Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Download Bab 1 - 10). Muat turun nota ringkas dan padat subjek sejarah dalam google drive ikut tajuk.

Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Download Bab 1 – 10)

nota sejarah tingkatan kssm setiap bab

Perhatian kepada pelajar Tingkatan Lima dan Empat yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adalah anda telah membuat ulangkaji dan persediaan untuk mata pelajaran Sejarah yang wajib lulus? Sekiranya belum, berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Bab 1 – 10) untuk rujukan pelajar.

Mata pelajaran sejarah Tingkatan empat mengandungi sepuluh bab berdasarkan tema Pembinaan Negara. Tema ini pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Nasionalime di Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua yang mempunyai tiga bab, Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air sebanyak lima bab dan akhir sekali Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mengandungi empat bab.

Dowload Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Bab 1 – 10)

Berikut dikongsikan nota ringkas dan padat Sejarah tingkatan 4 KSSM (Bab 1 – 10) mengikut turutan bab dan contoh soalan yang diberikan.

Bab 1 : Warisan Negara Bangsa

1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

Sebelum kedatangan Barat telah wujud asas kerajaan Alam Melayu yang masyhur. Terdapat beberapa buah kerajaan Alam Melayu yang agung seperti Kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada di negara Barat.

Ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu

  • Raja
    • Menjadi tonggak utama kerajaan.
    • Dianggap suci dan sentiasa ditaati.
    • Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai Dewa Siva.
  • Undang-undang
    • Dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
    • Menjadi panduan pentadbiran kerajaan termasuk di wilayah pengaruh.
    • Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa.
  • Wilayah pengaruh
    • Merujuk kawasan yang rakyat menerima dan memperakui kekuasaan seseorang raja.
    • Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh meliputi dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.
  • Rakyat
    • Merujuk penduduk dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka
    • Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya melakukan upacara persetiaan dan meminum air sumpah sebagai bukti kesetiaan.

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politik yang tersendiri.

  • Kerajaan
    • Muncul kerana adanya raja.
    • Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar.
  • Rakyat
    • Menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka serta mematuhi undang-undang.
    • Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan.
  • Kedaulatan
    • Melambangkan kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
    • Merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah.
  • Wilayah pengaruh
    • Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diakui oleh rakyat.
    • Wilayah pengarah Kesultanan Melayu Melaka diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
  • Undang-undang
    • Hukum Kanun Melaka dan UndangUndang Laut Melaka merupakan undang-undang bertulis zaman Kesultanan Melayu Melaka.
    • Digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.
  • Lambang kebesaran
    • Merupakan identiti kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
    • Menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah.

1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang

Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka terbukti melalui sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun.

  • Sistem pentadbiran
    • Terbahagi kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran jajahan.
    • Pentadbiran pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat.
    • Bendahara sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera.
    • Penghulu Bendahari menguruskan perbendaharaan secara teratur.
    • Syahbandar bertanggungjawab mengutip cukai di pelabuhan.
    • Pembesar lain memungut cukai di kawasan pegangan.
    • Temenggung menjaga keselamatan kota Melaka.
    • Laksamana sebagai panglima Angkatan Laut Melaka.
    • Pada peringkat jajahan, pembesar menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.
  • Undang-undang
    • Terdapat dua jenis undang-undang, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
    • Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal. Antaranya berkaitan jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi.
    • Undang-Undang Laut Melaka diusahakan oleh Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak.
    • Sultan Mahmud Shah memperkenan undang-undang ini dan mengandungi perkara berkaitan dengan peranan nakhoda, pelayaran, jenayah di atas kapal dan percukaian.

1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat

Hubungan antara pemerintah dan rakyat selaras dengan konsep waadat, iaitu perjanjian antara pemerintah dan rakyat.

  • Peranan Sultan:
    • Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat.
    • Mewujudkan perpaduan rakyat.
    • Memastikan kemakmuran dan kestabilan kerajaan.
    • Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.
  • Peranan pembesar:
    • Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat kawasan pegangan.
    • Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat.
    • Mengutip hasil melalui sistem serah.
    • Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.
  • Peranan rakyat:
    • Taat setia kepada pemerintah dan mematuhi arahan pemerintah.
    • Tidak akan menderhaka kerana bimbang ditimpa tulah, iaitu kecelekaan yang boleh menimpa seseorang kerana melanggar perintah raja.
    • Menghadiri majlis umum seperti gotongroyong.
    • Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang.
    • Menjalankan aktiviti kerahan seperti membina istana atau jalan.

Contoh Soalan Bab 1

1) Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka membuktikan bahawa asas negara bangsa telah wujud sebelum kedatangan kuasa Barat. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada perkembangan tersebut.

  • Bangga dengan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
  • Penting untuk mempertahankan identiti bangsa
  • Membuktikan kemampuan kita mencapai kegemilangan
  • Mampu menentukan nasib dan masa depan sendiri
  • Penting untuk mengkaji sejarah tanah air

2) Sebagai generasi muda hari ini, cadangkan usaha-usaha untuk memantapkan sistem pentadbiran di negara kita.

  • Pemimpin yang berwibawa nenjalankan tanggungjawab dengan amanah akan dihormati dan disanjung tinggi oleh rakyat
  • Tidak menyeleweng atau salah guna kuasa seperti rasuah
  • Kesimpulannya kepimpinan merupakan faktor penting bagi memantapkan pentadbiran

2) Bincangkan impak/kesan negatif penguasaan wilayah melalui peperangan pada hari ini.

