BSN Online : Cara Daftar MyBSN Internet Banking & Login. Panduan guna perkhidmatan atas talian bank simpanan nasional tanpa ke kaunter.

BSN Online : Cara Daftar MyBSN Internet Banking & Login

mybsn cara daftar online internet banking

Kini, pelanggan perkhidmatan perbankan Bank Simpanan Nasional boleh menjalankan urusan secara atas talian dengan daftar BSN online Internet Banking. Kemudahan yang dikenali sebagai MyBSN memerlukan pelanggan untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan. Anda boleh melakukan pertanyaan baki, membayar bil dan juga memindahkan wang antara bank (transfer secara Online).

Bank yang memiliki lebih 390 cawangan di seluruh negara menawarkan Online Internet Banking bagi memudahkan pelanggan untuk menyelesaikan urusan tanpa perlu ke cawangan bank. Selaras dengan objektif utama mereka iaitu menggalakkan perkembangan simpanan dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, dengan mendaftar akaun internet banking, pelanggan dapat menjimatkan masa serta menikmati produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional.

Cara Daftar BSN Online Banking Untuk First Time User

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan umum.

My BSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang Bank Simpanan Nasional – maklumat korporat kami serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan – dan anda juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.

Aktiviti perbankan internet yang boleh dilakukan termasuklan Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.

Cara Daftar MyBSN (Login)

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar akaun sebagai pengguna baharu:

  1. Layari Laman Utama (pelanggan boleh menukar bahasa yang pilihan sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu).
  2. Klik Tekan Butang  “Log Masuk” di bahagian atas kanan atau daftar di bawah untuk pengguna baharu. daftar mybsn
  3. Jika pengguna dibawa ke halaman seperti paparan di bawah, klik “Register” daftar mybsn
  4. Sila baca terma dan syarat, jika setuju klik “Accept” kemudian klik “Next” mybsn2
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.mybsn3
  6. Pastikan anda mengisi nombor kad pengenalan dan nombor kad kredit/ debit yang betul.mybsn4
  7. Cipta nama pengguna dan kata laluan untuk memohon nombor OTP.
  8. Masukkan nombor OTP pada ruangan yang disediakan dan pilih imej online anda.
  9. Kembali ke paparan halaman utama, dan klik “Log Masuk”
  10. Paparan aplikasi seperti di bawah akan terpapar dan masukkan nama pengguna serta kata laluan. Seterusnya klik “Login” untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional.mybsn5

Untuk paparan di telefon, langkah mendaftar akaun baharu di MyBSN adalah seperti berikut:

  1. Klik Register untuk mendaftar kali pertama cara login mybsn mobile
  2. Masukkan maklumat: nombor kad debit/ kad kredit, nombor PIN (untuk kad debit sahaja), tarikh tamat tempoh kad dan CVV2 cara login mybsn mobile
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan cara login mybsn mobile
  4. Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) dan pilih gambar keselamatan cara login mybsn mobile

Cara Semak Baki Akaun BSN

  1. Log masuk ke dalam akaun MyBSN anda secara online atau di aplikasi telefon pintar
  2. Pilih Menu “Account Overview”
  3. Kemudian klik “Savings Account”cara semak baki mybsn
  4. Baki dalam akaun anda akan dipaparkan di “Available Balance”cara semak baki mybsn

Cara Muat Turun Penyata Bank 

  1. Log masuk ke dalam akaun MyBSN anda
  2. Klik pada bahagian “Account Overview” dan pilih E-Statement
  3. Pilih “Account Name” anda dan klik pada “E-Statement” kemudian klik “Transaction History”
  4. Muat turun atau cetak penyata bank mengikut keperluan anda

Anda juga boleh melihat demo video yang telah disediakan oleh pihak bank untuk lebih memahami cara daftar serta cara menggunakan perkhidmatan lain yang disediakan. Klik pautan di bawah untuk menonton video tersebut:

Syarat-Syarat Pendaftaran

Pelanggan yang melepasi kriteria di bawah sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar serta menggunakan perkhidmatan yang disediakan:

  1. Mempunyai Akaun BSN
  2. Mempunyai Kad ATM BSN
  3. Nombor i-PIN yang perlu didaftar di mesin ATM
  4. Nombor telefon yang perlu didaftar di mesin ATM
  5. Berumur 18 tahun ke atas

Senarai Perkhidmatan

Pelbagai perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Bank SImpanan Nasional kepada semua pelanggannya.

