Novel Darah Titik Di Semantan : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Latar. Nota meliputi perwatakan, nilai, pengajaran, contoh soalan.

Novel Darah Titik Di Semantan : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Latar

novel darah ttik di semantan sinopsis tema persoalan soalan

Perhatian kepada pelajar yang berada dalam Zon 4 iaitu negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Adakah anda mempunyai nota ringkas untuk dirujuk bagi subjek KOMSAS dalam matapelajaran Bahasa Melayu? Jika tidak, berikut dikongsikan nota-nota berkaitan Novel Darah Titik Di Semantan : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Latar, Nilai & Pengajaran untuk rujukan semua.

Darah Titik Di Semantan merupakan karya Arman Sani yang merupakan penulis yang berasal dari negeri Pahang. Novel ini diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bermula tahun 2016, novel ini telah dipilih menjadi salah satu komponen sastera kerana ia mempunyai unsur-unsur sejrah dan geografi yang penting untuk pengetahuan pelajar. Tambahan pula, elemen patriotik yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam novel memberikan iktibar terbaik kepada pelajar masa kini.

Novel Darah Titik Di Semantan : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Latar, Nilai & Pengajaran

Di bawah dikongsikan nota-nota yang dirangkum dalam Novel Darah Titik Di Semantan meliputi Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Latar, Nilai dan Pengajaran. Anda juga boleh merujuk contoh soalan latihan beserta jawapan.

Sinopsis

Secara ringkas, novel ini mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Semantan. Datuk Bahaman dibantu pengikutnya seperti Zahid, Mat Lela, Imam Perang Weh, Awang Ishak dan Datuk Panglima Raja. Pada masa yang sama, Mat Kilau dan Tok Gajah juga merupakan penggrak kebangkitan rakyat di negeri Pahang untuk menentang penjajahan pihak Inggeris.

Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge antara watak penjajah yang sering menggugat keamanan bumi Semantan. Datuk Bahaman tidak berpuas hati apabila pihak Inggeris mencabuli perjanjian mereka dan E.A Wise membina rumah pasung di Lubuk Terua. Penduduk berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris. Berita ini sampai ke pemangku Residen British di Pahang, Hugh Clifford dan mendesak Sultan Pahang Melucutkan pangkat Datuk Bahaman. Sultan tidak bersetuju tetapi terpaksa akur.

Berlaku pertempuran antara pengikut Datuk Bahaman dan mata-mata serta askar sultan yang mengikut arahan pihak Inggeris. Selepas ramai pengikut Datuk Bahaman terkorban, beliau menghadap Sultan Pahang dan mendapat pengampunan sultan serta bebas daripada andaman pihak Inggeris. Mat Lela ragu-ragu dengan perkara tersebut dan akhirnya mereka dikhianati oleh askar-askar sultan apabila mereka menembak Mat Lela dan Awang Muhammad.

Mat Kilau telah membawa surat salinan pengampunan penduduk Semantan yang ditandatangan oleh sultan. Semua penduduk Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai oleh E.A Wise mencari Datuk Bahaman tetapi tidak dijumpai. Mereka bertindak untuk membakar rumah penduduk kampung dan membunuh beberapa penduduk. Datuk bahaman kembali ke Lubuk Terua dan membunuh musuhnya akibat kejadian tersebut. Datuk Bahaman kemudian bersatu dengan Tok Gajah dan Mat Kilau. Selepas kejadian tersebut, Zahid tidak bertemu lagi dengan mereka.

Tema 

Novel ini mengutarakan tema semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.

