Novel Pantai Kasih : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran. Nota, contoh jawapan & Watak, Latar Masa, Tempat, Masyarakat

Novel Pantai Kasih : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

novel pantai kasih nota tema persoalan nilai pengajaran

Adakah anda pelajar Tingkatan 4 yang ditugaskan untuk mengkaji novel berikut? Sekiranya ya, apakah komponen sastera yang telah anda dapati hasil daripada pembacaan karya ini? Sebagai rujukan kepada semua, berikut dikongsikan nota berkaitan Novel Pantai Kasih : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran.

Azmah Nordin yang merupakan penulis novel Pantai Kasih telah menerbitkan karya ini pada tahun 1994. Penulis yang berasal dari Kedah dan menetap di Sabah, mula menceburi bidang kesusasteraan Melayu pada tahun 1986. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1988/1989 hasil penulisan cerpen, Singkowoton. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Hadiah Pertama Peraduan Cerpen Maybank-DBP hasil penulisan cerpen Mikrotome pada tahun 1991.

Nota Novel Pantai Kasih : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Maklumat berkenaan Novel di atas meliputi Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran di bawah adalah sebagai rujukan sahaja. Pelajar digalakkan untuk mengulang kaji bersama guru masing-masing untuk memastikan nota atau jawapan anda menepati kehendak soalan yang diberikan dalam peperiksaan.

Tema

Karya ini menceritakan ketabahan seorang wanita yang menempuh pelbagai dugaan dan meneruskan kehidupan walaupun tidak boleh melupakan kisah silamnya

Persoalan

1) Persoalan trauma yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan keruntuhan rumah tangga

  • Raiha sering teringat kisah silamnya setelah bercerai dengan suaminya dan kehilangan anaknya

2) Persoalan sikap mengambil kesempatan di atas kesakitan seseorang demi keuntungan wang 

  • Dr. Uwang yang mementingkan keuntungan dalam menguruskan pusat rawatan kesihatan tanpa mempedulikan latar belakang pesakit

3) Persoalan sikap yang suka berfoya-foya di kelab malam walaupun sudah berumah tangga

  • Dr. Uwang masih berfoya-foya pada waktu malam di kelab malam dan meminum arak walaupun sudah berumah tangga

4) Persoalan reda dengan ketentuan Tuhan

  • Raiha reda dengan kematian anaknya walaupun setelah mengetahui kejadian sebenar daripada Felicia

5) Persoalan berani mengaku kesalahan

  • Felicia mengakui kesalahannya di depan Dr. Raiha kerana mengetahui kejadian sebenar yang meragut nyawa anaknya dan meminta maaf kerana takut dengan Dr. Sadiz

Sinopsis

Novel ini mengisahkan tentang seorang doktor yang bernama Raiha dalam menempuh dugaan dan cabaran hidupnya sebelum menjadi doktor pakar bedah. Setelah bercerai dengan Dr. Sadiz, Raiha mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah pusat rawatan kesihatan mewah oleh mentornya, Dr. Uwang.

Sepanjang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha sering terganggu dengan komplikasi yang dihadapi oleh pesakit. Hal ini kerana ramai pesakit yang bertungkus-lumus mengumpul wang demi mendapatkan rawatan kesihatan. Perkara yang menambah musyikil apabila Raiha melihat X-Ray milik salah seorang pesakit yang tiada menunjukkan sebarang masalah. Selain itu, Raiha juga dihantui kisah silamnya bersama bekas suaminya.

Raiha cuba untuk meluahkan kemusykilan yang dia hadapi kepada Dr. Uwang tetapi mentornya tidak senang dengan perkara itu. Raiha yang mengenali Dr Uwang sejak di IPT sebagai pelajar pernah tersangkut hatinya terhadap doktor kacak tersebut tetapi tidak disedari oleh Dr. Uwang. Pelbagai peristiwa aneh yang berlaku semakin kerap dan Dr. Uwang mengalami kemalangan jalan raya berdekatan dengan pusat rawatan mereka. Raiha yang merawat Dr. Uwang akhirnya mengetahui kisah sebenar mengenai bekas suaminya dan menyedari bahawa dia merupakan seorang mangsa keadaan

Watak dan perwatakan

1) Raiha

  • Seorang doktor perubatan yang menjadi pakar bedah dan bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih
  • Berkahwin dengan Dr. Sadiz selama 10 tahun sebelum bercerai selepas kematian anak perempuannya
  • Seorang yang berpegang kepada pendiriannya dan tegas
  • Sering dihantui masa lalu dan kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri

2) Dr. Uwang

  • Merupakan doktor pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih dan pernah menjadi demonstrator dalam bidang pembedahan
  • Berwajah kacak dan berketrampilan segak
  • Seorang yang suka berfoya-foya di kelab malam dan mempunyai seorang anak luar nikah

