Novel Di Sebalik Dinara : Sinopsis, Tema, Persoalan. Nota ringkas teknik plot, nilai, gaya bahasa, pengajaran, perwatakan utama & sampingan

Novel Di Sebalik Dinara : Sinopsis, Tema, Persoalan

Novel Di Sebalik Dinara Sinopsis Tema Persoalan

Berita baik kepada pelajar Tingkatan 4 di Zon Sabah, Sarawak, Labuan dan Johor. Adakah anda mencari nota-nota komponen sastera untuk mata pelajaran Bahasa Melayu? Berikut dikongsikan nota bagi Novel Di Sebalik Dinara : Sinopsis, Tema, Persoalan dan lain-lain untuk rujukan semua.

Dayang Noor atau nama sebenarnya Noor Aziza merupakan penulis kepada novel Di Sebalik Dinara. Karya ini telah diterbitkan oleh UTM & utusan Publications pada tahun 2021. Walaupun merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan, penulis berjaya menghasilkan sebuah karya yang menarik dan mempunyai tema science dan teknologi sehingga berjaya dipilih sebagai salah satu komponen sastera untuk para pelajar di sekolah.

Nota Novel Di Sebalik Dinara : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran

Sebelum menduduki peperiksaan atau sebarang ujian, pelajar boleh mengulang kaji nota untuk Novel Di Sebalik Dinara meliputi Sinopsis, Tema, Persoalan, Pengajaran dan sebagainya seperti di bawah. Turut dikongsikan adalah latihan soalan beserta jawapan yang berkaitan.

Tema

Penulis novel Di Sebalik Dinara, Dayang Noor menceritakan tentang ketaasuban dalam mencipta teknologi sehingga melupakan nilai kemanusiaan dan etika kehidupan.

Persoalan

1) Persoalan kasih dan sayang antara manusia walaupun bukan darah daging sendiri

  • Azraai yang mengambil berat tentang keselamatan Farisha dengan memasang alat keselamatan di rumah sewa Farisha.

2) Persoalan ketaasuban dalam mencipta teknologi dan science

  • Karl yang mengorbankan manusia sebagai bahan kajiannya sehingga sanggup meletakkan mikrocip di dalam anaknya sendiri, Farisha

3) Persoalan manusia yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan

  • Karl seorang yang tidak mengakui kweujudan Tuhan dan telah menukarkan isterinya menjadi sebuah cyborg bernama Alia kerana isternya tidak mahu meninggalkan agama yang dianutinya

4) Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak

  • Medina berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya Farisha daripada menjadi bahan kajian oleh Karl

5) Persoalan kebijaksanaan dimanfaatkan dengan baik

  • Farisha bijak menggunakan kepakarannya untuk menggodam virus dan mengukuhkan keselamatan sistem atau teknologi yang diamanahkan kepadanya

Sinopsis

Kisah novel ini bermula apabila watak utama Farisha, menaiki kapal terbang daripada Nusa Jaya ke KLIA. Di dalam penerbangan tersebut, dia berkenalan dengan Aqram yang dalam diam mengambil DNA Farisha untuk diuji. Farisha yang ingin pulang ke rumah telah dihalang dengan sistem keselamatan yang baru dipasang oleh abangnya Azraai demi keselamatan Farisha dan Shida rakan serumahnya.

Farisha dan Rosman telah menghadiri ke sebuah simposium yang dijemput oleh Aqram dan Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Selepas beberapa hari, Farisha bersetuju untuk bekerjasama dalam projek tersebut. Aqram memperkenalkan Dr Maxi kepada Farisha di rumah kepunyaan Karl, penyelidik di Soft Lab. Karl kini terlantar sakit akibat parah dan projek Dinara terhenti

Farisha telah ditugaskan untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Dr. Maxi mempunyai rancangan untuk menggunakan Farisha dan Shida sebagai rancangan sandaran. Rosman tidak dapat bersama Farisha kerana menguruskan projek lain di Senawang. Keesokannya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Alia telah berkomunikasi dengan Karl unuk meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara dalam keadaan bawah sedar. Seorang pekerja di Soft Lab bernama Medina tiba-tiba menghilangkan diri dan menjadi persoalan kepada Shida. Farisha pula yang cuba meneliti kontraknya di Soft Lab tiba-tiba mengalami sakit kepala dan memutuskan untuk pulang ke rumah

