Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2024/ 1445H. Perincian imsakiah ramadan waktu buka serta sahur negeri melaka daerah merlimau jasin alor gajah.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka Dan Imsak 2024/ 1445H

Berikut dikongsikan perincian Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka Dan Imsak tahun 2024. Sebagai umat Islam di Malaysia terutamanya yang berada di negeri Melaka, bulan yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu bulan Ramadhan. Kita seharusnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyambut bulan yang mulia ini bagi tahun 2024 bersamaan tahun 1445 Hijrah.

Sebelum ini, susulan daripada penularan wabak COVID-19, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan sehingga bulan Ramadhan. Maka, ibadah puasa dan terawih adalah berbeza kerana pergerakan kita dihadkan sebagai usaha melawan wabak yang melanda negara dan dunia. Ketiadaan bazar-bazar yang menjual juadah berbuka juga memberikan hikmah kepada kita agar tidak melakukan pembaziran makanan apabila membeli mengikut nafsu dan selera sehingga tidak termakan kerana kekenyangan. Kini, ibadah solat terawih dan penjualan juadah di bazar dibenarkan seperti biasa.

waktu-berbuka-puasa-melaka-dan-imsak

Melaka Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2024/ 1445H

Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan keampunan serta bulan kemenangan dan pembebasan dari api neraka. Justeru, umat Islam digalakkan untuk memenuhi masa yang terluang dengan memperbaiki ibadat dan memperbanyakkan sedekah kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Diharapkan perkongsian di bawah dapat membantu umat Islam yang menetap di negeri Melaka untuk mengurus masa dan merancang jadual harian sepanjang bulan Ramadhan. Pada kebiasaannya, selepas berpuasa di siang hari, waktu malam akan dipenuhi dengan ibadah seperti solat sunat terawih dan ibadat qiyamullail. Seterusnya, kita perlu bangkit awal di waktu pagi untuk bersahur sebelum waktu imsak berlalu.

Untuk makluman semua, Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada setiap tahun membantu umat Islam merancang masa yang sesuai untuk bersahur dan berbuka puasa pada waktu yang tepat. Seperti yang sedia maklum, adalah afdal untuk kita melambatkan waktu bersahur dan berbuka dengan segera di awal waktu berbuka.

Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah & Merlimau : Waktu Berbuka Dan Imsak Negeri Melaka 2024

Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka Dan Imsak 2024 yang bermula pada 1 Ramadhan 1445H bersamaan 12 Mac 2024 yang merangkumi setiap kawasan dan daerah bagi negeri Melaka. Diantara tempat terkenal di negeri Melaka adalah Ayer Keroh, Batu Berendam, Cheng, Bertam, Bukit Baru, Bukit Katil dan Bukit Rambai.

Lain-lain tempat adalah Simpang Ampat, Paya Rumput, Durian Tunggal, Duyong, Kelemak, Klebang, Lendu, Tangga Batu, Ujong Pasir, Umbai dan banyak lagi.

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Melaka Tahun H

Maklumat lengkap Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2024 bulan Ramadan 1445H boleh dirujuk di

SUMBER RUJUKAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM