Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai. Nota Pengajaran, plot, latar, gaya bahasa serta watak dan perwatakan

Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai

novel songket berbenang emas tema persoalan sinopsis nilai pengajaran

Komponen sastera merupakan salah satu komponen yang menguji kemampuan pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Penulisan novel pula adalah salah satu karya sastera yang panjang dan mencabar kebolehan pelajar untuk mengupas isi-isi penting yang terkandung. Sebagai rujukan,dibawah dikongsikan nota-nota berkaitan Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran untuk panduan semua.

Khairudin Ayip adalah penulis kepada novel ini dimana beliau juga telah menghasilkan karya penulisan yang lain seperti novel remaja, cerpen dan juga sajak. Hasil penulisan karya Songket Berbenang Emas, beliau telah dianugerahkan tempat pertama dalam peraduan menulis Novel Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun 1990. Karya penulisan lain yang turut menerima pengiktirafan adalah Sayang Disayangi dan mendapat tempat pertama penulisan Novel Kanak-Kanak DBP Tahun 1987.

Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran (Tingkatan 5 SPM)

Berikut dikongsikan nota berkaitan Novel Songket Berbenang Emas seperti sinopsis, tema, persoalan, nilai & pengajaran. Selain itu, turut dikongsikan nota berkenaan plot, latar, gaya bahasa serta watak dan perwatakan yang terkandung dalam novel tersebut.

Tema

Karya sastera ini bertemakan tentang Ketabahan Dahlia seorang gadis yang merupakan seorang pelajar tabah dalam mengahadapi pelabagi dugaan dan cabaran dalam hidupnya

Persoalan

1) Persoalan kepentingan pendidikan demi masa depan

  • Dahlia yang tekun dalam pembelajaran walaupun menghadapi masalah keluarga akhirnya membuahkan hasil apabila dapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara

2) Persoalan kasih dan sayang antara ahli keluarga

  • Dahlia melawat emaknya, Saleha yang sedang dirawat di hospital kerana menyayanginya dan berharap agar segera sembuh

3) Persoalan sifat prihatin dalam masyarakat setempat

  • Tauke Lim menghadiahkan RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun

4) Persoalan kepercayaan masyarakat terhadap benda tahyul

  • Nek Kiah dan Seman yang percaya bahawa Embong merupakan pembawa sial dan sering ditimpa nasib yang malang

5) Persoalan menyedari kesilapan diri dan insaf terhadap perbuatan tersebut

  • Nek Kiah sedar dan insaf setelah jatuh sakit dan Dahlialah yang menjaganya sehingga sembuh serta menyesal terhadap perbuatannya dahulu

Sinopsis

Novel Songket Berbenang Emas menceritakan tentang seorang anak sulung dan pelajar bernama Dahlia yang menghadapi kesusahan dalam keluarganya. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan sekolah tetapi tumpuan terhadap pelajarannya terganggu akibat masalah keluarga. Ibunya, Saleha dimasukkan ke Hospital Permai kerana menghadapi masalah mental manakala ayahnya telah dipatuk ular dan perlu dimasukkan ke wad hospital selama beberapa hari. Adiknya pula, kurang minat untuk belajar kerana terpengaruh dengan rakan-rakan. Dahlia juga terpaksa keluar daripada asrama untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adiknya.

Walaupun terdapat banyak dugaan dan musibah yang dihadapi oleh Dahlia, beliau kekal tabah. Tekanan hidup Dahlia bertambah apabila hubungannya dengan Azhari depandang serong oleh jirannya. Dahlia juga berani terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tetapi dicemuh kerana usahanya gagal untuk menyelamatkan Said. Satu hari, adik Dahlia iaitu Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam berwarna hitam yang mengandungi paku , cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan rumah mereka.

Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur pulih dan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan menghina keluarga Dahlia dan insaf apabila melihat liku-liku yang diharungi mereka. Dahlia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dan selamat ditunangkan dengan Azhari.

