Cara Daftar Anak Masuk Ke Tahun 1 Secara Online/ secara dalam talian. Makluman buat ibu bapa dan penjaga yang ingin mendaftar anak-anak mereka untuk kemasukan ke sekolah-sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi persekolahan 2027. Berikut dikongsikan panduan cara membuat pendaftaran anak ke Tahun 1 secara online buat rujukan ibu bapa. Juga dikongsikan maklumat semakan Tahun 1 iaitu semakan penempatan Tahun 1 untuk semua sekolah di Malaysia.
Bagi tahun 1, murid yang berumur 5, 6 dan 7 tahun akan mendapat peluang untuk mendapat tempat di sekolah kebangsaan yang merupakan sekolah peringkat rendah di Malaysia selepas tamatnya prasekolah ataupun tadika.

Menurut data dan statistik daripada KPM, kita mempunyai lebih 7700 buah sekolah rendah dan akan ditambah dari tahun ke tahun untuk menampung keperluan rakyat dalam menerima pendidikan di peringkat kanak-kanak terutamanya.
Anak-anak yang lahir pada tahun 2021 dan 2020 layak membuat permohonan atau pendaftaran secara online untuk sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Begitu juga untuk negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bermula tahun 2018 pemohon boleh membuat pendaftaran secara online tidak seperti sebelumnya dimana perlu hadir sendiri ke sekolah berkenaan untuk mendaftar.
Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Tahun 2027
Berikut akan dikongsikan informasi penting seperti cara dan tarikh berkaitan pendaftaran masuk murid tahun 1 ambilan 2027 di sekolah rendah seluruh Malaysia.
Kenyataan Media KPM Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik Tahun 2027

Tarikh Daftar Murid Tahun 1 2027 Online
Tarikh pendaftaran tahun 1 kemasukan murid ke Darjah 1 bagi ambilan tahun 2027 adalah seperti ketetapan tarikh berikut:
- > Tarikh buka: 15 Februari 2026
- > Tarikh tutup: 31 Mac 2026
Murid Yang Layak Didaftarkan Ke Darjah 1
Sebagai makluman dan peringatan, kanak-kanak yang layak didaftarkan kemasukan ke tahun 1 hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
✅ Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia:
- 👧🏻👦🏻 6 tahun (5+): Lahir 2 Jan – 31 Dis 2021
- 👧🏻👦🏻 7 tahun (6+): Lahir 2 Jan 2020 – 1 Jan 2021
✨ Bermula 2027, kanak-kanak berusia enam tahun (5+) boleh memasuki Tahun 1 secara sukarela tanpa ujian saringan.

Cara Mendaftar Permohonan Kemasukan Murid Ke Tahun 1 Secara Online
KPM telah menyediakan Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOiES KPM) bagi memudahkan proses pendaftaran murid-murid tahun 1 yang berkelayakan. Ianya dapat memudahkan permohonan murid ke tahun 1 tanpa ibu bapa mengisi borang secara manual.
Berikut adalah pautan kepada sistem pendaftaran ke tahun 1 secara atas talian ambilan 2027:
> IDME KPM
> Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.
Nota
> Permohonan secara atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
> Untuk pengguna baru, sila klik di ruangan pengguna baru. Daftarkan butiran peribadi serta kata laluan untuk log in, dan ikuti panduan yang diberikan.
> Untuk pengguna yang dah pernah daftar, boleh terus klik daftar masuk dan isi nombor kad pengenalan serta kata laluan untuk log in. Jika lupa kata laluan, masukkan nombor ic dan klik ruangan lupa kata laluan.
> Pendaftaran hendaklah dilakukan oleh ibu, bapa atau penjaga yang sah murid kerana pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga.
> Antara maklumat lain yang perlu diisi adalah maklumat prasekolah atau tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi kanak-kanak.
> Berikut dikongsikan manual penggunaan sistem pendaftaran bagi membantu proses pendaftaran murid:
Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran
Selepas berjaya mengisi borang di sistem tersebut, anda perlu mencetak borang pendaftaran bagi mendapatkan pengesahan di peringkat sekolah. Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran dalam masa 14 hari beserta dokumen-dokumen lain.
Berikut adalah senarai dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa ke sekolah untuk mendaftar:
> Cetakan borang permohonan online
> Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
> Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
> Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
> Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu sebagai bukti tempat tinggal
> Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
> Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
> Surat hak penjagaan / sijil perintah mahkamah (jika berkaitan)
Soalan Lazim Pendaftaran Murid Tahun 1 2027
Berikut dikongsikan soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan pendaftaran murid tahun 1 bagi ambilan tahun 2027:
1. Siapakah yang layak mendaftar Tahun 1 bagi sesi 2027?
Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir antara 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun) dan 2 Januari 2020- 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun) layak didaftarkan untuk memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027.
2. Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026
3. Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?
Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my
4. Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?
Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
5. Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?
Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.
6. Bila rayuan dibuka?
Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.
7. Apa perlu dibuat jika terlupa kata laluan idMe?
Klik “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk idMe dan ikut arahan seterusnya. Jika masih gagal, hubungi bantuan teknikal idMe atau pergi ke sekolah pilihan untuk mendapatkan bantuan.
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
No. Tel : 03-88843501
No. Fax : 03-88895244
Email : supportidMe@moe.gov.my
Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 Bagi Kemasukan 2026
Untuk makluman, ibu bapa penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1, membuat pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1 Ogos 2025.
Semakan boleh dibuat di pautan seperti pendaftaran di atas.
Rayuan dibuka dari 1 Ogos 2025 sehingga 31 Ogos 2025 secara atas talian dan keputusan rayuan adalah dijangkakan sekitar bulan Oktober & November 2025.
Perakuan Penempatan
- Ibu Bapa penjaga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak mereka di sekolah yang telah diluluskan atau menghubungi pihak sekolah yang diluluskan penempatan mulai 01/08/2025 hingga 11/01/2026
- Kerjasama Ibu Bapa Penjaga adalah diperlukan untuk mematuhi tarikh pengesahan tersebut. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak mereka atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.
- Sila pastikan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid di dalam surat kelulusan ini adalah betul.
- lbu bapa penjaga diminta untuk menyimpan surat tawaran bagi rujukan di masa hadapan.
- Sekiranya Ibu Bapa Penjaga tidak bersetuju dengan penawaran penempatan ini dan ingin memohon pertukaran sekolah, mereka hendaklah membuat rayuan secara dalam talian. Tarikh akhir rayuan adalah pada 31/08/2025.
Rayuan Penempatan
1. Permohonan rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
2. Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/ penjaga dilaksanakan
3. Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/ penjaga dalam sistem yang sama
4. Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
Selamat membuat Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2027 Online. Moga pendaftaran anda berjaya.
Ref : negeri di semenanjung malaysia, untuk makluman, lahir pada 2 januari, tahun 1 sesi 2023 2024, mulai 1 mac 2022, permohonan kemasukan ke tahun, pihak sekolah, 1 ogos 2022, https public.moe.gov.my, 1 sesi 2024 2025, maklumat peribadi maklumat pasangan,
Senarai Tajuk Kecil Artikel