Novel Sejambak Bakti : Sinopsis, Watak, Tema, Persoalan. Nota meliputi plot, latar, gaya bahasa, nilai, pengajaran dan contoh soalan

Novel Sejambak Bakti : Sinopsis, Watak, Tema, Persoalan

Novel Sejambak Bakti Sinopsis Watak Tema Persoalan

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 1 yang mencari nota untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Khusus bagi pelajar dalam zon Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Johor. Berikut dikongsikan nota berkenaan Novel Sejambak Bakti : Sinopsis, Watak, Tema, Persoalan, plot, perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran untuk rujukan pelajar. Turut disertakan contoh soalan sebagai latihan menghadapi peperiksaan.

Novel ini dikarang oleh Rejab F.I. atau nama sebenarnya Rejab bin Ismail yang berasal dari Perlis. Beliau merupakan seorang guru dan pernah memenangi Hadiah Sastera Nasional 1971 (puisi) dan Hadiah Esso-Gapena 1985 (Cerpen). Novel Sejambak Bakti telah dipilih untuk menjadi salah satu komponen sastera Tingkatan 1 kerana ia mempunyai elemen yang dekat dengan pelajar seperti koperasi dan perhimpunan sekolah.

Nota Novel Sejambak Bakti : Sinopsis, Watak, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Sebagai rujukan, di bawah dikongsikan nota mengenai Novel Sejambak Bakti : Sinopsis, Watak, Tema, Persoalan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, pengajaran untuk panduan semua.

Sinopsis

Novel Sejambak Bakti bermula apabila Harun, Swee Lan dan Saridevi bertugas di koperasi sekolah sebelum loceng untuk sesi pembelajaran berbunyi. Cikgu Zulkifli datang kepada mereka dan menyerahkan surat panggilan untuk menyertai Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut. Dalam Mesyuarat yang dilangsungkan di bilik mesyuarat pada waktu petang, seramai sebelas pelajar dan empat orang guru telah dipilih sebagai ahli lembaga pengarah. Cikgu Syamsudin yang merupakan pengetua sekolah sebagai pengerusi dan Razali telah dipilih sebagai penolong setiausaha. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi

Pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha dicemburui oleh Munir. Bermula hari itu, dia sering memonteng tugas di koperasi sekolah bersma Leong dan Selvam. Munir juga cuba merapatkan diri dengan Ramlah dengan mengajak menonton wayang namun gagal. Sikap munir yang tidak hadir menjalankan tugas telah dilaporkan kepada guru kaunseling. Selepas peristiwa tersebut, Munir bertindak untuk berhadapan dengan Razali dan menumbuknya sehingga berdarah. Kejadian tersebut menyebabkan Munir dipanggil oleh pengetua dan dihukum rotan. Pada masa yang sama, Razali telah terpilih untuk menyertai kursus koperasi bersama-sama wakil koperasi sekolah dari seluruh Malaysia.

Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Sri Kayangan telah menyertai sebuah pertandingan anjuran ANGKASA. Dua minggu sebelum pertandingan tersebut diadakan, warga sekolah telah dikejutkan denganpencerobohan yang berlaku di koperasi sekolah. Barang-barang di dalamnya dipunggah dan duit sebanyak RM200 telah hilang dicuri. Pihak sekolah melaporkan kepad apihak polis untuk membuat siasatan. Razali yang memiliki kunci koperasi telah dipanggil ke balai untuk membantu siasatan Bersama cikgu Zulkifli. Peristiwa ini telah membuatkan ayah tiri Razali berasa malu dan menghalaunya keluar dari rumah

Akhirnya, penjenayah sebenar berjaya ditangkap apabila berlaku pencerobohan kali kedua di koperasi tersebut. Munir telah ditangkap kerana memiliki sekeping wang kertas RM10 yang bertanda “K”. Akibatnya, Munir telah dihukum tiga kali sebatan rotan di hadapan pelajar lain di tapak perhimpunan. Selain itu, dia digantung sekolah selama seminggu. Hakim yang mengadili pertandingan koperasi yang disertai mereka hadir dan membuat pengadilan. Koperasi Sekolah Menengah Teknik Sri Kayangan telah diumumkan sebagai johan pertandingan yang dianjurkan oleh ANGKASA. Razali turut mendapat tahu tentang keberadaan ayah kandungnya yang merupakan ayah juga kepada Ramlah.

Tema

Novel karya Rejab FI ini bertemakan perjalanan golongan muda yang mengasaskan sebuah kedai koperasi di sekolah mereka. Pelajar dan guru bekerjasama memebangunkan koperasi sekolah mereka sehingga mendapat pengiktirafan daripada pihak atasan.