Watak dan Perwatakan

1) Dahlia

  • Anak sulung kepada pasangan Embong dan Saleha
  • Pelajar Tingkatan 6 Atas di Sekolah Menengah Perempuan Temenggung Ibrahim
  • Merupakan seorang pelajar yang cemerlang
  • Bertanggungjawab dan penyayang kerana menjaga adik-adiknya semasa ibu dan ayahnya dirawat di hospital
  • Tabah dan cekal menghadapi dugaan
  • Berani dalam percubaan untuk menyelamatkan Said yang lemas dengan terjun ke dalam sungai

2) Embong

  • Suami kepada Saleha dan Bapa kepada Dahlia
  • Bertanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga
  • Sabar dan tabah apabila menghadapi dugaan seperti isterinya sakit, dia dipatuk ular, dikeji oleh ibu mertuanya

3) Saleha

  • Isteri kepada Embong dan ibu kepada Dahlia
  • Telah hilang ingatan akibat disihir sehingga terpaksa dirawat di Hospital Taman Bahagia
  • Rajin kerana sering mengikut suaminya menoreh getah untuk membantu suaminya
  • Berfikiran terbuka apabila membenarkan Dahlia bertunang dengan Azhari walaupun anaknya masih muda
  • Peramah dan berhemah tinggi kerana melayan tetamu yang datang ke rumah dengan baik dan menyajikan hidangan
  • Saleha sembuh daripada penyakitnya setelah barang sihir itu dibuang ke dalam sungai oleh anaknya

4) Abu Bakar

  • Abu Bakar merupakan anak kedua kepada Embong dan Saleha
  • Seorang penganggur setelah tamat pembelajaran di Tingkatan Lima
  • Gemar berfoya-foya dan seorang pemalas
  • Pernah mencuri dua ekor kambing ayahnya untuk dijual bagi mendapatkan wang dengan mudah
  • Abu Bakar kemudiannya insaf dan membantu orang kampung dan juga membersihkan persekitaran rumahnya

5) Azhari

  • Pelajar senior di Sekolah Menengah Tun Ismail
  • Baru mendapat segulung ijazah dan meminati Dahlia
  • Pandai memberi nasihat kepada Dahlia untuk belajar bersungguh-sungguh

6) Nek Kiah

  • Ibu kepada Saleha
  • Membenci keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan
  • Suka membandingkan anak-anaknya
  • Mempercayai perkara tahyul di mana dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu

Plot

1) Permulaan

Dahlia yang merupakan pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring. Semasa berhenti rehat, Dahlia terkenang akan emaknya yang hilang ingatan. Azhari datang untuk menemui Dahlia di kantin sekolah dan menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia serta memeberitahu bahawa di telah tamat pengajian di universiti

2) Perkembangan

Saleha yang membantu suaminya di kebun getah berasa tertekan dan tidak mengenali Embong dan Dahlia. Dengan bantuan orang kampung mereka berjaya memujuk Saleha untuk pulang ke rumahnya. Nek Kiah menyalahkan Embong kerana Saleha menjadi kurang siuman. Haji Sulaiman membantu Embong dengan membawa Saleha ke Hospital Batu Pahat dan dihantar terus ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaan semakin parah. Dahlia terpaksa keluar daripada asramanya untuk menjaga adik-adiknya

3) Perumitan

Ayah Dahlia pula dimasukkan ke hospital kerana dipatuk ular. Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang didiami Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Embong dan anak-anaknya berpindah jika tidak mampu untuk membayar RM15,000 kepadanya. Aton menyalahkan Dahlia kerana anaknya Said mati lemas walaupun Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkannya.  Nek Kiah pula memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah Dahlia.

4) Klimaks

Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin, pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu Bakar untuk membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha beransur sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Dahlia dan keluarganya yang menjaga Nek Kiah sehingga pulih. Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga Dahlia. Banjir melanda Kampung Parit Haji Rais memberi hikmah kepada semua apabila penduduk kampung bersatu dan bergotong royong membina rumah Embong yang roboh.