3) Unong Siron

  • Seorang bekas pesakit Dr. Uwang
  • Bertungkus lumus menyimpan wang untuk mendapatkan rawatan di PRPK kerana berasal daripada akeluarga berpendapatan sederhana
  • Seorang remaja yang baru meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan yang mempunyai masa depan yang cerah

4) Dr. Sadiz

  • Merupakan anak saudara kepada Dr. Uwang
  • Seorang pakar perunding pembedahan dan pakar bedah otak
  • Seorang yang bersikap egoistik kerana telah membakar kereta isterinya yang dianggap membawa lari anaknya sehingga anaknya terkorban

5) Ayah Raiha

  • Merupakan seorang doktor pakar bedah di hospital kerajaan
  • Sentiasa optimis dan berfikiran positif
  • Ayah kepada Raiha di atas perkahwinan baharunya

6) Felicia Landosi

  • Jururawat yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
  • Sebelum ini pernah bertugas di Hospital Kinabalu bersama Dr. Raiha dan Dr. Sadiz
  • Telah menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha yang dilakukan oleh Sadiz kerana ketakutan

Plot

1) Permulaan

Novel ini bermula apabila Raiha yang berasa keliru apabila melihat X-ray milik pesakit, Unong Siron. Pesakit tersebut yang menjalani sehingga lima kali pembedahan penggantian sendi pinggul di bawah pengawasan Dr. Uwang merunsingkan Raiha. Selain itu, dia juga dihantui masa silamnya apabila anaknya mati dan telah diceraiakn oleh suaminya Dr. Sadiz

2) Perkembangan

Falicia Landosi yang merupakan ketua jururawat di PRPK teringat ikrar di hadapan Dr. Raiha dan Dr. Uwang . Raiha dan Dr. Uwang juga dibayangi dengan kisah lampau mereka. Raiha telah diberi peluang untuk membedah Unong Sirondan memastikan ia berjaya agar tiada lagi berhempas pulas mencari wang

3) Perumitan

Dr. Uwang seakan tidak puas hati dengan Raiha yang mempertikaikan kewibawaannya. Selain itu, konflik antara Raiha dan Dr. Sadiz yang saling menuduh punca kematian anak mereka di bawa hingga ke Mahkamah Keluarga. Dr. Uwang juga tidak ambil peduli dari mana datangnya wang untuk pembedahan Unong Siron sehingga emaknya menggelar Dr Uwang, doktor mata duitan

4) Klimaks

Dr. Uwang kemalangan berdekatan dengan Pusat Rawatan Pantai Kasih dan dibedah oleh Raiha walaupun pada mulanya Dr. Uwang enggan kerana tidak setaraf dengan statusnya.

5) Peleraian

Selepas pembedahan Dr. Uwang, Felicia memohon maaf kepada Raiha kerana menyimpan kebenaran tentang tragedi kematian anak Raiha. Raiha reda dan pasrah dengan kematian anaknya

Teknik Plot

  1. Imbas kembali : Raiha teringat kembali sewaktu menjadi siswi di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan doktor Uwang yang mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri atau pembedahan
  2. Saspens : Raiha mendengar suara-suara aneh yang sering menghantuinya siang dan malam
  3. Pemerian : Penulis memerihalakn sikap baik hati Raiha yang ingin menumpangkan Felicia pulang bersama kerana tinggal di daerah yang sama
  4. Dialog : Datu Ontong dan isteri Dr. Uwang berbual tentang bahaya ubat tradisional
  5. Monolog dalaman : Dr. Raiha mempersoalkan PRPK yang memerangkap pesakit untuk membayar kos rawatan lebih daripada apa yang sepatutnya

Latar

1) Latar Tempat

  • Pusat Rawatan Pantai Kasih : Pusat rawatan kesihatan yang ketika baru dibuka, hanya tiga orang doktor berkhidmat iaitu Datu Ontong, Dr Alex Ng dan Doktor Uwang
  • Hospital Kinabalu : Hospital dimana Dr. Raiha mula bertugas setelah tamat pengajian
  • Mahkamah Keluarga : Tempat perbicaraan kes penceraian Dr. Raiha dan Dr. Sadiz selepasa kematian anak perempuan mereka
  • Rumah Dr. Uwang : Tempat mereka meraikan sambutan tahun baru sehingga Dr. Uwang terpaksa menghantar Sister Felicia dan Dr. Sadiz pulang
  • Rumah Tumpangan : Raiha bermalan bersama anaknya selepas keluar dari rumah Dr. Sadiz

2) Latar Masa

  • Waktu malam : Dr. Uwang yang memandu kereta terbabas apabila kakinya kejang dan melanggar tembok di Pusat Rawatan Pantai Kasih
  • Waktu senja : pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron yang berlangsung pada waktu senja
  • Enam bulan : Dr. Raiha baru bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) selama enam bulan
  • Hampir sepuluh tahun : Perkahwinan antara Dr. Raiha dan Dr. Sadiz