Persoalan

1) Persoalan ketabahan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas atau amanah

  • Razali tabah menghadapi gangguan daripada Munir, Leong dan Silvam serta dilayan teruk daripada bapa tirinya

2) Persoalan perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal

  • Munir yang menceroboh masuk dan mencuri duit koperasi sekolah Berjaya dikesan dan telah mendapat hukuman digantung sekolah, dan dirotan secara umum di hadapan pelajar lain di tapak perhimpunan

3) Persoalan kerjasama antara satu sama lain

  • Pengetua , guru-guru dan pelajar telaha bekerjasama menjayakan koperasi Sekolah Menengah Teknik Sri Kayangan sehingga mendapat pengiktirafan daripada ANGKASA

4) Persoalan kasih sayang antara anak dan ibu

  • Razali yang ingin mengetahui tentang bapa kandungnya menyimpan hasrat tersebut kerana takut menyakiti hati ibunya yang enggan bercerita tentang perkara tersebut

5) Persoalan seorang yang pemaaf

  • Walaupun difitnah menceroboh koperasi oleh Munir, Razali telah memafkannya dan membantu Munir untuk meningkatkan prestasi pelajarannya sepanjang tempoh seminggu dia digantung sekolah

Watak dan perwatakan

1) Razali

  • Watak utama dan merupakan pelajar Tingkatan 5
  • Dilantik sebagai Penolong Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah
  • Seorang yang tabah dalam menghadapi cabaran dimana dia pernah dibuli oleh Munir dan rakan-rakannya tetapi kekal tabah meneruskan kehidupannya
  • Seorang yang menghormati ibunya. Razali tidak sanggup untuk melukakan hati ibunya yang enggan bercerita mengenai ayah kandungnya walaupun dia sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya
  • Seorang yang pemaaf kerana Razali telah memafkan Munir walaupun Munir banyak melakukan kesalahan kepadanya

2) Munir

  • Merupakan ahli Lembaga pengarah koperasi sekolah
  • Mempunyai ketrampilan diri yang kemas dan bermotosikal ke sekolah
  • Seorang yang kuat cemburu kerana cemburu terhadap Razali yang menewaskannya dalam pemilihan jawatan Penolong Setiausaha Koperasi sekolah
  • Seorang yang tidak bertanggungjawab kerana telah memonteng untuk bertugas di koperasi dan pergi bermain bola di padang

 3) Cikgu Zulkifli

  • Menjawat jawatan guru disiplin dan guru koperasi di sekolah
  • Seorang yang bertanggungjawab kerana menasihati anak muridnya seperti Munir untuk mengubah sikap yang tidak baik dan menumpukan perhatian dalam tugasan yang diberikan
  • Seorang yang bijak kerana telah meninggalkan satu bukti untuk memerangkap penceroboh koperasi sekolah

4) Mak Sopiah

  • Ibu kepada Razali dan isteri kedua kepada Pak Zakaria
  • Seorang yang sangat menyayangi anaknya kerana sentiasa mempertahankan Razali daripada cemuhan suaminya Pak Zakaria
  • Seorang yang patuh pada ajaran agama. Mak Sopiah sentiasa solat pada awal waktu solat.
  • Seorang yang mudah mesra. Mak Sopiah melayani kawan-kawan Razali dengan ramah dan menghidangkan minuman serta pisang goreng untuk mereka

5) Pak Zakaria

  • Suami kepada Mak Sopiah dan bapa tiri kepada Razali
  • Merupakan seorang bekas tentera dan merupakan rakan ayah kandung Razali iaitu Pak Ramli semasa berkhidmat sebagai anggota tentera

6) Ramlah

  • Merupakan rakan baik kepada Razali
  • Tinggal Bersama abngnya seorang anggota polis di Balai Polis SImpang Empat
  • Anak tiri kepada Pak Ramli
  • Seorang yang suka membantu orang lain. Ramlah telah membantu Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah.

Plot

Permulaan

Suasana pagi di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dipaparkan oleh pengarang. Saridevi, Swee Lan dan Harun yang bertugas di koperasi dihadiri oleh Cikgu Zulkifli yang membawa surat untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi buat kali pertama.

