Pendaftaran PADU 2024 Pangkalan Data Utama & Cara Kemaskini. Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas boleh register online di httpspadu.gov.my.

Pendaftaran PADU 2024 Pangkalan Data Utama & Cara Kemaskini

Pendaftaran PADU Pangkalan Data Utama Cara Kemaskini

Pada 2 Januari 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan satu sistem baharu kerajaan yang dipanggil Pangkalan Data Utama (PADU). Inisiatif yang dipacu oleh Kementerian Ekonomi ini diluncurkan untuk mendapatkan maklumat tepat berkenaan warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia supaya bantuan atau perlindungan sosial yang bersasar dapat dilaksanakan. Oleh itu, Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Pendaftaran PADU 2024 Sistem Pangkalan Data Utama dan Cara Kemaskini Maklumat untuk rujukan semua.

Kerajaan berusaha untuk ke arah digitalisasi yang lebih baik dan menghasilkan analisis yang tepat supaya dasar bersasar boleh dilaksanakan serta capai kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.  Dengan kerjasama semua kementerian serta agensi kerajaan, intergrasi data pentadbiran akan dikemaskini secara berkala dan menjadikan sistem ini sebagai pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif serta “near real time”.

Cara Daftar PADU 2024 Sistem Pangkalan Data Utama & Cara Kemaskini Maklumat

Sebagai makluman, ianya merupakan satu sistem atas talian yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. maklumat profil ini akan diperoleh melalui pengintergrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber kerajaan.

Apabila data yang tepat diperoleh, kerajaan mampu membuat keputusan berpacukan data dan melaksanakan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. Pada masa yang sama juga sistem ini meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhaddan memperkasa sistem sosial negara.

Maklumat Step By Step Pendaftaran

Semua rakyat yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal Padu, mengemaskini maklumat dan seterusnya mengesahkan maklumat. Proses ini boleh dilakukan bermula:

  • 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024

Pengguna dikehendaki mengesahkan 39 maklumat peribadi yang berkaitan sebelum 31 Mac 2024 di portal PADU. Tindakan ini supaya pengguna tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial daripada kerajaan sekiranya layak. Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan Kerajaan memproses data berkaitan untuk menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan yang akan diberikan.

Pangkalan Data Utama PADUPangkalan Data Utama PADU

 

Orang ramai boleh mendaftar ke sistem secara online dan juga offline di kaunter-kaunter yang disediakan. Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar secara online:

  1. Layari laman web rasmi Pangkalan Data Utama : Portal Rasmi
  2. Isikan maklumat asas seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, poskod, nombor telefon dan emel yang aktif
  3. Sahkan akaun melalui nombor OTP yang diterima melalui SMS di nombor telefon yang telah didaftarkan
  4. Cipta kata lalun mengikut kriteria yang ditetapkan
  5. Sahkan identiti pengguna dengan mengimbas kod QR yang dipamerkan (e-KYC) untuk menyempurnakan pendaftaran akaun
    • eKYC adalah proses pengesahan identiti dengan mengambil gambar kad pengenalan pengguna depan dan belakang serta mengambil gambar swafoto pengguna
  6. Selepas proses eKYC berjaya, pengguna akan menerima SMS atau emel mengesahkan pendaftaran penggguna berjaya

Pangkalan Data Utama PADU

Pangkalan Data Utama PADU

Untuk mendaftar secara manual, pengguna yang tidak mempunyai capaian internet boleh menghadirkan diri ke lokasi-lokasi berikut:

  • Pejabat Daerah
  • Pejabat Penghulu
  • MPKK
  • PBT
  • Pusat Ekonomi Digital
  • Pusat Internet Desa
  • Premis agensi kerajaan Persekutuan/ Negeri

Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa untuk membuat pendaftaran secara manual:

  • Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan
  • Maklumat bank
  • Pendidikan tertinggi
  • Maklumat pekerjaan
  • Maklumat pendapatan
  • Maklumat komitmen

Pastikan nombor telefon atau emel yang didaftarkan aktif untuk mendapatkan nombor kod OTP dan proses eKYC mudah dilaksanakan bagi proses identifikasi serta verifikasi pengguna.

Pangkalan Data Utama PADUPangkalan Data Utama PADU

Cara Kemaskini Maklumat PADU

Selepas berjaya mendaftar akaun di Pangkalan Data Utama, pengguna perlu mengemaskini maklumat supaya kerajaan boleh membuat semak silang dengan maklumat yang diperoleh daripada kementerian dan agensi kerajaan yang lain.