  • Kemusnahan harta benda seperti rumah
  • Kehilangan tempat tinggal
  • Rakyat menjadi pelarian akibat peperangan
  • Hidup melarat
  • Kesimpulannya peperangan pada hari ini membawa kepada kesengsaraan dan penderitaan rakyat negara yang terlibat

3) Sebagai generasi muda, apakah peranan/tanggungjawab anda terhadap sistem perundangan di negara kita?

  • Menghormati undang-undang negara
  • Dengan cara menghayati dan mengamalkan kandungannya
  • Kita perlu mengelakkan daripada melakukan kesalahan jenayah seperti membunuh, merompak dan lain-lain
  • Kesimpulannya kita perlu mematuhi dan menghormati undang-undang negara supaya negara aman dan harmoni

Pautan nota boleh dimuat turun pada pautan : Bab 1 Tingkatan 4 KSSM

Bab 2 : Kebangkitan Nasionalisme

2.1 Maksud Nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

  • Boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan.
  • Menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.
  • Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.

Beberapa orang tokoh dan sejarawan telah memberikan tafsiran mereka tentang nasionalisme.

  • Hans Kohn: Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang kepada negara atau bangsanya.
  • Profesor William R. Roff: Ketegasan orang Melayu disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi. Timbul disebabkan kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat di Tanah Melayu.
  • Dato’ Onn Jaafar: Menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdikari dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa lain yang tegap dan bersatu.
  • Dr. Burhanuddin al-Helmi: Perjuangan perlu ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts.
  • Dr. R. Suntharalingam: Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negara sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
  • Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid: Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke “Tanah Melayuan”.
  • Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim: Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Berkembang hasil daripada penentangan terhadap raja yang menindas dan menggugat hak serta kebebasan rakyat. Idea nasionalisme dikaitkan dengan perjuangan memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing.

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Perkembangan nasionalisme di Asia adalah kesan daripada idea nasionalisme di Barat.Penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme di India, China, Mesir, empayar Uthmaniyah dan Jepun.

  • Nasionalisme di India: Merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap imperialisme British. Bermula dengan kebangkitan rakyat tempatan Dahagi India 1857.
  • Nasionalisme di China: Nasionalisme bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
  • Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir: lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19.
  • Nasionalisme di Jepun: Digerakkan oleh pemerintah Jepun untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. Semasa era Pemulihan Meiji, prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berasaskan gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan Indonesia.

Namun begitu, gerakan nasionalisme di Thailand lebih bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan daripada ancaman imperialisme.

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Perkembangan nasionalisme di negara kita berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh pejuang tempatan.

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Pada abad ke-20, kemunculan nasionalisme disebabkan oleh peranan agama, penulisan kreatif dan media cetak. Golongan intelektual dan pengaruh luar serta serantau lahir daripada perkembangan sistem pendidikan bagi menyemarakkan nasionalisme menentang penjajah.

2.7 Perkembangan Nasionalisme

Perkembangan nasionalisme dapat dilihat melalui:

  • Perkembangan nasionalisme yang dipelopori oleh golongan intelektual.
  • Perkembangan nasionalisme ditinjau melalui penulisan oleh golongan guru, penulis dan wartawan yang menghasilkan karya seperti akhbar, majalah, novel, cerpen serta puisi.
  • Perkembangan nasionalisme melalui kewujudan pertubuhan atau persatuan bersifat sosioekonomi dan politik.

2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme

  • Dalam bidang politik, perjuangan KMS berjaya meningkatkan jumlah orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) daripada tujuh orang kepada 20 orang pada tahun 1937.
  • Masyarakat Cina di Tanah Melayu turut menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama bertujuan menyebarkan berita yang berlaku di negara China. Menjelang tahun 1921, banyak sekolah Cina menggunakan bahasa Mandarin untuk menggantikan dialek lain di sekolah Cina.
  • Masyarakat India yang lahir di Tanah Melayu lebih gemar dikenali sebagai “the Strait born people” telah berusaha membentuk identiti tersendiri yang mementingkan perpaduan serta mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu.

Contoh soalan Bab 2

1) Jelaskan/huraikan/bincangkan latar belakang perkembangan nasionalisme di Barat.

  • Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja
  • Simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.
  • Contoh nasionalisme anti raja ialah Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis
  • Perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing seperti Revolusi Amerika.

2) Bincangkan/jelaskan/huraikan perkembangan nasionalisme di Indonesia.

Nasionalisme awal berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda. Dipelopori Raden Adjeng Kartini yang memperjuangkan kemajuan pendidikan wanita. Karya Kartini, Hilang Gelap Terbitlah Terang dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1911. Karya ini mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia. Nasionalisme seterusnya berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme
Barat. Nasionalisme menjadi semakin radikal dengan penubuhan parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI)

3) Jelaskan/huraikan/bincangkan perjuangan nasionalisme oleh Sultan Kedah dan tokoh-tokoh lain

  • Perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah merupakan perjuangan terawal menentang British di Kedah. Baginda berusaha untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
  • Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong bersungguh-sungguh menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Perjuangan mereka bersifat setempat, namun selari dengan erti nasionalisme. Perjuangan membebaskan negara daripada ancaman luar dan mendaulatkan wilayah masing-masing. Reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah telah memaksa nasionalis kita bergerak secara sederhana.

