Permohonan Pasport Malaysia Online & Cara Renew Melalui MyIMMS e-services. Cara perbaharui passport antrabangsa secara atas talian.

Permohonan Pasport Malaysia Online & Cara Renew (MyIMMS)

Permohonan Pasport Malaysia Online & Cara Renew Melalui MyIMMS e-Services. Panduan kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin memperbaharui pasport secara atas talian. Selepas negara mengumumkan fasa peralihan ke endemik, ramai di antara kita yang mengambil peluang ini untuk bercuti ke luar negara dan sebagainya. Bagi mengelakkan jumlah pengunjung yang ramai di kaunter, Imigresen Malaysia telah memperkenalkan sistem MyIMMS untuk memudahkan urusan orang ramai.

Untuk makluman, sistem MyIMMs telah pun dilancarkan sejak 1 September 2016, dan kini telah ditambah baik dengan pelbagai perkhidmatan lain seperti MyOnline Foreign Maid/ Foreign Worker untuk pekerja asing dan MyOnline Permit. Sebagai peringatan, perkhidmatan online ini hanya untuk permohonan pembaharuan pasport bagi mereka yang berusia 13 hingga 59 tahun sahaja.

Permohonan Pasport Malaysia Online

Permohonan Pasport Malaysia Online & Cara Renew Melalui MyIMMS e-Services

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan cara pembaharuan pasport Malaysia Online (cara renew) melalui Portal MyIMMS) e-Services Imigresen Malaysiauntuk panduan semua. Tempoh sah penggunaan pasport antarabangsa Malaysia adalah selama lima tahun dan pengguna dinasihatkan untuk memperbaharui pasport enam bulan sebelum tamat tempoh sah laku jika ingin ke luar negara.

Makluman : Imigresen Malaysia mengumumkan pemansuhan Sistem Temujanji Online (STO) bermula 11 Mei 2022. Oleh itu, urusan pembaharuan pasport biasa boleh dibuat secara atas talian manakala Walk In di kaunter hanya dibuka untuk kategori berikut:

  • Permohonan kali pertama
  • Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
  • Pasport hilang atau rosak
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • OKU
  • Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang menyambung pelajaran peringkat ijazah di luar negara
  • Jemaah haji

Cara Renew Pasport

Langkah-langkah memohon pembaharuan atau renew pasport antarabangsa Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Pilih bahagian MyOnline Passport dan klik pada “Permohonan Passport – Application for the renewal of passport”
  2. Baca terma dan syarat yang ditetapkan kemudian klik “Setuju”
  3. Isikan maklumat dan informasi yang diperlukan pada ruangan yang disediakan
  4. Pilih pejabat pengutan iaitu cawangan pejabat Imigresen yang berdekatan dan klik “Carian” Cara renew passport online
  5. Baca dan fahami Peringatan yang dipaparkan dan klik “Setuju”
  6. Pemohon perlu memuat naik gambar pasport yang menepati kehendak sistem
  7. Klik pada kotak-kotak pengakuan yang ditulis sebagai tanda persetujuan pemohon
  8. Seterusnya klik pada “Teruskan Kepada Bayaran”
  9. Pemohon boleh membuat bayaran secara online melalui FPX, kad debit atau kad kredit. Cara renew passport online
  10. Simpan resit bayaran dan transaksi yang dibuat. Pejabat pungutan, tarikh dan masa kutipan akan dipaparkan pada resit Cara renew passport online
  11. Pemohon diingatkan untuk hadir ke pejabat pungutan pada masa yang ditetapkan bersama resit bayaran, kad apengenalan dan pasport asal. Bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah perlu membawa kad pengenalan penjaga dan surat beranak.

Semakan Status Permohonan

Selepas membuat permohonan, satu notifikasi akan dihantar kepada emel pemohon dalam tempoh 3 hari bekerja berkenaan status permohonan masing-masing. Pemohon juga boleh membuat semakan secara online melalui :

  1. Pautan Semakan Pembaharuan Pasport :  https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?pertanyaanStatusPMA
  2. Isi maklumat yang dikehendaki dan klik “Carian”
  3. Status permohonan akan dipaparkan

Waktu Pungutan Pasport

Seperti yang dikongsikan di atas, sistem MyiMMs akan menetapkan tarikh dan masa pungutan untuk pemohon mengambil pasport yang telah siap di pejabat yang dipilih. Khusus bagi mereka yang membuat permohonan secara walk in, waktu pengambilan pasport baharu adalah seperti berikut:

  • 1 jam selepas bayaran pada hari bekerja
  • Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama
  • Manakala permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya

Caj Bayaran Pasport

Setiap pembaharuan dan mohon pasport baharu akan dikenakan caj yang berbeza mengikut kategori seperti di bawah:

  1. RM200 : Permohonan biasa warganegara Malaysia (berumur 13 – 59 tahun)
  2. RM100 : Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
  3. RM100 : Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)
  4. RM100 : Pelajar yang mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah)
  5. RM100 : Jemaah haji (surat pengesahan Tabung Haji atau agensi yang sah)

Maklumat Lanjut

Jika pemohon mempunyai masalah berkaitan Pembaharuan Pasport Malaysia Online & Cara Renew (MyIMMS), sila rujuk maklumat berikut :-

Maklumat Lazim

Portal Rasmi (Laman Web)

Related : perlu hadir, myonline pasport, cap jari, jabatan imigresen malaysia, passport malaysia,