Pengguna perlu log masuk ke dalam akaun dan kemaskini maklumat-maklumat seperti berikut:

  1. Maklumat asas
    • Taraf Perkahwinan*
    • Pesakit Terlantar*
    • Alamat emel
    • Maklumat Bank*
    • Jenis e-dompet (e-wallet)
  2. Alamat & Kediaman
    • Alamat Kediaman*
    • Jenis Kediaman Semasa*
    • Pemilikan Kediaman Semasa*
  3. Pendidikan
    • Sijil Tertinggi*
    • Bidang Pengajian
  4. Isi rumah
    • Status Ketua Isi Rumah* (Sekiranya pemohon adalah Ketua Isi Rumah, pemohon hendaklah tambah ahli isi rumah dan mengisi maklumat Ahli Isi Rumah)
    • Status Warganegara
    • Nama Penuh
    • Nombor kad pengenalan/ passport
    • Jantina
    • Tarikh lahir
    • Pesakit terlantar
    • Hubungan/ pertalian dengan Ketua Isi Rumah
  5. Pekerjaan
    • Status pekerjaan
    • Kategori pekerjaan & aktiviti utama
    • Nama dan alamat tempat bekerja & jarak sehala dari kediaman
    • Pendapatan bulanan (RM)
  6. Pendapatan
    • Pendapatan bulanan daripada pencen
    • Sumbangan berkala daripada individu atau NGO
    • Pendapatan sewaan bangunan/ kenderaan
  7. Komitmen
    • Pinjaman perumahan
    • Pinjaman kenderaan
    • Pinjaman pendidikan
    • Perbelanjaan pendidikan
    • Pinjaman peribadi
    • Insurans pendidikan/ kesihatan
  8. Bantuan Kerajaan
    • Kategori sumbangan
    • Program bantuan
    • Kekerapan sumbangan daripada bantuan
    • Nilai sumbangan (RM)

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Di bawah adalah soalan-soalan lazim berkenaan Pangkalan Data Utama untuk rujukan semua.

1) Adakah saya boleh memilih untuk tidak mendaftar dalam sistem PADU?

Boleh. Walaubagaimanapun, tindakan tersebut boleh menyebabkan anda tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak

2) Adakah sistem ini sama dengan Program ID Digital Nasional (IDN)?

Tidak. Ianya merupakan pangkalan data yang mengandungi profil pnduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu menakses dan melaksanakan urusan dalam talian

3) Siapakah yang membangunkan sistem PADU ini?

Sistem ini telah dibangunkan secara bersama oleh kepakaran dalaman daripada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia serta unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan dengan kerjasama pelbagai agensi pembekal data

4) Apakah e-KYC dan mengapa saya perlu melaksanakan proses tersebut?

e-KYC adalah kaedah pengesahan identiti secara dalam talian bagi memastikan pengenalan dan identiti individu. Pengesahan ini diperlukan bagi englakkan salah guna maklumat dan penipuan oleh pihak yang tidak dibenarkan.

5) Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat di dalam sistem ini?

Anda tidak akan tercicir sekiranya layak menerima bantuan kerajaan atau perlindungan sosial

6) Saya tidak memerlukan bantuan kerajaan, perlukah saya mendaftar sistem ini?

Anda digalakkan mendaftar supaya tidak tercicir daripada mendapat manfaat inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dan membantu dalam analisis data untuk membuat dasar di peringkat kerajaan

Promosi Daftar PADU

Sempena pelancaran sistem PADU, kerajaan telah bekerjasama dengan pihak swasta untuk memberikan promosi bagi mereka yang telah mendaftar. Antaranya pemberian 3,000 kad NFC Touch ‘N Go secara percuma pada hari pelancaran di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Selain itu, terdapat juga promosi diskaun barangan di pasaraya terkemuka MYDIN. Berikut dikongsikan cara tebus diskaun PADU di pasaraya MYDIN

  1. Mendaftar di laman rasmi PADU
  2. Selepas selesai membuat pengesahan dan perakuan kemaskini maklumat, pengguna akan menerima emel Perakuan Profil Individu beserta kod untuk digunakan
  3. Layari Portal Rasmi Rewards Mydin
  4. Isikan nombor telefon anda dan maklumat lain yang diperlukan
  5. Tekan Get Verification Code kemudian masukkan kod pengesahan OTP yang dihantar ke nombor telefon
  6. Selepas proses pendaftaran berjaya, Buka bahagian My Voucher dan tekan View Rewards
  7. Masukkan kod perakuan PADU yang diterima melalui emel di dalam ruangan Redeem Code
  8. Tekan “Available Voucher” dan anda akan menerima kupon promosi MYDIN
  9. Tekan Use Now untuk menggunakan kupon tersebut semasa membuat pembayaran di MYDIN
  10. Promosi diskaun akan berubah mengikut kemaskini daripada MYDIN

Pangkalan Data Utama PADU

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunya sebarang masalah berkaitan, sila rujuk:

Related : merapatkan jurang sosioekonomi, bermula 2 januari 2024, selamat komprehensif dan pemastautin tetap di malaysia, untuk memastikan,