4) Perjuangan gerakan nasionalisme golongan intelektual memberikan kesan kepada masyarakat di negara kita. Mengapakah hal ini boleh berlaku?

  • Golongan intelektual memberikan idea yang bernas
  • Bijak dalam komunikasi
  • Memahami maklumat yang disampaikan dengan mudah
  • Menerapkan nilai-nilai pengorbanan yang tinggi seperti mempertahankan kedaulatan negara
  • Kesimpulannya perjuangan golongan intelektual meninggalkan kesan kepada masyarakat di negara ini kerana mereka mempunyai hala tuju yang jelas

5) Cadangkan langkah-langkah untuk menggalakkan murid sekolah bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan.

  • Mewajibkan setiap murid menyertai persatuan
  • Menjadikan kegiatan persatuan lebih menarik
  • Melaksanakan penilaian kokurikulum dari semasa ke semasa
  • Mengadakan pelbagai pertandingan dalam persatuan atau antara persatuan seperti pertandingan kuiz, explore race
  • Kesimpulannya setiap persatuan perlu melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat pelajar

Muat turun pautan nota : Bab 2 Tingkatan 4 KSSM

Bab 3 : Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia

Kebangkitan orang Melayu menentang campur tangan British mencetuskan nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia. British menentang keras gerakan awal tersebut.

Kesedaran awal nasionalisme

  • British membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah sejak awal abad ke-20.
  • Enakmen Undang-Undang Islam 1904 diperkenalkan dengan persetujuan British dan Raja-raja Melayu bagi memastikan sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara.
  • Badan penyiasat ditubuhkan, iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Deparment) dan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau) bertujuan mengawal gerakan Islah Islamiah.

3.2 Latar Belakang Perang Dunia

Perang Dunia Pertama

Peperangan berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa kepada persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing.

Faktor-faktor Perang Dunia Pertama

  • Persaingan kuasa imperialis berikutan perkembangan Revolusi Industri.
  • Pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga akibat daripada permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah.
  • Krisis rantau Balkan yang membawa kepada pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya, Sophie oleh seorang pemuda Serbia.

Penglibatan Amerika Syarikat membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918.

  • Persidangan Damai Paris (18 Januari 1919) Membincangkan syarat perdamaian selepas perang agar Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. Persidangan melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian.
  • Perjanjian Versailles (28 Jun 1919) memutuskan Jerman dikehendaki
    • Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang.
    • Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.
    • Mengehadkan saiz angkatan tentera.
    • Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.

Kesan Perang Dunia Pertama

  • Keruntuhan pemerintahan beraja di Eropah.
  • Kemunculan negara baharu berikutan keruntuhan Austria-Hungary, perpecahan empayar Rusia dan empayar Uthmaniyah.

Kesan terhadap negara kita

  • Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British.

3.3 Perang Dunia Kedua (1939 – 1945)

Perang Dunia Kedua berlaku di dua medan pertempuran:

  • Pertempuran di Eropah tertumpu di negara Eropah dan utara Afrika.
  • Pertempuran di Asia Pasifik tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.

Peperangan melibatkan dua pakatan, iaitu:

  • Kuasa Paksi yang dianggotai oleh Jerman, Itali dan Jepun.
  • Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Rusia dan kemudian disertai oleh Amerika Syarikat.

Faktor-faktor Perang Dunia Kedua di Eropah:

  • Kemunculan ideologi baharu di Itali dan Jerman.
  • Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles.
  • Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama.

3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941 – 1945)

  • Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik juga dikenali sebagai Perang Pasifik.
  • Pertempuran berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
  • Perang Pasifik berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera yang melaksanakan imperialisme di rantau Asia Pasifik

Peluasan Kuasa Jepun

  • Dasar peluasan kuasa Jepun berikutan kejayaan dasar pembaharuan Meiji membawa pemodenan di Jepun.
  • Sekatan ekonomi terhadap Jepun setelah Jepun menduduki Korea (1910), Manchuria (1932) dan China (1937).
  • Rancangan penaklukan wilayah di selatan untuk menguasai bijih timah, getah, bauksit dan petroleum.

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

  • Eksploitasi sumber bahan mentah.
  • Kepentingan strategik ketenteraan.

3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

Dasar pentadbiran

  • Memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.
  • Mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.
  • Memberikan peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi.

Dasar ekonomi

  • Melaksanakan sistem ekonomi kawalan.
  • Mata wang Jepun (wang pokok pisang) dicetak tanpa kawalan.

Dasar sosial

  • Menutup semua sekolah Inggeris dan sekolah Cina dan memperkenalkan sistem persekolahan Jepun.
  • Menghormati agama Islam dan adat Melayu.
  • Memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk mengawal bekalan barangan.
  • Memberikan layanan yang berbeza kepada penduduk.

