Penanda Wacana Bahasa Melayu: Maksud, Jenis & Contoh. Digunakan untuk menandakan kesatuan fikiran samada dalam bentuk lisan atau penulisan.

Penanda Wacana Bahasa Melayu: Maksud, Jenis & Contoh

Penanda Wacana Bahasa Melayu Maksud Jenis Contoh

Perhatian kepada pelajar yang ingin menambah baik penulisan dalam mata pelajaran Bahasa melayu khususnya penulisan karangan. Sekiranya anda ingin mendapat markah yang cemerlang, terdapat kriteria yang perlu dipenuhi seperti penggunaan bahasa gramatis dari segi kata dan juga ayat yang digunakan. Sebagai rujukan, berikut dikongsikan nota berkenaan Penanda Wacana Bahasa Melayu merangkumi Maksud, Jenis dan Contoh.

Selain daripada memahami kehendak soalan, pelajar juga perlu mempunyai pengetahuan dalam menggunakan tatabahasa dan penulisan yang menarik. Misalnya penggunaan peribahasa dan penanda wacana akan menjadikan penulisan anda lebih menarik dan menunjukkan penguasaan kosa kata adalah baik dan tepat. Hasilnya, markah yang cemerlang dan pemahaman terhadap Bahasa Melayu akan bertambah baik.

Senarai Penanda Wacana Bahasa Melayu: Maksud, Jenis & Contoh

Di bawah dikongsikan nota berkaitan meliputi Maksud, Jenis & Contoh. Anda boleh merujuk nota sebelum menghadapi ujian atau pentaksiran dan membuat soalan-soalan latihan yang diberikan.

Maksud Penanda Wacana

Definisinya ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghubungkan sesuatu idea antara dua ayat.

Ianya juga digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan baru supaya ayat menjadi lebih teratur serta mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan seterusnya.

Berbeza dengan kata hubung iaitu perkaaan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan yang lain supaya menjadi ayat majmuk.

Fungsi Penanda Wacana

Terdapat empat fungsi berbeza yang boleh digunakan. Fungsi-fungsi tersebut adalah seperti berikut:

1) Penghubung tambahan

Rangkai kata digunakan untuk menambah idea atau kata kerja kepada ayat sebelumnya.

Contoh ayat:

  • Hamid mengusahakan kebun tanaman. Di samping itu, dia juga mengusahakan kedai makan
  • Jazlina mula pulang lewat dari kerjanya. Lebih-lebih lagi, beliau baru sahaja ditukarkan jabatan dan naik pangkat

2) Penghubung tentangan atau sebaliknya

Rangkai kata yang digunakan untuk menyatakan tentangan kepada ayat sebelumnya.

Contoh ayat:

  • Johan merupakan seorang anak angkat kepada Pak Kamil. Walau bagaimanapun, Pak Kamil telah dianggap sebagai bapa kandungnya sejak kecil lagi
  • Jazli telah lama berhijrah ke pantai timur. Namun hati kecilnya masih teringat akan kampung halamannya di Kuala Lumpur

3) Penghubung musabab atau sebab

Sebagai menambah sebab kepada ayat sebelumnya, rangkai kata penanda wacana seperti berikut digunakan:

  • Keadaan keluarga Dafi amat daif. Maka dia terpaksa bekerja lebih masa untuk membawa keluarganya keluar daripada belenggu kemiskinan
  • Kejadian samun sering berlaku di kawasan perumahan Sazali. Oleh hal demikian, pihak polis akan menjalankan kerja rondaan dengan lebih kerap

4) Penghubung tempoh masa atau ketika

Ianya juga berfungsi sebagai rangkai kata untuk menjelaskan sesuatu senario yang melibatkan masa.

Contoh ayat:

  • Sebaik sahaja kapal terbang yang membawa rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan
  • Fatimah lapar selepas bersukan pada waktu petang. Lalu, dia memasak nasi dan telur gorang untuk dimakan.

