MyKasih : Permohonan & Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Cara semak status bantuan program dan cara mohon jika tidak tersenarai.

MyKasih : Permohonan & Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penerusan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Penerima SARA pada tahun 2023 sebanyak 200,000 akan diperluaskan kepada lebih 700,000 penerima di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Khas buat golongan miskin tegar dan miskin bandar berikut dikongsikan MyKasih : Permohonan & Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk panduan semua.

Di bawah Program Pemberdayaan Strategik Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), bantuan ini merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Mahiaddin Yassin. Peruntukkan sebanyak RM100 juta disediakan bagi membantu lebih 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara. Penerima bantuan ini hanya perlu menggunakan MyKad sahaja untuk membeli barangan asas makanan di kedai-kedai runcit yang terpilih. Bagi Tahun 2023, ianya diteruskan dengan diberi nama sebagai Sumbangan Asas Rahmah atau SARa. Bagi tahun 2024, SARa ditambah baik dengan pemberian sebanyak RM100 sebulan untuk 12 bulan.

Sumbangan Asas Rahmah SARA RM Sebulan

MyKasih : Permohonan & Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Informasi berkaitan boleh disemak pada perkongsian di bawah. Penerima juga boleh menyemak cara elaun diberikan dan senarai kedai runcit yang menerima program serta berdekatan dengan kediaman masing-masing.

Sumbangan Asas Rahmah – SARa

Bagi tahun 2023, Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) iaitu sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Bantuan tersebut boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan Mykad (sama seperti mekanisme inisiatif Prihatin Kasih sebelum ini).

Sumbangan ini ditambah baik bagi tahun 2024 dengan pemberian sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan untuk penerima membeli barang makanan asas. Penerima bantuan kerajaan ini boleh membeli barangan di seluruh negara termasuk di Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 speedmart, Lotus stores (Tesco).

i) Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan penerimaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh dibuat menerusi portal MyKasih.

Langkah 1 : Sila layari https://www.mykasih.com.my/
Langkah 2 : Masukkan nombor MyKad
Langkah 3 : Masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
Langkah 4 : Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat seperti berikut :-

Status – Layak
Jumlah baki terkini
Nama
Nombor MyKad
Program bermula dan program berakhir

Untuk mereka yang tidak layak, status TIADA REKOD DITEMUI akan dipaparkan

ii) Semakan Melalui Portal MySTR

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melalui pautan berikut:-

Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
Klik Log Masuk MySTR
Masukkan Nombor MyKad Pemohon
Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
Masukkan Kata Laluan
Klik Semakan Status

Apakah Inisiatif Prihatin Kasih oleh MyKasih?

Ianya adalah NGO tempatan atau yayasan yang ditubuhkan oleh Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean pada tahun 2009 untuk membantu golongan miskin. Kerajaan Malaysia melalui Yayasan Hasanah telah melantik Yayasan MyKasih untuk melaksanakan inisiatif ini.

Prihatin Kasih pula mempunyai objektif untuk menyediakan bantuan makanan tanpa tunai kepada lebih 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara. Penerima akan mendapat elaun RM100 yang dikreditkan secara terus ke dalam MyKad mereka selama tiga bulan dan boleh digunakan untuk membeli barang asas seperti makanan di kedai yang terpilih. Bantuan Prihatin Kasih oleh MyKasih Foundation kini telah dinamakan sebagai Sumbangan Asas Rahmah.

Permohonan MyKasih/ SARa

Tiada permohonan akan dibuka kerana ianya akan menggunakan maklumat daripada sistem e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta data daripada Bantuan Prihatin Rakyat untuk menentukan penerima yang layak. Penerima akan mendapat SMS yang memaklumkan status penerimaan mereka serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat berkaitan bantuan di kedai yang terpilih serta berdekatan dengan anda.