Berikut adalah antara senarai perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan sekiranya menggunakan aplikasi telefon mudah alih My BSN:

  • Pertanyaan baki akaun
  • Pembayaran bil
  • Pembelian No. Pin
  • Pindahan wang antara bank
  • Pemindahan dana
  • Pembayaran kad kredit
  • Pembelian SPP
  • Pembayaran Insuran

Soalan Lazim

  1. Perlukah membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet?
    • Tidak perlu. Anda boleh gunakan dan nombor kad ATM yang sedia ada
  2. Bolehkah buka akaun secara online?
    • Setakat ini ianya belum lagi menawarkan perkhidmatan ini.
  3. Bilakah boleh mula menggunakan perkidmatan ini?
    • Selepas mendaftar secara online dan berjaya mendaftar, anda boleh mula menggunakannya.
  4. Bolehkah menggunakan perkhidmatan ini jika tidak memiliki akaun dengan BSN?
    • Sila layari laman web untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun anda perlu memiliki Akaun Simpanann dengan kad ATM dan PIN ATM untuk mendaftar dan berurusan
  5. Bolehkah daftar nombor telefon bimbit luar negara?
    • Pada masa ini, bank tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.
  6. Perlukah daftar semula dengan bank selepas kad ATM diganti baru (disebabkan kehilangan, dll)?
    • Anda tidak perlu mendaftar semuka. Selepas mendaftar, profil anda yang ada dalam sistem akan sentiasa sah
  7. Bolehkah gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?
    • Dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Lalun sebagai langkah keselaman. Guna kata laluan yang berlainan
  8. Jika lupa kata laluan, bagaimana untuk memohon kata laluan yang baru?
    • Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin
  9. Bolehkah tukar kata laluan?
    • Boleh. Log masuk dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC yang akan dihantar melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan
  10. Apakah langkah keselamatan yang perlu ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan?
    • Lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL bank yang rasmi dan log masuk dari URL tersebut. Jangan log masuk melalui mana-mana pautan emel
  11. Apa perlu buat jika ada masalah untuk log masuk dan terlupa Nama Pengguna?
    • Hubungi pusat khidmat pelanggan bank di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
  12. Adakah dikenakan bayaran menggunakan perbankan internet?
    • Tiada sebarang pembayaran dikenakan

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan info lebih lanjut, pelanggan boleh bertanya dengan pegawai di cawanganbank atau ejen berdaftar BSN serta merujuk pautan di bawah:


Moga perkongsian berkenaan di atas dapat membantu semua terutamanya pelanggan Bank Simpanan Nasional.

Rel : untuk memudahkan rujuk dan hubungi, banking channels bsn wealth management apps annual report client charter privacy policy security statement term condition disclaimer site map faqs copyright bank simpanan nasional 2010 2015 bsn ejen bank berdaftar locator https www.mybsn.com.my terms conditions, laman web cara register, layari laman web kad debit<, 603-2613 1900 access to your accounts 603-2613 1900 overseas credit card internet banking services, access to your account, login mybsn online login bsn tekan request otp masukkan username online image, online banking, bsn secara<, bank simpanan nasional bsn, log masuk ke akaun, masukkan kata, masuk ke akaun mybsn, untuk membawa, new ic number, akaun bank bsn, laman web rasmi, kod otp, kad bank, credit cards, mobile app,