya

Imam al-Ghazali menyenaraikan sepuluh sifat mazmumah yang perlu dihindari:

  1. Banyak makan dan minum
  2. Banyak berkata yang sia-sia
  3. Pemarah
  4. Hasad dengki
  5. Kasih kepada harta (Bakhil)
  6. Mencintai harta dan pangkat
  7. Hati yang terpaut pada dunia
  8. Bersikap sombong (Takbur)
  9. Bangga diri
  10. Menunjuk-nunjuk

Cara Meninggalkan Sifat Mazmumah

  1. Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.
  2. Sentiasa muhasabah diri agar terhindar daripada sifat mazmumah.
  3. Sentiasa mengawal keinginan nafsu yang suka akan kemegahan dunia seperti harta, pangkat dan jawatan.
  4. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT untuk menyucikan jiwa seperti beristighfar dan bertasbih.
  5. Mencontohi akhlak mulia para rasul dan sahabat danlam kehidupan.
  6. Sentiasa bersahabat dengan rakan yang berakhlak mulia agar sentiasa istiqamah mengamalkan sifat mahmudah.

Hikmah Meninggalkan Sifat Mazmumah / Kepentingan Sifat Mahmudah

  1. Membentuk akhlak mulia kerana menghindarkan diri daripada larangan Allah SWT.
  2. Mendidik jiwa supaya sentiasa tunduk kepada kekuasaan Allah SWT.
  3. Memperkukuh jati diri muslim dengan mengamalkan sifat mahmudah.
  4. Mendapat ketenangan hidup kerana menjaga hubungan sesama manusia.
  5. Memartabatkan imej Islam sebagai contoh terbaik dalam membangunkan modal insan.

Kesan Perlakuan Sifat Mazmumah

  1. Dimurkai oleh Allah
  2. Menjatuhkan maruah diri, keluarga, negara dan agama
  3. Jiwa tidak tenang kerana dipenuhi rasa iri hati.
  4. Hati menjadi gelap kerana banyak dosa.

Muat Turun Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 (Lengkap) 

Pautan memuat turun nota lengkap boleh dilayari seperti berikut:

Related : tingkatan 4, padat pendidikan islam tingkatan, nota padat pendidikan islam tingkatan 4, ayat al quran,