Pantun Pengacara Majlis (Pembuka Dan Penutup Majlis). Himpunan Terbaik koleksi pemanis kalam sebagai penyeri kata-kata hos.

Pantun Pengacara Majlis (Pembuka Dan Penutup Majlis)

Pantun Pengacara Majlis (Pembuka Dan Penutup Majlis)

Perhatian kepada semua kakitangan awam dan swasta yang diberikan tugas untuk menjadi pengacara majlis di dalam organisasi masing-masing. Selain daripada mengucapkan kata-kata aluan serta menyambut kehadiran tetamu berkepentingan dan undangan, anda juga boleh menambah seri majlis dengan membacakan pantun-pantun yang berkaitan. Di bawah dikongsikan pantun pengacara majlis (Pembuka Dan Penutup Majlis) sebagai rujukan untuk semua.

Pantun merupakan sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang dapat menarik perhatian para hadirin yang berada dalam majlis yang diadakan. Hiburan atau penghargaan yang dizahirkan dalam pantun akan memeriahkan majlis dan memberikan suasana yang kondusif untuk memastikan majlis berjalan dengan baik.

Pantun Pengacara Majlis (Pembuka Dan Penutup Majlis)

Senarai himpunan koleksi pantun pembuka sehingga penutup majlis serta pantun lain yang berkaitan boleh dirujuk dan digunakan mengikut kesesuaian majlis masing-masing.

Untuk makluman, pantun berperanan untuk menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih dengan gaya bahasa yang menarik.

Selain itu, pantun juga banyak diguna pakai dalam majlis perkahwinan dan alat untuk mendidik masyarakat tentang kisah-kisah kehidupan.

Pantun dibawah kesemuanya terdiri daripada empat baris dan mempunyai dua baris pembayang serta dua baris maksud.

Pantun Pembuka Majlis

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Pantun Penutup Majlis

Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan

Buah rambutan untuk dimakan
Simpan sedikit buat cik Siti
Salah dan silap harap dimaafkan
Ada jodoh berjumpa lagi

Mencandat sotong diwaktu pagi
Tidak terasa hari dah senja
Walaupun jauh merantau pergi
Sanak saudara takkan dilupa

Pantun Ucapan

Berikut adalah koleksi pantun yang boleh digunakan untuk pengacara menjemput tetamu untuk mencapaikan ucapan, merasmikan majlis dan juga memberikan kata-kata aluan.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

buah cempedak enak rasanya,
buat santapan di waktu senja,
sekian sahaja ucapan saya,
diharap dapat maanfaat semua.

terbenam mentari di waktu senja,
indah sekali dipandang mata,
menyusun jari di akhir bicara
silap dan salah maaf dipinta.

Pantun Doa

Di bawah pula adalah pantun untuk menjemput bacaan doa sebelum memulakan majlis.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Pantun Jemput Makan

Sebelum menjemput tetamu yang hadir di dalam majlis untuk menjamu selera, pengacara majlis boleh membacakan pantun yang berkaitan seperti berikut.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Pantun Persembahan Selingan

Lazimnya majlis mempunyai persembahan-persembahan selingan dan pantun di bawah sesuai untuk diucapkan oleh pengacara majlis sebagai perkenalan aktiviti persembahan selingan.

Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia

Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukmaa kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Pantun Anugerah 

Pantun berikut boleh digunakan sebelum majlis penyampaian anugerah dijalankan.

Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung

Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Semoga perkongsian pantun di atas dapat membantu semua dalam menambah suasana yang meriah dan menarik di penganjuran majlis masing masing.

Related : mohon berkat yang maha esa, pergi ke pekan kuala membeli bingka, jalan berlapan di malam kelam, berarak di bawah sarang burung tempua, doa di bawah sarang burung tempua,