Umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa Ramadan tahun 2020 Masihi bersamaan dengan 1441 Hijrah pada hari Jumaat, 24 April 2020. Berikut dikongsikan panduan cara lafaz niat puasa Ramadhan (Ramadan) harian serta sebulan dalam bahasa Arab dan rumi beserta maksud. Juga dikongsikan doa berbuka puasa secara bersendiri atau beramai.
Berpuasa Ramadhan adalah salah satu Rukun Islam dan orang yang beriman diwajibkan mengerjakan tuntutan ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini juga al-Qur’an diturunkan. Selain itu,terdapat di bulan Ramadhan ini juga Lailatul Qadar iaitu malam yang penuh kemuliaan dan keberkatan di mana suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Kehadiran bulan suci Ramadhan merupakan satu hadiah yang sangat indah buat kita, kerana padanya terdapat banyak kebaikan yang bernilai lebih serta berlipat ganda dan pintu-pintu syurga dibuka. Dan yang istimewanya terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lainnya seperti solat tarawih dan sebagainya.
Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan
Dari segi bahasa, ianya adalah bermaksud “menahan diri daripada melakukan sesuatu” samada perbuatan, kata-kata ataupun makanan.
Dari segi syarak pula, ianya bermaksud menahan diripada dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan disertai niat.
Di antara syarat sah adalah beragama Islam, berakal, suci daripada haid dan nifas sepanjang siang hari bagi perempuan, berniat, serta menahan diri daripada segala yang membatalkan.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan
NIAT merupakan salah satu rukun dalam ibadat ini dan hukum berniat pada bulan Ramadhan adalah wajib. Tanpa niat seseorang itu tidak dianggap berpuasa, walaupun dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan, seperti makan dan minum.
Bilakah niat itu patut dilakukan?
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq. Oleh itu, bolehlah dilakukan berniat pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, hatta ketika sedang menunaikan sembahyang fardhu Maghrib
Niat Puasa Ramadhan Harian (Esok Hari)
Niat yang wajib dilakukan pada tiap-tiap malam :-
Bacaan Dalam Rumi : Nawaitu Sauma Rghodin ‘An Ada-‘ie, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksud: Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
Niat Sebulan
Dalam mazhab Syafi’e, niat wajib diperbaharui pada setiap malam. Akan tetapi ulama mazhab Syafi’e juga menganjurkan supaya bertaqlid dengan mazhab Maliki iaitu berniat untuk sebulan penuh pada malam pertama Ramadhan sebagai langkah berjaga-jaga demi mengelakkan terlupa berniat.
KESIMPULAN : Tiada masalah untuk berniat selama sebulan, namun dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.
Bacaan Niat Sebulan Dalam Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
Buka Beramai
Rumi: Allahumma laka shumna wa bika amanna wa‘alaa rizqika aftharna birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksud: Ya Allah keranaMu kami berpuasa dan kepadaMu kami beriman dan di atas rezekiMu kami berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Buka Bersendiri
Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksud: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sunnah Ramadhan
Diantara sunnah Ramadhan adalah :-
- Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari
- Bersahur di akhir malam dan beribadah serta istighfar
- Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
- Banyakkan doa semasa berpuasa dan fahami ertinya
- Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
- Menyegerakan berbuka selepas kepastian masuk waktu Maghrib
- Berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering)
- Sedekah harta bagi juadah berbuka orang ramai
- Solat sunat terawih secara berjemaah
- Tahajjud di malam hari sebelum sahur atau selepas (sebelum fajar)
Soal Jawab
Berikut adalah serba sedikit soalan dan jawapan berkaitan pelaksanaan ibadah puasa di bulan Ramadhan buat rujukan umat Islam dari sumber rujukan Majlis Ugama Islam Singapura.
i) Semalam saya agak terlewat bangun untuk bersahur. Kemudian, ketika saya sedang makan sahur, deejay di radio mengatakan bahawa telah masuknya waktu imsak di tempat saya. Adakah puasa saya itu batal?
Puasa bermula dari waktu fajar atau lebih dikenali sebagai subuh, sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Waktu imsak adalah hanya sebagai peringatan bahawa waktu fajar amatlah hampir, dan anda harus mula menyelesaikan makanan secepat mungkin. Ini untuk mengelakkan makanan masih ada di dalam mulut dan azan subuh berkumandang. Jika anda masih makan setelah masuk waktu imsak, tetapi sebelum waktu subuh, puasa anda tetap sah.
ii) Apakah hukum puasa bagi perempuan yang mengandung?
Wanita yang hamil boleh berpuasa jika ia mampu berbuat demikian. Sekiranya ia tidak mampu, ia boleh berbuka. Jika beliau tidak berpuasa kerana khuatir akan keadaan dirinya sahaja, maka beliau wajib qadha’ puasa sahaja. Jika beliau bimbang tentang keadaan anak di dalam kandungannya sahaja, maka beliau wajib qadha’ dan juga membayar fidyah bagi hari tersebut.
iii) Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:-
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa (sah). Lain-lain perkara yang membatalkan adalah :-
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam
iv) Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa?
Antara perkara yang membatalkan ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa.
v) Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.
vi) Jika saya membatalkan puasa saya pada bulan Ramadan tanpa keuzuran, apakah hukumnya?
Jika anda membatalkan puasa anda tanpa sebarang keuzuran, anda dikira berdosa kerana telah melanggar salah satu rukun Islam. Anda perlu bertaubat dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Anda juga harus mengqadha’ puasa yang anda tinggalkan itu. Walau bagaimanapun, anda telah kerugian kerana puasa yang ditinggalkan secara sengaja dan diganti pada hari lain, tidak akan sama dengan puasa di bulan Ramadan.
Dari Abi Hurairah R.A berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”
vii) Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah. Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.
Selamat berpuasa Ramadhan diucapkan buat semua Umat Islam di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
Related : berniat pada bulan ramadhan tahun ini kerana Allah ta ala, waktu untuk berniat pada malam hari sebelum terbit fajar, waktu maghrib sehinggalah terbit fajar, wajib berniat pada setiap malam, bahasa rumi nawaitu souma syahri ramadhana kul lihi lil lahi ta ala, i fardhi syahri ramadhana, cara lafaz niat puasa ramadhan sebulan, berniat puasa waktu malam mendapat pahala puasa sunat, Nabi Muhammad SAW, sah puasa, satu ibadah menentukan niat, م ض ان ك ر م ض ان ت ع ال ى nawaitu souma ghadin an ه ت ع ال ان ك ل ه م ش ه ر ت ص و م ن و ي ت ل ه ت ع ي ت ص و, ض ان ك ل, ن و ي ت ص و م غ د, maksudnya sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan kerana allah, tiada masalah untuk berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan kerana allah, tiada masalah untuk berniat juga pada setiap malam, memperbaharui niat pada setiap malam, perkara yang membatalkan puasa, kaffarah nazar ataupun sunat isnin khamis hari arafah asyura, menggariskan beberapa syarat di sisi al malikiyyah al syafi iyyah dan juga al hanabilah, fardhi syahri ramadhana kul lihi lil lahi ta ala, ش ه ت ص و م غ د
dimaksudkan di sisi al malikiyyah al syafi iyyah dan juga al hanabilah, pendapat mazhab kita mazhab al, barangsiapa yang ingin berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan kerana Allah SWT
Senarai Tajuk Kecil Artikel