Azraai yang terkena serangan jantung telah berterus terang kepada Farisha bahawa dia merupakan anak angkat kepada keluarga Azraai. Farisha pengsan di Soft Lab keesokan paginya dan Aqram bertanyakan kepada Shida tentang penyakit yang dihadapi oleh Farisha. Dua orang pemuda, Farid dan Amin telah menggunakan peranti ke atas Farisha untuk mendapatkan maklumat dalam fikiran Farisha di hospital. Aqram menyusul kemudian dan mendapati kesihatan Farisha tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl tetapi Dr. Maxi menghentikan sesi tersebut selepas Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy di bawah sedar. Shida pula kemurungan dan mengurungkan diri di bilik Farisha. Di hospital, Azraai menceritakan kepad Farisha tentang ibu kandungnya. Selepas Farisha memberitahu tentang mummy menghubunginya di bawah sedar, Azraai terus membawa Farisha ke selatan. Di Soft Lab, Shida berhubung dengan Karl di bawah sedar dan Karl mengarahkan Farisha untuk dibawa ke situ kerana virus yang dimasukkan ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Farisha yang dalam perjalanan ke Kulai telah dioculik

Rosman dan Azraai tiba di Soft Lab dan keadaan menjadi tegang apabila Karl (Shida) mula menyanyi dan Aqram merayu kepada Dr. Maxi untuk mengembalikan Shida. Mummy atau Marilyn menceritakan perkara sebenar kepada Farisha. Karl berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara walaupun keadaan Karl semakin merosot. Kedatangan Marilyn di Soft Lab telah membongkarkan segala persoalan. Karl kemudiannya mati dan mayatnya dibakar tetapi Aqram mendapati Shida berkelakuan aneh dan berpendapat bahawa Karl masih ada dalam diri Shida.

Watak dan perwatakan

1) Farisha

  • Watak utama dan anak kandung kepada Karl dan Marilyn/Medina/Mummy
  • Anak angkat keluarga Azraai
  • Gadis berumur 26 tahun dan bekerja sebagai jurutera keselamatan teknologi dan makllumat
  • Mempunyai dua orang rakan baik iaitu Shida dan Rosman
  • Seorang yang bijak dalam bidang kepakarannya
  • Seorang yang penyayang terhadap keluarga dan rakan-rakan

2) Karl

  • Bapa kandung kepada Farisha
  • Berbangsa Inggeris dan telah berkahwin dengan Marilyn/Medina
  • Seorang penyelidik teknologi dan telah mencipta Dinara
  • Seorang yang berazam tinggi sehingga memasukkan mikrocip ke dalam badan anak kandungnya
  • Menghadapi sakit barah sehingga terlantar dan kemudian meninggal dunia

3) Medina/ Marilyn

  • Ibu kandung kepada Farisha
  • Seorang wanita berketurunan Portugal
  • Seorang yang bijak dan hebat dalam bidang science
  • Telah berkahwin dengan Karl dan banyak memebantu Karl dalam kerja penyelidikan
  • Akibat persaingan dengan Karl dalam dunia Science, mereka berdendam

4) Shida

  • Rakan serumah kepada Farisha
  • Seorang graduan lepasan undang-undang dan kini seorang penulis
  • Mendapat tawaran untuk menulis rencana tentang Dinara
  • Menjadi pengganti kepada Farisha oleh Dr. Maxi untuk berhubung dengan Karl di bawah sedar

5) Aqram

  • Pekerja di Soft Lab
  • Seorang yang bernampilan kemas dan segak

6) Alia

  • Pekerja lama di Sof Lab
  • Merupakan sebuah cyborg ciptaan Karl dengan menggunakan tubuh bekas isterinya, Rusmina.
  • Kuat cemburu dan menyayangi Karl

Plot

1) Permulaan

Novel ini bermula apabila Farisha yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang bertemu dengan Aqram. Susulan pertemuan tersebut, mereka bertemu lagi di sebuah simposium berkenaan dengan pengisian komputer

2) Perkembangan

Farisha telah bersetuju untuk bekerja bersama Aqram di Soft Lab. Di telah ditugaskan untuk menggodam virus dan mengukuhkan sistem Dinara yang dicipta oleh Karl yang kini terlantar sakit.