Jenis & Contoh Penanda Wacana

Selepas mempelajari fungsi ianya digunakan, berikut adalah jenis-jenis dan contoh rangkai kata yang boleh digunakan oleh para pelajar:

1) Memulakan karangan

  • Kini
  • Dewasa ini
  • Dasawarsa ini
  • Dalam meniti arus modenisasi
  • Baru-baru ini
  • Akhir-akhir ini
  • Kebelakangan ini
  • Pada era globalisasi ini
  • Pada kebelakangan ini
  • Sejak sedekad yang lalu
  • Sejak zaman-berzaman
  • Umum mengetahui bahawa

2) Menunjukkan turutan

  • Akhir sekali
  • Antara
  • Di samping itu
  • Selain itu
  • Seterusnya

3) Menghuraikan isi karangan

  • Hal ini kerana
  • Hal ini terjadi disebabkan oleh
  • Hal ini bersangkut paut dengan
  • Hal ini berpunca apabila
  • Hal ini wujud akibat daripada
  • Hal ini bersangkut paut dengan

4) Memberi atau menghuraikan contoh

  • Misalnya
  • Contohnya
  • Tamsilnya
  • Sebagai contoh
  • Seperti yang kita sedia maklum
  • Oleh itu
  • Maka
  • Justifikasinya
  • Jelaslah bahawa

5) Menutup isi karangan

  • Akibatnya
  • Kesannya
  • Natijahnya
  • Dengan keadaan sedemikian
  • Kesudahannya
  • Tuntasnya
  • Intihannya

6) Menulis dua huraian dalam satu ayat

  • bahkan
  • tambahan pula
  • lebih-lebih lagi
  • malah
  • malahan
  • juga
  • sementelahan itu

7) Memulakan perenggan penutup

  • Akhir kata
  • Secara keseluruhan
  • Secara tuntas
  • Sebagai penutup wacana/ bicara
  • Kesimpulannya
  • Konklusinya

8) Menerangkan satu huraian atau pendapat yang berbeza

  • Dari sudut lain
  • Daripada perspektif yang berbeza
  • Dalam pada itu,
  • Kontradiksinya
  • Jika dilihat dari sudut pandang lain
  • Meskipun
  • Namun demikian
  • Namun begitu
  • Walau bagaimanapun

9) Memasukkan ungkapan menarik

  • Perkara ini persis dengan peribahasa/ pepatah/ kata mutiara
  • Hal ini diibaraitkan seperti peribahasa
  • Bak kata pepatah Melayu ….
  • …… bak peribahasa Melayu/ Cina/ Inggeris
  • Bak kata cendekiawan,
  • …… persis kata orang tua-tua
  • Saya yakin kalau slogan …… diamalkan

Soalan Latihan

Jawab soalan-soalan berkaitan penggunaan penanda wacana di bawah sebagai latihan.

1)  Sepuluh orang peserta telah menarik diri. _____, program lawatan itu terpaksa dibatalkan

  • A) Jadi
  • B) Justeru
  • C) Mungkin
  • D) Sebaliknya

2) Aina Nadira tidak hadir ke sekolah pada hari ini. _____ dia sakit perut.

  • A) Kemudian
  • B) Akhirnya
  • C) Mungkin
  • D) Lagipun

3) Kamelia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah letak.

  • A) Juster
  • B) Akhirnya
  • C) Mungkin
  • D) Kemudian

4) Selepas disoal siasat oleh ayah, ______ abang mengaku menendang Haiqal

  • A) Kemudian
  • B) Akhirnya
  • C) Mungkin
  • D) Lagipun

5) Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. _____ sukat air secukupnya

  • A) Namun
  • B) Oleh itu
  • C) Kemudian
  • D) Dnegan demikian

6) _____ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu

  • A) Baik … pun
  • B) Jangankan … pun
  • C) Walaupun … bahkan
  • D) Walaupun … namun

7) Jamal belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang _____ tarikh tutup semakin hampir