3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Air

  • Rejimen Askar Melayu bersama tentera British menentang tentera Jepun di Kelantan dan Singapura

Force 136

  • Ditubuhkan oleh British
  • Mendapat latihan di India dan Sri Lanka
  • Dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang Melayu dan menubuhkan pasukan gerila
  • Bekerjasama dengan gerila Melayu:
  • Mengumpulkan maklumat, melakukan sabotaj dan menyebarkan propaganda
    Membuat persiapan untuk British melancarkan Operasi Zipper

Penentangan MPAJA

  • Sebahagian orang Cina mencari perlindingan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM)
  • Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan oleh PKM:
  • Diberikan latihan oleh British
  • Untuk menjadi pasukan gerila terhadap Jepun

Kerjasama MPAJA dan Force 136

  • MPAJA pernah membuat perjanjian kerjasama dengan Force 136 yang mewakili tentera British
  • MPAJA memperoleh bantuan seperti senjata, ubat-ubatan dan kewangan

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA

  • Gerila Cina dari Parti Kuomintang (PKT) bersetuju bekerjasama dengan MPAJA

Penentangan Individu

  • Gurchan Singh
    • Mengunakan nama samaran “Lion of Malaya”
    • Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur
    • Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan dan: Melakukan sabotaj landasan terhadap kereta api, Berjaya menjejaskan pengangkutan tentera Jepun
  • Sybil Kathigasu
    • Seorang jururawat
    • Mengendalikan sebuah klinik di Ipoh dengan suaminya Dr. Abdon
    • Memberi bantuan ubat-ubtan kepada gerila anti-Jepun
    • Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dengan gerila anti-Jepun
    • Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera Jepun

Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah

  • Operasi Semut
    • Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia di Sarawak
    • Melatih orang tempatan menjadi pasukan gerila anti-Jepun (dipanggul gerila Semut)
    • Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi Sarawak penting dalam merancang taktik perang gerila

Pemberontakan Jesselton

  • Juga dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth
  • Diketuai oleh Albert Kwok di Sabah
  • Kumpulan Albert Kwok menyerang dan membunuh tentera Jepun di Jesselton (kini Kota Kinabalu)
  • Tentera Jepun melakukan serang balas dengan pantas dan kejam: Perkampungan diserang dan dibom, Penduduk disoal siasat dan diseksa sehingga mati dalam pencarian anggota pemberontakan
  • Albert Kwok dengan anggotanya menyerah diri. Berharap dapat menamatkan serangan balas tentera Jepun, Albert Kwok dan 175 orang lain dihukum bunuh. 131 orang lagi dipenjarakan
  • Terdapat juga gerila anti-Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun di Sabah

3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

Perkembangan Semangat Antipenjajah

  • Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya”
  • Kesatuan Melayu Muda (KKM) bekerjasama dengan Jepun agar memerdekaan Tanah Melayu

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan dalam Kalangan Orang Melayu

  • Jepun membenarkan kegiatan KMM untuk mendapat sokongan penduduk tempatan
  • Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia
  • KRIS disokong oleh Jepun
  • Perjuangan KRIS gagal kerena Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua

Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah

  • Orang Melayu dan Iban mendapat jawatan pegawai akibat kekurangan pegawai Jepun
  • Keyakinan penduduk tempatan untuk mentadbir sendiri meningkat

3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun

Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua

  • Amerika syarikat menjatuhkan bom atom terhadap Jepun
  • Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua berakhir
  • Tentera British mendarat semula ke Tanah Melayu

Penguatkuasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu

  • Sebelum British mendarat, Bintang Tiga PKM mengambil alih kuasa di Tanah Melayu selama 14 hari
  • Mereka menguasai bangunan pentadbiran dan memperkenalkan undang-undang sendiri

Tindak Balas Orang Melayu

  • Bintang Tiga zalim terhadap Orang Melayu dan agama Islam
  • Orang Melayu menjalankan Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan diri sendiri
  • Kiai Salleh memimpin penentangan terhadap Bintang Tiga di Johor
    Kompromi dan Usaha Perundingan

Usaha Dato’ Onn Jaafar:

  • Dato’ Onn Jaafar menyusun perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga
  • Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan dan Bintang Tiga berhenti penguasaan terhadap Balai Polis Batu Pahat
  • Kompromi tersebut merupakan usaha untuk mengembalikan keamanan di Johor

Peranan Raja-raja Melayu:

  • Sultan Pahang dan Sultan Perak mengingatkan untuk berhenti pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di daerah-daerah mereka
  • Raja Melayu juga berbincang dengan penghulu untuk menjalankan pemulihan selepas perang

Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah

  • Ketegangan antara kaum berlaku di Sarawak sebelum tentera Australia mendarat
  • Berlaku permusuhan antara bekas gerila peribumi dengan orang Cina yang menyokong Jepun di Kanowit
  • Tentera Australia mengeluarkan perintah berkurung di Kuching dan berjaya mengelakkan pertumpahan darah antara kaum

Pautan untuk muat turun nota : Bab 3 Tingkatan 4 KSSM

Bab 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

4.1 British Military Administration

Pada 12 September 1945, British Military Administration (BMA) diisytiharkan setelah tentera Jepun menyerah kalah. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara (1943–1946). Tugas BMA ialah: mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat.

Mengembalikan kestabilan

  • Pada 1 Disember 1945, BMA membubarkan pasukan MPAJA bertujuan memulihkan keamanan dan kestabilan negara.
  • BMA mengarahkan semua senjata yang diberikan kepada mereka semasa pendudukan Jepun dahulu dikembalikan.
  • Namun, BMA gagal dalam usaha mengumpulkan semula senjata tersebut dan membanteras jenayah, keganasan, kongsi gelap serta masalah ketegangan kaum.