3) Perumitan

Konflik berlaku apabila Farisha mendapat tahu bahawa dia merupakan anak angkat dan telah pengsan di Soft Lab. Karl juga menceritakan bahawa di telah mengekspolitasi fikirannya dengan menggunakan seorang banduan bagi tujuan ujikaji

4) Klimaks

Azraai menceritakan tentang ibu kandung Farisha kepadanya dan raksia Karl sebagai bapa kandungnya sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab

5) Peleraian

Karl telah meninggal dunia tetapi fikirannya masih terdapat dalam diri Shida. Aqram dapat rasakan perkara tersebut dan yakin apabila Shida mengajak mereka pulang ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara

Teknik Plot

  1. Imbas Kembali : Azraai teringat kembali peristiwa pada 26 tahun lalu. Pada waktu itu, dua orang lelaki datang ke rumahnya dan menyerahkan Farisha kepada ibu dan bapanya
  2. Monolog : Shida bermonolog ketika pulang ke apartment untuk mencari ubat Farisha
  3. Pemerian : Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai
  4. Saspens : “Karl yang seksa aku sehingga cacat. Kemudian dia jadikan aku Alia. Nama sebenarku Rosmina”
  5. Dialog : perbualan antara Aqram dengan Farisha yang tidak menyangka dapat bertemu Farisha semula di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Latar

1) Latar Tempat

  • Soft Lab : tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat Soft Lab di Cyberjaya
  • Rumah Karl : Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab
  • Lapangan Terbang Senai : Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai
  • Nusa Jaya : ” Masa tu Isha berulang alik ke Nusa Jaya
  • Port Dickson : Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu

2) Latar Masa

  • Pagi : Farisha sempat menaiki train yang tiba pada pukul 840 pagi dan sampai ke Stesen Bukit Nanas pukul 8.50 pagi
  • Malam : Atas desakan Rosman, Farisha menghantar satu emel kepada Aqram pada malam itu juga selepas selesai bengkel yang ketiga
  • Subuh : Selepas Subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu

3) Latar Masyarakat

  • Masyarakat yang berkembang maju dalam bidang science dan teknologi : Farisha seorang yang bijak dalam menggodam sistem komputer
  • Masyarakat yang memegang amanah : Dr. Maxi dan Aqram menjalankan amanah yang diberikan oleh Karl
  • Masyarakat yang mementingkan kasih dan sayang : Hubungan antara Azraai dan Farisha yang akrab dan saling menyayangi antara satu sama lain walaupun mereka bukan adik beradik kandung
  • Masyarakat yang kuat bersaing : Karl dan Medina bersaing dalam bidang  masing-masing sehingga Karl mengorbankan anaknya demi mencapai sesuatu
  • Masyarakat yang tinggal di bandar yang lengkap dengan kemudahan awam : Farisha yang tiada pilihan untuk menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabatnya Soft Lab di Cyberjaya

Gaya Bahasa

  1. Metafora : Dada turun naik, mengangkat bahu
  2. Sinkope : saja, kejap, dah
  3. Simile : bagaikan memberi amaran, seperti tidak mahu dilepaskan
  4. Hiperbola : angkat-angkat kening
  5. Kata pinjaman : Bahasa Inggeris seperti retinal scanner

Nilai

1) Nilai Kasih Sayang : Azraai yang mengambil berat tentang keselamatan adiknya dengan memasang alat keselamatan di rumahnya

2) Nilai Kebijaksanaan : Farisha menggunakan kepakarannya dalam menggodam pelayan data selepas memasuki sistem keselamatan bank Sapurba hanya dalam tempoh sepuluh minit

3) Nilai Kesyukuran : Farisha bersyukur kerana dibesarkan oleh keluarga angkatnya jika dibandingkan dengan bapa kandungnya Karl

