PAJSK Online : Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum. Klik sini untuk cara log masuk ke sistem dan semak markah koko.

PAJSK Online : Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum

login PAJSK pentaksiran aktiviti jasmani sukan kokurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan proses kemasukan prestasi kokurikulum murid oleh guru-guru yang merangkumi aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan cara Login PAJSK KPM online untuk semakan markah koko atau kemaskini data buat rujukan pelajar dan guru-guru sekolah rendah dan menengah.

Sistem ini terbahagi kepada tiga komponen iaitu SEGAK, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum. SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal yang mengukur tahap kecergasan dan kesihatan murid. Ujian ini lazimnya dilaksanakan pada bulan Mac dan Ogos di bawah tadbir urus Guru Pendidikan Jasmani. Kokurikulum pula dinilai berdasarkan penglibatan, penyertaan dan prestasi murid. Manakala Ekstra kurikulum adalah kegiatan sukarela yang disertai oleh murid diluar waktu persekolahan seperti menyertai aktiviti khidmat masyarakat atau mendapat Anugerah NILAM.

Pendahuluan

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30).

Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor

Rasional

Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

Objektif

  • Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah
  • Merupakan satu daripada empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
  • Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut
  • Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid

Kaedah Penilaian

Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun mulai Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) bagi tenpoh persekolahan di Sekolah rendah. Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Gred Purata Semasa (Grade Point
Average) dan Gred Purata Terkumpul (Cumulative Grade Point Average). sepanjang tempoh persekolahan.Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Sistem PAJSK Online : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum

Berikut dikongsikan informasi berkenaan cara Login ke sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum serta maklumat berkaitan untuk rujukan guru-guru khususnya.

Anda juga boleh memuat turun garis panduan serta borang penilaian yang disediakan oleh KPM pada pautan yang dikongsikan di bawah.

Cara Login & Semakan Markah Koko Pelajar

Kepada guru yang ditugaskan untuk menguruskan murid-murid, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi
  2. Halaman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pilih sama ada ingin membuat semakan markah murid atau sekolah, untuk mengemaskini maklumat murid
  3. Sila masukkan ID pengguna (kod sekolah) dan kata laluan (login kali pertama: 123456) untuk memasuki halaman seterusnya
  4. Setelah berjaya untuk log masuk, pilih menu di bahagian kiri halaman tersebut untuk menegmaskini maklumat murid serta perkhidmatan lain yang disediakan dalam sistem tersebut

Bagi mendapatkan panduan lengkap penggunaan sistem, sila rujuk manual yang telah disediakan oleh KPM:

Berikut adalah carta alir kemasukan markah murid sekolah rendah melalui sistem sebagai panduan kepada guru-guru yang terlibat:

carta alir pajsk

Kaedah Penilaian

Bagi memastikan murid sentiasa bergiat aktif dan cergas dalam kegiatan kokurikulum penilaian akan dibuat melalui kaedah berikut:

i) Sekolah Rendah:

  • Penilaian kokurikulum akan dilakukan pada setiap tahun mulai Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) bagi tempoh persekolahan di Sekolah Rendah.
  • Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Gred Purata Semasa (Grade Point Average) dan Gred Purata Terkumpul (Cumulative Grade Point Average) sepanjang tempoh persekolahan.
  • Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

ii) Sekolah Menengah:

  • Penilaian kokurikulum akan dilakukan pada setiap tahun kepada pelajar Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5) bagi tempoh persekolahan di Sekolah Rendah.
  • Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Gred Purata Semasa (Grade Point Average) dan Gred Purata Terkumpul (Cumulative Grade Point Average) sepanjang tempoh persekolahan.
  • Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Muat Turun Garis Panduan & Borang Penilaian

Di bawah adalah pautan kepada Garis Panduan sistem yang disediakan oleh KPM untuk rujukan guru-guru. Garis panduan berikut merangkumi panduan pemarkahan, cara pengiraan markah, huraian gred, senarai aktiviti yang dinilai serta borang-borang penilaian yang digunakan untuk penilaian pentaksiran:

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah berkaitan, aduan atau pertanyaan boleh diemelkan kepada:

  • aduan.pajsk@moe.gov.my

Related : markah kokurikulum laman web tekan butang https pajsk.moe.gov.my, guru untuk membuat semakan markah kokurikulum sila pilih sama ada pentaksiran rendah atau menengah, untuk login penglibatan secara sukarela https pajsk.moe.gov.my index.php, id kod sekolah, secara online, pengisian dan pengesahan data, kelab persatuan pasukan badan 3 aktiviti kokurikulum kokurikulum pajsk pengajian tinggi awam ipta tertinggi sahaja yang diambil jabatan pendidikan negeri institusi pengajian tinggi awam ujian segak, universiti awam ua, bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan ke arah pembentukan peribadi yang terpuji, komponen kecergasan yang diukur dalam segak terkandung dalam sukatan pelajaran pendidikan jasmani sekolah rendah, nilam nadi ilmu amalan membaca, menyediakan satu set ujian standard kecergasan fizikal, komponen kecergasan yang menyeluruh dalam kalangan murid, sistem pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah, pajsk pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum, mengikuti tiga aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum,
keputusan pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum
menyediakan satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap
login ke institusi pengajian tinggi awam ipta universiti awam ua
aplikasi pangkalan data murid apdm
komponen kecergasan fizikal untuk mengukur tahap