Memulihkan kepercayaan rakyat

  • Semasa pemerintahan Jepun, rakyat mengalami kesukaran hidup. Bekalan makanan dan ubat-ubatan sukar didapati, sekiranya ada bekalan, harganya terlalu tinggi.
  • Rakyat berharap pentadbiran BMA dapat memulihkan kesengsaraan hidup mereka.
  • Oleh itu, BMA telah mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu bertujuan mengembalikan kepercayaan rakyat supaya menyokong kepulangan British di negara ini
  • BMA juga berusaha memulihkan kerosakan infrastruktur akibat bencana peperangan.

4.2 Gagasan Malayan Union

Ciri-ciri Malayan Union:

  • Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran.
  • Pentadbiran Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England.
  • Majlis Perundangan dan Majlis Eksekutif Malayan Union dibentuk di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British.
  • Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Kewarganegaraan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli.

4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union

Penentangan Raja-raja Melayu Terhadap Malayan Union

  • Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England.
  • Menghantar surat bantahan ke London.
  • Menyokong Kongres Melayu.
  • Permaisuri Perak memimpin Gerakan menentang Malayan Union.
  • Memulau upacara pelantikan Gabenor Malayan Union.

Penentangan rakyat terhadap Malayan Union:

  • Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) dan Warta Malaya (Pulau Pinang) menyuarakan bantahan dengan keras, mengecam dan mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu.
  • Cendekiawan Dato’ Onn Jaafar menggerakkan orang Melayu untuk menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi.
  • Persatuan Melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor menghimpunkan orang Melayu dari seluruh negara untuk membantah gagasan Malayan Union.
  • Di negeri Kelantan, Kedah dan Johor orang ramai berhimpun semasa kehadiran MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan.
  • Mengadakan Kongres Melayu
  • Menubuhkan UMNO yang menganjurkan bantahan secara besar-besaran

4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British

Faktor penyerahan Sarawak kepada British:

  • Masalah pewarisan takhta.
  • Desakan kerajaan British.
  • Masalah kewangan.

4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak

Faktor penentangan penyerahan Sarawak:

  • Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941.
  • Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke
  • Gerald T. MacBryan menggunakan muslihat untuk mendapatkan tandatangan ketua tempatan.

Bentuk penentangan penduduk tempatan

  • Mengadakan persidangan bagi merancang demonstrasi. Mengadakan demonstrasi dengan membawa sepanduk dan poster dengan kata-kata “Kami membantah dengan sekeras- kerasnya atas tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada colonial Inggeris”, “Sarawak adalah hak kami”, “Leburkan colonial” dan “No Cession”.
  • Kakitangan kerajaan meletak jawatan beramai-ramai membantah Pekeliling No. 9.
  • Kaum wanita mengadakan bantahan.
  • Menggunakan akhbar seperti Utusan Sarawak.
  • Menulis surat bantahan kepada kerajaan British di London bagi menyatakan bantahan mereka terhadap penjajahan Sarawak.
  • Menubuhkan Kumpulan Rukun 13 untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak.

4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British

Faktor penyerahan Sabah kepada British:

  • Memenuhi kepentingan British.
  • Meneruskan dasar British dalam hubungan luar.
  • Masalah kewangan SBUB.

4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah

Penyerahan Sabah kepada kerajaan British tidak menimbulkan penentangan daripada penduduk tempatan disebabkan:

  • Dasar British yang menindas kegiatan berpersatuan serta mengehadkan peluang penduduk tempatan dalam pentadbiran.
  • Kesedaran penduduk tempatan melihat penyerahan Sabah sebagai langkah membangunkan negeri Sabah selepas perang

Nota boleh dimut turun pada pautan : Bab 4 KSSM Tingkatan 4

Bab 5 : Persekutuan Tanah Melayu

5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran.
  • Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
  • Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bertujuan membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Terdapat golongan yang mencadangkan perlembangan alternatif yang dinamakan Perlembagaan Rakyat.
  • Pegawai pemerhati dan Penasihat Undangundang dalam Jawatankusa Kerja diwujudkan.

Ahli Jawatankuasa Kerja: Wakil kerajaan British: A.T. Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union), K.K. O’ Connor (Peguam Negara Malayan Union), W.D. Godsall (Setiausaha Kewangan), Dr. W. Linehan (MCS), A. Williams (MCS), D.C. Watherston (Setiausaha)

Wakil UMNO: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin, Haji Megat Yunus

Wakil Raja-raja Melayu : Raja Kamaralzaman Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak), Dato’ Hamzah Abdullah (Orang Kaya Menteri Besar Selangor), Haji Mohamad Sheriff Osman (Setiausaha Kerajaan Kedah), Dato’ Nik Ahmad Kamil Mahmud, (Dato’ Seri Setia Raja Kelantan)

Cadangan Jawatankuasa Kerja

  • Menyatukan semua negeri Melayu dan dua buah Negeri-Negeri Selat dalam satu pentadbiran.
  • Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
  • Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
  • Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri.
  • Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat.