Sekiranya anda tidak layak, sila emel butiran peribadi ke info@mykasih.com atau daftar di sistem e-Kasih yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Semakan MyKasih/ SARa

Selain menerima notifikasi daripada SMS, anda juga boleh menyemak status secara online melalui aplikasi:

  1. Layari https://www.mykasih.com.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa jarak atau tanda sempang
  3. Isikan captcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan
  4. Klik Semak Status

NOTA: Infografik di bawah adalah paparan semakan status bagi tahun sebelum ini sebagai rujukan.

permohonan mykasih

Senarai Kedai Yang Terpilih

Untuk makluman penerima, lebih 600 kedai runcit di seluruh negara terpilih untuk menjadi kedai yang menerima program SARa sebagai bayaran. Antaranya adalah:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • Lotus (Tesco)
  • 99 Speedmart

Anda boleh mencari kedai runcit yang terpilih dan terletak berdekatan dengan anda menggunakan pautan berikut:

Cara Menggunakan Bantuan

Penerima akan mendapat RM100 secara automatik ke dalam MyKad masing-masing untuk bulan-bulan seterusnya.

Penerima hanya perlu pergi ke kedai runcit yang tersenarai seperti di atas dan bayar menggunakan MyKad untuk bantuan barangan tersebut. Terdapat 10 produk yang telah dikategorikan sebagai barang runcit asas iaitu:

  1. Beras
  2. Mee Segera
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Perasa
  7. Tepung
  8. Minyak Masak
  9. Makanan dalam Tin
  10. Minuman

Bagi Tahun 2024, kerajaan menambah baik dengan memperluaskan penggunaan kredit program SARA untuk barangan kebersihan dirim ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Jumlah bantuan yang akan diterima bagi tahun 2024 adalah RM1,200/RM600 untuk 12 bulan. Jika penerima tidak menggunakan kredit tersebut, ia akan dibawa ke bulan seterusnya. Elaun ini sah untuk digunakan sehingga 31 Disember 2024 sahaja.

Berikut adalah jadual pelaksanaan Program Mengikut Negeri yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang akan dikemaskini. Contoh jadual pembayaran pula adalah seperti berikut:

2023

  • Julai 2023 : RM100
  • Ogos 2023 : RM100
  • September 2023 : RM100
  • Oktober 2023 : RM100
  • November 2023 : RM100
  • Disember 2023 : RM100
  • Jumlah : RM600

2024

Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

  • Januari 2024 : RM100
  • Februari 2024 : RM100
  • Mac 2024 : RM100
  • April 2024 : RM100
  • Mei 2024 : RM100
  • Jun 2024 : RM100
  • Julai 2024 : RM100
  • Ogos 2024 : RM100
  • September 2024 : RM100
  • Oktober 2024 : RM100
  • November 2024 : RM100
  • Disember 2024 : RM100
  • Jumlah : RM1,200

Kategori Bujang

  • Januari 2024 : RM50
  • Februari 2024 : RM50
  • Mac 2024 : RM50
  • April 2024 : RM50
  • Mei 2024 : RM50
  • Jun 2024 : RM50
  • Julai 2024 : RM50
  • Ogos 2024 : RM50
  • September 2024 : RM50
  • Oktober 2024 : RM50
  • November 2024 : RM50
  • Disember 2024 : RM50
  • Jumlah : RM600

Menurut Kementerian Kewangan, tarikh pelaksanaan SARA 2024 adalah mengikut negeri dan wilayah seperti di bawah:

  • 22 Januari 2024 : Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
  • 29 Januari 2024 : Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
    • Bantuan baranagn keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih
  • 19 Februari 2024 & 12 Ogos 2024 : Sabah, Sarawak dan Labuan
    • Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/ secara tunai di cawangan BSN seluruh negara

Info Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat-maklumat lanjut yang lebih terperinci berkenaan program bantuan ini seperti semakan status dan cara daftar, sila rujuk:


Related : tunjuk mykad untuk pengesahan juruwang, berstatus lulus str 2023, berdasarkan data miskin tegar ekasih, str berstatus miskin tegar, pasar raya kedai runcit terpilih, mulai 17 julai 2023, i portal rasmi mykasih www.mykasih.com, waktu operasi 9.00 pagi 5.00 petang, tunjuk mykad untuk pengesahan juruwang menyemak status mykad penerima bantuan, lulus sumbangan tunai rahmah str, mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi pgk miskin tegar rm1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan, contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut, pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label mykasih di rak tanda harga
imbas kod barangan juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan, simpan resit untuk semakan penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
bayar menggunakan mykad penerima bantuan memasukkan, ii hubungi talian bantuan mykasih 03-7720 1800,