Persoalan

1) Persoalan keberanian penduduk tempatan untuk menentang penjajah

  • Datuk Bahaman kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan

2) Persoalan kerjasama dalam menghadapi musuh

  • Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk bahaman sedang menawan Lubuk Terua

3) Persoalan pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat

  • Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya perjuangannya diberkkati dan mendapat bantuan

4) Persoalan mendengar arahan ketua

  • Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris atas arahan Datuk Bahaman kerana bimbang tersasar kepada Sultan

5) Persoalan cinta akan negara

  • Rahmad dan rakan-rakannya berlatih menggunakan senjata demi mempertahankan tanah air mereka daripada penjajah

Watak dan perwatakan

1) Datuk Bahaman

  • Watak utama yang merupakan seorang pahlawan dan orang kaya Semantan
  • Seorang pembesar neegri dan mempunyai 2 orang anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
  • Seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah seperti mana dia bertanggungjawab menjaga kedaulatan Semantan daripada penjajah
  • Seorang yang berani kerana telah melawan musuh seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung di Semantan
  • Seorang yang tidak mementingkan pangkat. Datuk Bahaman tidak kisah apabila gelaran dan pangkatnya ditarik semula oleh Sultan dan meneruskan perjuangan menentang pihak Inggeris

2) Zahid

  • Pembantu kepada Datuk Bahaman dan berkawan rapat dengan Samad, Rahman dan Awang Muhammad
  • Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi kerana walaupun umurnya masih muda tetapi dia tetap mengangkat senjata apabila diancam oleh pihak Inggeris
  • Seorang yang patuh kepada ajaran agama. Contohnya, selepas solat,  dia akan berdoa kepada Tuhan supaya memeberkati perjuangannya menentang penjenayah
  • Seorang yang bijak menentang musuh. Zahid berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris

3) Samad

  • Merupakan kawan kepada Zahid, Rahman dan Awang Muhammad
  • Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana memebawa rotan
  • Seorang yang bijak dalam mengatur strategi. Samad telah melarang rakan-rakannya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh
  • Seorang yang pandai menyimpan rahsia. Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar

4) Mat Lela

  • Merupakan anak kepada Datuk Bahaman dan abang kepada Awang Muhammad
  • Berumur lingkungan 30 tahun dan pernah terkena tembakan di peha tetapi pulih semula
  • Seorang yang jujur dan berterus terang. Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat
  • Seorang yang berfikiran terbuka dan realistik. Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal fikiran

Plot

Permulaan

Pengarang memperkenalkan Lubuk Terua, Sungai Semantan dan watak seperti Zahid, Rahman, Samad dan Awang Muhammad. Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan diperkenalkan perwatakannnya bersama Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris

Perkembangan

Datuk Bahaman menyeru penduduk-penduduk Lubuk Terua untuk menentang penjajah dan membuat persediaan sebelum berperang. Manakala Zahid dan kawan-kawannya pula membantu pembinaan kubu di Pangkat Merbau Berdarah di tepi Lubuk Meruah

Perumitan

Pihak Inggeris mula bertapak di Lubuk Terua . Mata-mata Inggeris telah membina rumah pasung di tepi tebing manakala Zahid dan rakan-rakannya membina kubu dan menyediakan bumbu runcing untuk menyerang Inggeris.  Datuk Bahaman pula ke Johor untuk berunding dengan Gabenur Singapura. Kak Minah telah diganggu oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi mata-mata Inggeris. Lajis dan Pak Uda mendirikan bengkel membuat senjata untuk menentang musuh. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris telah bermesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar bagi menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan

Klimaks

Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengisyhtiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai penderhaka kerana dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang dikurniakan sultan kepada Datuk Bahaman telah ditarik semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap oleh Inggeris tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman. Kemudian, Pak Uda Ismail telah dibunuh oleh Inggeris. Tuk Selampit marah kepada Datuk Bahaman kerana melarang menyumpit mata -mata Inggeris dan askar-askar sultan. Tetapi askar sultan memungkir janji dimana mereka tidak menembak ke udara dan sebaliknya menembak Mat Lela, Awang Muhammad dan pengikut Datuk Bahaman. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang telah menyerah diri dan akhirnya dibunuh oleh askar sultan