Pakatan PUTERA-AMCJA

  • Pada bulan Julai 1947, PUTERAAMCJA mengadakan pertemuan untuk mengemukakan draf Perlembagaan Rakyat.
  • British menolak Perlembagaan Rakyat dan menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Jawatankuasa Kerja.
  • Pada 20 September 1947, PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal dengan meminta semua peniaga menutup kedai sebagai bantahan.
  • Menerusi sokongan Dewan Perniagaan Cina, hartal dilaksanakan di bandar utama di Tanah Melayu.

5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948:

  • Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
  • Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO.
  • Sokongan pentadbir British.

5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

Masa lima bulan diambil oleh Jawatankuasa Kerja bagi menyelesaikan kerja merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Raja-raja Melayu, wakil British dan UMNO menghadiri persidangan pembentangan rangka Perjanjian Persekutuan pada 20 November 1946.

Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah:

Pentadbiran:

  • Pentadbiran melibatkan gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka).
  • Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.
  • Seorang Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa eksekutif.

Kuasa Raja-raja Melayu

  • Majlis Raja-Raja dibentuk bertujuan membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pendapat dalam perkara tertentu.
  • Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.

Perundangan

  • Pesuruhjaya Tinggi mengetuai Majlis Perundangan Persekutuan.
  • Majlis ini merangkumi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian.

Kewarganegaraan

  • Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
  • Kewarganegaraan secara pendaftaran.

5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

  • Persekutuan tanah Melayu 1948 mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu semula.
  • Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Membuka ruang kewarganegaraan

  • Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara.
  • Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal.

Mewujudkan kerjasama kaum

  • Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan
    kerjasama antara kaum melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.
  • Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.
  • Merintis pada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 yang sekali gus membawa kemerdekaan.

Sila muat turun nota pada : Bab 5 Tingkatan 4 KSSM

Bab 6 : Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat

6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita

Sejak awal tahun 1920-an, fahaman komunis mula dibawa masuk ke negara kita melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China.

Pada tahun 1920, fahaman komunis cuba dibawa masuk oleh beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh melalui Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.

Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

  • Pada peringkat awal penubuhannya, PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina dan kemudian menyusup dalam Kesatuan Sekerja.
  • Pada zaman pendudukan Jepun (1941 – 1945), PKM menentang Jepun melalui kerjasama dengan British serta pembentukan Malayan People’s AntiJapanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga.
  • Selepas kekalahan Jepun, PKM merampas peluang kekosongan politik untuk meluaskan pengaruhnya

6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita

Perisytiharan Darurat

  • Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh komunis menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan di Perak dan Johor pada 17 Jun 1948.
  • Pada 18 Jun 1948, Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu.

Tindakan Komunis

  • Melumpuhkan ekonomi dengan mencetuskan huru-hara di seluruh negara supaya penduduk hilang keyakinan terhadap British.
  • Menyasarkan lombong bijih timah dan ladang getah.
  • Merosakkan infrastruktur dan melakukan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas, khususnya sistem pengangkutan dan perhubungan.
  • Mengancam keselamatan rakyat dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat.
  • Mengancam pasukan keselamatan dengan menyerang balai polis dan membunuh pegawai tinggi kerajaan British.

6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis

Menguatkuasakan Undang-Undang Darurat

  • Menahan mereka yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa perbicaraan.
  • Mengharamkan pertubuhan radikal dan menangkap pemimpinnya.

Memperkasakan Pasukan Keselamatan

  • Menubuhkan Cawangan Khas, Special Constables (SC), Polis Hutan, Polis Wanita, Senoi Praaq (Urang Perang) dan Auxiliary Police (AP).
  • Memperkasakan pasukan tentera melalui pasukan Askar Melayu, pasukan Askar Komanwel dan Sarawak Rangers.
  • Mewujudkan pasukan sukarelawan seperti Home Guard.

Memperkenalkan Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan

  • Pada 23 Julai 1948, kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan.
  • Langkah tersebut bertujuan memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis.
  • Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa dan dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-amana sahaja.

Melaksanakan Rancangan Briggs

  • Memindahkan penduduk setinggan di pinggir hutan ke Kampung Baru bagi memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen.

Menawarkan Pengampunan

  • Maklumat dilakukan melalui siaran radio dan pengedaran risalah dari udara ke dalam hutan.
  • Iklan dan wayang gambar juga digunakan untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya menyerah diri.

Menjalankan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

  • Penduduk berbilang kaum diseru untuk mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa secara sukarela.
  • Menggalakkan interaksi antara penduduk pelbagai kaum di samping mengeratkan hubungan.

Mengenakan Perintah Berkurung

  • Melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu.
  • Membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan.

Melancarkan Perang Saraf

  • Rancangan menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat tempatan.
  • Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan membanteras ancaman komunis.

Mengadakan Rundingan Baling

  • Tunku meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakkan senjata dan menyerah diri.
  • Chin Peng menetapkan syarat kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai parti politik yang sah.
  • Rundingan gagal kerana Tunku enggan menerima syarat yang ditetapkan oleh PKM.

6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita

Aspek Politik

  • Kelonggaran syarat kewarganegaraan menyebabkan jumlah warganegara meningkat.
  • Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur untuk meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis.
  • Mempercepat kemerdekaan melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).