5) Peleraian

Dahlia masuk semula ke asrama untuk menduduki peperiksaan STPM. Cikgu Daim menyampaikan berita gembira kepada Dahlia yang terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Azhari dan Dahlia bertunang sebelum Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun. Azhari telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia dan berpesan menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walau dimana berada.

Teknik Plot

  1. Teknik dialog : Embong dan Dahlia berbual tentang keadaan Saleha di Hospital Taman Bahagia
  2. Teknik imbas muka : Dahlia yang membayangkan kata-kata ibunya ketikan ingin melawat Saleha di hospital
  3. Teknik imbas kembali : Embong mengimbas kembali peristiwa Saleha menghalau penagih hutang
  4. Teknik pemerian : Pengarang menceritakan keadaan di rumah Aton ketika Embong datang untuk melawat jenazah anak Aton

Latar

1) Latar Masa

  • Waktu Pagi : Embong pulang daripada melawat jenazah Said di rumah Aton pada pukul 10.25 pagi
  • Waktu Petang – Dahlia pergi ke Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya tetapi emaknya telah dipindahkan ke Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru
  • Waktu Malam – Embong dan Dahlia mendengar sesuatu dari kandang kambing
  • Waktu Senja – Embong dan Dahlia mengajak Saleha yang berada di kebun getah untuk pulang ke rumah

2) Latar Tempat

  • Kampung Parit Haji Rais : Tempat tinggal Dahlia
  • Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim : Sekolah Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar ringkatan enam atas
  • SMK Tun Ismail : Sekolah Dahlia sewaktu Tingkatan satu dan Azhari di waktu Tingkatan Lima
  • Hospital Permai, Johor Bahru : Tempat emak Dahlia dirawat
  • Sungai berdekatan rumah Dahlia : Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai

3) Latar Masyarakat

  • Masyarakat yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya : Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarganya yang dalam kesusahan
  • Masyarakat yang tabah dalam menghadapi musibah : Embong tetap tabah meneruskan kehidupan walaupun dicemuh ibu mertuanya kerana kemiskinannya
  • Masyarakat yang insaf akan kesilapan : Abu Bakar akhirnya insaf terhadap perilakunya yang banyak membuang masa dan tidak membantu keluarganya

Gaya Bahasa

  1. Simile : Bagai hendak tersiat-siat hatinya
  2. Personafikasi : bahang kepanasan bertakung di pelupuk mata
  3. Repitisi : Menerima salah, menolak juga salah
  4. Metafora : gunung harapan, kotak fikirannya
  5. Peribahasa : sudah terang lagi bersuluh

Nilai

1) Kasih Sayang : Dahlia tidak hadir ke sekolah demi menguruskan adik-adiknya di rumah sewaktu emak dan ayahnya menerima rawatan di hospital

2) Nilai Nasihat-Menasihati : Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia agar bersekolah semula selepas tidak hadir ke sekolah beberapa hari demi masa depannya

3) Nilai Ketabahan : Dahlia tabah menghadapi dugaan dan musibah dalam hidupnya

4) Nilai Keinsafan : Abu Bakar menyesal kerana terpengaruh oleh kawan-kawannya sehingga mencuri kambing milik ayahnya untuk mendapatkan duit

5) Nilai Muafakat : Penduduk Kampung Parit Haji Rais bersama-sama membantu membina rumah Embong selepas kampung mereka dilanda banjir

Pengajaran

1) Kita hendaklah mengakui dan insaf terhadap kesalahan yang pernah kita lakukan : Nek Kiah dan Abu Bakar insaf atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap keluarga mereka

2) Kita seharusnya mengelakkan daripada bersangka buruk terhadap orang lain : Mak Aton dan Nek Kiah yang bersangka buruk terhadap Dahlia dan Azhari akan menimbulkan perselisihan faham dan fitnah

3) Kita mesti bersikap empati dan membantu mereka yang beraqda dalam kesusahan : Tauke Lim sanggup membayar harga tanah yang dijual oleh Nek Kiah demi memastikan Dahlia sekeluarga mempunyai rumah untuk didiami

Koleksi Soalan Dan Jawapan

Berikut adalah contoh soalan-soalan berkaitan novel Songket Berbenang Emas beserta jawapan untuk rujukan semua.

1) Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa bahagian Klimaks

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip, Saya dapat mengenal pasti peristiwa bahagian klimaks yang begitu menarik dalam novel ini. Peristiwa yang berlaku adalah penduduk kampung bersama-sama bersatu untuk membina rumah Embong. Setelah banjir surut, penduduk kampung dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing tetapi malang menimpa keluarga Embong apabila rumahnya runtuh akibat banjir. Haji Sulaiman sebagai ketua kampung telah memberikan nasihat kepada semua penduduk untuk bekerjasama dan bergotong royong membina semula rumah Embong

2) Berdasarkan novel yang telah anada pelajari, Huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya

Berdasarkan novel karya Khairudin Ayip, Novel Songket Berbenang Emas, pelbagai konflik yang dihadapi oleh watak utamanya iaitu Dahlia. Salah satu konflik yang dihadapinya adalah sewaktu emaknya dimasukkan ke hospital dan bapanya perlu bekerja untuk mencari wang sementara Dahlia duduk di asrama. Dahlia menyelesaikan konflik tersebut dengan keluar daripada asrama untuk menguruskan dan menjaga kebajikan adik-adiknya di rumah

3) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut persis dengan persekitaran anda

Novel yang telah saya kaji adalah karya Khairudin Ayip, Novel Songket Berbenang Emas. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini persis dengan persekitaran saya. Latar tempat pertama adalah padang bola jaring di mana Dahlia berlatih bola jaring bersama rakannya, Siti Wangi. Kedua, latar tempat yang persis adalah SMK Tun Ismail yang merupakan sekolah Azhari dan Dahlia. Akhir sekali, latar tempat ketiga adalah Hospital Batu Pahat, tempat Saleha ibu kepada Dahlia telah dibawa untuk mendapatkan rawatan awal kerana sakit mental.

4)  Huraikan dua nilai kemanusiaan yang menarik perhatian anda berdasarkan novel yang telah anda kaji

Terdapat banyak nilai kemanusiaan yang menarik perhatian saya dalam novel Songket Berbenang Emas, karya Khairudin Ayip. Nilai kemanusiaan yang pertama adalah nilai kecekalan. Contohnya, Dahlia cekal meneruskan kehidupan walaupun pelabagi dugaan dan cabaran yang dihadapai keluarganya. Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua adalah nilai bertanggungjawab. Misalnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga adik-adiknya di rumah apabila ibu dan ayahnya dimasukkan ke hospital. Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga adalah nilai keberanian. Tamsilnya, Dahlia berani untuk terjun ke dalam sungai demi menyelamatkan Said yang lemas

5) Huraikan satu pengajaran berkaitan dengan semangat kerjasama yang terkandung dalam novel yang anda kaji

Novel yang telah saya kaji adalah novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip. Pengajaran berkaitan semanagt kerjasama yang dipelari adlah apabila penduduk kampung bersatu padu membina rumah Embong yang musnah akibat banjir. Selain itu, ssemangat kerjasama juga boleh dilihat apabila penduduk kampung bekerjasama mengumpul wang untuk disumbangkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.

Semoga perkongsian mengenai Novel Songket Berbenang Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran dapat membantu pelajar untuk mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki ujian atau peperiksaan.

Related : nek kiah tidak suka, suka akan keluarga, dahlia untuk menyelesaikan, balai raya, emaknya dirawat di hospital, embong yang roboh dilanda banjir,