Peleraian

Ramai perajurit Semantan gugur dan berundur ke Darat Kelubi. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan sangat gembira. Mat Kilau membawa surat bahawa penduduk Semantan telah mendapat pengampunan sultan kecuali Datuk Bahaman. Penduduk kampung Semantan telah pulang ke rumah masing-masing selepas Datuk Bahaman mengarahkan Pak Cik Hassan menghebahkan berita tersebut. Rahmad pula tinggal bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi. askar-askar sultan telah mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi tidak menjumpainya dan telah membakar rumah penduduk tempatan dan penduduk mati ditembak. Datuk Bahaman khabarnya kembali dan membunuh askar tersebut seorang diri dan Zahid tidak berjumpa dengan Datuk bahaman sejak peristiwa tersebut

Teknik Plot

  1. Pemerian : Pengarang memerihalkan gerak laku Datuk Bahaman selepas sembahyang dan berdoa
  2. Teknik Dialog : Dialog antara Mat Kilau dan Datuk Bahaman “Tapi saya fikir, patut juga Clifford tidak menjemput Datuk ke mesyuarat itu”
  3. Teknik Monolog Dalaman : “Tentu ini perahu Inggeris yang dikatakan oleh Pak Long Abas semalam, fikirku lalu menggelongsor turun ke tepian”
  4. Teknik Imbas Kembali : Mat Lela teringat akan cerita Mat Kilau tentang Owen
  5. Teknik Imbas Muka : Awak Muhammad memikirkan gerakan yang akan dilakukan Zahid dan Rahmad semasa ketiadaan Rahman
  6. Teknik Saspens : Zahid dan rakan-rakan terdengar suara meminta tolong dari rumah Lajis. Pembaca tertanya-tanya akan suara perempuan yang menjerit dari rumah Lajis

Latar

Latar masa

  1. Waktu pagi : Setiap pagi Rahmad dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu runcing di sebuah dusun durian yang terletak berhampiran dengan Mempahit
  2. Waktu tengah hari : Zahid dan rakan-rakannya makan tengah hari dan selepas makan mereka sembahyang Zuhur bersama-sama di kubu mereka
  3. Waktu maghrib : Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat Maghrib dan berdoa agar kejayaan menentang Inggeris diperoleh
  4. Hari Jumaat : Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari Jumaat di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk Sengarat
  5. Zaman pemerintahan Inggeris : Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu, negeri mereja telah dijajah oleh Inggeris
  6. Musim ikan temberlian bertelur : Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan kerana waktu itu merupakan musim ikan tembelian bertelur

Latar tempat

  1. Rumah Pasung Temerloh : Datuk Bahaman menggunakan ilmu menidurkan bagi membebaskan Pak Uda Ismail, Pak Long Abas dan Samad yang telah ditangkap Inggeris
  2. Johor : Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar Pahang menghadap Sultan Johor untuk mengadu tentang penjajah Inggeris di Semantan
  3. Lubuk Terua : Syres selalu datang ke Lubuk Terua untuk mencari rahsia tentang Datuk Bahaman
  4. Lubuk Sengarat : Zahid dan kawan-kawannya telah menggali kubu di Lubuk Snegarat untuk menjadi benteng pertahanan menentang Inggeris

Latar masyarakat

  1. Masyarakat yang terdiri daripada pejuang bangsa : Datuk Bahaman dan pengikutnya memperjuangkan kedaulatan masyarakatnya dan ingin bebas daripada penjajah
  2. Masyarakat yang menjajah demi kepentingan negara mereka : Pihak Inggeris ingin mendapatkan kuasa dan menjajah di daerah Semantan
  3. Masyarakat yang mementingkan agama : penduduk Kampung Semantan menunaikan sembahyang secara berjemaah di masjid
  4. Masyarakat yang menjadi mata-mata penjajah : Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk menakut-nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris

Gaya Bahasa

  1. Bahasa istana : Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan bersemayam di sana
  2. Bahasa klasik : Datuk Bahaman berhenti kira-kira 5 hasta dari pintu pagar rumah pasung itu
  3. Inversi : Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin pakaian
  4. Metafora : Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah
  5. Peribahasa : Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
  6. Simile : Bahagian tengah pisang itu hancur seperti kena tikam
  7. Sinkope : Tak guna kita tunggu di sini
  8. Personafikasi : Matahari memancar dengan gagahnya di kaki langit timur

Nilai

  1. Patriotisme : Zahid, Datuk Bahaman dan penduduk di Semantan berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka
  2. Hormat-menghormati : Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh menghormati Datuk Bahaman sebagai ketua dan akur dengan arahannya
  3. Keberanian : Datuk Bahaman berani untuk terjun ke dalam air dan mengejar musuhnya
  4. Patuh pada ajaran agama : Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa supaya diberi pertolongan dalam menentang penjajah
  5. Kerjasama : Lajis yang bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail
  6. Rasional : Datuk Bahaman bersikap rasional apabila meminta penduduk Semantan untuk membuat perancangan dan persediaan sebelum melawan pihak Inggeris

Pengajaran

  1. Sebagai seorang warganegara, kita seharusnya mempunyai semangat patriotik dan cinta akan negara supaya tidak dijajah oleh ancaman asing
  2. Kita perlu berani menegakkan keadilan dalam kehidupan kerana kemenangan akan berpihak kepada mereka yang lebih berani
  3. Kita seharusnya menghormati ketua di dalam sesebuah organisasi sebelum membuat apa-apa tindakan yang memberi kesan kepada organisasi tersebut
  4. Kita digalakkan untuk bekerjasama dalam melakukan apa-apa tugas atau amanah agar tugasan tersebut dapat dilaksanakn dengan lebih mudah dan memberikan hasil terbaik

Koleksi soalan

1) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan perwatakan seorang watak yang menarik dan meninggalkan kesan baik kepada anda?

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu Novel Darah Titik Di Semantan, karya Arman Sani, watak yang menunjukkan perwatakan yang menarik adalah Datuk Bahaman. Beliau seorang yang berani kerana telah menyusup masuk ke kawasan musuh ketika ingin berjumpa dengan Sultan di Pasir Tuk Anjang. Selain itu, Datuk Bahaman seorang yang gigih dalam perjuangannya walaupun diisyhtiharkan sebagai penderhaka oleh Sultan. Akhir sekali, perwatakan Datuk Bahaman yang kuat mempertahankan kedaulatan tanah airnya dengan tidak berputus asa walaupun berlaku pengkhianatan dan pelbagai cabaran.

2) Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang anda pelajari

Pada tingkatan dua, saya telah mempelajari novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani. Antara latar tempat yang terdapat di dalam novel adalah Lubuk Sengarat dimana lokasi kubu yang dbina oleh Zahid dan rakan-rakannya. Selain itu, latar tempat yang lain adalah Semantan, Pahang dimana daerah yang diperintah oleh Datuk Bahaman. Akhir sekali, latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut adalah rumah Lajis dimana Kak Minah yang telah diceroboh oleh dua orang pemuda yang disuruh oleh Owen untuk membuat bancian

3) Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Darah Titik Di Semantan karya Arman Sani, pelbagai latar masyarakat yang diperoleh. Antaranya adalah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Zahid sentiasa menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan. Selain itu, latar masyarakat yang berani ditunjukkan oleh Zahid apabila berani berlawan dengan dua orang pemuda yang cuba untuk mengganggu Kak Minah. Akhir sekali, masyarakat yang bekerjasama dimana Zahid dan kawan-kawannya menjaga kawasan dan kubu bersama-sama.

Diharap perkongsian berkenaan Novel Darah Titik Di Semantan : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Latar membantu pelajar dan guru untuk mengulang kaji topik yang berkaitan.

Related : orang mata mata sikh, desborough datang, tingkatan 2, pasukan datuk bahaman,