Aspek Sosioekonomi

  • Perkembangan ekonomi terjejas kerana British terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dalam menangani ancaman komunis.
  • Rakyat mengalami penderitaan

Penamatan Darurat

  • Pada 31 Julai 1960, zaman darurat yang berlangsung selama 12 tahun di negara kita tamat.

Nota di atas boleh dimuat turun melalui : Bab 6 Tingkatan 4 KSSM

Bab 7 : Usaha ke Araha Kemerdekaan

7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka

Pertubuhan yang mencetuskan idea negara
merdeka:

  • Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1938, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
    1945, Angkatan Pemuda Insaf (API) 1946, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak 1946, Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) 1946, United Malays National Organisation (UMNO) 1946, Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) 1946, Malayan Indian Congress (MIC) 1946, Hizbul Muslimin 1947, Malayan Chinese Association (MCA) 1949, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) 1951, Independence of Malayan Party (IMP) 1951

7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Objektif CLC:

  • Mengkaji hubungan kaum secara mendalam.
  • Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti.
  • Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk.

7.3 Sistem Ahli

Ciri-ciri Sistem Ahli

  • Satu sistem kabinet bayangan.
  • Ahli bertaraf “Menteri“ dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan dan agensi kerajaan.
  • Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
  • Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP.
  • Setiap Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.

Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan

  • Menyediakan asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
  • Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan.
  • Memupuk perpaduan kaum melalui kerjasama pemimpin pelbagai kaum.
  • Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan daripada seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan

Usaha ke Arah Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan Melalui Penubuhan Jawatankuasa Pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah

  • Laporan Barnes 1951
  • Laporan Fenn-Wu 1951
  • Ordinan Pelajaran 1952
  • Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah 1955
  • Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

7.5 Penubuhan Parti Politik

Pakatan PUTERA-AMCJA

  • Memupuk kerjasama politik antara kaum
  • Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat:
  • Pemerintahan sendiri
  • Pembentukan Dewan Perundangan
  • Menerima kewarganegaraan yang hanya satu

Persidangan Kebangsaan

  • Disertai oleh IMP, MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya
  • Untuk membentuk gabungan parti politik kebangsaan yang bersatu
  • Menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan

Konvensyen Kebangsaan

  • Dihadiri oleh UMNO, MCA dan PAS
  • Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan

Pembentukan Parti Perikatan

  • Dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC yang melambangkan tiga kaum terbesar

Nota boleh dimut turun pada pautan : Bab 7 KSSM Tingkatan 4

Bab 8 : Pilihan Raya

8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu

  • Pilihan raya diadakan selaras dengan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Jawatankuasa Pilihan Raya ditubuhkan
  • Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diluluskan:
    • Memberi majlis tempatan kuasa untuk mengadakan pilihan raya
  • Pilihan raya majlis perbandaran diadakan sebelum pilihan raya negeri

8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama

  • Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan menentukan kawasan pilihan raya
  • Rang undang-undang diluluskan untuk membolehkan pilihan raya
  • Pendaftaran pengundi
  • Kempen pilihan raya
  • Mengundi
  • Pengiraan undi
  • Pengumuman keputusan

Syarat untuk Menjadi Pengundi dan Calon

  • Pengundi:
    • Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
    • 21 tahun ke atas
    • Layak memohon menjadi pengundi jika telah tinggal di persekutuan enam bulan terdahulu
  • Calon
    • Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
    • 21 tahun ke atas
    • Telah tinggal di persekutuan selama 12 bulan sebelum hari penamaan calon
    • Berpengetahuan bahasa Inggeris dan Melayu

8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

  • Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) terbentuk hasil daripada pilihan raya
  • MPP berperanan menggubal undang-undang pada peringkat persekutuan
  • Kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman mula mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu
  • Proses peralihan kuasa berlaku secara berperingkat, Pesuruhjaya Tinggi British masih berkuasa menentukan hala tuju

8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

  • Setiap Menteri bertanggungjawap terhadap portfolio masing-masing
  • Meneruskan sistem pentadbiran yang berdasarkan Model Westmintster
  • Berusaha meminta Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi dimansuhkan
  • Membincangkan isu-isu negara seperti:
    • Keselamatan dalam negeri
    • Pertahanan
    • Kewangan

Muat turun nota berkaitan pada pautan : Bab 8 Tingkatan 4 KSSM

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan

  • Dalam usaha merintis jalan ke arah kemerdekaan negara kita, beberapa rundingan antara Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan pihak British telah diadakan.
  • Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu serta wakil Parti Perikatan berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan.
  • Pihak yang menyokong rundingan ini ialah E.E.C. Thuraisingham, iaitu wakil orang Ceylon, ketua Parti Rakyat, iaitu Ahmad Boestamam, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani.
  • Wakil Raja-raja Melayu:
    • Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang iaitu Datuk Haji Wahab Abd Aziz
    • Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid
    • Menteri Besar Johor: Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
    • Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
  • Wakil Parti Perikatan:
    • Tunku Abdul Rahman
    • Dato’ Abdul Razak Hussein
    • H.S Lee
    • Dr. Ismail Abdul Rahman

Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London:

  • Tunku Abdul Rahman menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura
  • Rombongan kemerdekaan menaiki kapal laut, M. V Asia pada 1 Januari 1956 berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura
  • Singgah di Karachi, Pakistan dan menaiki kapal terbang menuju ke London
  • Rombongan tiba di London pada 14 Januari 1956

9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Keanggotaan Suruhanjaya Reid: Lord Reid (Britain) – Pengerusi, Sir William Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), Hakim B. Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:

  • Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan.
  • Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri serta bermesyuarat dan melawat negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
  • Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu, mengkaji serta membuat laporan dan cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara merdeka.