4) Nilai Kegigihan : Medina yang pernah digelar gila gigih untuk mencari anaknya setelah hilang akibat suaminya Karl

5) Nilai Kerjasama : Rosman dan Farisha bekerjasama dalam membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell

Pengajaran

1) Kita seharusnya memanfaatkan teknologi dan science dengan sebaiknya seperti Farisha yang menggunakan kepakarannya untuk keselamatan siber

2) Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan supaya segala amsalah dapat diselesaikan dengan baik

3) Kita perlu menunaikan amanah yang telah diberikan kepada kita lebih-lebih lagi amanah daripada majikan kerana kita telah diupah untuk menjalankan tugas masing-masing.

Latihan Soalan Dan Jawapan

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan dengan novel yang dikaji untuk panduan semua:

1) Jelaskan peristiwa berkaitan kepincangan masyarakat dalam novel

  • Kepincangan masyarakat dalam penyalahgunaan teknologi. Karl telah mencipta Dinara yang boleh menghubungkan pemikiran manusia di bawah sedar
  • Kepincangan masyarakat dalam hubungan kekeluargaan. Farisha telah diserahkan kepada keluarga angkat kerana perselisihan yang berlaku antara ibu dan bapanya.
  • Kepincangan masyarakat yang sanggup melakukan jenayah untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Medina sanggup mengupah Farid dan Amin untuk menculik Farisha

2) Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali

  • Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Di Sebalik Dinara, peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali adalah apabila Azraai mengimbas kembali kedatangan dua orang lelaki pada 26 tahun lalu dan menyerahkan Farisha kepada keluarganya. Selain itu, Aqram juga menimbas kembali rahsia diri dia sendiri yang sebelum ini telah diberi identiti yang baharu. Umur sebenarnya ialah 60 tahun dan nama sebenarnya Akeem, adik Karl yang terencat akal

3) Di setiap novel yang anda kaji pastinya ada watak sampingan. Huraikan watak sampingan yang menarik buat anda

  • Di Sebalik Dinara adalah novel yang telah saya kaji dan watak sampinga yang menarik perhatian saya adalah Karl. Dia merupakan seorang saintis yang hebat dalam mencipta pelbagai teknologi. Namun disebabkan ketaksuban untuk bersaing dalam bidangnya telah membuatkan Karl menjadi tidak berperikemanusiaan kerana menggunakan manusia malah anaknya sendiri sebagai bahan kajiannya

4) Sila huraikan nilai-nilai murni yang anda dapati daripada novel yang anda kaji

  • Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Di Sebalik Dinara, pelbagai nilai murni yang diperoleh. Antaranya adalah nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh Azraai kepada adiknya Farisha sehingga memasang alatan keselamatan di rumah sewa adiknya. Selain itu, nilai keberanian yang ditunjukkan oleh Farisha apabila menerima tawaran berjumlah RM1.5 juta daripada Soft Lab untuk menggodam sistem Dinara

5) Senaraikan dua peristiwa yang menarik dalam novel yang anda kaji

  • Peristiwa menarik dalam novel yang saya kaji iaitu Novel Di Sebalik Dinara adalah peristiwa Farisha diuji kaji oleh Dr. Maxi dan berhubung dengan Karl di bawah sedar. Peristiwa ini menarik kerana kita dapat membayangkan kecanggihan teknologi yang mampu dicipta oleh para saintis. Selain itu, peristiwa yang menarik apabila Azraai yang menjaga Farisha di hospital kerana walaupun mereka buka adik beradik kandung, tetapi hubungan mereka tetap akrab dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Semoga perkongsian menegnai Novel Di Sebalik Dinara : Sinopsis, Tema, Persoalan di atas membantu pelajar untuk mengulang kaji sebelum menduduki peperiksaan atau ujian.

Related : mayatnya dibakar dan abunya, tubuh farisha, pukul 4.30 petang, dr maxi khairul anwar, untuk menjadi, menggantikan tempat farisha, 20 tahun, tubuh shida, anugerah inovasi peringkat kebangsaan,