Maybank2u Login Online & Cara Pendaftaran Akaun. Cara login dan daftar mbb2u melalui desktop dan mobile di www.maybank2u.com.my secara online

Maybank2u Login Online & Cara Pendaftaran Akaun

login dan cara daftar maybank2u

Hampir kesemua bank yang beroperasi di Malaysia telah menawarkan perkhidmatan perbankan secara online. Oleh itu, Malayan Banking Berhad atau dikenali sebagai Maybank telah melancarkan perkhidmatan perbankan online mereka sebagai Maybank2u bagi memudahkan urusan pelanggan seperti semak baki akaun, melakukan pemindahan dana dan pembayaran bil.

Untuk makluman, ianya telah dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada  9 Jun 2000 menjadikan ia platform perbankan Online pertama di Malaysia. Sehingga hari ini, pelbagai naik taraf dan kemudahan yang ditawarkan melalui bank utama Malaysia ini yang membantu pelanggan menjalankan urusan dengan lebih mudah dan selamat. Apllikasi di telefon pintar MAE yang merupakan cabang perkhidmatan perbankan online telah menjadi aplikasi yang digemari rakyat Malaysia khususnya dalam urusan perbankan dan kewangan.

Cara Daftar Maybank2u & Login Online

Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan cara login & cara Pendaftaran akaun serta syarat-syarat dan juga senarai perkhidmatan yang ditawarkan untuk rujukan semua.

Syarat-Syarat Pendaftaran

Sebelum membuat pendaftaran, anda hendaklah mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa di Maybank. Sekiranya anda ingin membuka akaun baharu, akaun simpanan memerlukan deposit sebanyak RM250 manakala pembukaan akaun semasa memerlukan deposit sebanyak RM500 dan dibuat secara manual di cawangan-cawangan bank ini.

Berikut adalah syarat-syarat untuk mendaftar akaun perbankan online:

  • 1. Memiliki akaun simpanan atau akaun semasa Maybank (account)
  • 2. Memiliki kad ATM atau kad Debit Maybank
  • 3. Nombor telefon yang aktif dan didaftarkan di Maybank. Untuk mendaftar atau mengemaskini nombor telefon anda, ikuti langkah-langkah berikut:
    • Pergi ke mesin ATM Maybank
    • Pilih Bahasa
    • Masukkan kad ATM anda serta nombor pin anda
    • Pilih menu Kemaskini Telefon Bimbit M2U TAC
    • Masukkan nombor telefon bimbit anda dengan betul dan tekan Ya

Senarai Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Berikut adalah antara senarai perkhidmatan yang ditawarkan secara online untuk pelanggan yang menggunakannya:

  1. Maybank2u Pay
  2. Maybank Wealth App
  3. Maybank Live Chat
  4. LHDN Payment
  5. Samsung Pay on Gear
  6. Maybank PayBand
  7. Maybank Treat Cards App
  8. Bayaran bil dan kredit prabayar
  9. Samsung Pay
  10. DuitNow
  11. Secure2u
  12. JomPay
  13. Zakat Fitrah Online
  14. MAE
  15. Maybank QRPay

Cara Pendaftaran

Jika anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan dan ingin mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan yang disenaraikan, ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Login Maybank2u
  2. Pastikan laman tersebut sahih dan bukan laman penipuan
  3. Pada halaman utama, klik ‘Register Now’
  4. Sila masukkan nombor kad ATM/ Debit anda serta nombor pin akaun anda maybank2u login1
  5. Kemudian, masukkan ID Pengguna atau Username dan Kata Laluan yang anda ingin gunakan serta alamat emel anda.
  6. Kod TAC 6 digit akan dihantar ke telefon bimbit anda yang berdaftar dengan bank.
  7. Seterusnya, pilih imej, frasa sekuriti dan senarai soalan yang mudah diingati jawapannya.
  8. Paparan ‘Successful’ akan dipaparkan

Login Maybank2u

Setelah mendaftar, berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke dalam akaun perbankan online Maybank anda:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Masukkan Username dan kata laluan anda
  3. Jika paparan imej betul, klik Yes

Aplikasi Telefon Mudah Alih

Selain perkhidmatan perbankan secara atas talian, MBB juga telah membangunkan aplikasi bagi pengguna menggunakan perkhidmatannya di telefon bimbit masing-masing. Terdapat dua aplikasi iaitu Maybank2u app dan MAE. Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut pada pautan di bawah mengikut spesifikasi telefon anda:

1) Google PlayStore

2) Apple AppStore

Maklumat lanjut

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pautan berikut:

  • Soalan Lazim (FAQ)
  • Hotline: 1-300 88 6688 (Malaysia), +603-7844 3696 (Luar Negara)
  • Emel: mgcc@maybank.com.my

Sekian perkongsian di atas bermanfaat untuk semua. Semoga urusan anda dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Related : mae visa debit card money matters guilty pleasure save feature maybank has launched daily spend ceo datuk abdul farid alias maybank group president qr transactions scan save mae app mae by maybank2u, credit card, account balances, friends and family makan mana wheel pay bills banking app digital bank day to day, saving feature festive season, bill payment, banking transaction, account or getting instant credit card and personal friends or family add them as favourites open an account instantly view all your accounts marketing promotions or deals app no branch visit access your account scan qr code access seamlessly plays a part separate maybank account duitnow mobile transfer cardless atm withdrawal safer banking transaction card and personal loan voice for biometric activation, scan pay money to your friends paying your bills account credit card split the bill