9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

  • Suruhanjaya Perlembagaan mendapatkan memorandum dari seluruh Tanah Melayu untuk dirujuk. Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima.
  • Suruhanjaya Perlembagaan mengeluarkan draf perlembagaan.
  • Pelbagai pihak memberikan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan sekali lagi berlepas ke London untuk berbincang  dengan kerajaan British tentang isu kewarganegaraan dan beberapa isu lain yang belum muktamad.
  • Beberapa perubahan dan pindaan dibuat pada draf perlembagaan dan hasil pindaan tersebut disembah perkenan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja.
  • Pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957, draf perlembagaan dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan.
  • Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diluluskan oleh Parlimen British di London dan kemudiannya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.
  • Rang undang-undang diluluskan dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuat kuasa secara rasminya pada 31 Ogos 1957.

9.4 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

  • Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
  • Individu yang dilahirkan di dalam Persekutuan (pada hari merdeka atau selepas) akan diberikan kewarganegaraan
  • Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga
  • Agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Nota boleh dimuat turun pada : Bab 9 Tingkatan 4 KSSM

Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan

10.1 Pengertian Kemerdekaan

  • Sayyid Jamal al-Din al-Afghani : Rakyat perlu membebaskan diri daripada pihak luar dengan semangat jinsiyyah dan wataniyyah
  • Mahatma Gandhi : Setiap negara berhak untuk menguruskan negara sendiri demi keharmonian hidup
  • Nelson Mandela : Kebebasan daripada sebuah sistem yang menindas
  • Soekarno : Kebebasan selama-lamanya daripada politik penindasan
  • Tunku Abdul Rahman : Kemerdekaan ialah satu tempat perhentian dalam perjalanan menjadi negara berdaulat
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad : Semangat menyayangi negara dengan sepenuh hati selain kebebasan daripada penjajahan

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Jawatankuasa Persediaan Fizikal

  • Tunku Abdul Rahman mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan).
  • Lagu Negaraku, iaitu lagu kebangsaan berasal daripada lagu Terang Bulan, iaitu lagu negeri Perak yang liriknya ditulis oleh Saiful Bahari.
  • Mohamed Hamzah mencipta reka bentuk bendera.

Jawatankuasa Sambutan

  • Jawatankuasa ini berperanan memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri.
  • Pakaian khas disediakan untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman sendiri.
  • Kursus khas dianjurkan oleh kerajaan berkaitan dengan protokol

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

  • Jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan menjelang tengah malam 30 Ogos 1957.
  • Pada pukul 10.00 malam, wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat duduk.
  • Pada pukul 10.30 malam, sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat.
  • Pada pukul 11.58 malam, semua lampu dipadamkan.
  • Pada pukul 12.00 malam, lampu dipasang dan diikuti dengan laungan “Merdeka’ oleh orang ramai.
  • Pada pukul 12.10 malam, Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat.
  • Pada pukul 12.25 tengah malam, Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan.
  • Pada pukul 12.55 malam, majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

Peringkat negara

  • Pengamalan sistem Raja Berperlembagaan.
  • Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen.
  • Pentadbiran negara oleh kabinet.
  • Cabaran kerajaan Persekutuan untuk menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan dalam bidang profesional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan.

Peringkat antarabangsa

  • Mengukuhkan Kementerian Luar.
  • Menganggotai Komanwel.
  • Mengekalkan hubungan baik dengan Britain dan negara Komanwel untuk pertahanan.
  • Penyertaan dalam blok sterling.
  • Mendapat pengiktirafan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB).
  • Melibatkan diri dalam misi Pengaman PBB di Congo.

Ekonomi

  • Rancangan Malaya Pertama 1956 – 1960 meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran bagi tujuan pertanian dan penempatan semula masyarakat.
  • Institusi Kewangan Tempatan ditubuhkan.
  • Pembangunan Luar Bandar diberikan tumpuan.
  • Rancangan Buku Merah yang mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas dilancarkan.

Sosial

  • Sistem pendidikan kebangsaan diusahakan.
  • Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Jabatan Penerangan ditubuhkan.
  • Penubuhan pusat kesihatan dan hospital.
  • Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur diberikan perhatian.

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

Wilayah Pengaruh

  • Terdiri daripada negeri-negeri yang mempunyai Sultan atau Yang Dipertua Negeri

Kerajaan

  • Mentadbir negara
  • Terbahagi kepada Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman
  • Dipilih melalui pilihan raya

Kedaulatan Undang-undang

  • Memastikan kesejahteraan negara
  • Semua penduduk tertakluk di bawah undang-undang

Lambang Kebangsaan

  • Simbol perpaduan
  • Contoh: Jata Negara dan Jalur Gemilang

Rakyat

  • Mempunyai hak asasi di sisi undang-undang

Pautan untuk muat turun nota : Bab 10 Tingkatan 4 KSSM

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Bab 1 – 10) memberikan manfaat kepada pelajar.

Related : nota ringkas sejarah tingkatan 4,

Senarai Tajuk Kecil Artikel