3)Latar Masyarakat

  • Masyarakat yang bermatlamat tinggi : Raiha tetap meneruskan hasratnya untuk menjadi doktor pakar seperti ayahnya
  • Masyarakat yang bekerja dalam bidang perubatan : Dr. Raiha, Dr. Uwang dan Felicia yang bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih
  • Masyarakat yang hidup dalam kemewahan : Dr. Sadiz tinggal di kondominium mewah dan Dr. Uwang yang tinggal di banglo dua tingkat seperti istana
  • Masyarakat yang mementingkan keuntungan : Selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih, Dr. Uwang tidak menghiraukan pesakitnya asalkan dia mendapat keuntungan berlipat ganda daripada perkhidmatan yang diberikan
  • Masyarakat yang berusaha di luar kemampuan : Emak Unong Siron berusaha sedaya upaya untuk membayar kos rawatan anaknya kerana mereka bukanlah orang yang berkemampuan tinggi.

Gaya Bahasa

  1. Diksi : Istilah perubatan seperti X-ray, hemodialisis dan Clinical Year
  2. Simile : berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dogengan silam
  3. Peribahasa :

Nilai

1) Nilai tabah : Dr. Raiha tabah dalam meneruskan kehidupannya walaupun kematian anaknya dan diceraikan oleh suaminya

2) Nilai tanggungjawab : Emak kepada Unong Siron yang berusaha untuk mendapatkan duit yang cukup bagi menampung kos rawatan anaknya

3) Nilai rajin : Sister Felicia yang berasal daripada daerah Inanam, pedalaman Sabah rajin menuntut ilmu sehingga berjaya menjadi jururawat di Hospital Kinabalu

4) Nilai prihatin : Dr. Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron

5) Nilai berani : Dr. Raiha berani menjalankan pembedahan terhadap Unong Siron bagi memuaskan hati semua pihak yang terlibat

Pengajaran

1) Kita seharusnya bersikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab atau tugas kita dan tidak mengambil kesempatan atau menerima pemberian yang tidak betul di atas perkhidmatan kita

2) Kita hendaklah berterus terang jika membuat sebarang kesalahan agar tidak menyebabkan orang lain mendapat kesan terhadap kesalahan kita

3) Kita perlu mengutamakan pendidikan untuk mencapai kejayaan atau masa hadapan yang stabil untuk diri dan keluarga

4) Kita sewajarnya prihatin terhadap orang lain kerana mungkin mereka tidak berkemampuan untuk membayar kos rawatan kesihatan yang mahal misalnya

5) Kita mestilah kekal tabah dalam meneruskan kehidupan walaupun mempunyai kisah lampau yang buruk dan mencabar

Koleksi Latihan Soalan

1) Jelaskan peristiwa di dalam novel yang anda kaji yang menimbulkan keinsafan

  • Dr. Raiha telah menegur Felicia untuk melayani dan merawat semua pesakit dengan adil. Sebelum ini, Felicia melayani pesakit yang berpangkat Datin dengan penuh mesra tetapi melayan pesakit yang berpendapatan sederhana dengan kasar. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kerana kiat seharusnya melayani setiap insan dengan adil tanpa mengira pangkat, latar belakang atau kekayaan

2) Huraikan peristiwa yang menarik perhatian anda sebagai pembaca novel yang anda kaji di peringkat permulaan

  • Novel yang telah saya pelajari adalah novel Pantai Kasih hasil penulisan Azmah Nordin. Antara peristiwa yang menarik adalah apabila Felicia menyelinap masuk ke ruang Farmasi Pusat Rawatan Pantai Kasih untuk mengambil ubat batuk dan meminumnya. Felicia meminum ubat batuk untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya. Saya ingin mengetahui apakah punca Felicia tertekan dan bertindak seperti di atas.

3) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua nilai murni yang anda peroleh

  • Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, nilai murni yang diperoleh adalah nilai ketabahan. Nilai ini dilihat oleh watak Dr. Raiha yang tabah meneruskan kehidupan untuk menjadi seorang pakar bedah walaupun kehilangan anak dan bercerai dengan suaminya
  • Selain itu, nilai murni yang diperoleh daripada novel Pantai Kasih adalah nilai tanggungjawab. Raiha bertanggungjawab membedah Unong Siron supaya menjadi pembedahan terakhirnya dan tidak menanggung kesakitan lagi.

Sekian sahaja perkongsian berkenaan Novel Pantai Kasih : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran untuk rujukan semua.

Related : membakar kereta mewahnya, untuk membaca, ibu unong siron, menyamar sebagai doktor, raiha dan doktor sadiz,