Perkembangan

Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Sri Kayangan telah diadakan pada petang di bilik mesyuarat. Seramai sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik untuk menjadi ahli Lembaga pengarah koperasi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi. Razali pula telah terpilih sebagai penolong setiausaha

Perumitan

Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali. Di bersekongkol dengan Leong dan Selvam untuk tidak hadir bertugas dan merapatkan diri dengan Ramlah. Sikap munir yang tidah hadir bertugas dan kerap menganggu pelajar perempuan telah dilaporkan kepada guru kaunseling, Cikgu Muniam. Munir yang menyimpan dendam terhadap Razali telah menumbuknya sehingga berdarah. Munir kemudiannya telah dirotan oleh pengetua sekolah

Klimaks

Warga sekolah telah dikejutkan dengan pencerobohan koperasi sekolah dan wang sebanyak RM200 telah dicuri. Pihak sekolah memanggil pihak polis untuk menjalankan siasatan dan Razali telah dibawa ke balai untuk membantu siasatan. Razali seorang sahaja yang memiliki kunci koperasi sekolah dan tiada sebarang tanda bilik tersebut dipecahkan. Apabila pulang ke rumah, Razali telah dimarahi oleh bapa tirinya sehingga menghalaunya keluar dari rumah

Peleraian

Penjenayah sebenar yang menceroboh koperasi sekolah berjaya ditangkap selepas berlaku pencerobohan kali kedua. Munir terperangkap kerana memiliki wang kertas RM10 yang bertanda “K” yang ditinggalkan oleh Cikgu Zulkifli. Munir telah dihukum rotan di khalayak ramai dan digantung sekolah selama seminggu. Koperasi sekolah pula diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh ANGKASA. Razali mendapat tahu tentang ayah kandungnya dan menjadi sahabat baik kepada Munir.

Teknik Plot

  1. Pemerian : Pengarang novel ini memerihalkan keadaan di mana Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi sedang berlangsung buat kali pertama pada tahun tersebut
  2. Monolog dalaman : Razali mengeluh di dalam hatinya tentang nasib yang malang menimpa dirinya
  3. Kejutan : Warga sekolah dikejutkan dengan kejadian pencerobohan yang berlaku di koperasi sekolah mereka
  4. Saspens : Pembaca tertanya-tanya tentang Lembaga berwarna hitam yang kelihatan memanjat pintu pagar sekolah dan menuju ke arah koperasi
  5. Imbas kembali : Pak Razali menceritakan hubungannya dengan Mak Sopiah di hadapan Cikgu Syamsudin, Encik Ali dan Pak Zakaria
  6. Imbas muka : Tujuan kursus koperasi tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan generasi muda yang bakal memimpin koperasi negara kita tentang kepentingan penubuhan koperasi

Latar

Latar masa

  1. Waktu malam : Peristiwa Lembaga hitam kelihatan memanjat pintu pagar Sekolah Menengah Teknik Pertanain Sri Kayangan lalu berlari menuju ke arah kedai koperasi
  2. Waktu petang : Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dilangsungkan
  3. Waktu pagi : Para pelajar mengisi masa membeli keperluan sekolah di koperasi sekolah

Latar masyarakat

  1. Masyarakat yang gigih berusaha : Razali dan rakan-rakannya berusaha membangunkan koperasi sekolahnya dengan menternak ayam telur dan mewujudkan bilik bacaan
  2. Masyarakat yang mempunyai semangat setiakawan yang kuat : Ramlah dan Saridevi memujuk Razali yang telah difitnah oleh Munir kerana mempercayai fitnah yang dilakukan oleh Munir
  3. Masyarakat yang cemburu atas kejayaan orang lain : Munir, Leong dan Silvam cemburu akan Razali yang dilantik sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah
  4. Masyarakat yang sabar dengan dugaan : Razali menunjukkan kesabarannya menghadapi kerenah Munir, Leong dan Silvam yang tidak putus asa untuk menjatuhkannya
  5. Masyarakat yang mengenang budi : Razali terhutang budi kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia yang memilihnya untuk menyertai kursus

Latar tempat

  1. Sekolah Menengah Teknik Sri Kayangan : Tempat dimana Razali dan kawan-kawannya bersekolah
  2. Koperasi sekolah : Tempat ahli Lembaga pengarah koperasi sekolah sibuk menjalankan tugas masing-masing
  3. Bilik Pengetua : Tempat Munir, Leong, Silvam telah dirotan oleh pengetua kerana memukul Razali
  4. Bandar Kangar : Lokasi kedai ayah kepada Swee Lan

Gaya Bahasa

  1. Hiperbola : Matanya menjunam ke arah sawah
  2. Metafora : Sedikit sahaja bara kebenciannya dihembus maka cepatlah marak api kebenciannya
  3. Personafikasi : Angin membelai-belai tubuhnya, akan tetapi jiwanya tidak seseegar angin yang membelai tubuhnya
  4. Peribahasa : Dimana ada gula, tentulah disitu ada semut
  5. Repitisi : Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hatinya. Dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya itu
  6. Simile : Kakinya seperti terpaku di tanah, dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga
  7. Sinkope : Yalah! Barang-barang tu hak orang ramai. Hak bagi ahli-ahli koperasi tau!
  8. Inversi : Setelah menemukan catatan tentang tujuan penubuhan koperasi itu, Cikgu Syamsudin meneruskan ucapannya

Nilai

  1. Tabah : Razali tabah menghadapi dugaan seperti layanan yang teruk daripada bapa tirinya dan difitnah menceroboh koperasi sekolah.
  2. Baik hati : Razali berbaik hati untuk membantu Munir meningkatkan prestasinya dalam pelajaran apabila digantung sekolah selama seminggu walaupun Munir memfitnahnya menceroboh koperasi sekolah
  3. Bekerjasama : Ahli-ahli Lembaga pengarah koperasi bekerjasama membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-Sekolah
  4. Rasional : Pihak sekolah tidak menuduh atau mempercayai mana-mana pihak apabila berlaku kes pencerobohan koperasi sekolah dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan membuat pemeriksaan mengejut
  5. Kasih sayang : Mak Sopiah menyayangi anak tunggalnya Razali walaupun dilayan teruk oleh suaminya.
  6. Tanggungjawab : Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab dengan memastikan anak muridnya kekal berdisiplin dan menjalankan tugas seperti menjaga koperasi sekolah dnegan baik dan berhemah.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah bertanggungjawab ke atas amanah atau tugasan yang diberikan kepada kita
  2. Kita seharusnya mengamalkan sikap bekerjasama dalam melakukan apa-apa tugasan supaya hasil yang terbaik dan proses yang lebih mudah dapat dicapai
  3. Kita perlu tabah dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabran dalam kehidupan
  4. Kita digalakkan untuk memafkan kesalahan orang lain terhadap kita demi kebaikan Bersama
  5. Kita sewajarnya menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan kerana ia meninggalkan kesan kepada mangsa salah laku yang telah kita lakukan.
  6. Kita menstilah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah supaya penyelesaian yang terbaik dapat dirumuskan.

Contoh Soalan dan Jawapan

1)Huraikan tema novel yang anda pelajari beserta contoh yang sesuai daripada novel tersebut

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. mengetengahkan tema kegigihan sekumpulan murid dan guru untuk memajukan koperasi sekolah mereka. Sebagai contoh, Razali, Ramlah, Saridevi dan ahli Lembaga pengarah koperasi yang lain berusaha dengan gigih membangunkan koperasi dengan menternak ayam telur dan mewujudkan bilik bacaan. Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru koperasi iaitu Cikgu Zulkifli dan Puan Robeah sehingga Berjaya memenangi pertandingan anjuran ANGKASA

2) Nyatakan tiga peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Saya telah mengkaji novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. dan mendapati persoalan tanggungjawab banyak diutarakan dalam novel tersebut. Antaranya adalah peristiwa Razali yang menjalankan tugas sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah dengan penuh dedikasi dan komited. Selain itu, ibu Rzali turut menunjukkan tanggungjawabnyaapabila menghalang Razali daripada  dihalau oleh suaminya yang malu dengan fitnah yang diterima oleh Razali. Akhir sekali, peristiwa di mana Cikgu Zulkifli yang Berjaya menangkap penceroboh koperasi sekolah telah menjalan tanggungjawab yang baik sebagai guru kepada muridnya.

3) Jelaskan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel yang anda telah pelajari. Berikan tiga perwatakan positif yang wajar menjadi contoh kepada pelajar lain

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I., perwatakan yang ditunjukkan oleh watak utama iaitu Razali kebanyakannya adalah positif. Antaranya adalah watak kerajinannya yang suka membantu orang sekeliling. Sebagai contoh, Razali membantu Ramlah dan Saridevi dalam pelajaran mereka. Selain itu, watak pemaaf yang ditunjukkan juga wajar dicontohi apabila Razali memaafkan Munir yang banyak melakukan kesalahan pada dirinya. Akhir sekali, Razali juga seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Walaupun dia difitnah menceroboh koperasi sekolah, tetapi dia tenang dan berani kerana benar.

Sekian sahaja perkongsian nota mengenai Novel Sejambak Bakti : Sinopsis, Watak, Tema, Persoalan. Semoga dapat membantu pelajar dalam menghadapi ujian atau peperiksaan.

Related : setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja, ibu bapa, menceroboh kedai koperasi, contoh ramlah, pengaruh rakan sebaya, merosakkan hidup remaja, contoh karangan,