  • A) justeru
  • B) lagipun
  • C) namun
  • D) walhal

8) Sejak kecil Pak Uteh memang takut untuk turun ke laut, _____ pada usianya yang semakin lanjut ini

  • A) walaupun begitu
  • B) namun demikian
  • C) lebih-lebih lagi
  • D) selepas itu

9) Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. _____, harga barangan keperluan seperti makanan dan minuman

  • A) Tambahan pula
  • B) Oleh sebab itu
  • C) Namun begitu
  • D) Lebih-lebih lagi

10) Guru telah membawa murid-murid melawat ke Bandaraya Bersejarah Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah. _____, bercadang untuk berkelah di Tanjung Bidara.

  • A) Selain itu
  • B) Lebih-lebih lagi
  • C) Biarpun demikian
  • D) Namun demikian

11) Kehidupan Mak Limah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. _____, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anak-anaknya

  • A) Biarpun demikian
  • B) Lebih-lebih lagi
  • C) Oleh itu
  • D) Mungkin

12) berita yang disampaikan oleh cikgu sungguh mengejutkan saya. _____, saya cuba sedaya upaya untuk bertenang

  • A) Namun demikian
  • B) Selepas itu
  • C) Oleh itu
  • D) Justeru

13) _____ sudah lewat malam, dia akan pergi memanggil doktor kerana keadaan ayahnya sudah semakin tenat

  • A) malahan
  • B) mungkin
  • C) lagipun
  • D) jadi

14) Salina tidak mahir untuk menjahit pakaian. _____, dia amat pandai memasak pelbagai jenis kek dan biskut

  • A) Oleh hal demikian
  • B) Sehubungan dengan itu
  • C) Di samping itu
  • D) Namun begitu

15) Alia sudah meminta maaf daripada Kalsom. _____, Kalsom masih tidak mahu bertegur sapa dengannya.

  • A) Namun begitu
  • B) Di samping itu
  • C) Selepas itu
  • D) Kalau begitu

16) Projek tersebut telah mendapat kritikan hebat daripada pihak tertentu. _____, pelaksanaannya tetap diteruskan.

  • A) Dengan itu
  • B) Kalau begitu
  • C) Namun demikian
  • D) Walaupun demikian

17) Encik Zahar akan ke Arau tengah hari nanti. _____, dia memastikan kenderaannya dalam keadaan selamat untuk digunakan.

  • A) Tambahan lagi
  • B) Tambahan pula
  • C) Sebelum itu
  • D) Selepas itu

18) Zalina gagal mendapat sebarang tempat dalam pertandingan itu, _____, dia tidak pernah kecewa dan berputus asa

  • A) Oleh itu
  • B) Lantaran itu
  • C) Namun begitu
  • D) Selepas itu

19) Rahimah berat mulut orangnya. _____, dia ringan tulang

  • A) Di samping itu
  • B) Namun begitu
  • C) Lebih-lebih lagi
  • D) Sehubungan dengan itu

20) Amira berjaya memperoleh 10 A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. _____, dia telah dianugerahi tokoh pelajar di sekolahnya.

  • A) Maka
  • B) Namun
  • C) Sebaliknya
  • D) Sehubungan dengan itu

Semoga perkongsian berkaitan di atas meliputi Maksud, Jenis & Contoh Penanda Wacana, dapat menambah baik pengetahuan dan kemahiran para pelajar.

Related : penanda memulakan isi baharu, penanda huraian isi karangan, penanda menghuraikan contoh, penanda menerangkan huraian, a pada era globalisasi, j sejak negara menikmati arus kemerdekaan,i sejak negara menikmati arus kemerdekaan,digunakan untuk menandakan,menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza, b pada zaman pascakemerdekaan, penanda menulis dua huraian dalam satu ayat, berlaku kerana, menulis karangan, arus kemodenan
kehidupan pada marcapada, penanda permulaan karangan, penanda memulakan atau memasukkan, penanda wacana untuk memulakan karangan,